Memperkenalkan...... CIK MILO ! :)

Assalamualaikum Apa khabar ? Harap-harapnya sihat sempena Tahun Baru Cina ( ? ) HAHA macamlah korang sambut * kecuali Chinese viewers - kalau adalah kat sini -.- * . So officially aku dah start cuti esok ! Tapi cuti berganti , and I was like , " Hah ? Wakpe gining ? Bukang ke cuti peristiwe merentah deseee ? " And then aku biarkan je .. Nanti adalah hari Sabtu yang tidak bernasib baik dijadikan hari persekolahan =.=" , dan kami pelajar SHAMS haruslah merajinkan diri ke sekolah dengan wajah mengantuk :P

Aku 'kan menjadi jawatankuasa pengurus hadiah sepanjang hari ini , sebab aku volunteer semalam nak tolong cikgu . Hehehe ~ ! So , mula-mula datang tu tak ada kerja lagi . Lepak lepak dulu walaupun hanya aku , Ain Hanani dan Nabihah yang pakai baju sekolah . Orang lain semua pakai baju sukan , dan tetiba ramai pulak rumah Hijau dan semangat Hijau bangkit dengan penuh kemeriahan ( ? ) .


So , sebagai camera-girl yang sentiasa membawa kamera * memang laaa * , aku mestilah snap beberapa gambar sebelum semua orang memulakan rentas desa diorang tuh . Yang sleeves berwarna-warni tu wajib ada ! Tapi tak cukup orang-lah kerana Incits Alya tidak memakai baju sukan sekolah berwarna biru kerana beliau berumah biru , tetapi beliau memakai baju-T labuh berwarna kuning . Yang sleeve biru seorang diri tu ialah Sab xD


Oh ini reunion 2A2 ke ? HAHA :) Lepas ambik gambar , cikgu kasi pengumuman suruh berkumpul dekat dataran SHAMS ( for muslimin ) and muslimat pulak dekat dataran tepi Dewan Abu Bakar As-siddiq . Aku , Nani and Nabihah stayed in the class . And then teacher kami yang mintak kami tolong tu datang dan suruh tulis nombor 3-10 bagi setiap kategori ; P15 , P18 , L15 , L18 .

And then kami pun start-lah jadi busy . Tampal itu ini dekat hamper dan hadiah . Cikgu-cikgu yang nampak kami yang berkain dan berbaju sekolah ni seringkali bertanya , " Awak ada kerja tak ? " dan kami memang nak tolong setiap cikgu yang bertanya tetapi malangnya kami tidak cukup tangan . At first , ingatkan sempatlah nak balut hadiah , and then pergi jadi pencatat orang-orangan yang sampai di Garisan Penamat . Tapi tak sempat sebab hadiah pecah dan terpaksa ambik kotak dan balut =.="


Okay itulah hadiah-hadiah bagi JOHAN dan NAIB JOHAN setiap kategori . Besar gila gedabak kan ?! Itu hadiah untuk perseorangan tahu tak ! Yang hadiah untuk JOHAN KESELURUHAN bagi rumah , besar sikit je dan NAIB JOHAN KESELURUHAN sama besar dengan JOHAN PERSEORANGAN T___T Maybe isi-lah lain sikit . Haiyooo . Untuk yang dapat no 1-20 , diorang dapat medal . No 3-10 hadiah iringan ialah setin serbuk Milo ye anak-anak . Johan dan naib johan dapat hamper besar gedabak . * sniff sniff jealous *

Lepas kami siap transitkan hadiah ke kelas 3A5 , kiteorang duduk berdekatan Pulau SHAMS dan menunggu pelepasan am peserta merentas desa . Tetiba ramai pulak cameramen tak rasmi , yang rasmi ada dua orang kot . First sekali cikgu lepas L15 , and then L18 lepas tu barulah P15 dan P18 . Pukul 9 pagi keadaan dah lengang sebab semua dah dilepaskan .


Semangat tak P15 ? Aku ambik yang P15 je sebab aku 'kan P15 jugak :P Actually 'Ainul ada kat depan-depan tuh tapi maybe sebab tertolak-tolak dia tak sampai lagi kot . Alah , rileks lah , baru Starting Line ni T.T Fortunately , hari tak hujan . Jadi alhamdulillah , tak nak-lah ada yang demam tapi kalau ada pun esok cuti . Tak nak pergi sekolah pun tak ada siapa heran kehkehkeh .

And then teacher kami suruh kami bawak hadiah dan hamper ke tepi dewan . Disebabkan hamper terlalu banyak dan berat , kakak form six tu pergi ambik troli yang besar gedabak tuh nak bawak . Nasib baik kakak tu bijak :P Hmmm , lepas tu cikgu suruh ambik kotak nak balut semula hadiah yang pecah terburai tuh . Nasib baik ada kotak-kotak yang tidak bersalah serta KOOP berbaik hati memberi pembalut hadiah * actually kena bayar HAHA * . Tapi tak apa , dah emergency , KOOP ada untuk membantu !


Kakak-kakak form six membalut hadiah dengan kental ! Oh dan masa aku tengok jam pukul 9:10 pagi , dah ada muslimin yang sampai T______T Iaitulah aku mengenali mereka kerana mereka ialah pelajar-pelajar tingkatan tiga , termasuklah classmate aku iaitu Alif Qayyum . Kalau tak silap aku beliau dapat nombor 7 kot tadi :P Means beliau dapat setin Milo lah ._. Oh tapi tak kisahlah tu sebab beliau rumah Biru xD But still bangga sebab beliau kelas aku . Ada dua orang lagi yang dapat top 10 ( yang mendapat hadiah Milo ye T.T ) , iaitu Syakir dan Nasruddin . Syakir dapat no 3 ...kot ? Nasruddin dapat no 10 dan beliau rumah Hijau ! YEAH !

Seperti biasa akan berlaku kebingitan suara pelajar yang menyokong rumah masing-masing . Dan biasanya sorakan rumah Hijau paling kuat sebab semangat lebih -.-" So kalau tak ada peserta rumah Hijau menang , tak adalah bising sangat . Jadi , yang banyak menyumbang kepada kebisingan dewan ialah peserta rumah Hijau termasuklah aku ! Tapi aku tak-lah menjerit-jerit sambil kibar bendera . Ops , jangan terasa :P

Aku kena stand by dekat tepi dewan untuk menatang tray berisi tin-tin Milo yang agak berat T.T Aku pegang tray tu semasa hadiah untuk kategori P15 dan L15 . Ngehehe ! P15 johan rumah Hijau ! Yeah ! P18 walaupun johan pun rumah Hijau , tapi seorang tu aje yang menang daripada 20 =.=" L15 dan L18 boleh tahan dan semestinya sorakan dari muslimin amat melampaui batas xDDD Tapi tak apa , ini menunjukkan semangat mereka yang berkobar-kobar !


Jadi disebabkan aku asyik pegang dulang berMilo je , Cik 'Ainul Munirah Mohamad telah memberikan gelaran juara baru kepada aku iaitu Cik Milo . Beliau , Sofiah dan Alya serta beberapa rakan lain telah membebel kepada aku kerana sewaktu aku berada di pentas * eceh macam aku pulak yang terima hadiah :P * , diorang melambai-lambai aku dengan penuh semangat namun begitu aku langsung tak nampak , sorry =.=" .

Dan nak diumumkan johan keseluruhan ialah rumah Biru ye . Saya ulangi , rumah BIRU ! B-I bi , R-U , Birru ! xDDD * ya memang air botol Birru tu :P * Tahniahlah kepada rumah Biru semoga menang lagi pada tahun hadapan tapi naib johan je tak apalah ya ? Sebab rumah Hijau nak bolot segala benda tahun depan HAHA . Oh rumors have been said yang tahun ni ada olahraga ! And I was like , " YAY ? " Nak masuk tarik tali lagi and lontar peluru . And then dapat sijil lagi !

Tadi Sir Zaini , setiausaha sukan sekolah dah inform yang sijil aku dah siap . Oh yeahh , baby . Sijil ke-berapa entah sepanjang berada di SHAMS . Sijil KRIS , sijil yang masuk program ICT ada tiga =.=" dan yang ni . Nanti buka sekolah aku pergi ambik . Eh tapi mana sijil-sijil yang lain tu ? Aku lempar celah mana . Cis , tak apa nanti aku cari . Bilik aku ni bukannya banyak barang sangat * tapi actually susah jugak nak cari barang * . It's okay , it's okay ! Harap-harap kalau ada olahraga tahun ni dapat jadi juara instead of naib juara . Tapi kalau dah rezeki , takkan nak tolak , 'kan ?

" Abang Akbar dah tak menyanyi ke sekarang ? " UR
" Uhh , hehe . Tak , " FA
" Kenape ? " UR
" Tak tahu-lah , ustazah . " FA
" Akbar ? " NM
" Yalah , ini adik dia . " UR
" Inilah Fatin tu ... " NM
" Adik Hidayah jugaakk... " UR
" Hehe , " FA

BAII !

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers