Laboratory, Science, holkodotsy etc :P

8.5.11


Mahah! Welcome to the new URL -_-". Mesti korang fikir macam ni, "Ape tah budak faazmi ni hari tu fatinathirahazmi lepastu faazmi sekarang ni holkodotsy plak. Ape holkodotsy tu sebenanye? Hisy." Alaa, aku tak kisah korang nak cakap apa sebab...

Aku pun tensen gak dengan diri sendiri XD

Suka sangat tukar pendirian. But, aku promise this will be the last time aku tukar link sebab aku selesa dengan nama holkodotsy ni, even though tak ada meaning sangat. Kalau nak kira faazmi pun tak ada maksud ;D


Mesti korang jumpa ni tadi kan? Tak pun yang ada tulis lebih kurang "cannot find this blog blablabla", betul tak? Hahaha. Nampaknya kena relink aku balik ahh. Cis, macamlah ada orang link-kan aku -,- Rasa macam itik pulak (???)

Don't mind me sebab sekarang ni aku suka sebut "ITIK".
Motive, unknown :P

Oh mesti korang nak tahu apa makna holkodotsy? Dari mana ia datang? Ececeehhh... Okei jom terjah asal usul nama holkodotsy nih. Mesti korang frust last sekali HAHAHAHAH

Actually dulu aku suka sebut polka dots, alaa yang bulat bulat banyak tuh. Pattern bulat bulat :D Tak kisah warna apa, asal bulat.. Macam ni;


Yang ni warna hijau gelap.. Boleh ahh tahan ;)


Yang ni pink plus plus. Comeii gak tapi aku tak suka background polka dots, kekadang tu disturbing the header. Maklumlah, cerewet :P

Okei sambung cerita balik, lepas tu dalam lintasan otak ni terbitlah holkodotsy tuh, aku cuma tambah 'h' kat depan and 'y' kat belakang, huruf 'a' kat tengah-tengah aku tukarkan dengan 'o'. Tak faham? Kejap eh.


Eceh, siap buat tutorial. Tutorial header transparent, tutorial itu ini, tak buat. Hahaha. Aku bukan apa, dah lama aku guna nama holkodotsy. Email etc etc. Tumblr pun dah tukar :P Fanpage kat FB (untuk blog) aku dah setkan holkodotsy.

Cuma FB aku jelah nama lain. Mana boleh holkodotsy jugaak -,-

Aku tak pernah bagitahu orang pasal nama holkodotsy ni, but I really like the name. Unique, for me-lah. Dan rekaan aku sendiri. Korang pergi ah search kat internet [ holkodotsy ], tengok keluar siapa dan apa :P Erk, aku search memang keluar aku sendiri XD

Femes lak rasa ;P

Okeh okeh dah dah. Itu je pasal holkodotsy fifi. Ingat holkodotsy, ingat Fifi! Ingat Fifi, ingat PinkRidingHood! (???) HAHAHAHA

noktah.


Aku ke sekolah tadi, tak ingat hari ni Hari Ibu. Apabila kereta menggerakkan tayarnya (???) barulah aku teringat. Sampai kat sekolah, aku terus keluarkan kertas A4 kosong untuk buat kad Hari Ibu... Sebelum tu, ada something...

Yang terus membuatkan aku bad mood plus jiwakacau.

Dahlah dua insiden. First him, then another one was him. -,- (berbeza ok)

Aku tak nak ingat, but remember, I will not! I will not! Walau sejuta orang suruh pun, aku takkan. TAKKAN! Hanya Sofiah memahami statement ini, I'm so sorry... Nak bayar duit kelas pun, bayarlah, I will not. Not... Not!

Sabar, Fii.

Dah-dahlah buat perangai. Tskk...

And then aku pun buatlah kad, sambil Adam jadi pengerusi majlis tazkirah. Time tengah buat kad tu, feeling feeling-lah tulis surat kat ibu tercinta. Lepas tu Adam ulas pasal ibu bapa pulak, lagilah meleleh air mata ni. Sofiah nak cakap apa entah, aku berpaling, beliau terkejut...
"EH FI! BAKPE FI?"
XD Aku pun cakap ahh sebab aku tengah feeling tulis surat HAHAHA. Dia pun menenangkan aku, then setelah habis waktu tazkirah dan Bahasa Arab (time ni aku curi-curi buat kad :P) aku pun cakap ngan Sofiah...
"Actually saye nangis bukan sebab surat untuk ibu je.. Sebab apa yang berlaku pagi tadi."
Dan beliau telah menduga semua itu XD Hampir seharian aku bad mood. Waktu Bahasa Arab aku dah bad mood gara-gara something before tazkirah. Tapi Izuddin berjaya buat lawak sehingga aku pecah perut. Adehh, sakit perut aww aww!


* tepuk tepuk tangan untuk Izuddin sebab pandai buat cerita :D *

And berjaya buat aku gelak, sebelum tu aku masammm je.

Time Science... Yeahh, semua orang tunggu part ni! XD

Kiteorang hari ini buat eksperimen calcium carbonate dengan lime water. First sekali ambik serbuk calcium carbonate and then heated it guna Bunsen burner. Buku teks cakap tunggu 10 minit.

Then, teacher cakap kalau guna calcium carbonate, lambat, so ambik lime water untuk apa entah. Then, kiteorang ikut apa yang teacher cakap. As you all know, kalau lime water menimpa calcium carbonate, ia akan menghasilkan bunyi 'sssssssssss' atau meletup terus (if the calcium carbonate tak panas).

lime water XD

lime water yang sebenar, kalau dibiarkan lama nampak jernih je

Lepas tu, Sofiah tengah pegang test tube berisi lime water, tetiba terserap lime water tu dan akan naik seterusnya memasuki test tube berisi calcium carbonate. Dengan cemas, Sofiah berkata;
"Heiii! Jangan bagi lime water masuk dalam test tube satu lagi!"
Mula-mula okey je, tetapi bila aku nak tarik rubber stopper with delivery tube tuh (aku ingat benda tu panas), so aku suruh 'Ainul larikan Bunsen burner. Then tetiba lime water makin naik, mendekati untuk masuk ke dalam test tube berisi calcium carbonate. Aku suruh 'Ainul letak Bunsen burner tu balik.



Lime water tu tersekat kat delivery tube tu je. Tak lama lepas tu, macam mana entah tetiba lime water naik balik!!! Dan memang nak masuk test tube calcium carbonate tu. Sofiah yang tengah pegang test tube lime water tu pergi lepas test tube tu -___-"!

Dan mulailah saat panik setelah 'Ainul dan Sofiah 'agak' menjerit. Aku dalam hati, "Adakah calcium carbonate akan meletup jika lime water masuk?" lepas tu aku dengar test tube tergolek kemudian, sambungan hati aku, "Aku rasa test tube tu akan pecah." walaupun aku tak nampak test tube tu.

yang menyambungkan dua test tube tu rubber stopper with delivery tube. and lebih kurang macam nilah keadaan eksperimen kami tadi XD

Sekelas tengok kumpulan aku, Sofiah, 'Ainul, Sakinah dan Syafiqah.

Sofiah dan 'Ainul tengah panik tahap gaban, lalu test tube pecah -_-' dan entah apa kaitannya apabila kerusi pun dah jatuh tergolek -________-'.

Last sekali sebab dah dua budak tu kecoh sangat, aku pun bangun dan pergi sentuh rubber stopper tu, tak panas. Aku pun try tarik, then Piah tolong. Akhirnya berjaya tarik di saat-saat akhir, lime water berjaya memasuki test tube calcium carbonate dan....

tak meletup pun XD

SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS..................

Bunyinya. Fuhh, mujur sikit je dan calcium carbonate tengah panas. Aku and diorang gelak tak henti sebab waktu panik telah berlalu. Dahlah sekelas tengok, nasib baik muka aku tenang je, and then agak serious masa try cabut rubber stopper tuh.

Orang lain? Bukan nak membantu, tengok saje! Syafiqah dan Sakinah pun sama!

Budak lelaki lagilah, tengok sahaja dengan mata membulat, dalam hati masing-masing, "Adakah benda tu akan meletup atau tidak? Dupdapdupdap," maybelah XD Yang aku tak boleh blah, diorang tengok jee! Haishhh! Mana unsur patriotisme diorang ni (???) XD


Teacher pun tengok, tapi sebab aku tengah gelak gila-gila (aside from being cool and serious sebelum tu), teacher pun senyum je.

Aku tanya 'Ainul, yang Sakinah dan Syafiqah buat apa masa tengah kecoh kecoh tu? And then 'Ainul jawab;
"Tak buat apa-apa. Diorang tengok saja."
Padahal budak berdua tulah yang bersandar bertempek dengan 'Ainul XD Sofiah gelak besar terbahak-bahak sebab mengingatkan diri sendiri yang terlalu panik dan mengenangkan aku yang tenang dan tengok je (macam orang lain) pada mulanya XDDD

But at least aku tolong jugaklah tarik rubber stopper tu walaupun beberapa titik lime water jatuh ke dalam calcium carbonate tuh.

And then kiteorang gelak habis-habisan. Sakit perut. Adehhh.

Pengajaran: Jangan panik jika berlaku sesuatu. - oleh 'Ainul XD

'Ainul tak panik pun pada awalnya, setelah Sofiah panik dengan teruk, 'Ainul panik sekali-lah. HAHAHA. Aku masih ingat lagi wajah-wajah budak lelaki (sebab aku and da geng duduk belakang meja diorang) yang takde perasaan, menantikan apa yang bakal berlaku XDDD


Tapi last sekali eksperimen kiteorang yang berjaya walaupun pecah segala benda jatuh segala kerusi! Lime water terbentuk hasil pemanasan global calcium carbonate dititikkan dengan beberapa titik distilled water dan terdengar bunyi sizzling, lalu diletak lebih banyak distilled water.

Kemudian, filter dengan filtrate paper. Dan terjadilah lime water, yeay!

Then kelima-lima kami (Piah, Enu, Piqah, Kinah, aku) menghembuskan nafas ke dalam test tube itu, and the water turns cloudy! Teacher pun tanya sekelas, siap tak lagi? Ada yang siap tapi tak menjadi, lalu teacher cakap, "Ini, kumpulan tengah ni menjadi."

Oh yeah. Bangga XD

Kemudian, kumpulan depan kami (En. I, En. N, En. A) pun dah siap. Dan kemudian En. I hembus karbon dioksida ke dalam test tube lime water tuh, dan dengan gembira, beliau berteriak, "Teacher, cloudy teacher!" lalu terdengar suara sumbang, "Teacher, memang ah cloudy, ye dok gosok gigi sebulan!"

Dossenye! XD Masalahnya takde kait mengait pun tak gosok gigi dengan karbon dioksida. (eh ke ada?) Lantak ah, tapi memang En. L gelak secara overdose ah masa tu. Huahuahua!

Wow, what a fun day! Apart from me being moody half of the morning :P
I felt great! Thanks Muniirah, Sofiah! And the others.

baiii science lab.

Balik tu, aku beli kuih tart untuk Ummi sebab tak ada hadiah Hari Ibu. Sampai je rumah, kudapati kuih tart tersebut telah hancoss berkecaii -_______-'


Kisah sebenar sila baca petikan FB di atas. HAHA. Itu dua-dua my cousins -___-' Biasalah, aku dengan cousins lelaki tak panggil 'abang' pun walau jarak umur besar. Fadhil tu umur 23, hahaha, yang Kam tu sebenarnya Along (anak Maklang) :D

Fadhil panggil Padey -__-' Start dari Padey lah tak panggil 'abang' kat depan. Yang 24 ke atas semua panggil 'abang' kat depan. Abe Jack, Abe Jie, Abe Ih, Abe Yi... Tu jelah -___-' Tambah sikit Abe Muh dan Abe Koley (my brothers :D).

Yang lain semua panggil nama :P Kihkih.

Tetiba cakap pasal sepupu -__-' Haih, lama tak jumpa diorang. Maklumlah, kiteorang kumpul sekali setahun je. Biasa time Raya Haji ada yang tak balik. Lately ni kalau Raya tak meriah mana, entah tak tauu kenapa. Hayyarrkkhhh!

Dah tu, ada jugak yang balik rumah mak mentua ke apa ke. Yang belajar luar negara tak campur lagi (tapi biasa yang belajar kat Timur Tengah boleh balik, macam Amuh). Amuh akan cuti sepanjang bulan puasa -____-" dan akan raya serta akan jadi imam di masjid yang dia nak XD

Nanti dia balik, dia nak masuk Imam Muda :P

haiii nuriiii XD

Fakhrul (peserta Imam Muda 2011) is from Terengganu and time Ramadhan beliau jadi imam kat masjid kampung aku. Patutlah masa kat tivi baru-baru ni dengar beliau mengaji macam pernah dengar XD Ahaks. * err aku rasa aku dah cakap kot yang ni, tapi takpa ah :P *

Oklah oklah, aku nak chow dulu. Hari ini tak ada kelas yay! Tapi esok ada -_-" Dahlah Sejarah aww aww ~ Lusa KOKO, hari Rabu Bahasa Arab... Khamis? No no no! Tak ada. Sabtu? Pun tak ada. Because this is the second week of the month May. Yeah.

Wassalam.
BAII!
Post a Comment