Back to myself HUAHUA.



Tumblr_ljktyhvzks1qe2g64o1_500_large

Assalamualaikum semua pembaca blog ini! Mesti korang rasa macam -____- sebab aku guna Bahasa Melayu balik, kan? Maklumlah, pendirian kurang tetap macam ginilah jadinya XD Saya nak jadi orang Malaysia yang bangga akan bahasa sendiri T___T Walaupun kalau guna English lagi baik manfaatnya.

Tak apa, masih lagi guna jugak English. Sebab kalau update blog dalam English, 1) Bahasa agak tunggang langgang kalau demam * walhal demam hanya setahun sekali XD * 2) Tidak best kerana pembaca rata-ratanya orang berbangsa Melayu berbahasa Melayu.

Alahaiii cik mek molekkk ~ (????)

Inilah salah satu sebab aku cuba berbahasa Inggeris, kalau in Malay aku banyak mengarut. Aiseyhh. Tapi tak apa, yang mengarut-ngarut nilah yang buat blog ni jadi best sikit, ini tidak, boring je... Dahlah cerita pasal diri sendiri, pasal orang lain semua letak tepi, atau tohok llaut XD


Tetiba je letak gambar ni! Alahaiii, comellah! Huahua.

Oh hari ini ada Majlis Ikrar Gemilang Terbilang bagi pelajar PMR, SPM dan STPM 2011 SHAMS. Semalam dah ada raptai/rehearsal, so hari ni macam dah teratur-lah. And then ada yang wakil baca ikrar 30 orang. Kelas aku diambil empat orang wakil (randomly picked), Arif, Amir, Aiman dan Adam.

Yang kelas lain tuh malas nak ambik tahu.

As usual, aku mestilah ambik tempat paling depaaaaaaaan sekali dalam Dewan Abu Bakar As-siddiq. Duduk dengan Sabrina sebab semestinya ramai makhluk tak mahu hadir hari ni, walaupun balik awal. Tepi Sabrina, Cik Aisyah Aqilah a.k.a Lautner. Depan kiteorang? Cikgu terus! XD

Hari ni baca ikrar dengan penuh semangat, tak macam semalam. Rasa macam semua pelajar menjiwai apa yang dikatakan dalam ikrar tu. Jihad! Jihad! 9A! 11A+! 5PA! InshaAllah boleh ahh tu. Target tahun ni untuk PMR 208 orang dan YDP PIBG tanya;

"Siapa 208 orang ni?"

Dan cepat-cepat kami angkat tangan (pelajar PMR je). Cikgu pun cakap lagi, "Semua angkat! Semua sekaliii!" Then semua orang angkat. Oh yeahh. Dan semestinya pelajar Upper Six paling sedikit bilangannya. Sekali tengok skrol tandatangan tuh, Form Three dan Form Five dipenuhi dengan pelbagai jenis tandatangan.

Tapi yang Form Six sikit je. Nampak kemas je =__= Ouch terasa! XD


Credits: FB SHAMS

Apabila dah berikrar dan berjanji tu, kena tunaikanlah. Dah nama pun janji. InshaAllah kami pelajar PMR, SPM dan STPM akan tunaikan! Dengan sokongan ibu bapa yang datang :) Dan guru-guru yang sentiasa bersusah-payah untuk kami. Tambahan lagi pihak pengurusan sekolah, dengan mengadakan majlis seperti ini!

Aku semalam dah dapat banyak sangat respon yang mengatakan diorang tak nak pergi. Bukan setakat respon, yang aku curi-curi dengar pun ada. Bukan sengaja curi-curi dengar, TERDENGAR. Aku rasa macam... Eh? Majlis ikrar ni memang TAK PENTING eh?

Sebab majlis ni hanya diadakan sekali setahun, yang mana pelajar PMR, SPM dan STPM sahaja yang terlibat. Pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting tahun ni. That is why aku sangat hairan wa pelik kenapa para pelajar buat endah tak endah je.


Inilah yang aku tulis dekat group Form Three SHAMS semalam. Memang aku rasa kecewa. Sedikit translation untuk ayat Terengganu di atas =.= ;
Salam kawan-kawan.. Actually saya dah simpan laptop dalam almari dan telah ditutuprapat, tapi saya rasa terpanggil sangat nak tulis sesuatu di sini pada ketika ini. KENAPA RAMAI SANGAT YANG TIDAK MENGAMBIL SERIUS PUN IKRAR GEMILANG ESOK? Biarlah mak dan ayah tak dapat datang pun, kita pergi lah sebab yang akan berikrar itu KITA bukan MAK AYAH KITA! Ke mana hilangnya semangat jihad 9A? Ke mana, kawan-kawan ehh? Saya bukan nak marah atau membentak, nanti ada yang melenting. Tapi saya hanya rasa kecewa... Itu sahaja. Sekian.

Tapi lantaklah diorang, bukan urusan aku pun kan? Yalah, memang bukan urusan aku tapi jadi urusan aku jugak sebab PMR tahun ni target 208 orang. Ikut suka hati-lah. Yang penting lepas ni nak study study study studoo! Eh silap =.=" Tadi YDP PIBG cakap ;

"Sekarang ni tak mainlah 7A...8A... Semua nak 9A,"

Of courselah, kalau 8A dengan 9A, mestilah orang nak 9A, 'kan? Bagi yang SPM pulak, mestilah diorang nak 11A+! Dan STPM, of course 5PA menjadi idaman qalbukudijari XD Hahaha.

Jumpa lagu bestt :D
Bidadari by Munif Ahmad dan Perang Dah Tamat (PDT) - Malique featuring Rabbani.

Serious, lagu PDT sangat sinis. Yang sinis best tuh! Hahaha. Selamat mendengar!

Oh, dan walaupun lagu What The Hell - Avril Lavigne agak best, tapi tak suka dengar sebab tajuk dia. So, baiibaii Avril Lavigne (sejak bila aku minat? heh takda pun -.-) Then try cari lagu lagi, terjumpa Grenade - Bruno Mars. Ok, I don't like the singer AND the video clip. So the song is automatically rejected XD

Dan sekarang ni masih tak sihat lagi. Batuk tak hentiii =.= Tadi masa dalam dewan orang tengah berucap, batuk ehem ehem kuat kuat. Adoiyaiii. Nasiblah ada air di tangan. Gulp! Gulp! Minum. Huahua ~ Dahlah duduk depan sekali... T.T

Wassalam.
BAII

Comments

  1. same laa kite fi . tp sy kedemaman kebatukan kesakitan ketekokan dan kelelahan -.-

    ReplyDelete
  2. all da best
    bahasa ape pun gune janji ingat jati diri sebagai anak melayu=]

    ReplyDelete
  3. wati : awok ngakit saye, saye jangkit nge ainul yasmin XD

    ety : betol3 * tetibe jadi ipin -,-

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers