Memperkenalkan...... CIK MILO ! :)

31.1.11

Assalamualaikum Apa khabar ? Harap-harapnya sihat sempena Tahun Baru Cina ( ? ) HAHA macamlah korang sambut * kecuali Chinese viewers - kalau adalah kat sini -.- * . So officially aku dah start cuti esok ! Tapi cuti berganti , and I was like , " Hah ? Wakpe gining ? Bukang ke cuti peristiwe merentah deseee ? " And then aku biarkan je .. Nanti adalah hari Sabtu yang tidak bernasib baik dijadikan hari persekolahan =.=" , dan kami pelajar SHAMS haruslah merajinkan diri ke sekolah dengan wajah mengantuk :P

Aku 'kan menjadi jawatankuasa pengurus hadiah sepanjang hari ini , sebab aku volunteer semalam nak tolong cikgu . Hehehe ~ ! So , mula-mula datang tu tak ada kerja lagi . Lepak lepak dulu walaupun hanya aku , Ain Hanani dan Nabihah yang pakai baju sekolah . Orang lain semua pakai baju sukan , dan tetiba ramai pulak rumah Hijau dan semangat Hijau bangkit dengan penuh kemeriahan ( ? ) .


So , sebagai camera-girl yang sentiasa membawa kamera * memang laaa * , aku mestilah snap beberapa gambar sebelum semua orang memulakan rentas desa diorang tuh . Yang sleeves berwarna-warni tu wajib ada ! Tapi tak cukup orang-lah kerana Incits Alya tidak memakai baju sukan sekolah berwarna biru kerana beliau berumah biru , tetapi beliau memakai baju-T labuh berwarna kuning . Yang sleeve biru seorang diri tu ialah Sab xD


Oh ini reunion 2A2 ke ? HAHA :) Lepas ambik gambar , cikgu kasi pengumuman suruh berkumpul dekat dataran SHAMS ( for muslimin ) and muslimat pulak dekat dataran tepi Dewan Abu Bakar As-siddiq . Aku , Nani and Nabihah stayed in the class . And then teacher kami yang mintak kami tolong tu datang dan suruh tulis nombor 3-10 bagi setiap kategori ; P15 , P18 , L15 , L18 .

And then kami pun start-lah jadi busy . Tampal itu ini dekat hamper dan hadiah . Cikgu-cikgu yang nampak kami yang berkain dan berbaju sekolah ni seringkali bertanya , " Awak ada kerja tak ? " dan kami memang nak tolong setiap cikgu yang bertanya tetapi malangnya kami tidak cukup tangan . At first , ingatkan sempatlah nak balut hadiah , and then pergi jadi pencatat orang-orangan yang sampai di Garisan Penamat . Tapi tak sempat sebab hadiah pecah dan terpaksa ambik kotak dan balut =.="


Okay itulah hadiah-hadiah bagi JOHAN dan NAIB JOHAN setiap kategori . Besar gila gedabak kan ?! Itu hadiah untuk perseorangan tahu tak ! Yang hadiah untuk JOHAN KESELURUHAN bagi rumah , besar sikit je dan NAIB JOHAN KESELURUHAN sama besar dengan JOHAN PERSEORANGAN T___T Maybe isi-lah lain sikit . Haiyooo . Untuk yang dapat no 1-20 , diorang dapat medal . No 3-10 hadiah iringan ialah setin serbuk Milo ye anak-anak . Johan dan naib johan dapat hamper besar gedabak . * sniff sniff jealous *

Lepas kami siap transitkan hadiah ke kelas 3A5 , kiteorang duduk berdekatan Pulau SHAMS dan menunggu pelepasan am peserta merentas desa . Tetiba ramai pulak cameramen tak rasmi , yang rasmi ada dua orang kot . First sekali cikgu lepas L15 , and then L18 lepas tu barulah P15 dan P18 . Pukul 9 pagi keadaan dah lengang sebab semua dah dilepaskan .


Semangat tak P15 ? Aku ambik yang P15 je sebab aku 'kan P15 jugak :P Actually 'Ainul ada kat depan-depan tuh tapi maybe sebab tertolak-tolak dia tak sampai lagi kot . Alah , rileks lah , baru Starting Line ni T.T Fortunately , hari tak hujan . Jadi alhamdulillah , tak nak-lah ada yang demam tapi kalau ada pun esok cuti . Tak nak pergi sekolah pun tak ada siapa heran kehkehkeh .

And then teacher kami suruh kami bawak hadiah dan hamper ke tepi dewan . Disebabkan hamper terlalu banyak dan berat , kakak form six tu pergi ambik troli yang besar gedabak tuh nak bawak . Nasib baik kakak tu bijak :P Hmmm , lepas tu cikgu suruh ambik kotak nak balut semula hadiah yang pecah terburai tuh . Nasib baik ada kotak-kotak yang tidak bersalah serta KOOP berbaik hati memberi pembalut hadiah * actually kena bayar HAHA * . Tapi tak apa , dah emergency , KOOP ada untuk membantu !


Kakak-kakak form six membalut hadiah dengan kental ! Oh dan masa aku tengok jam pukul 9:10 pagi , dah ada muslimin yang sampai T______T Iaitulah aku mengenali mereka kerana mereka ialah pelajar-pelajar tingkatan tiga , termasuklah classmate aku iaitu Alif Qayyum . Kalau tak silap aku beliau dapat nombor 7 kot tadi :P Means beliau dapat setin Milo lah ._. Oh tapi tak kisahlah tu sebab beliau rumah Biru xD But still bangga sebab beliau kelas aku . Ada dua orang lagi yang dapat top 10 ( yang mendapat hadiah Milo ye T.T ) , iaitu Syakir dan Nasruddin . Syakir dapat no 3 ...kot ? Nasruddin dapat no 10 dan beliau rumah Hijau ! YEAH !

Seperti biasa akan berlaku kebingitan suara pelajar yang menyokong rumah masing-masing . Dan biasanya sorakan rumah Hijau paling kuat sebab semangat lebih -.-" So kalau tak ada peserta rumah Hijau menang , tak adalah bising sangat . Jadi , yang banyak menyumbang kepada kebisingan dewan ialah peserta rumah Hijau termasuklah aku ! Tapi aku tak-lah menjerit-jerit sambil kibar bendera . Ops , jangan terasa :P

Aku kena stand by dekat tepi dewan untuk menatang tray berisi tin-tin Milo yang agak berat T.T Aku pegang tray tu semasa hadiah untuk kategori P15 dan L15 . Ngehehe ! P15 johan rumah Hijau ! Yeah ! P18 walaupun johan pun rumah Hijau , tapi seorang tu aje yang menang daripada 20 =.=" L15 dan L18 boleh tahan dan semestinya sorakan dari muslimin amat melampaui batas xDDD Tapi tak apa , ini menunjukkan semangat mereka yang berkobar-kobar !


Jadi disebabkan aku asyik pegang dulang berMilo je , Cik 'Ainul Munirah Mohamad telah memberikan gelaran juara baru kepada aku iaitu Cik Milo . Beliau , Sofiah dan Alya serta beberapa rakan lain telah membebel kepada aku kerana sewaktu aku berada di pentas * eceh macam aku pulak yang terima hadiah :P * , diorang melambai-lambai aku dengan penuh semangat namun begitu aku langsung tak nampak , sorry =.=" .

Dan nak diumumkan johan keseluruhan ialah rumah Biru ye . Saya ulangi , rumah BIRU ! B-I bi , R-U , Birru ! xDDD * ya memang air botol Birru tu :P * Tahniahlah kepada rumah Biru semoga menang lagi pada tahun hadapan tapi naib johan je tak apalah ya ? Sebab rumah Hijau nak bolot segala benda tahun depan HAHA . Oh rumors have been said yang tahun ni ada olahraga ! And I was like , " YAY ? " Nak masuk tarik tali lagi and lontar peluru . And then dapat sijil lagi !

Tadi Sir Zaini , setiausaha sukan sekolah dah inform yang sijil aku dah siap . Oh yeahh , baby . Sijil ke-berapa entah sepanjang berada di SHAMS . Sijil KRIS , sijil yang masuk program ICT ada tiga =.=" dan yang ni . Nanti buka sekolah aku pergi ambik . Eh tapi mana sijil-sijil yang lain tu ? Aku lempar celah mana . Cis , tak apa nanti aku cari . Bilik aku ni bukannya banyak barang sangat * tapi actually susah jugak nak cari barang * . It's okay , it's okay ! Harap-harap kalau ada olahraga tahun ni dapat jadi juara instead of naib juara . Tapi kalau dah rezeki , takkan nak tolak , 'kan ?

" Abang Akbar dah tak menyanyi ke sekarang ? " UR
" Uhh , hehe . Tak , " FA
" Kenape ? " UR
" Tak tahu-lah , ustazah . " FA
" Akbar ? " NM
" Yalah , ini adik dia . " UR
" Inilah Fatin tu ... " NM
" Adik Hidayah jugaakk... " UR
" Hehe , " FA

BAII !

Oh please don't make me go insane T_T

30.1.11

Assalamualaikum peeps ! Ah well , the Chinese New Year is coming and I'm having my holiday starting this Tuesday ! Of course the holiday doesn't start today as my school doesn't have any Chinese teachers or students :D And tomorrow there will be the cross-country race , but I'm not participating . I'm just going to help the teachers to wrap presents . Plus , they need someone to hold the presents on the stage =____= I'm going to help with Ain Hanani and Nabihah . YAY !


Oh please please please keep me sane right now ! AAAAAAAAAAAAAAAAA , I want to scream ! At last , they are going to be together ! Mitchell's actually in love with the-freaking-ghost-Annie ! Well , it is sort of annoying when you found out that they are going to be lovers in Season Three as you are currently watching Season 1 Episode 3 . I Googled on the internet about them , and YES , they are lovebirds-to-be !

Well , it's freaking annoying-lah sebab AXN baru tayang Season 1 and walaupun there are only six episodes in Season 1 , nak boleh sambung into Season 2 , maybe about sebulan or setahun kot T.T Or if I'm lucky , diorang sambung terus je sampai habis Season 2 and then yang pasti diorang takkan tayang Season 3 sebab biasanya Malaysia akan dapat tayangan lewat =_____= Tapi tak apalah , aku kalau tak sabar sangat aku terus tengok kat internet je macam Merlin Season 3 X.X


Eh jangan takut ! Nak cerita je sket =.=" Sebab apa aku tengok macam vampire , walaupun si George ni tengah nak bertukar jadi werewolf ? Dahlah rambut macam Emmet T_________T Oh nasib baik diorang tak buat love triangle dengan George ( because George already has his own soul-mate :P ) . Tapi entahlah kalau diorang saja je nak panjangkan cerita buat girlfriend si George tu mati ke apa ke , and then George ni nak dekat Annie ke , entahlah * cadangan aku takyah ah nanti aku jadi macam nih - T___T * .

Tapi apa-apapun Annie and Mitchell are still going to be together ! Aww ~ ! Meow ! Weeee ~ * korang tahu tahu jelah aku ni kalau dah terlalu happy jadi gila sikit x] * Aku dah gelak tanpa henti ni , perasaan gembira sebaik sahaja aku search pasal Annie and Mitchell walaupun aku tak tengah berduka , tapi tak apalah ! I'M STILL AS HAPPY AS A LARK ! I don't care if Annie is not beautiful or what , but I still want her and Mitchell to be ❤❤❤


Okay mood kembali tak gila =.=" Tapi nanti crazy balik sebab Merlin start pukul 9 malam x] Oh Gwaine ! Tapi tak boleh nak minat Gwaine sangat walaupun character dia lagi best dari Arthur or Lancelot or anyone * no one can be compared to Merlin , he's the best ! * , sebab Gwaine pakai rantai and I don't like guys with necklaces xDDD Nasib baik Merlin sangat comell dan cute dengan pakaiannya yang dari episod 1 season 1 asyik sama je T________________T And so do Gaius and Guinevere . Arthur and Morgana bertukar jugak pakaian diorang . Oh , and the King Uther pun pakai baju sama X.X

Klik gambar untuk tengok dengan lebih jelas 0.o

xDDD Okaylah aku nak chow dulu . Sebenarnya nak update tentang something yang touching touching sikit tapi tak ada idea . Tambah tambah bila dapat tahu tentang M&A ( Mitchell and Annie ! ) , lagilah jadi tak betul nak update blog pasal diorang . Awww ~ ! Sweet ! * jangan start lagi * . Tadi kat sekolah ada program motivasi dari ikhwan akhowat yang dapat 9A PMR 2010 :) Tahun lepas pun masa form two kiteorang pun ada program motivasi dari ikhwan akhowat 9A PMR 2009 . Teehee ~ Ok !

BAII .

3 Ibnu Qudamah 2011 ( 3A2 )

29.1.11

Assalamualaikum haa haa haa mesti korang dah dapat teka aku nak cerita pasal apa kan hari ini bila korang tengok tajuk post ni ? Huah panjang betul mukadimah . Kahkahkah . Tapi sebelum aku berganjak kepada topik yang ingin disampaikan , aku nak bagitahu yang aku tukar header lagi . Bukan tukar pun , just buang gambar bunny dan letak gambar muslimah . Selama ni cari kartun pakai tudung comell tak jumpa , last sekali jumpa juga HAHA

So secara umumnya , tiap-tiap tahun mesti ada cerita pasal pelajar-pelajar kelas aku yang berlainan setiap tahun =___= tapi kalau dengan 'Ainul , Sofiah , Aina dan Syaukani dah tiga tahun berturut-turut kelas yang sama . Huahuahua ~ ! Tahun 2011 semua kelas form two tahun 2010 di'streaming' dan tak ada lagi kelas Muttaqun ataupun biasanya orang panggil kelas yang hafaz al-Quran . Dah dua tahun berturut-turut mereka sekelas , jadi masuk tahun 2011 mereka dipisahkan .

Tahun 2009 , kelas 1 Ibn Zakwan ( 1A1 ) merupakan kelas Muttaqun , juga bagi tahun 2010 , kelas 2 Ibn Zakwan ( 2A1 ) . And then kelas Muttaqun kedua , tahun 2009 diorang kelas 1 Ibn Qudamah ( 1A2 ) , tapi tahun 2010 diorang kena tukar nama sikit , jadi 2 Ibn Sina ( 2A4 ) . Tapi tahun 2011 , diorang semua berpecah dan dah tak bergabung meletop dah . HAHA

Jadi hari ini jom kita bercerita panjang lebar pasal classmates aku yang baru di 3 Ibn Qudamah ( 3A2 ) yang besttt ! Sangatlah happy duduk kelas ni , dan rasa sangat selesa dengan persekitaran dan atmosphere :) Sebab semua orang bersemangat waja dan bekerjasama ! Dan yang paling penting , SEMUA ORANG BAYAR DUIT KELAS ! YEAHHH ! HAHAHA

Kita mulakan dengan muslimin dulu okay :)

Arif Hasanuddin - 2A4 2010
AJK Kebajikan

Afiq Ridhwan - 2A4 2010

Amir Hisyam - 2A4 2010
BPDS SHAMS ( disiplin )

Irfan Farhi - 2A4 2010
AJK KEBERSIHAN

Ahmad Nasruddin - 2A1 2010
BPDS SHAMS ( disiplin )

Adib Karimi - 2A3 2010
BPPSS SHAMS ( pusat sumber )

Adam  - 2A2 2010
AJK Tarbiyyah & BPAS SHAMS ( asrama )

Zulfadhli - 2A2 2010

Faisal - 2A2 2010

Syaukani - 2A2 2010
Ketua kelas

Syakir Ishkar - 2A4 2010

Aiman - 2A4 2010
Setiausaha kelas

Izuddin Hazim - 2A3 2010

Alif Qayyum - 2A1 2010
BPKS SHAMS ( kooperator )

Fatin Athirah - 2A2 2010
Bendahari kelas

Nurul Sofiah - 2A2 2010

Nur Hikmah - 2A3 2010

Nur Nabihah - 2A3 2010
Penolong kelas

Ain Hanani - 2A4 2010
BPKS SHAMS ( kooperator )

Nur Syafika - 2A3 2010
AJK Keceriaan

Nurul Sakinah - 2A2 2010
BPPSS SHAMS ( pusat sumber )

'Ainul Munirah - 2A2 2010
BPDS SHAMS ( disiplin )

Liani - 2A5 2010

Aqilah - 2A5 2010

Ainul Yasmin - 2A3 2010

Ezatie Mukminah - 2A5 2010

Aina Farzana - 2A2 2010
AJK Akademik

Nur Syafiqah - 2A2 2010

'Athirah Nadia - 2A3 2010

Hasyimah - 2A3 2010

Alia Najihah - 2A4 2010

Izzati - 2A7 2010

Merlin - Camelot
The last dragonlord xD

Hahahahah ~ ! So kali ini aku tak naklah tulis perwatakan diorang . Nanti sinonim pulak dengan mengumpat =.=" Just kenal nama ajelah . Lagipun siapalah aku nak menilai orang ni kan xD Actually nama-nama yang aku tulis tu bukan semata-mata untuk letak dekat blog nih , nak letak dekat meja masing-masing supaya cikgu kenal nama kami . That's why aku letak Fatin bukan Fifiey . Aku kurang selesa kalau cikgu panggil dengan panggilan Fifiey . Hmm lagipun nama sebenar Fatin Athirah , mestilah kena panggil jugak . Takkan nak panggil Fifiey je sepanjang zaman ? =__=

Yang nama Merlin tu aku testing je , sebab aku takut nama-nama lain tak cantik kalau terus buat . Tapi menjadi juga last sekali . Hek hek hek . Oh aku tak tahu kenapa laptop aku ni semakin lembab , oh maybe sebab berat sangat kot . Hari tu dah suruh abang reformat tapi tempat letak CD rosak ke apa entah so tak bolehlah x( Nanti nantilah tunggu abang balik kita hantar dekat kedai tapi sebelum tu sila save semua benda berkaitan blog T___T

Semenjak TOV melabuhkan tirainya , aku langsung tak sentuh buku ! x) Sentuh jugaklah majalah Solusi dan semalam aku ada tuition Bahasa Arab diajar oleh abang ipar aku . HEHEHE :) Semalam aku mimpi pergi holiday dengan seluruh family aku , and then mimpi main hujan dengan Alya T.T lepas tu mimpi pasal Twilight . Dan banyak lagi benda aku mimpi semalam tapi dah lupa =.="

Lambat lagi bulan November kan ? * cis memang laaa * Aku nak beli semua buku time tu . Tak sabar tak sabar tak sabar ! CoFA , Clockwork Prince , Passion and Hush , Hush book three , wait till November okay ! YEEPEE !!! Okay sekarang aku nak survey buku dulu , kot kot ada buku lagi untuk dibaca sambil menunggu buku-buku TOP LIST aku tu keluar . Hiihihiiiii !

Baru lepas tengok cerita Being Human dan Reaper ! Ouh Mitchell ! He is so damn hot and I'm gonna kill him =_____= . Oh George and Annie psiko sikit . Aiyoooo ~ ! And Sam in Reaper , also Andi * she's a girl * , they are so cute together ! Hehehe . Best episod tadi , disebabkan aku terlalu eksaited tengok , aku gelak sepanjang cerita Being Human and Reaper ! Weet weet . And please please please , Mitchell  Annie !

Tadi baru baca rumors , maybe season 3 baru Mitchell starts to fall in love with Annie and vice versa . Weee ~ I love them both . Ghost and vampire ? Interesting ! YAY ! Itu saja untuk hari ini . Dan Tiqah , nanti saya buat tag awak yeee B-) Banyok sangat nok blog ni . He ~

BAII

I'm free and some odd news :P

27.1.11

Exams_large

Assalamualaikum wahai pembaca blog aku yang setia dan menawan * ek eleh bodek :P * . Hari ini para angkatan pelajar tingkatan tiga SHAMS sudah bebas dari belenggu kehidupan peperiksaan =.=" dan senior-senior di tingkatan lima pula sedang bergelut dengan TOV mereka yang baru je start semalam ( Rabu ) .

Memang ah rasa macam terkena panahan halilintar sebab form three aje yang menghadapi exam , form lain mesti lalu dekat blok form three rasa macam pelik wa hairan dan tiba-tiba diorang senyap apabila segelintir pelajar memandang mereka dengan pandangan yang sangat menggerunkan mengatakan ;

" SENYAP AHH AKU NOK EXAM NI !!! "

Walaupun pada hakikat sebenarnya tak ada satu suara pun yang kedengaran , terutama dari kelas 3A2 sebab pelajar-pelajar memang dari kalangan senyap sunyi tupah T.T Namun begitu , peperiksaan tetap dijalankan tanpa sebarang kekecohan yang berlaku . Dan pelajar-pelajar menjawab soalan dengan tekun dan penuh semangat AHHH xD

Eh korang semalam aku dengar Buletin Hot.fm dan tak terkejut pun apabila terdengar berita The Twilight Saga : Eclipse - the third movie in the saga had been nominated as the worst movie of the year . Aku pun dengan perasaan agak blur berkata kepada Kakak dalam kereta dengan penuh semangat ;

" Saya dah cakap ! Saya dah cakap !!! Eclipse memang tak best ! Memang boring ! "


Ambe kate doh . Yang deme gi wat banyok angak kissing scenes tu wakpe ? Orang bukang nok tengok Bella cciung nge Edward Kaleng Cullen , ataupun nge Jacob Black , orang nok tengok ye berlawang nge newborns banyok ket . Bukang siket , banyok . Ni dop , sekejap je ! Amende ni ?! Crite gop pasa werewolves banyok sket . Owwoh , ni dop .

Maaf , apabila geram terkeluarlah slang Terengganu saya tuh . Hahaha B-) Diharapkan tak payah Google Translate sebab saya pasti usaha anda hanya sia-sia dan lebih baik anda pergi search pasal Eclipse as the worst movie .

Okay , bab tu I'm fine sebab aku sendiri pun setuju . Tapi tadi masa aku search pasal Eclipse as the worst movie , aku terrrrrrentap xD Sebab bila aku tengok anugerah bagi Worst Actors , Actress and Supporting Actor . Rasa macam nak lempang je pembuat anugerah tuu . Meh sini Fifiey Herondale nak kasi pengajaran HAHAHA

Worst Actors : Taylor Lautner in Eclipse and Valentine's Day , Robert Pattinson in Remember Me and Eclipse

Worst Actress : Kristen Stewart in Eclipse

Worst Supporting Actor : Jackson Rathbone in The Last Air Bender and Eclipse

!@#$%^&*()_+

Worst Supporting Actress ? Haa , tak ada dalam senarai Twilight's casts . Seriously , Jackson Rathbone ? =___=" Hey hey hello hello ! Jackson played Jasper perfectly ! I just saw the real Jasper in Eclipse , okay ! I even like Jasper in Eclipse than the two movies before . HUH ! Sengkip .


Okay okay okay okay sila stop bercakap pasal Twilight sebab aku sendiri pun dah naik fed-up . Dahlah buku-buku aku belum released lagi . E cewah macam lah buku 'aku' ! Kahkahkah :) Aku dah tak sabar neh , walaupun cuma beberapa bulan je lagi ...nak PMR =_______="

Haa , tadi kat sekolah tiba-tiba ketua kelas aku si Syaukani tu bersemangat waja nak hias kelas . HAHA tetiba je lepas tu jadi garang takutlah saya xDDD And then nak cakap pasal langsir , orang cakap langsir tengah dijahit , tak nak dengar lepas tu aku mogok tak nak cakap , akhirnya Sofiah cakap =___=

Oh disebabkan terlalu ramai orang yang menyeponsor ( sponsor xD ) jam dalam kelas , jadi terhasillah dua bijik jam dalam kelas tuh . Satu dipanggil jam bertatahkan berlian xDDD * golek atah tanoh * dan satu lagi jam berwarna hijau dan pembelinya aku rasa memang fanatik dengan warna hijau kot tapi yang pasti bukan rakyat 2A2 2010 kalau dari kalangan 2A2 jugak memang demam hijau tahun lepas tak habis lagi ah =.="

Last sekali kami semua muslimat 3A2 bekerja keras menyiapkan hiasan kelas :) Tapi disebabkan peralatan tak berapa nak cukup jadi buat yang mana ada dululah . Dahlah tempat duduk kena susun sekemas-kemasnya means tempat duduk aku dan Sofiah berdekatan dengan tempat muslimin sebab kami baris dan lajur yang sama T__T

Tapi lupakan sebab kalau kami tak buat macam tu nanti ketua kelas kami yang kena tanggung =_____= And pasal kebersihan dan keceriaan kelas , kalau tak memuaskan hati , AJK Keceriaan dan juga KETUA KELAS harus bertanggungjawab . Tak nak-lah susahkan diorang sebab kelas tu kelas kami bersama nanti kang kedua-dua orang penting tu letak jawatan lagi susah . Na'udzubillah x(

" Fifi , boleh tak saya nak beli border yang dijual dekat Mydin tu ? Ada duit tak ? "
" Ada ! Banyak lagi duit kelas . Beli jelah . Beli . "
" Ye ke , Fi ? "
" Ya ! Tapi beli yang murah je ok . Nanti takut duit kelas habis . "

BAII !

Okay dah study untuk hari ini .

22.1.11

Haiii assalamualaikum semuaaa xDDD Okay aku memang tak sedar diri lagi walaupun esok exam Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 dan Science Paper 1 ! Eeeekkk ... ! Aku boringlah , nak study tapi tak tahu nak belek tang mana sebab semua masuk =____= Yang BM inshaAllah ingatlah kot . Moga-moga dapat jawab dengan baik minggu ni AMIIINNN

Awal-awal pagi aku dah online , sebab lepas Subuh mata tak mahu lelap T.T So aku buka laptop comell nih . HAHAA . And then terjah sana sini , tak blogwalking-lah tapinya . Just pergi baca cerpen kat mana-mana , and then sambung cerpen aku yang mengarut dan jiwang dan karat tuh . Aiseyhman !

Lepas tu aku tidur sebab aku mengantuk , maklumlah semalam tidur lewat . Ekekeke . Bila aku bangun , dah pukul 12 tengah hari , lepas makan aku mandi . And then aku sempat buat latihan Science untuk beberapa minit =___= and then aku pergi hadap tivi . Geram sungguh aku diorang pergi tayang cerita best dekat AXN T___T Dari pukul 2 petang sampai pukul 4 lebih aku tengok tivi !

Cerita first Being Human Season 1 ( Google ah , dia dah masuk season 3 ) . A story about a vampire , a werewolf and a ghost yang tinggal serumah . Vampire and werewolf are both males , and the ghost is a female . Chop ! Diorang bukan love triangle eh . Hahaha ~ ! Kalau buat love triangle jugak memang aku menyampah tahap kaw kaw lah tapi mamat yang jadi vampire tu handsome woh . Kalah Edward Cullen :P


Kakngah aku membebel tak puas hati , " Kenapa werewolf tak handsome tuh ? Dan kenapa pakai spek mata ? Bukan ke werewolf sepatutnya vision lebih elok ? Bla bla bla . " sebab Kakngah kan team Jacob so sebab tu dia tak puas hati x] Okay sekali pandang vampire tuh * belah kanan ye * , macam Ian Somerhalder pun ada jugak . Tapi nama beliau Aidan Timmy Turner . xD

Tapi tak-lah handsome sangat pun =.=" Edward Cullen masih menang ok ( haha tadi cakap kalah EC ) . Lepas tu aku pun mulalah membebel , " Kenapa semua cerita vampire and werewolf ? Kenapa , kenapa dan kenapa ? " tetiba Kakngah aku menjawab dengan perasaan tidak bersalah ;

" Ini semua salah Stephenie Meyer . Dialah pengasas vampires dan werewolves jadi popular ! "

Oh right . Tetiba salahkan Stephenie Meyer -.- Tapi betul jugak , Kakngah cakap sebelum Twilight keluar , mana ada orang sibuk-sibuk buat cerita pasal vampires and werewolves - dahlah banyak versi pulak tuh . Aiyooo ! Nasib baik tak ada yang tiru Stephenie Meyer buat vampires sparkle . Anyway , Stephenie punya werewolves are much cuter than any other werewolves sebab Stephenie punya werewolves are shape-shifters . Yang lain tu werewolves , berbentuk badan manusia T_____T

And then selepas habis Being Human aku ingat nak sambung study Science , tapi terganggu pulak oleh cerita Reaper =_______= Hah , yang ni kena-mengena pulak dengan The Mortal Instruments - being a demon hunter . Kenapalah asyik tiru-meniru nih . Harapkan The Mortal Instruments tu tak jadi big-screen aje , kalau tak aku rasa lagi banyak cerita berkaitan demons nih .


Tapi cerita ni kelakar woh . Kawan si Sam tuh macam taik je xD Nama dia stoking =.= , taklah kawan dia tu nama Sock . Kahkah . And then tengah tengok dengan Kakngah tetiba komen pasal muka heroin , sekali tengok macam Bella Kristen Stewart , and then tengok sekali lagi macam Alice Cullen a.k.a Ashley Greene x]

Tengah syok tengok Reaper tetiba ada orang datang . Aishah dan Adawiyah ( my new neighbour ) . Diorang datang nak tanya tentang Science but ended up studying in front of the TV . Bila cerita Reaper dah habis kiteorang study dekat ruang tamu . Seriously buku rujukan banyak gilaaa =___= Macam orang buat research pulak . Ummi cakap , " Kalau tengok buku ni , confirm dapat A+++ . " AMIIINN

And then kiteorang mengarut , dari Science tetiba meloncat ke Geografi and then tetiba masuk Sejarah tanpa sebarang warning . Tak semena-mena suruh ajar Maths pulak T.T Lepas tu membebel pasal KOMSAS . Adoyaii . Pening ! Tapi kiteorang fokus Science sebab esok Science dan lusa pun Science x] Adawiyah duduk depan rumah aku je =.=" Jauh tak .

Adawiyah baru je pindah , aku tak tahu pun kewujudan beliau tapi aku kenal beliau dekat tuition . And then Ummi aku tanya Ada duduk mana , Ada pun jawab , " Depan rumah teacher . " Oh . Jauhnyaaaa ! Ada sekolah SMK Padang Midin , sekali-lah dengan Halimatul dan Aliuddin . Beliau sekelas dengan Halimatul manakala Aliuddin duduk kelas pertama , diorang duduk kelas kedua .

Oh and then Ummi aku hidang makan petang yang banyaakkk . Dekat setengah jam kami makan je x] bukan study .

Emm korang wish aku 'annajah' okay ! Yalah yalah aku tahulah usaha tu tangga kejayaan , dan kalau kita berusaha dan lepas tu tawakkal , barulah kita dapat hasilnya . Baiklah , nanti aku muhasabah dan motivasi diri supaya tak malas dah T.T Anyone , please , give me some advices ! HUUU ~ Budak pemalas memerlukan bantuan korang =.="

BAII .

Cabaran yang dihadapi pada akhir zaman

21.1.11

Tumblr_ley0kofxr31qewjyjo1_500_large

Assalamualaikum ❤ Eceyh ! Blog ni tetiba bertukar wajah ! Bukan apa aku saja je tukar , sebab gambar budak perempuan dulu tu jelas menampakkan ketidakmatangan aku =____= Maklumlah dah masuk umur 15 tahun pun . Aiyoyooo , tak sangka masa begitu cepat berlalu . Tup tup bulan Oktober ni dah PMR .

So tahun ni banyak yang harus dibuat :) Tahun baru azam baru , I'm not going to be naughty anymore . HAHAA :) Bab-bab nakal tu tak boleh nak janji , Fifiey tetap akan remain nakal sampai bila-bila . Wakaka ~ Entahlah korang tengok aku nakal tang mana =.=" Tapi aku rasa aku nakal dalam kehidupan sehari-hari .

Hmm aku baru siap tulis story , sambung sikit aje . Malas nak sambung banyak-banyak no idea . Eytt , walaupun aku ni banyak membaca tapi kalau bab-bab idea untuk buat cerita , susah nak datang tau ! Especially kalau betul-betul nak concentrate . Heish ~ ! Nasib baiklah time exam idea mencurah-curah bak air terjun ataupun dalam Bahasa Arab dipanggil shalalat x]

Ahad ni aku exam tapi aku tak study apa-apa pun lagi nih ! Bukan aku tak nak , tapi malas . Teruk , 'kan ? Patutnya tahun ni kena buang segala sikap tersebut X-( Hmm , tak ada mood nak study . Tapi Ummi cakap TOV ni kena dapat 9A supaya jadi perangsang untuk exams mendatang =__________=

Okay I'm not talking about it anymore . Aku nak melencong ke topik lain nih . Yang berkaitan dengan tajuk . Yang atas ni semua selingan je , aku tahu korang dah borang hadap blog ni . Dahlah pink , lepas tu semakin hari bertambah pink . And then girly gila nak mampos tapi orangnya tak pun x] Lepas tu lepas tu bila tengok title sidebar korang rasa menyampah sebab aku ambik nama buku-buku favourite aku HAHAA

CABARAN REMAJA PEREMPUAN YANG DIHADAPI PADA ZAMAN INI

Cabaran dalam :

Penutupan aurat
Aurat berasal dari perkataan ARIIYAN ( عریا )  dalam bahasa Arab yang bermaksud ; telanjang atau berbogel . So kalau kita tak tutup aurat sama saja dengan .... ?

Hukumnya wajib . Bagi remaja perempuan yang sudah akil baligh , kalau tak tutup aurat memang berdosalah . If hukumnya WAJIB , of course kita WAJIB buat . Tak payah tunggu ikhlas datang , sebab mati boleh datang bila-bila masa . Aurat bagi kaum wanita ; seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka . Even kaki pun aurat , that's why kena tutup .


Tak wajib pakai jubah pun , even tudung labuh pun tak wajib sebab Allah suruh panjangkan jilbab melebihi paras dada . Firman Allah ;
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( 33:59 )
Even dalam rumah pun kalau sepupu-sepapa yang lelaki datang kena tutup aurat tau . Termasuklah kaki sekali , dan sekali gus dagu kita pun . Sepupu lelaki = kawan-kawan lelaki di sekolah or anywhere else .

Tapi mengikut kata Ustaz Azhar , aku dengar ceramah dia hari tu , yang kalau dengan abang ipar diringankan . Kaki-lah tak payah tutup . Entahlah , sejauh mana kepastiannya , wallahu'alam . Tapi kalau dah Ustaz Azhar yang cakap , inshaAllah betul-lah tu B-)

Apa-apa pun , kita mesti patuh kepada perintah Allah . Bukan setakat yang aurat ni , malah semua benda ! Sebab Allah ni Pencipta kita . Allah sayangkan kita ! Kalau kita buat sesuatu benda ; contohnya kerja kayu-lah kan -.-" mestilah kita sangat menyayangi hasil kerja kita tu kan ? Dan kita tak nak benda tu rosak dan hancur .


Itu saja yang aku nak huraikan pada hari ini . Banyak lagi sebenarnya , cuma penat menaip-lah . Sebab pagi semalam ada tazkirah oleh Ustazah Rokiah di Dewan Saidina Abu Bakar As-siddiq . Banyaaaak sangat ustazah bagitahu :) Khas untuk wanita Islam . Oh , muslimin tazkirah diorang dekat surau sebab bilangan diorang 'kan sikit , sebab tu lah buat kat surau B-)

Sekolah aku setiap hari Khamis memang ada sesi tazkirah pada waktu pagi . Biasanya 45 minit , sama ada dalam kelas , atau berkumpul ramai-ramai di surau atau dewan . Kalau kat dewan , best woh , sebab aku 'kan form three , blok paling dekat dengan dewan , so kalau pergi dewan boleh duduk depaaaaan sekali , bertentang mata dengan pentazkirah x]


Hmmm blog ni tetiba jady bunny bunny dan Arabic :) Hahaha . Nak praktik cakap Arab-lah ni . Kata nak kuasai 100 bahasa xDDD English + Arabic + Malay . Ekekeke ~ ! Tapi jangan marah kalau blog ni masih lagi pink =________= Pink is a nice colour okay . Pink is one of the Prophet's favourite colours , too ! :)

BAII .

It turned out GOOD .

20.1.11

Tumblr_lf9r9e5eol1qdgvojo1_500_large

Assalamualaikum ❤ Whoa , lama gila tak blogging secara blogger sebenar =___= Alaa macam dolu-dolu aku cerita dengan penuh kesungguhan dan panjang lebar . Ok fine tipu , tak panjang lebar pun :P Cuma dulu hari-hari update kan , sekarang dah kurang . Sebab ?

Amboii , nak tanya lagi sebab-musababnya . Takyahlaah ! Dah nama pun status budak PMR 2011 SHAMS , memang ah .

Okay hari ni memang aku nak cerita pasal tiga minggu persekolahan telah berlangsung :) Weh weh nak cerita sebab happyyyyy ! Mula-mula aku ingat apabila tak sekelas dengan kebanyakan 2A2 , rasa tak best , tak selesa , but it turned out GOOD ! X)

Tak percayaaa wohhh ! Baru tiga minggu , tapi aku dah selesa dalam kelas tu . Kalau macam 2A2 dulu , dua tiga bulan jugaklah baru rasa macam warga 2A2 yang sejati =___= . Huehuehue ~ ! Tapi 3A2 , memang mantop !

Pengalaman kutip duit kelas ? T.T Okay dinasihatkan tak payahlah jadik bendahari ya . Sebab kena pegang duit banyaaaaaaaaaaaaak lepas tu orang mintaaaaaaaaaaaaak nak beli barang kelaaaaaaaaaaaaas . Haa ambek kau >:P

Hari Sabtu baru-baru ni 20 orang datang untuk hias kelas tau . Muslimin sepuluh orang , muslimat sepuluh orang :DD Muslimin cat kelas menggunakan cat berwarna PINK - okay aku sponsor cat tuh tapi memang dah disetujui oleh semua untuk cat warna tuh .

Tak sangka-lah muslimin 3A2 ni sangat-sangatlah memberi kerjasama !

Sebab biasanya tahun-tahun sebelum ni , kurenggg =____= so agak annoyed-lah . Nasib baik duit kelas semua orang bayar sebab bendahari terlalu memaksa dan mmeccok xDDD Habis tu , dah memang tugas diorang bayar duit kelas , tanggungjawab diorang-lah . Aku tukang kutip je :P

Cikgu-cikgu yang mengajar pun besttt :) Aku tahun ni duduk dengan Sofiah . Kelas kami menjadi attraction kerana berdekatan dengan tangga pejabat dan lokasinya terletak di blok paling hadapan jadi pagi-pagi takyah jalan jauh-jauh , naik tangga tiga tingkat-lah . HAHA

Tumblr_leqm1zbwp71qa92j6o1_400_large

Eh gambo tu dok sabbik ! =___= Sebenarnya nak cerita something yang terjadi dekat sekolah aku baru-baru ni . Aku sendiri pun pelik . Hari Selasa , sebelum waktu Maths , kiteorang nampak pelajar-pelajar tengah kecoh dekat makmal sains . Makmal sains setentang aje dengan blok form 3 .

And then kiteorang pun tak tauu apa yang berlaku , cikgu Maths pun masuk . Belajar dulu dengan tenang , and then cikgu Maths pun tetiba je berkata-kata ;

" Tak tahu apa ada kat dalam situ . "

And then bomba datang berlumba-lumba =___= . Eh takde-lah . Diorang datang naik lori bomba diorang tulah :P Korang nak tahu ada apa yang terjadi sebenarnya ? Apa yang ada ?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

KERA !!!!!!!!

Biasa dengar kera dalam hutan kan ? Haa , perkenalkan kera dalam makmal ... sains . Entah macam mana boleh tersesat dalam makmal SAINS pun aku tak paham =___= Kalau makmal komputer , boleh jugak si kera tu on Facebook dia or update blog dia ke T.T

Mesti korang ingat makmal terbakar panggil bomba ke hape ke . Tapi tak pun , tak ada menda yang terbakar . Ada kera seekor je . And then Encik Bomba pun tangkap-lah kera sebesar bayi dua tahun dan pulang xDDD

Okay itu sahaja pasal kera di makmal , tapi serious aku rasa kera tu sesat . Dahlah sekeliling sekolah aku , memang tak ada hutan langsung =_______= Maybe dari pokok kelapa kot . Ish .


HMMM , sempat lagi aku buat header baru x) Alaa edit yang lama tu jer . Lepas tu tukar background , nampak serabut sikitlah yang doluuu tuu , kot ? Entah biarlah aku nak simple je . Malas pening-pening . Asal PINK . Entah tetiba rasa macam blog ni PINK RULES jer xDD

Ouh sebab dua tiga menjak ni aku busy jadi tak ada chance langsung nak hadap novel . SOBS ! Emm , tapi bukan ada novel baru nak dibaca pun . Lambat lagi release =_____= Dahlah NEXT WEEK aku exam TOV . Biasalah , form three suka exam seorang diri T.T



Oloh perikse teh die ! xDDD

BAII .