Life as a Form Three student .

18.2.11

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semuaaaaa pembaca blog ini . Hari ini saya sangat letih dan sangat kenyang serta macam-macam lagilah namun begitu saya sangat happy memandangkan tiada sesiapa yang membuat saya rasa sakit hati di SEKOLAH . Di tuisyen mungkin ada ! =_____=

3467623777_fa1d49052b_z_large

Hari ini ada kelas tambahan , begitu juga esok tapi hari ini nak bercerita pasal hari ini jelah sebab esok belum terjadi jadi mana boleh cerita =_____= Bangun pukul 6:30 pagi , tertunggu-tunggu alarm berbunyi , tapi tak kedengaran . Rupa-rupanya di'set' hanya untuk WORKDAYS iaitu Sunday-Thursday . Lupa pulak nak set untuk Jumaat semalam =="

Bangun pukul 6:30 dengan keadaan terpinga-pinga lalu menelefon 'Ainul tapi tak jawab T.T Kemudian , saya menelefon jiran saya iaitu Sofiah melalui handphonenya tapi dia juga tidak jawab ! Mujurlah saya sudah hafal nombor telefon rumah Sofiah dan mendailnya . Nasib baik ibunya menjawab .

" Assalamualaikum , helo . Piah adaaaa ? " saya bertanya .

" Oh Fifiey ! Sebentar . Piah , Pipi ni ! " jawab ibunya sambil kedengaran suara latar di belakang =.=" .

Lima jam Beberapa saat kemudian ...

" Helo ? " suara Sofiah kedengaran baru sudah membersihkan diri xD

Lalu saya pun bertanya kepada beliau pukul berapa kelas bermula . Beliau menjawab pada pukul 8 pagi . Nasib baik . Saya pun solat kemudian mandi lalu menyiapkan diri . Memandangkan ayah saya kurang sihat , jadi Kakngah saya perlu menghantar saya .

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati Kakngah saya kembali tidur ! Saya dengan bising mengejutkannya lalu membebel tidak tentu hala berbunyi begini , " Cepatlah saya ingin ke sekolah ! Hisy . " lalu beliau bangun dan setelah saya start enjin kereta , beliau masuk dan terus menghantar saya .

Sesampainya di sekolah , saya masuk ke dalam kelas dan masih ramai yang belum hadir -.- dan amat terkejut kerana tidak ada satu pun beg para pelajar lelaki di dalam kelas . Mulalah berfikir bukan bukan ;
" Adakah mereka berpakat beramai-ramai untuk tidak hadir ke kelas tambahan ? Oh tidaaakkk . Pelajar 3A2 SHAMS tidak begitu ! "
Namun begitu , setelah Faisal memunculkan diri , anggapan itu terus dimatikan dari fikiran . Budak 3A2 memang goooood ! Hahahaha xDDD Tapi tak nampak pelajar lelaki lain masuk kelas , beg diorang pun tak ada . Rasanya ternampak Irfan je kot . Yang lain , wallahu'alam bissawab .

Setelah itu , semua pelajar KMT dan ERT diminta ke bengkel untuk mengerjakan kayu-kayu yang telah diberikan . Saya belum membuat lakaran , namun begitu saya sudah nampak idea untuk membuat sebuah rak buku yang normal =_________= . Lalu saya tiba-tiba menjadi pemotong kayu untuk orang ramai sehingga saya penat .

Selepas menyedari bahawa saya sedang menolong orang lain tetapi kerja saya sendiri belum bergerak apa-apa , saya lantas berhenti dan memulakan kerja kayu saya . Akhirnya hanya saya dan 'Ainul sahaja yang membuat tanggam ; diajar oleh cikgu saya yang baik hati dan comell :)

Kemudian , saya membuat tanggam untuk 'Ainul . Saya berasa sangat sengkip kepada diri sendiri kerana tanggam yang dibuat kepada 'Ainul lebih menjadi daripada tanggam yang dibuat untuk diri saya sendiri T____T Namun begitu , saya redha sebab cikgu kata tanggam saya yang longgar itu boleh diletak 'filler' . Phew .

3460828521_eb145e5307_z_large

Setelah itu cikgu pun menyuruh kami semua berhenti dari membuat sebarang kerja dan pergi rehat . Maklumlah , bengkel digunakan oleh lapan buah kelas ( 3A1 , 3A2 , 3A3 , 3A4 KMT dan 3A1 , 3A2 , 3A3 , 3A4 ERT ) . Mujurlah SPN tak ada kalau tak , wallahu'alam-lah keadaan dalam bengkel .

Para pelajar lelaki duduk bengkel sebelah 'sana' , perempuan duduk sebelah 'sini' . Pelajar ERT dah biasa menjerit-jerit sebab kelas kiteorang tak ada pelajar lelaki -.- . Terpaksa jugaklah menjerit sebab bising bunyi mesin pemotong kayu dan sebagainya . Maklumlah , sayalah tukang potong kayu tuh =.= .

Setelah itu , kelas Sains pun bermula . Kami hanya berbincang jawapan kepada kertas soalan yang diberikan oleh teacher beberapa hari yang lalu . Pelajar sangat muram tetapi telah dihangatkan keadaan oleh Syakir yang sentiasa buat lawak yang sebenarnya tak disengajakan . Memang dia funny-lah , dan tak bersalah T.T

Pelajar lelaki semua datang except for Alif sebab beliau 'kan kooperator , kooperator ada kem minggu ni . Baguih baguih . Then teacher sebut nama seorang-seorang , tapi nama aku tak muncul-muncul . Last sekali pukul 12 tengah hari , it was time to go home ! Jadi teacher tak sempat-lah tanya aku . Bukan aku seorang je , adalah beberapa orang lain lagi X.X

Then , 'Ainul tumpang balik rumah sebab petang ada tuisyen Bahasa Arab kat rumah aku . Sepatutnya Sofiah ikut sekali tapi dia balik dengan Ain , so tak jadilah . Pukul 2 petang aku tidur kroh kroh sambil 'Ainul chatting dengan Kak Ti @ Azwati ( nama baru ) . Pukul 2:30 petang bangun-lah and lunch then get ready to tuition .

Kami tuisyen dengan perut kenyang dan penat . So hari ini memang belajar je straight . Nasib baik aku tak ada tuisyen hari Jumaat malam . Kalau ada , berat nanang ...


YEAY ! Dah siap ujian PERMATApintar sebab soalan dia ada sedikit je berbanding tahun lepas , tahun lepas ada beratus-ratus tahu takkk ! Tahun ni 50 pun tak sampai aku rasa . Nasib baikkkk ! Fuhhh . Tak larat aku jawab soalan yang membelitkan otak tu . Kalau bagi soalan Sains ke BM ke Maths ke , boleh tahan .

Ini kasi soalan , perghhh , bagi pengsan orang ramai ! Bagi yang genius tu bolehlaah jawab , but I'm not one of the geniuses so susahlah . Good luck kepada semua pelajar yang ambik . Pelajar form one to form three sekolah aku WAJIB AMBIK ! Nak tak nak , terpaksalah buat .

BAII .
Post a Comment