Pagi Disember !

1.12.10

Salam


Bangun pagi tadi hujan gerimis dihasilkan oleh angin monsun timur laut . Segarrrrr ... ! I woke up at 11:45 a.m. :D:D:D * anak dara apa nih bangun lewat nih >.< * !

Pukul 12 lebih lebih tu , aku rasa macam pukul 8 pagi :D . Hehehe ~ ! Sebab sejuk sangattt . Rasa pelik je sebab biasanya bangun pukul 12 tengah hari cuaca agak panasssss .

Keluar dari bilik , Abelong pun perli sedikit sebanyak T.T . " Akhirnyaaa ! Bangun pun adik Abelong sorang nih . Awal adik bangun ... " Thank you . Thank you . * malu ke diri xD *


Aku makan brunch jerlah hari ni . Actually , semenjak cuti ni hari-hari aku makan brunch ( breakfast + lunch ) disebabkan aku bangun terlalu 'awal'lah katakann ...

Hari ini Ummi masak nasi lemak sambal ikan dan sotong . Kuikuikui ~ Dan ada air Milo ! Entah kenapa , semenjak dua menjak ni aku fanatik dengan air Milo pulak :P


Okay dah habis pun . Ada tinggal sambal belacan aje sikit . Huahuahua ~ ! Tapi tak syok woh minum air Milo yang dah sejuk . Kena yang panas baru kaw kaw ! T.T

Hmm . Nak cerita pasal semalam . Alaaaa , yang aku kena tinggal dengan semua orang tu . Aku pun gelak seorang diri mengingatkan insiden malam tadi . LOL

Petang semalam Kakngah dah perli aku dah . Bilik aku ni langsir warna oren terlampauuuu . Aku tak suka buka langsir , jadi bilik aku ni agak gelaplah =.=" .

Kakngah pun perli , " Hai orang dalam gua . " Aku tengah online masa tuh . Pintu bilik aku biarkan terbuka ( petang tu je ) . Kakngah dah ingatkan yang malam tu nak pergi rumah Kakak , so get ready ya .

Aku dah ready , tapi pintu bilik aku tertutup pada malam tu , so orang tak sedar yang aku masih berada dalam rumah . Sampailah Walid aku panggil aku . Aku pun dengan wajah tak bersalah buka pintu .

" Tak ikut orang lain pergi rumah Kakak ke ? "
" Semua orang dah pergi ke?! "
" Yalah . Nak pergi ke tak nak ni ? "
" Naklah . "
" Tunggu Walid balik masjid nanti , awak tunggu dekat depan ye . "

T____________T Sampai hati tinggalkan aku yer >.< ! Semua orang ingat aku pergi dengan Abelong T.T Last last Kakak aku dengan panik sampai ke rumah aku . Dia pun menjerit , " FIFIEY!!!!!!!!!! " dan aku pun jawab , " YAAAAAAA !!!!!! " =.=" .

Kakak cakap orang baru sedar aku tak ada xDDDD . Aku pun gelak habis T.T Last sekali Kakak balik semula ke rumah dia , aku kena tunggu Walidlah .


Ummi beli kereta baru T_______T iaitu Myvi . Alahaii ~ ! Semalam baru ambik kat kedai :D so semalam aku pergi rumah Kakak naik kereta inilah ! Kereta Honda Fit dipinggirkan untuk beberapa ketika =.=" .

Pergi rumah Kakak sebab dia ajak makan malam kat rumah dia . Hehehe . Sebaik sahaja sampai rumah Kakak , aku ketawa terbahak-bahak sebab aku kena tinggal T.T

Lepas makan lauk Kakak masak , ayam masak kicap , ikan siakap 100 rasa tiga rasa , udang tempura , semua orang ke ruang tamu . Sebelum itu ....


Hanis Qaisara , anak saudara aku yang keempat dah tertidur atas kerusi . Zzzzzzzzzzzzzzzz .... Selepas tengok cerita Senario yang entah apa-apa tuh . Hadoyaii ~ !

And then , Zunah ( yang kecik tu ) nak minum susu . Dia nak susu ibu dia , tapi ibu dia suruh minum susu botol dulu . Dia tak mahuuuu T.T So , Kaklong struggle habis nak suruh dia minum susu botol =.=" .

Lepas tu budak tu mengamuk =.=" . Aku pun tanpa perasaan pun ambik gambar budak ituu . Then , dia pun buat 'peace' dan tetiba minum susu botol tu :D:D:D


Itu kakak dia , Saidatul Hannah . Huhuhu ~ Zunah ni memang tak pandai buat 'peace' . Peace dia nanti jadi nombor lima . Derrr . Tak reti lipat jari lagi . LOL

Lepas tu cakap pasal Wan Cik yang kena demam denggi . Actually masa demam tu Wan Cik tak pergi pun hospital , habis demam barulah dia pergi hospital . Doktor check darah dia dah terlalu pekat sangat T.T

Then borak punya borak , si Zunah ni 'kan teramatlah buas dan liar , dia pergi panjat meja . Walaupun mata dia dah nak tertutup sebelum tu , tapi kalau dah ganas , ganaslah jugak T___T


Akhirnya .... xDDD Dia cuba bukak almari putih tu . Sebenarnya gambar ni candid . Hehehe ~ ! Aku 'kan photographer keluarga . Eh , perasannyaaa .


So , Disember dah masuk . Esok keputusan Kawaii Photo Contest :D . Don't worry , hadiah dah beli . Nanti esok lepas pos hadiah aku akan beritahu apakah hadiahnya . Jeng jeng jeng ! Dua orang je pun pemenangnya .


Ingat lagi kucing ni ? Nama dia Negrish , kucing kepada Abecik dan Kakcik . Dah mati pun ='( NEGRISH !!!!!!!!!! * crying out loud *

Kucing ni tidur atas katil , atas bantal dan kucing ni macam harimau tau . Dan dia sangat cute ! Dan baik D"= . I love you Negrish ='') .


:') Wassalam .
Post a Comment