Reunion standard six ( O.o )

20.12.10

Assalamualaikum Tee hee hee ~ Hari ini kan kan kan * eh eh gediknya =.=" * aku pergi reunion dengan ex-classmates masa darjah enam dulu . Nak kata best tu ..it's not the best word to describe-lah . Over all , we had fun . Kahkahkah ~ !



First sekali , kiteorang dah atur dah nak makan dulu kat KFC Mydin , Kuala Terengganu * yalah takkan kat KL kot ('',) * . And then kiteorang pun makan makan . Nyumm nyumm ! Tak ada tempat lain dah yang senang nak pergi dan dekat selain Mydin T__T

Aku tak makan pun , aku dah kenyang sebab pagi tadi aku makan ayam tandoori nyummmmmm ! Best . Tapi tak naklah cerita pasal makan ayam tandoori , kita nak cerita pasal reunion kat KFC ! Eh tapi makan ayam jugak . Ngehngehngeh .

Aku tak makan pun . Mirul cakap aku diet =___= Actually aku tak biasa makan tengah hari . Kalau makan pun pukul 3 petang atau lebih-lebih sebab dah terbiasa . Sebab sekolah aku kan balik pukul 3 , so sampai rumah mestilah 3 lebih lebih lepas tu baru makan :)



Oh ramai jugak yang datang , 13 orang =__= Eh kira okeylah tu tau , sampailah jugak sepuluh orang . Enam lelaki , tujuh perempuan . Actually awal-awal tu ramai lelaki pada perempuan tauuu ( !!! ) tapi nasib baik Diyana dan Izyan datang . Heee ~ Ini dia manusia-manusia yang comell dan baik hati datang ;

 Fifiey * nama dia dulu jugak xDDD *
 Farhana
 Halimatul
 Aida
 Wan Suraya
 Diyana
 Izyan
 Amirul
 Amir H
 Ayub
 Amir M
 Anas
 Faiz

And then budak-budak lelaki meminta diri untuk pergi ke mana entah aku pun tak tahuuu . Kami yang perempuan ni beransur-ansur nak turun tetiba Amirul dan Faiz naik semula ke atas tanpa sebab yang jelas tapi Amirul seperti biasa memang mengada-ngada =___= .

Dia mintak ayam yang Diyana tak makan . Oh memang Amirul dari darjah lima memang agak annoying sebab tu aku suka buli dia MUAHAHA ! * yep , aku memang suka buli orang sikit dulu shhh jangan bagitau sesapa xDD * Tak percaya ? Tanya Alya :P

And then budak-budak lelaki meninggalkan kami semua * tak touching pun ikut suka dioranglah diorang nak pergi mana * . Aku pulak beratur nak beli makanan untuk anak saudara aku si Rabia kat rumah . Asalnya dia nak ikut , tapi aku goda dia kalau dia duduk rumah dia boleh main laptop .

Dan godaan itu berjaya xDDD



Banyak tak beli barang ? =__=

Tak tak tak tak ! Kami tak beli semua tu . Gambar tu menunjukkan kami pergi shopping kat Mydin :) Kakak Aida suruh beliau belikan perapi Sunsilk xDDD . Dan Halimatul nak beli seluar trek tapi semua seluar trek besar-besar jadi dia tak jadi beli akhirnya dia beli losyen Safi BalQis * ehh sabbiknye ! * .

Yang lain tak beli apa-apa pun . Just window shopping aje . Then budak-budak lelaki cakap nak datang kat kiteorang tapi kiteorang tunggu tetap tak sampai-sampai . Last sekali kiteorang jalan kaki ke Giant di sebelah rumah seseorang xDDD

Oh dan Halimatul beli Safi Balqis dekat Giant bukan kat Mydin . Haha ~ ! And then masa tengah beratur tu ada sesuatu yang menyakitkan pandangan mata tetapi ahh hiraukan benda tu dan kami teruskan beratur =.=" . Tetiba aku , Farhana dan Matu membebel pasal harga Kinder Bueno & Joy yang mahal gila nak mampos tuh =__= .



And then nampak budak-budak lelaki kat tingkat atas tengah main kat playground Dutch Lady xDDD . Farhana pun ajak naik atas . Masa tu Wan Suraya dah balik sebab dia datang dengan family dia , family dia pergi shopping .

Kami pun naik atas dan diorang main kat arcade . Aku gelak-gelak comell tengok diorang main macam budak-budak . Lepas tu check purse aku banyak gilaaa duit RM1 dan sesuai dibelikan token untuk main game tuh . So aku bagilah Matu RM1 , Farhana RM1 . Kehkehkeh ~ !

Aku tak main chop ! Aku gelak je tengok diorang . Dah lama tak tengok orang ketawa , happy happy . Best ouh ~ ! Aku pun terhibur dengan diorang . Paling best tengok Anas main game untuk kanak-kanak riang dan Ayub main macam budak-budak . Wakakaka .



From left ; Halimatul , Aida and Farhana . Nak try ? Sila kembali ke jalan yang benar okay bai ('', ) .

We had fun tapi sayangnya kita kena balik dah sebab nak solat Asar dan Walid aku pun dah sampai . Halimatul , Farhana dan Aida tumpang akuu . Hekhekhek ~ ! Biasalah , dari dulu sampai sekarang memang kuota kereta aku takkan pernah kosong T__T . Tak percaya tanya Nunu , Lya , Piah .









Anak saudara aku si Rabia tengah melalak kat belakang ni lagu Maher Zain . Siap pakai sikat rambut jadi mikrofon lagi =________= . Menjerit-jerit bagai nak runtuh rumah ni tau tak . Tetiba dia diam tadi , aku pusing belakang , tengah guna mikrofon miming lagu Barakallah xDDD



Haa kan =______= . Aku sendiri pun tak pernah macam tu sekali tau tak , dengar lagu apa sekalipun . Rockafella ke budak ni . HAHAHA

Kiteorang baru lepas tengok Awan Dania tadi . Eh Idora a.k.a Marsha AF3 sangat sengkip dalam cerita tu oke . Ehh mana-mana cerita pun dia jadi damn evil kan termasuklah Dottie pun dia dan cerita apa kat TV3 pukul 6:30 petang tu ? Apa-apa jelah .

Best jugak ouh jadi Dania sebab boleh fly sana sini . Aku baca news kat Internet yang diorang shoot dekat Seoul , Korea dan Perth , Australia ouhh . Best ! Aku nak pergi Australia nak tengok kangaroo . Korea tak sangat , tapi kalau Hyun Joong sambut aku dekat airport naklah xDDD



Oh and seperti biasa Gambit pun berlakon memegang watak yang sengkip . Seperti biasa dalam banyak cerita lain , jalan cerita lebih kurang sama . Suka sama suka dengan seorang lelaki , tapi keluarga tak suka =\ and then ada seorang lelaki ni berlagak sombong buat-buat kejam tapi sebenarnya suka dekat perempuan tu .

=__________________="

Agak-agak korang siapalah yang jadi pilihan Dania last last ea ? Awan Dania musim 1 , Dania berkorban demi kawan dia * nama apa entah aku mana ingat nama orang yang kejam nih kan * sebab kawan dia tu suka dekat lelaki sama dengan dia ( Remy Ishak ) so dia tukar tempat kerja jadi FA dekat Firefly daripada AirAsia .

Lepas ni berebut dengan Cik Zee pulak ah tu .

Dah dah Dania , pilih je si Akmal tuh walaupun bukan taste kau . Kahkahkah .


Ops tetiba anak saudara aku main teddy bear pulak =__= . Macam-macam . Tak apa , aku mak saudara yang baik jadi tak boleh marah-marah nanti orang benci . Apa aku merepek ni entah aku pun tak tahu maklumlah jiwa agak lara sikit ( ? ) .



.
.
.
.
.
.
.
.

As korang tahu Cinta Kirana dah tamat kan petang tadi . Dah lama aku tak tengok , aku hanya menantikan episode last je . Tadi aku tengoklah sikit yang dekat last last tu macam bangang je kan wahkahkah . Tetiba Kirana pukul-pukul Raka macam apa je =________= .

Galang dan Kirana tak habis-habis dengan konflik , last sekali Baim dan Farah yang kahwin dulu .

Hmm aku rasa post kali ini dah cukup panjang lagi berjela-jela so aku stop sini jelah ea . Nak baca lagi ? Esoklah . Oh esok aku tuition dan lusa aku tak pergi sebab aku nak pergi KL . Woohoo !


TATA , love you all :)
Post a Comment