Lu Fikirlah Sendiri The Movie


Ouh eh ahh uhh. Haha. Tak betul dah hari ini sebab tak ada apa-apa yang nak dibuat. Petang tadi lepas tuisyen Bahasa Arab belakang rumah * haha * aku terus buat kerja kursus. Sejarah punyalah, depan tivi. Bukalah Astro Prima, adalah cerita Lu Fikirlah Sendiri The Movie.

Dalam hati, dah lama nak tengok cerita ini :P
Aku pun layanlah cerita tu sambil buat kerja kursus.


Okeiii, cerita itu sangat emosi! Emosi! Menangis macam baby budak-budak -__-' Tensen weh dengan diri sendiri. First sekali, emosi (geram) tengok Nabil dan Natasha tu gaduh blablabla. Dan amat sengkip dengan kumpulan Meet Uncle Hussein yang asyik muncul je lepas satu babak XD

Emosi yang mengeluarkan air mata, part Nabil kerja untuk dapatkan duit nak belikan adik dia kasut baru. Ahh, time tu memang menyentuh jiwa dan raga. Sobs sobs, kesat air mata (sambil gunting kertas kerja kursus). Huahua. Sambil nangis tu sebenarnya gelak dalam hati dekat diri sendiri -__-'

Second part yang aku emosi dan menangis masa Natasha bongekngokngek tu pergi tinggalkan Nabil tengah jalan dan Nabil balik jalan kaki sambil hujan lebat (derr, asal cerita je, hujan). Then Nabil menggigil kat wakaf, kereta Natasha lalu berdekatan wakaf tu dan berhenti berdekatan.

Tetiba Natasha keluar dan berlari-lari tanpa motif kemudian masuk kereta balik (????)
Dalam hati, "Kenape pulak si Natasha ni berlari bagai nak rak? Aku rasa dia tak nampak pun Nabil yang dah pengsan kat wakaf tuh. Ah, layan jelah."

Requested by http://banananyo.tumblr.com/

Then, Nabil pun demam. Pergi kerja tak bawak motor dia, balik Sharifah (rakan sekerja) dia hantar. Lepas tu dia terkejut sebab motor dia dah hilang! Dia tanya mak dia, mak dia cakap tak tahu. Dia pun tanya beruk dia -,- beruk dia manalah nak jawab kan. Grr.

Lepas tu dia kena buang kerja (dispatch) sebab motor dah tak ada. Kerja sambilan dekat pasar malam pun tak boleh dah sebab kawan dia yang bukak gerai tu dah nak balik kampung jaga mak ayah. Time tu aku sedih gila sambil mulut cakap, "Sudah jatuh ditimpa tangga..."

Kemudian, dia balik rumah, mak dia cakaplah yang rumah sewa dah dua bulan tak bayar. Oh, lupa nak cakap yang Nabil ni ada mak, ayah yang sakit, abang dia dan adik dia. Nabil pun kasi-lah duit yang dia dapat dari meniaga kedai kat pasar malam tuh..

Dia pun ke dapur, tengok abang dia makan nasi. Nabil mengamuk, sebab Along dia tak jawab bila Nabil tanya, "Kau kan yang jual motor aku untuk beli dadah?!" Mak Nabil datang to the rescue, dan cakap, "Nabil! Apa ni! Along kau tu!"

Nabil mengamuk lagi, dan dia tumbuk dinding (macam tak biasa derrr). Aisyah (adik Nabil) pun datang kat mak diorang time Nabil dah keluar ikut pintu belakang dan menangis kegeraman dekat perigi buta. Semua orang menangis (termasuk penonton ya -,-). Along dia pun macam menyesal. Ayah dia kat bilik air mata keluar.

SOBS!
I miss those days D:

Adehh, jadi-jadilah menangis. Last sekali, kumpulan MUH tu ajak Nabil masuk satu contest ni, contest video clip ke apa entah. Then masuk tivi, semua orang tengok, dari tokei tempat dia kerja baiki motor, jadi mat dispatch, Natasha dan lainlain lagi.

And of course-lah diorang menang. Lepas tu Natasha pun kasi bunga kat Nabil setelah diumumkan menang tu dan pergi cium Nabil (???) Wartawan pun ambik gambar =________________= After that, Nabil kena interview pasal dia dengan Natasha.

Last last tu, ada makcik photographer ni sibuk nak ambik gambar Natasha and Nabil berdua. Suruh duduk macam ni macam tu. Nabil pun terpijak kaki Natasha.

"Hei! Sakitlah! Awak pijak kaki saya!"
"Saya tengah tengok dekat kamera ni jadi saya tak nampaklah kaki awak yang kecik tu!"

Then Natasha pun melarikan diri. Nabil pun kejarlah (scene biasa dalam semua cerita). Diorang pun gaduh -__-' Nabil cakap dia tak suka bunga, Natasha pun balaslah manalah tahu Nabil tak suka bunga sebab dia bukan girlfriend Nabil, then tengah membebel-bebel tu, Nabil cakap;
Saya tak suka bunga, saya suka awak.
T______________T Dua minit kemudian, minah kepoh tu berhenti membebel dan diorang pun berbaik. Makcik photographer pun ambik gambar. Serabut je makcik tuh -,- Tumbok kang baru tahuu. Lepas tu, ending dia, Nabil beli rumah baru besar untuk famili dia dan Along dia masuk Pusat Serenti.

What a happy ending! -,-
Tak sia-sia aku nangis XD

Oke itu je nak cerita. Hahaha. Nak pergi tolong Kakngah aku pulak sebab tadi dia promote, "Adik, nak tak tolong saya? Boleh dapatkan wang saku lebih..." -_______-' Saya tak mata duitan tapi sebab kerja tu taklah susah mana dan memang aku suka, jadi aku akan buat T.T

Wassalam.
BAII!

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers