My 15

Assalamualaikum readers !

Semalam Kak Ti telah tagged aku untuk join satu contest nih =.=" .
Lama tak join apa-apa contest . Kihkihkih ~


Pembuat contest ni macam tahu-tahu je yang dalam masa sebulan empat hari lagi aku akan jadi 15 tahun . * sighs * Tua dah aku . Orang lain baru je masuk umur 14 tahun T___T Inilah nasib diriku yang tua xDD

Aku kena buat satu entry bertajuk My 15 . Dalam entry kena listkan 15 things about myself ! So kena describe satu-satu with pictures * hak ni yang maleih nih =.=" * . Anythinglah about myself . Last but not least kena tagged tiga orang lain untuk menfamouskan contest ini . Wahaha !

8 December - 13 December 2010

Untuk informasi lanjut , korang tengok sendirilah blog beliau T.T
http://mohdhaiqal.blogspot.com/


 Okay mesti korang rasa nak tampar aku sebab setiap kali ada benda-benda berkaitan aku Merlin mesti ada xDDD Sorry , tapi memang aku minat sangat-sangat-sangat siri Merlin nih .

Bukan apa , Colin Morgan sangat cute oke ! Well , nobody said he's handsome , tapi dia cute ! Kihkihkih ~ Lagipun jalan cerita dia best walaupun pada SETIAP masa Arthur bertindak bangang hingga menyusahkan Merlin . Tapi dah memang macam tu pun sepatutnya kan =.="


 Aku jugak suka membaca . Banyak buku aku baca , tapi lately favourite books aku buku-buku English . Buku-buku Melayu semua jalan cerita sama je setakat ni aku baca . Lagipun tak ada mythical creatures LOL LOL LOL . But still aku baca jugak novel Melayu yang tebal-tebal tuh .

Sayangilah bahasa kita ! =D


 Kim Hyun Joong ! Obsesi jugak aku dengan dia sorang nih . Sebagaimana aku obses dengan Colin Morgan , Edward Cullen etc. Disebabkan beliau , aku buat-buat rajin pergi tengok semua episod lakonan beliau iaitu Playful Kiss sampai aku pun jadi obses dengan drama tuh xDDD

Tak pernah-pernah aku rajinkan diri nak bukak channel KBSWorld atau cari cerita Korea tau !

Hmm , walaupun agak sombong dia dalam cerita nih , tapi mana boleh benci dia ! He's me ! ( ??? ) * not he's mine , but he is me , or I'm him xDD *


 Dalam family , aku paling pelik sikit . Aku suka menyendiri , tak layan orang sangat . Suka duduk dalam gua aku nih . Bukan Gua Niah atau Gua Cha , tapi Gua Pink . Eh bukan Guava pink tuh ! Apa aku mengarut nih =.=" Gua tu bermaksud bilik aku .

Aku selalu kunci pintu bilik , so tak ada sesiapa dapat masuk . Kejam tak ? Lagipun aku tak bising . Aku senyap aje kalau dalam bilik . Dengar lagu pun volume 15/100 =.=" . So sesiapa yang jadi roommate aku pada masa akan datang akan amanlah T.T Hehe .


 Aku suka melukis :D Bila aku boring sangat je . Tapi dah lama gila tak melukis . Aku lukis kartun comell woh * eh perasan ke nih * . Eh jap ! Gambar kat atas tu bukan aku lukis . Itu Amuh aku yang lukis , dia lukis AKU T_________T Buruknya aku dalam lukisan =.="

Aku kalau melukis jadi ralit . Tak ingat dunia dah . Lepas tu buat dialog sorang-sorang . Tapi aku tak pernah pun anggap yang kartun comell yang aku lukis tuh aku . Sebab aku tau aku tak comell . Hahahaha ~ ! Aku lukis je , lepas tu reka nama sket . Kadang tu pernah jugak ambik situasi dalam mana-mana novel yang aku baca :D:D:D


 Hmm . I like photography ! Aku suka ambik gambar . Kadang-kadang guna camera , kadang tu guna handphone je . Disebabkan handphone aku hina dan buruk je , so kualiti gambar tak berapalah . Aku guna camera jelah walaupun bukan camera yang mahal ._." tapi dah nama pun camera kualiti mestilah bertaraf camera kan ?

Camera oh camera ! Camera aku warna pink tauuu . Haha .


 Teddy bears ! Kat rumah aku ada banyaaaak sangat teddy bears . Yang kecik , besar , sederhana semua ada . Bluebear yang Celcom kasi masa FIFA World Cup hari tu pun ada empat ekor ! Tapi yang paling best mestilah yang besar sekali . Tiap-tiap malam aku peluk dia :)

Luahan hati pun dengan teddy bear tau . So diorang banyak berjasa =.=" . Satu lagi sebab teddy bears tu kebanyakan orang tersayang kasi , sebab tulah kalau sedih luah kat teddy bear . Dapat mengingati orang yang tersayang . Terhiburlah sikit =")


 Haaa ! Yang ni teka apa ? Blogging ! Mestilah aku suka blogging . Kalau tak takkan wujud blog nih ! Takkan wujud entries yang di'post' setiap hari tanpa hentiiiii ! Kan kan kan ? Aku mula buat blog masa darjah enam tapi masa tu tak reti nak promote lagi =.=" so aku delete-lah .

Masuk form one aku buat , lepas tu delete . Then lepas tu barulah start sikit-sikit . Sampailah expert jugaklah macam sekarang ni . Aaaa , tak expert sangatlah kot . Biasa-biasa je . Tapi apa-apa pun kita kena belajar . Kalau tak belajar , macam mana nak berjaya ? Dalam belajar tu perlukan kesabaran :)


 As korang tahu , aku ada group best friends . Maybe tak forever . Tapi kiteorang inshaAllah rapat atas jalinan ukhuwah fillah kan . SS501 , dioranglah yang kenalkan aku dengan Kim Hyun Joong * blushing * . Cis , blushing . Sekali lempang terus tumbang ;p;p;p

Asalnya memang Alya sorang je yang minat dengan Park Jung Min . 'Ainul dan Sofiah memang minat Korea pun so diorang kenal-lah dengan SS501 nih . 'Ainul suka Young Saeng , that's why :D Aku dan Sabrina je terkial-kial pasal SS501 =.=" Maklumlah kami ni darat sket . Op Sab op ? xDD

KHJL : Kim Hyun Joong Leader
KHJB : Kim Hyung Jun Baby


 For sports , aku suka jugak tengok bola sepak dekat tivi . Kalau ada FIFA ke apa ke , aku tengoklah . Yang grand grand tuhh . Yang World punya :D Tapi kalau yang Barclay's ke apa ke namanya tuh aku tak tengok . Tapi aku sokong Arsenal :D Selain daripada itu , mestilah Argentina .

Malaysia , bila nak masuk FIFA ?

Sukan Commonwealth pun aku suka tengok . Sukan Asia pun best . Aku suka tengok yang gimrama yang pakai ribbon tuhh :D Fascinating !


 Aku suka tengok tivi . Tapi aku tak suka tengok rancangan realiti TV yang melampau-lampau sangat sekarang ni . Kalau Imam Muda tuh bolehlah tahan , membantu jugak dalam usaha membangunkan umat Islam . Ini ... Semakin merosakkan adalah .

Katanya nak mengasah bakat-bakat muda . Huh ... Yang tak masuk realiti TV ramai lagi yang berjaya . Nik Nur Madihah pelajar cemerlang SPM 2009 tak masuk pun rancangan apa-apa untuk dapat 20A1 ?!

Kita perlukan anak-anak muda untuk memimpin negara ini menjadi Islam yang maju . Kalau dari kecil diajar menyanyi , berlakon ... Siapakah yang akan memimpin generasi masa hadapan ? Bagaimanakah nasib generasi yang mendatang ?


 Dah nama pun suka blogging . Mestilah ada blog yang menjadi pujaan hati . Kalau sehari beliau tak update blog memang tak best :D Dan setiap kali aku online , mesti aku tengok blog diorang . Iaitulah Kak Intan dan Mai .

Mostly Kak Intanlah :D Mai second . Blog diorang best ouh ! Berinformasi dan menarik . Tak macam blog aku , entah apa-apa . Penuh dengan Merlin , Twilight , Kim Hyun Joong , Fallen etc. * laughs * Lagipun diorang ada aktiviti yang menarik dibuat setiap kali post entry . Macam aku ni apa sangat aktiviti menarik ? Duduk dalam bilik baca buku lepas tu online . HARI-HARI pulak tuh =.="


 Dalam banyak-banyak movie yang aku tengok , The Sorcerer's Apprentice-lah paling syok tengok kot . Sebabnyaaaa ....... Berkait rapat dengan Merlin T.T Dan banyak adventure sikit . Belajar itu ini , lepas tu kena kejar dengan naga =.=" Lawak pun lawak :D

Tak kiralah pelakon dia tak handsome pun . Tapi Nicholas Cage smart apa . Weh weh ! Diam Fifiey ! ('',)


 Usia ? Ramai yang tak percaya . =.=" Memang ramai yang tak percaya aku berusia 14 tahun . Maklumlah badan macam orang berusia 20-an . Haha .

Birthday aku 14 Januari 1996 . Bila fikir-fikir balik kan , orang lain baru je masuk umur 14 tahun , tahu-tahu bulan depan tu aku dah 15 tahun T__T Sedih tauu jadi kalangan orang-orang tua nih ! Tapi tak apalah , tua-tua orang hormat . Dah memang kena lahir 14 Januari , terima jelah qada' dan qadar !

Baikkk .


 Hmm . Last but not least :) My beloved family . Aku rasa setakat ni gambar ni paling lengkap kot . Cuma Riaz dan Rabia jelah tak ada . Huu huu ~ Zunah ada tengah tidur dalam dukungan Baba dia tuh . Sorry tak tulis nama pulaak . :D:D

I love them so much . Walaupun aku ni taklah rapat mana dengan diorang , except for Kakngah ... Tapi dah nama pun keluarga , air dicincang takkan putus . Kalau daging cincang goreng best jugak . Eh salah . Carik-carik bulu ayam , lama-lama bercantum juaaa :)



Wahhh ! Akhirnya habis jugak . Nasib baik pembuat contest ni suruh buat 15 jer , kalau dia suruh buat 25 macam mana ? Penat aku edit SEMUA gambar di atas tauuuuu ~ ! Hmm , tak berharap nak menang pun tapi nak share share dengan pembaca blog sekalian sedikit sebanyak tentang aku . Hee hee ~ Walhal kebanyakannya perkara common sebenarnya =.="

I tag these people ;

Mai , nak buat tak ? Please please :D
Aichan .. Buatlah ya ?
AinEyraaaaaa ... I'm begging ! Buat k ?

This is so not me . Begging people =.=" Tapi takpa ahh . Korang buat okay ! Hehehe . Tapi kalau tak nak pun tak apa , who am I to you . Kahkahkah ~ ! Lempang sikit si Fifiey nih baru sedar :D

TATA !!

Comments

  1. Erm, contest nie bile tarikh tutupnya? Bls kat sini erk sbb tgh private blog =D

    ReplyDelete
  2. dah tutup dah =.="
    semalam pukul 12:30 a.m.

    T____T
    takpa ahh =;=

    haha .

    ReplyDelete
  3. nak wat tapi dah terlambat dah
    dah 14 dis la..
    xper, nk wat gak hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers