bernostalgia di pagi hari XD


Hmm, recently aku ada cakap kan nak tulis nostalgia zaman dahulu kala * gelak overdose terus XD *. So hari ini aku bakal merealisasikan hajat aku itu. Sekalilah dengan unsur-unsur patriotisme yang kita duk buat dalam kerja kursus Sejarah tu. Happiisshhh.


Okei, gambar ini ditujukan buat Muniirah Mohamad. Ekekekeke. Eh semalam dia online eh kat FB? Fine aku tidur awal, sebelum pukul sebelas. Miss Alyylyyshes pun online jugak rasa-rasanyalah. Eh banyok pulok aku reke name orang leni. Siyyang ke Titi Roti. Hahaha, sorry Ti :P

Dahlah dashboard aku tuh tak bergerak langsung dari kelmarin dulu! Memang tak ada orang update ke kecuali Kak Ryna? Yeah, aku tahu aku follow orang sikit je, yang aku berkenan saje... Weet weet ~ Sorrylaa. Eh kejap nak pergi follow satu blog ni -,-

Ok dah siap.

Aku baru je siap pasang Cute Profile dekat blog ini dan dengan tak bangganya mestilah berat blog ni semakin naik. Derrrrrr ~ Dahlah dah memang lembab walaupun pergi timbang hari tu Average kelajuan 0.01 seconds. Masalahnya bukan blog ni lembab, bila buka blog ni, Google Chrome terus membangangkan diri T.T


Hambik tohh! Keluar dah cover! Tapi novel keluar 13 Oktober dan aku rasa maybe time tu aku tengah exam sungguh-sungguh atau dah lepas. Adehh. Tak raya manalah aku tahun ni. Stadi jelah balik kampung. Dengan sepupu-sepupu aku. Err, aku rasa tak kot? Sebab yang sebaya semua lelaki T.T

Dan semestinya aku paling tua XD

Alahaii, tapi aku kena baca CoFA dulu supaya kegelisahan hati kurang.
pssst...dahlah novels yang aku beli hari tu, aku sengaja letak dalam almari supaya aku tak habiskan, tetiba ummi buat keluar, susun depan mata...hish sunggoh menyelerakan...nak baca! nak baca!

PANG!
Woii hang exam nanti. Belajar!

Alaa, nak baca English novels ni. Boleh tingkatkan English!

DUSH!
Belajar! Baca buku contoh karangan English, no novels allowed!

Nok bace gop T.T Biaa ah.

* mendape fifi cakkap sorang diri, tapo ni *

XDDDDD

Tak bernostalgia manalah pagi ni. Dilema je. Dahlah esok sekolah ganti, tapi aku tak belajar macam biasa sebab ada kem Geografi lima jam XD Maths lima jam dan KH lima jam XD Takdelahh, tiga jam je. Okay, je! Tak tiga jam, dua jam. -_____-' Nok gommo wasse!

Tapi it's fair and square sebab sesekolah bersekolah (sila faham ayat ini). Takdelah Form Three aje terkedek-kedek datang ke sekolah. Tapi yang kureng sket kena datang pukul 7. Biasa hari Sabtu pergi sekolah pukul lapan. Baju belum bergosok. Entah basuh ke belum -,-

Alahaii, nampaknya tak bernostalgia lagi. Tak ada masa! Nantilah lepas exam! Exam 18hb ni. 16hb sambutan hari guru. Ehhhhh hadiah tak beli lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Nantilah pergi beli. Lepas tu seperti biasa suruh Kakngah balut X.X Kahkah sebab aku balut hudoh.

Aku teringat kat ustaz masa sekolah rendah;

Sebelum Hari Guru, beliau cakap, "Bagi hadiah yang besar-besar kat saya ye..." XD

Then selepas Hari Guru, beliau pun cakap, "Lain kali bagi hadiah kecik-kecik jelah. Tak muat dalam motosikal saya."

Siapa suruh ustaz pergi sekolah dengan motosikal? XDDD Ustaz ada kereta, tapi biasanya bawak motor je. Maybe sebab senang kot. Dahlah aku bagi selimut besar kat ustaz masa hari guru tuh XD Perli betullah ustaz ni ;P My favourite ustaz of all time. Tiga tahun berturut-turut weeiiii dia mengajar aku :)

Ustaz ni suka baca suratkhabar. Semua jenis suratkhabar beliau baca (kecuali yang bukan bahasa ibunda XD).


Ada satu lagi cerita duluu... Bolehlah nostalgia kejap kejap ek :P

Dulu aku 'kan kiranya top student-lah dalam darjah tingkatan aku. Selalu dapat nombor 1st, duduk pun kelas 1st. And kalau akhir tahun biasanya dapat hadiah time Anugerah Kecemerlangan tu. Masa darjah empat aku dapat paling sikit, dua je tak silap aku. Still dapat nombor satu dan markah tinggi English.

Darjah satu je aku dapat nombor dua XD

And then, time nak dapat hadiah tu kena beratur panjang-panjang. Dan ikut kategori, markah tinggi English, BM, Maths, Science etc etc. Aku biasanya duduk depan seorang budak lelaki ni, nama dia Hamdan kalau tak silap XD Dia senior setahun.

Biasanya kiteorang dapat markah tinggi untuk English dan Maths. So tiap-tiap tahun dia duduk belakang aku. Dia selalu tegur aku tapi aku, biasalah, buat sombong dua saat, then sengih-sengih dan jawab jelah pertanyaan dia. Dia jugak suka perli dan usik, lalu aku memang akan TP dan buat tak layan.

Aku layan adik kat depan jelah XD

And then ada satu tahun ni, time aku darjah lima, dia darjah enam... Dia tegur aku, macam biasa, * sekali setahun je tegur, time hari anugerah tu XD * tanya aku mak ayah aku datang tak... Aku jawablah dua-dua datang. Dia jawab mak dia datang. Aku pun tanya dia ayah dia tak datang ke. Dia pun balas;
"Hei, kau tak ingat ke? Ayah aku dah meninggal-lah..."
Aku pun senyap terus. Ummi aku memang kenal dengan famili Hamdan tu, tapi aku memang seriously tak tahu yang ayah dia dah tak ada. Lepas tu kiteorang dah tak cakap lagi. And that was the last time I spoke to him sebab lepas tu dia dah takde, dah naik sekolah menengah.

Memang aku selalu ingat peristiwa tu. Rasa bersalah pun ya jugak. Masa dia cakap, "Kau tak ingat ke?" tu dia senyum je tapi muka dia dah macam 'down' sket dah. Lepas tu aku senyap jelah kan. Dahlah aku tak tahu ayah dia dah takde, pergi tanya pulak. Tak kata sorry pulak lepas tu -,-

hoy! hoy! ♥
from “my girlfriend is a gumiho” ♥ watch ittttt :3

Haih, entah dia ingat ke tak peristiwa tu. Kalau dia ingat, nanti kalau suatu hari terjumpa, aku pergi mintak maaf lerr. Serious, aku tak kenal pun famili dia. Aku kenal dia je kat sekolah, tu pun aku buat tak tahuu saje. Dia femes sebab dia bijak. Dan dia juga pengawas, memanglah laagi femes :D

Ehhh japp! Aku rasa masa darjah enam dia datang time hari anugerah sebab dia pelajar cemerlang UPSR. Ya ya. Tapi aku tak sure dia tegur aku ke tak sebab darjah enam aku dapat hadiah paling banyak XD Gara-gara dapat Olahragawati Terbaik (????) dan Anugerah Pelajar Cemerlang.

Mujurlah aku tak jadi Ketua Pengawas, kalau tak, memang kalutlah sebab lepas A. Pelajar Cemerlang, Anugerah Ketua Pengawas Disiplin pulak XD Ketua Pengawas is Aiman, sekarang sekelas di 3A2. Oh haii! -,- Olahragawan Terbaik? Sabbik dop buleh ke Adin? -,-


Ketua Pengawas Pustaka, Farhana yang dapat... Eh, rasanyalah. Tak pun Ayub, or Farid. Itu geng-geng purple-lah tu semua tu. Aku, Matu dan Adin pengawas sekolah berbaju biru. Ecehhhh gedik XD Yang dapat anugerah semua tu, alhamdulillah, dapat 5A.

Yang dapat 5A majoriti pengawas...
Yang bukan pengawas, Izyan, Izzah dan Norsuraya je :D

Yang lelaki semua pengawas.

Okeii babaii nostalgia :'(

Dalam banyak-banyak novel aku baca, satu je novel yang hero dia aku tak berapa nak layan dan suka.

Dimitri Belikov in Vampire Academy.

'Cause he sucks -,-

Wassalam.
BAII!

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers