Farewell, brother and sister!


Assalamualaikum   Dah sebulan tak update blog ni. Oke, tipu tersangat tipu sebab baru-baru ni je aku mengepost entry paling emosi XD Tak berulang lagi dah kot entry emosi macam gitu. Ataupun vice versa, wallahualam.

So, aku baru je mendarat dari KLIA. Duduk terpacak kat situ dari pukul tujuh pagi sampai dua petang. Letih siot. Letih kebosanan.

Oke tak mau cerita lagi pasal hari terakhir di Kuala Lumpur, tak syok. Kita kalau mulakan cerita, kena start dari awal. Lainlah kalau nak buat buku prolog last sekali. Itu sebab nak tahu sejarah keturunan berdekad-dekad yang lalu. Ohman, lamanya XD

First day, aku dan Kakngah memang nak pergi tengok cerita I Am Number Four. Then, cerita tu lewat sikit dan ada banyak masa lagi. Kakngah pun suruh aku decide nak tengok cerita apa sebelum tu. Beliau usulkan Hikayat Merong Mahawangsa.


Okey sila abaikan rambut si Merong tu sebab dalam cerita sebenar rambut dia tak macam tuh oke! Dia laaagi hensem dalam cerita ni. Oh, bila ingat-ingat balik rupanya dia ni pelakon dalam cerita Los dan Faun. Patutlah macam pernah tengok. Stephen Rahman Hughes nama dia, right? Itu main protagonist. Main antagonist? Khir Rahman =="

Aku paling suka sekali dalam cerita ni aside from Merong himself, ialah Admiral Lee. Aiyaya... Amat sadis.

Aku tak mahu cerita panjang-panjang, sila pergi tengok sendiri wokeh. Tak pun tunggu CD dia keluar, terus pergi serbu kedai CD. Tup tup jumpa aku sekali dekat kedai tuh XD Oh dan hari tu terjumpa buku Hikayat Merong Mahawangsa kat library, tebal dan bertulisan jawi. Errkkk?

Cerita ni international kann? Sebab 70% of the story speaks English. Oh muka Lycius macam Peter Facinelli. Ouch, amat terasa ok! Kenapa semua cerita mesti ada kembar kepada Twilight? Oh tidaaak. Semoga kembar Edward Cullen tak ada di SHAMS xD

Dalam cerita ni ada keturunan AYAM * eh ti jangan terasa ok *. Sebab nama dia Taji? Heh...

Dua orang pelakon dari Besut dalam cerita ni XD, Wan Hanafi Wan Su dan Ummi Nazeera.

Wan Hanafi Wan Su tu adik/abang kepada suami mak saudara aku. * jangan pening :P *


Movie ni best jugak. Banyak action! Go Number Six! Ohyeahhh! Number Four lembiklah sikit ==" banyak menonjol bab lawan-lawan ialah Number Six. Oke Number Six is a woman okay! Oh I forgot to mention, aku memang suka tengok cerita lawan-lawan sekarang.

Lepas tu bila diorang start lawan, aku rasa nak ketawa terbahak-bahak. Apakah???

Anyway, persamaan cerita I Am Number Four dan Hikayat Merong Mahawangsa ialah... puak musuh memakai tatu yang hampir sama. Terutama watak Khir Rahman (aku lupa nama dia dalam cerita tu T.T) dan Mogadorians kepala botak dan ada tatu kat kepala diorang. Tapi Mogs lebih menggerunkan >.<

Haaa, satu lagi persamaan.

Heroins both movies! Totally out. Bila start scene yang ada diorang berdua, memang cerita jadi lembab. Aiyaaa! Satu lagi tak ada chemistry kot macam Kristen S dan Robert P. Eleh, semua benda nak banding dengan Twilight MUAHAHA. Gila kejam XD

Last part, nak beli buku tapi MPH Alamanda masih renovate dan tak sempat ke MPH lain. Grr :'(


Kami ke KL sebab nak hantar Abecik dan Kakcik yang akan melanjutkan pengajian ke Yaman/Yemen. Diorang pergi pukul 10 pagi tadi that was why kami semua bertolak ke KLIA seawal mungkin. Sebab biasa yang nak pergi luar negara kena check-in 3 jam awal.

"Pukul berapa flight, Akbar?" soal Abelong.
"Pukul 10:50..." jawab Abecik.
"Lha... Pukul 10! Awal lagi ni." ujar Abelong terkejut. * jam menunjukkan 15 minit pukul tujuh *
"Alaa, you tahu la parents you tu macam mana. Appiishh..." perli Abecik perlahan.

XD

Maybe 3 or 4 years kot diorang pergiii. Jumaat ni Abelong pergi Umrah bersama Kaklong.

Memang semue orang nok gi luor negare ke? Doh bakpe Abang takmboh gi keje kat Kuwait skarang!?


Kak Asnie pregnant. Tapi tak ingat ah berapa bulan. Lima ke enam entah XD

Abelong dan Kaklong akan meninggalkan putera dan puteri-puterinya di Malaysia. Huahua~ Maybe Ummi pergi kot sana dua tiga hari untuk meneliti perkembangan hidup mereka. Cehhh ayat sangat power :P Wahaha! Dan Abelong dan Kaklong akan ziarah Jordan dan Syria. Niru nggoh!


Ahh beliau sungguh comell! Geram wehh ~ Namun begitu, pipi beliau agak padat dan berisi tak macam Titi yang sangat best jika dipicit-picit dengan penuh kegeraman! Wachhhaaa! Yeah esok nak pergi cubit pipi Titilah. Yeayyy! XD

Haa, dan aku dan Kakngah telah bawak basikal 2km ke pasar malam mengikuti Kaklong yang naik kereta XD Gila lenguh masa balik. Huehuehue ~ Basikal tuh kalau turun bukit memang kena brek secara konsisten sebab nanti takut terbabas X.X

Special for Titi!


Hahaa. Terjumpa hari tu kat rak buku. Dalam phone pun ada gambar, ingat nak send je tapi kredit tengah membawa diri. Huahua ~ Pokaiilah. Nak beli kredit tapi tak jadi. Huu. Sepi hidup ini tanpa mesej dari orang tersayang. Anda mampu mengubahnya (???????)

Hmmm. Last but not least, jadual kelas telah ditukar. Mujur esok masih ada PJK. Wee ~ Nak main bola tampar. And then sekali-lah praktis untuk tampar orang dengan lebih kuat XD So sesiapa yang duduk dekat tu sila berjaga-jaga kot kot nanti tertampar tanpa sebab ==".

LAST!


"Heii! Kenapa tak pakai seluar ni, Zunahh?" Cufi mula hendak membebel.
"Aknakkk..." ujarnya manja.
"Bakpe takmboh??" dialek Terengganu turut difahami ok.
"Aknakkk...."
"Tak nak ke?" Cufi.
Beliau angguk.
"Kot anda mu lah heh!" ujar Cufi lalu beredar XD

BAII!

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers