Sorry if I'm too much . Oh .

16.3.11


Assalamualaikum  Ecehhh touching tajuk entry. Dan gambar di atas tidak kurang emosinya. Kehkehkeh. Actually adalah something. Pasal blog 3A2 story tulahh. Asalnya nak buat cerita having fun semua benda tuh, tapi tak tahulah pulak ada yang terasa so mintak maap wokey.

Maybe orang tersebut boleh face-to-face or maybe cakaplah dengan aku dekat fesbuk atau kat mana-mana sahaja. Tak payahlah perli kan. Cakap dengan formspring atau email ke Gmail pun tak susah rasanya. Tapi mungkin sebab internet lembab dia malas kot, so guna shoutbox jelah. Huahua ~

Aku tak naklah melenting dengan komen beliau sebab nanti mengata dulang paku serpih mengata orang aku yang lebih. Rilekslah, orang terasa hati ni ramaii. Termasuk diri sendiri T.T Haha. Aku buat biasa je. Aku fikirkan cara yang terbaik bagi aku dan beliau. Bukan susah sangat pun nak cari jalan penyelesaian.

Setakat ni 'Ainul je yang komen cerita-ceriti dan suruh aku sambung cerita tu. So solution depan mata, right? Blogger ni tak bangang, boleh di'private'kan dan invite readers je. So, aku buat 'Ainul jadi author dan blog tu hanya untuk kami berdua je baca dan sambung. Kan senang? Orang lain tak payah terasa hati :P

Biasalah, kat mana-mana pun memang ada orang tak puas hati plus terasa hati plus rasa benci kepada setiap benda yang kita buat biar benda betul pun ==". Tapi aku tak kisah sekarang sebab kat dunia blog internet dan sebagainya ni memang dah jadi lumrah. Dalam realiti pun 2x5 saje.

But kepada orang yang terasa hati tu, mintak maaf gegila dekat korang sebab aku manalah tahu korang tak suka jadi watak dalam cerita. Takpa, takpa. Lepas ni tak payah sakit hati lagi dengan aku sebab korang tak boleh baca dah cerita tu. Tapi memang aku saja je tulis sebab nak have fun, dan kat situ memang dah terang lagi bersuluh aku tulis tak ada kena-mengena dengan pelajar 3A2.

Err, adalah sikit.
Tapi tak menonjol sangat pun. Yang over wataknya aku buat aku, Sofiah atau 'Ainul je. Sebab aku kenal diorang sangat rapat.

Mana ada penulis yang betul-betul ikut cerita sebenar. Stephenie Meyer, Cassandra Clare, JK Rowling. Semua rekaan semata-mata. Mana ada vampires, werewolves, fallen angels, warlocks etc. Setakat yang aku tahulah. Tak tahulah korang ni peminat cerita yang totally ikut cerita sebenar ('',).


Ya, aku ego. So what?

Memang aku selalu nak menangkan diri sendiri and by the time now aku nak menangkan diri aku. And aku ada blog untuk tulis segala benda alah ni, kau tak ada. Huahua ~ Biarlah tak ada orang baca pun blog yang pink dan terus-terusan pink nih ==". Ini tak kira mengumpat sebab aku tak buka aib kau pun. Hush.

Dan ini juga tak dikira mengumpat sebab aku tak kenal pun siapa kauuuu. Kehkeh.

Tapi better tak kenal sebab nanti takut 'ter'benci pulak. Huahua. Don't worry, aku kalau benci membenci nih dua tiga saat je lepas tu dah tak lagi dah. Sebab kesalahan kecik je buat apa panjang-panjangkan. Hekhek. And pinta aku, tak payah introduce. Aku tak mahu kenal. Diam diam sudaaa :P

So let's proceed to a happier topic :D

Aku dah activate fesbuk balik ==". Ya, aku memang suka buat perkara ikut suka hati aku. Huahua. Nasiblah, fesbuk telah merampas segala masa berhargaku! Grrr. Huahua. Mengaku jelah diri sendiri tak pandai urus masa dan selalu terliur melihat fesbuk :P Kehkeh kantoi.


Chop those were not the reasons xD Haha. Aku activate balik sebab...er...saja saja? Kehkeh. Amuh aku dah tak ada fesbuk, so tak bolehlah kacau beliau T.T Nak kacau orang lain semua dah kahwin. Huaaaaaaaaaa ~ Nak kacau Kakngah tak boleh sebab fesbuk beliau ...err... taktau? Sebab kat rumah dah kacau hari-hari. Huahua ~

Hmm ehh dan korang perasan tak bila korang masuk blog ni korang akan dengar suara? Bukan suara misteri-lah. Suara Anwar Hadi xD Aku letak video beliau dekat sidebar, topik kegemaran. Ngehehe. Credits 'Ainul for giving me the link. Memang serius melampau. Huahua ~ Sakit perut aku gelak weiii. Video-video lain pun best tapi tu yang terbaeekkkk...


Sila klik gambar di atas untuk ke page Youtube beliau. Terbaik ah! Lepas tu ada lagi, matluthfi90. Carilah nama dia dekat Youtube. Aku golek golek tengok. Huahua ~ Eh aku ni cakap pasal Youtube je kerja kursus tak siapkan lagi pun ==". Maklumlah, hidup sebagai pelajar form three. Kerja kursus memang kena buat dengan penuh kesungguhanlah X.X

Oh hari ini kat Terengganu hujan, lepas tu tak, then hujan balik. Kemungkinan besar hujan asid, so tak digalakkan keluar rumah. Menurut kata Cikgu Shafie iaitu cikgu Maths tuisyen ( okay malam tadi pergi tuisyen xD ), setengah jam pertama je hujan asid, lepas tu tak dah. So bolehlah mandi hujan lepas tuh ==".

Tadi Aishah datang, dia-lah yang cakap bahawa kemungkinan besar hujan yang turun bagaikan air mata ialah hujan asid sebab loji nuklear kat Jepun meletup untuk kali kedua kelmarin. Hmm, aku pun cakaplah dengan Aishah, "Nak tahu hujan asid ke tak, pergilah test kat luar sana."

Then Ummi pun datang dan cakap, "Hmm pergilah test tengok luar sana. Ambik gelas dan tadah air hujan lepas tu minum. Kalau mati, yalah tu hujan asid." T__________________T

Tapi seriously aku tak pernah lagi mengalami hujan asid sepanjang hidup ni. Ingatkan kalau hujan asid, hujan tu warna kelabu ke... Persekitaran jadi kelabu dan macam berasap gituuu. Dah nama pun asid, mestilah terbayang semua tuh. Ekekeke. Oh dan lepas tu Aishah berdebar nak balik rumah dia sebab takut hujan asid XD

Ouhh camane ea keadaan kat Jepun? Aku pun tertanya-tanya jugak. Kerajaan Malaysia tak suruh balik ke macam kat Mesir itu hari? Haiyaaa. Aku tengok gambar tsunami melanda tu pun rasa macam...eiii...seram sejuk je aku tengok. Amaran Allah-lah semua ni... Cuma tak datang straight pada kita saja :-S

And rusuhan kat Yaman. Ohman ohman ohman. Nak tahu kenapa aku tetiba bimbang keadaan di Yaman? You'll know one day. Haishh ~

Bila nak tamat rusuhan ni?
Moga-moga rusuhan tak merebak ke Jordan, amiiin.

Wassalam.
BAII
Post a Comment