susah hidup kalau kau tak hormat.

28.5.11

5011524879_31c71da28f_z_large


Evening all.

Hari ini aku ada kem lagi kat sekolah, waktu sama macam semalam. Pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi, break for 30 minutes and then, sambung sampai 12.30 tengah hari. The third slot started at 3pm, so some of the students (including me) went home after the second slot.

Slot pertama iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu, aliran Ekonomi Rumah Tangga. Dibuat di Perpustakaan Harun al-Rasyid. 70++ peeps, okayyy! Tahu-tahu jelah perpustakaan sekolah aku tu taklah sebesar mana. Kalau buang rak buku tu ke tempat lain maybe taklah sempit sangat macam tadi.

But overall, selesa 'cause the air-conditioners were blazing! XD

Second slot, started late, about 11.15am. So, mestilah habis lewat kan? Habis pukul 1.15pm, slot Bahasa Melayu. Kesian Kakngah aku tunggu dalam kereta sampai tertidur, lena lagi tuh.

Tumblr_likv02zged1qa8gz1o1_500_large

Singgah Giant, Kakngah shopping sikit. Aku tunggu kat Rasamas. Then, kiteorang makan dan balik. On the way back, aku nampak seorang lelaki ni naik basikal berwarna hijau yang amat. Jelinglah sikit, macam kenal? Oh, my schoolmate. Form four, so kenal muka jelah -__-"

Sampai rumah pukul 2.30pm. Haa haa, baguslah tu. Pukul 3 petang nak kena ada kat sekolah. Aku mandi, solat then siap-siap pergi sekolah. Five minutes to three aku gerak dari rumah. Derrr, jammed pulak dekat Chabang Tiga. Tawakkal jelah ;D

Pukul 3.15pm aku sampai sekolah. Masuk dewan, ustaz yang dijemput dah start bercakap dah. Malu jugak woh sebab tempat duduk aku ketiga dari depan dan hujung sekali dekat dengan penceramah -__-" Padan muka, siapa suruh datang lewat. DUH!

At five fifteen, kiteorang dilepaskan. Before that, ustazah merayu-rayu suruh someone kutip sampah dalam dewan tu. So, aku pun tolonglah, yang manusia form three lain semua dah blah except 'Ainul, Sabrina and some other boys.

Naik kereta time balik, di tempat yang sama aku nampak orang naik basikal yang sama! Warna yang bright, menyerlah gitu. Yang hijau sama warna dengan sebelum ni pun ada, cuma orang lain. Ramai pulak tuh. Of course tak kenal kali ni, confirm not my schoolmates :P

Conclusion: I met a few dudes on bicycles. HAHA XD


Leaving the previous topic, hari ini aku memang sangat-sangat tertekan dan rasa terpanggil untuk bercakap mengenai something. Perkara yang senantiasa berlaku di sekeliling aku yang membuatkan aku naik angin dan geram dengan sikap sesetengah pihak. Of course the students.

1. Bising dan membuat perbuatan yang tak sepatutnya dibuat


Yang ni memang banyak sangat berlaku. Aku fed-up dengan keadaan ni. Kat kelas, time cikgu mengajar, nope, tak ada-lah sampai mengejek. Budak-budak kelas aku bagus. Haha. Tapi keadaan ini berleluasa time majlis ilmu/perhimpunan/anything yang menghimpunkan lebih 100 orang pelajar. Alah, tak payah 100, 60 orang pun cukup. Bisingnyaa, ya Allah, tahap bingit telinga ni. Nak buat "Shhh!" habis macam tu je air liur aku. Tak pasal-pasal banjir pulak.

Inilah yang berlaku pada setiap perhimpunan di sekolah atau event yang dijalankan di Dewan Besar. Pelajar-pelajar saling bertepuk tangan untuk perkara yang nothing, nothing at all. I was embarrassed with myself, I kept saying, "Why the hell are they clapping hands?". That's one problem, another is screaming/shouting like werewolves on the full moon's night. Y'know that? Probably yes. Paling memalukan apabila diorang berperilaku seperti itu time tetamu dari luar datang. Ya Allah, kalau aku ni dah rasa malu teramat gila, apatah lagi cikgu-cikgu sekolah aku?

Tambah menyakitkan jiwa bila para pelajar bising time cikgu atau tenaga pengajar dari luar tengah berucap, mengajar atau menyampaikan something. Weh, gila bangang aku rasa. Tak boleh ke diorang senyap for just 45 freaking minutes? Tak boleh ke diam time kem for just four valuable days? Hari-hari mulut korang tu bercakap, perkataan keluar non-stop, kecuali time korang tidur. Tak boleh zip mulut tu sekejap? Dengar apa yang cikgu-cikgu nak katakan. Please-lah, hormatlah orang yang sudi nak bagi kita ilmu.

2. Memberi respons yang tidak baik kepada si pemberi ilmu

Happened recently. At school today, yeah. Time penceramah dari luar datang, diorang tunjuk perangai. Dahlah bising. Apabila si penceramah inginkan respons, memanglah ada tapi seakan-akan mengejek. Kesian ustaz tu peluh-peluh kat depan. Please.. Korang tak rasa hormat ke kat beliau? Even though he's not teaching all of us, he's one of the ones who teach us. Someone yang sanggup datang ke sekolah kita untuk berkongsi ilmu, menyampaikan ilmu yang berkesan untuk kita skor A dalam mata pelajaran.

Inilah antara faktor yang menyebabkan kita ni susah dapat ilmu. Tak hormat langsung tukang beri ilmu tu. Aku memang pantang bab-bab orang tak hormat cikgu, aku jadi geram tahap maksima. Grr, tak reti berterima kasih ke haa? Susah payah orang tu ajar, cikgu-cikgu ajar kita sampai kita faham, walaupun terpaksa ulang perkara sama setiap kali. Daripada bangang jadi pandai sampai masuk sekolah elit. Sampai dapat 5A, 9A... Woi, even though korang dapat 9A, kalau cikgu tak redha dengan korang, korang ingat Allah akan buat dek je ke? Apa kata korang renung-renungkan menda ni;
Hablu minallah wa hablu minannas
Maksudnya? Hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. For your information (kalau korang ni terlalu tak cerdiklah), cikgu-cikgu, guru-guru, penceramah-penceramah semuaaaa manusia. Tak ada pun kucing, arnab ke kambing ke. Haiwan tak ada akal, manusia ada akal. Dah kita ni manusia, takkan nak suruh yang tak ada akal pulak ajar kita? Adohaii. Inilah sifat manusia yang tak pernah bersyukur.

Try buat macam ni dekat ibu bapa korang. Haaa, baru korang tahu betapa bengangnya hati diorang. Sama jelah dengan orang lain pun. Sebab kita ni manusia, tak lari dari perasaan sakit hati apatah lagi bila ada motif. Yang tak ada motif pun sangat banyak (ok yang ni aku sangat terasa XD), inikan pula yang ada motif. Suka-suka sakitkan hati orang yang bagi ilmu kat kita. Meh sini aku nak tanya korang.

Macam mana kalau cikgu-cikgu tak memberkati kita?

Macam mana korang nak hadapi kenyataan jika suatu saat korang gagal dalam exam kerana korang buat cikgu sakit hati?

What if... what if... what if... etc.?

Aku selalu dengar orang bercerita, bertazkirah. Kalau seseorang tu tidak diberkati guru tetapi dia berjaya dapat keputusan cemerlang dalam examination in secondary school, he/she wouldn't survive long in college or university. Dan aku sendiri tak dapat bayang jika seseorang tu tak diberkati ilmunya oleh yang tukang kasi ilmu. Sebab itu kita perlu hormat guru, sayang diorang macam kita sayang ibu bapa :)

to be continued....
Post a Comment