Blog ini belum bersawang .

26.2.11

24 Februari 2011

Tumblr_lfbr6ylkeb1qcxdnko1_500_large

Assalamualaikum readers sekalian serta followers yang semakin hari semakin baik hati mem'follow' beta * cis tetiba perasan diri jadi keturunan raja =.= * . Setelah berkurun-kurun tidak mengupdate blog , hari ini dibukakan hati untuk membuat perkara tersebut memandangkan I'm not so busy .

Yea right . Homework setimbun lagi , memang ahh . Mengalahkan gunung-gunung di Malaysia tingginya . Tapi malas buat lagi sebab ingat malam ni nak berehat dulu . Pagi esok ada program motivasi Bahasa Arab , so kena pergi sekolah lagi . Untuk masa dua tiga minggu ni , tak ada istilah ' cuti ' dalam kamus pelajar form three .

Hari Sabtu ni kelas tambahan Maths dengan Geografi . Walaupun tetiba Ummi aku tanya kelas Add Maths ke hari Sabtu ni ? =____= Bila masa pulak form three dah belajar Add Maths nehh ? Lagi Ummi aku cakap ;
Best jugak kan sekolah hari-hari . Esok kita pergi beli kain untuk buat baju sekolah baru .

Hambik kau ! Ummi menyokong kelas tambahan di sekolah tanpa henti . Fuhhh nasib baik esok tak ada tuisyen Bahasa Arab sebab ustaz katanya telah berlepas ke Kuala Lumpur untuk bertemu sahabatnya , Maher Zain pada malam esok . Ces .


Sebenarnya aku turut diajak ke konsert beliau tapi memandangkan aku sibuk sebagai persediaan nak hadapi PMR , aku tak nak ikutlah . Sebab utama aku tak nak pergi ; aku tak suka pergi tempat ramai orang dan bersesak-sesak , especially konsert .

Minggu ini memang banyak peristiwa-peristiwa yang menghairankan serta mengejutkan segenap urat saraf di dalam tubuh badan manusia . Antara peristiwa tersebut akan diceritakan sebentar nanti . Sabar ya , kerana sabar itu sebahagian daripada iman .

Kaunselor sekolah yang sangat mengenali aku menyuruh aku masuk pertandingan melukis peringkat antarabangsa . Beliau mengatakan lukisan aku sangat cantik ! Aku memang suka melukis dan pandai jugaklah , tapi aku rasa drawings aku cantik masa lukis kartun je .


And then kaunselor suruh Pemenang Pertandingan Melukis Poster Kebangsaan 2009 ( Akh AA ) jadi tutor kami . Beliau batch 2010 , jadi tahun ni beliau dah lepasan SPM laah . Beliau memang melukis dengan cantik T___T dan saya sangat jealous ! So kalau ada apa-apa hal , contact beliau .

Beliau suka mengarut , tensen aku kekadang tuh . Orang tanya busy ke tak , boleh beliau jawab tak busy padahal tangan tengah rancak buat mural . Adoyaii . And then semalam ( Rabu ) , aku dan Alya pergi jadi anak murid beliau kat bilik seni .

Beliau suruh lukis dulu , and then beliau pergi sambung buat mural . Beliau membebel dulu pasal lukisan itu ini , and then beliau akan pantau dari masa ke masa * ecece , dah betul penggunaan ni xD * . Tetiba kali kedua beliau datang tu , beliau bawa seseorang bersama =.=" .

Orang tu agak perli kami yang tengah melukis ni sebab time tu E-Book Akh AA tengah terpasang lagu Khatimah Cinta . Ohhh sebelum tu aku dah cakap , kalau melukis aku tak boleh pasang lagu sebab nanti tensen serabut dengan lagu je , susah nak dapatkan idea .

And then selepas tu , aku suruhlah Akh AA pasang lagu sebab keadaan terlalu suram =.= . Beliau pasanglah lagu nasyid dan beliau cakap , pilihlah mana-mana lagu yang nak dengar . Aku buat derk je sebab aku bukan kesah sangat bab-bab lagu ni . Time tu ada seorang kakak form 4 dengan kami .

Kakak tulah yang pilih lagu-lagu yang terpasang . Laahh , tak sedar pulak kakak tu buat macam tu T.T Itupun Alya yang beritahu aku bahawasanya kakak tu yang pilih lagu-lagu yang tiba-tiba terpasang dengan rancaknya xDDD Hadoyaii . Nasiblah , tetiba kena perli .

Kena sindirlah sedikit kenapa pasang lagu Khatimah Cinta . Aku jawablah , " Dah turn lagu ni . Dengar jelah , tak sentuh apa-apa pun , " then cuba membidas lagi . " Tak tahulah masa azan tadi off ke tak , habis tu ikut turn je . " Then Akh AA membela kami dengan mengatakan kami budak-budak yang baik xD

Huh , tapi over all , memang aku tak bersalah . Dah Akh AA tanya siapa yang pasang lagu tu dan kenapa lagu tu terpasang , aku jawablah sejujur-jujurnya sebab orang lain diam tak bersuara T.T Aku jawab memang turn lagu tu , dan aku tak pilih pun lagu tu .


Okay aku marah sebab aku tak suka orang sindir aku tanpa mengetahui apa-apa ! * okay relax fiey , jangan berdendam * Hah . Aku ni jenis pendam dan makan dalam nih . Okay sabar sabar . Hahaha . Lantakkanlah peristiwa tersebut . Ini nak dengar lagu InshaAllah beribu-ribu kali pelbagai versi xD

And then perihal pelajar lelaki kelas aku , suka sangat panggil aku di tempat yang tidak strategik ! Suka sangat panggil di tengah-tengah jalan , time orang tengah nak cepat dan nak ke sana ke mari . Heii . Dahlah panggil " Ehh . Ehh . " je . Manalah aku tahu 'kan !

Ingat aku seorang je ke yang lalu jalan tu . Hadoyaii budak-budak ni . Panggillah nama ke , " Fifiiiiii ! Stop right there , you are under arrest ! " =____= Tak pun , " Cik Bendahari 3A2 , tunggu sebentar ! " xDDD

Masa aku tengah basuh tangan dekat depan kelas 3A1 ( ada satu paip kat situ ) , tetiba Syaukani dan Izuddin ada kat tepi kelas 3A1 dan Syaukani memanggil aku . " Ehh , Izuddin nak bayar duit kelas ni . " Aku tengah basuh tangan masa tu tuh =___= .

Dengan tenang aku menjawab , " Ya ya . Tapi janganlah kat sini . Dalam kelas ya . " Aku pun beredar meninggalkan tempat itu tanpa sebarang kata lagi . Keputusan juri adalah muktamad ! Kalau tak muktamad , sila bertemu dengan juri sendiri okay ? =.=

Then tengah aku berjalan laju nak ke kelas , dan tiba di selekoh merbahaya ( memang selekoh mana-mana pun merbahaya kat sekolah tu ) takut berlaku pertembungan antara dua pihak tanpa disengajakan . Tetiba panggil lagi aku dengan panggil " Ehh . "

Yang latest , lagiiiilah . Tapi bukan Syaukani , Izuddin . Aku tengah berjalan dengan kelajuan maksima , tetiba " Ehhh ! Ehh ! Ehh . " tetiba aku dengar suara budak tuh . Aku ingat dia tengah cakap dengan kawan dia , Alif atau mana-mana orang kat situ sebab tu memang laluan umum .

Aku pun slow lagi apabila mendengar " Ehh " makin kuat . Tensen weh orang panggil kita " Ehh " je ingat tak ada nama ke . Nangis kang , mogok tak nak kutip duit kelas =.= * lagilah korang suka ye dak * . Selepas itu aku bertanya , " Nak apa ? " lantas dia terkaku di situ .

Lepas tu aksi dia memang tak boleh blahh , mulut macam nak cakap sesuatu sambil sengih . Si Alif memang muka tahan gila daripada meledakkan tawanya di tengah-tengah jalan * memang strategik kan tempat diorang pilih * . Then lepas tu Alif cakap " Tak apalah . "

T____T

Aku pun blahh dari situ dengan langkah yang amat luas dan laju sekali ! Apalah yang aku kejar ek . Tensen betol . Masih tidak dapat menerima hakikat yang diorang panggil aku " Ehh " je . Hadoiii ! Rasa macam nak jerit-jerit je ;
Nama saya Fatin Athirah ! Kalau rasa panjang sangat nak panggil tu , panggil Fatin jelah cukup ! Kalau malas , sebut je perkataan Fi dua kali . Paham ?!

25 Februari 2011

4754230465_358dbba562_z_large

Yee haa ! Hari ini ada motivasi dekat sekolah . Biasalah , first motivation camp berderailah air mata di pipi pelajar-pelajar . Terutama yang perempuan termasuklah yang tukang taip nih . Yang pelajar lelaki tak tahulah pulak nangis ke dak . Maklumlah , pelajar lelaki berjiwa kental .

Before that , kira macam muhasabah diri-lah . Then sambung dengan Kem Bahasa Arab . Rehat setengah jam and then sambung balik dengan slot motivasi . Aiseyh . Bergelora jiwa-jiwa di Dewan Saidina Abu Bakar As-Siddiq .

Hmm , lepas tu pukul 12 tengah hari balik . Walid dah tunggu tercongok dalam kereta Kelisa . Eceh .

Tetiba teringat masa hari Khamis , di surau sekolah , selepas solat Zohor . Seorang akh bagi tazkirah =.=" . Bukan tazkirah sangat , berkongsi tempat yang beliau nak pergi . Tempat-tempat bersejarah Islamlah jugak .

First sekali beliau cakap nak pergi Damascus . Atau in Malay , Damsyik , in Arabic Dimasyk . Aku pun terdetik dalam hati , " Eh aku dah pernah pergi . " . Itu monolog dalaman ye . Then , aku cakap dengan Sofiah yang aku dah pergi =.= .

Second place , beliau nak pergi Hagia Sophia . Punnn aku dah pergi xD Kat Istanbul . Seronok pergi situ . Alaa yang aku cerita at first Hagia Sophia @ Aya Sofya sebuah church or gereja . Then , convert jadi masjid . Masa pemerintahan Kamal Attarturk , dia buat jadi muzium .

Credits : FB Abang

Asalnya Sultan Muhammad al-Fateh dah cover , tutup semua gambar-gambar Jesus and Mary yang ada dalam Hagia Sophia tu . Kamal Attarturk yang suruh kikis balik , dan adalah gambar-gambar tu semua dekat siling .

Credits : FB Abang

See ? Told ya . Diorang kikis balik x[ Kat Facebook Abang bercaption :
The virgin Mary , Jesus and St. John

Lagii , ada tulisan nama Allah , Nabi Muhammad , al-Hassan dan al-Husin , Amirul Mukminin yang besaaar punya dekat dalam Hagia Sophia tu . Tak percaya tanya Alyaqilahassan sebab aku hantar gambar kat dia masa kat Turki hari tu . Orang lain tak meses dengan aku , jadi tak dapatlah gambar xD

Credits : Facebook Abang ( curik guna facebook Ummi xD )

Time aku pergi , Aya Sofia tengah renovate . Itu yang ada construction kat belakang tuh .


I miss that place ! Kat apartment kitaorang sewa tu , kat roof dia ada tempat memasak . Sangat sejuk dan sangat best duduk atas tuh ! I miss it ! Tetiba cerita pasal Istanbul , rasa nak pergi lagi . Huuu ~ Picture background : Blue Mosque / Sultan Ahmet Cami' ( jamek ) Mosque .

Tempat seterusnya beliau nak pergi ialah Greece . Yang ni aku belum pergi .


26 Februari

Tumblr_lb53o5faic1qddvy9o1_500_large

Baru balik kelas tambahan . Fuhh . Hari ini Maths dan Geografi . As usual , kelas tambahan mesti santai-santai je . Maths sambung syllabus dan dah masuk chapter Indices . Geografi belajar habis bab 6 then buat dua kertas modul .

Semua hadir . Time Maths , Nasruddin tak datang . Tetiba masa orang rehat , dia muncul =.=" . So masa Geografi semua hadir xD

Balik rumah , buat homework sedikit . Sambil tengok Being Human * baca ayat ni sejuta kali thanks * . Hahaha ! Excited gilaa tengok . Maklumlah lama tak tengok Mitchell walaupun setiap kali buka blog ni dan scroll ke bawah dengan aku sendiri terkejut T.T

Tak apa , dah tukar dah . Korang scroll lah ea . Hihi .

Banyak lagi homework tak siap . Esok sebelum rehat tak belajar ( kot ) . Ada majlis pertukaraan cikgu-cikgu yang naik pangkat . Termasuklah kaunselor sekolah yang disayangi ! Huuu ~ Maklumlah , aku 'kan Kelab Bimbingan dan Kaunseling x[

Dahlah yang asalnya ada tiga orang kaunselor , Cikgu Man dah naik ke jabatan . Then tahun ni seorang lagi kaunselor pindah . Tinggallah seorang sahaja x(( Harap-harap kaunselor yang seorang tu tak tukar .

Tapi baguslah sebab cikgu-cikgu naik pangkat , diberi anugerah ^.^ Cikgu 'kan banyak berjasa . Huu . Saya sayang cikgu-cikgu . Jangan lupakah kami di SHAMS !

Dem it . Tak habis-habis lagi baca buku Hulagu Khan : Khabar Hitam dari Timur . Of course-lah dia seorang yang jahat =.= . Dia telah memecahbelahkan umat Islam . Hulagu Khan , cucu kepada Gengkhis Khan . Argh . Kenapa tak habis-habis baca lagi ni ?

Ambik engkau . Tiga hari sekaligus dalam satu post . Semalam internet bangang , then tak boleh online terus ! Hari ini dah okay * maybe sebab aku dah siapkan nota PAI xD * , so aku sambung update . Sekarang ni tengah musim sukan kat sekolah .

As usual , masuk lontar peluru-lah Cik Mermit kita ni =.=" ! Dan acara tambahan ; lempar cakera . Semoga Khalid beroleh kemenangan pada tahun ini ! InshaAllah . * psst , rumah hijau nanti kat khemah pasang lagu InshaAllah xD * . Haha .

Okaylah aku nak sambung buat homework . Nanti hujung minggu depan aku update lagi . And last but not least ; ( sila klik )

BAII
Post a Comment