Apabila penyu dan kijang bermain bola.


Tumblr_lmmmyu7hfp1qg60nmo1_500_large

Hey all.

Nampaknya aku dah lama tak update blog ini. Yang warna pink mengerlip nih (mengerlip ke? huh). Aku tak ada mood dan idea, story itu ada. Aku kan pergi holiday dekat Awana Kijal Resort yang besar gedabak tu baru-baru nih.

Tak best sangat pun pergi. Sebab sekejap je, dan tak boleh mandi kolam T_T Kan campur lelaki dan perempuan, so takpayahlah kot mandi sekali. Ewww. Mujurlah Kaklong bawak kamera DSLR dia, so aku ambiklah gambar. Kehkeh.

Merasa jugaklah pegang kamera macam tuh. Woohoo!

Credits: Batch's FB

Tadaaa! Ok, semalam habis semua orang bermati-matian (sekeliling aku larr) memekik, terlolong, menjerit sewaktu menonton televisyen yang pastinya tengah tengok siaran langsung Piala FA Terengganu lawan Kelantan. Takkan tengok cerita Twilight kot sampai menjerit macam tuh -,-

Dahlah diorang jerit, "Gollllllll!!!!!!"

Aku act biasa je, lepas dah surut suara jeritan, aku keluar bilik dengan wajah tersenyum malu (wth?). Laaa, rupa-rupanya si Daudsu pemain Kelantan memasukkan bola ke gol sendiri. Penyokong Terengganu time tu dah nak balik dah =___=

"Penyokong Terengganu dah bangun dan nak balik dah! Bila Daudsu masukkan bola ke gol sendiri, barulah semangat! Hisy, tak setia langsung para penyokong ni!" bebel Kakngah.

-,- Thank you, Daudsu.

Actually, aku kesian dekat si Daudsu ni. Mesti beliau trauma + stress. Look, it's not entirely his fault. People make mistakes lahhh. Kes-kes masuk gol sendiri ni biasalah, tak payahlah nak salahkan beliau. Ok, maybe orang marah sebab si Daudsu ni masukkan gol sendiri di ambang kemenangan Kelantan.

Dah nak menang dah kan, beliau pulak bagi mata dekat Terengganu. Terengganu pun mesti malu sebab hasil jaringan gol bukan dari pemain sendiri -,- And then after Daudsu buat gol tuh, barulah semangat Terengganu naik dan terciptalah kemenangan yang bersejarah ini!!! (erk?)


Saya sangat bangga jadi orang Terengganu! Kalau dalam apa-apa acara, usually aku akan sokong yang pantai timur punya, Terengganu atau Kelantan. Tapi, dah kalau dua-dua bertemu, of course-lah negeri tanahair aku menjadi pilihan! Pahang? Err, entah, kurang minat.

Dan semalam aku stay up late. Ramai lagi yang online time aku online at midnight. Rata-ratanya nak tunggu pengumuman cuti atas kemenangan Piala FA nih, tapi mendukacitakan. Kelantan dah confirm cuti sebab hari tu menang. Zzzz, elok ah tu, Terengganu menang, Kelantan cuti.

Good.

Tomorrow, ura-ura (or the truth eventually) mengatakan esok cuti. Oleh sebab SUKMA 2011 Terengganu menang. Well, sebenarnya tak menang lagi kot. Hari ni last day. And masih ada lima lagi pingat yang belum direbut. Pingat emas Terengganu = 28 diikuti Selangor = 24. Selangor masih ada 2 lagi acara.

Terengganu ada 3 atau 4 acara lagi. So, kalau Selangor menang kedua-dua acara itu pun, baru jadi 26 dan Terengganu masih mendahului dengan 28 pingat emas. Haihhh, mmegang teh Teranung kiteee! Struggle, struggle! No matter what, you need to try FIRST.

Kammm?

Keputusan exam sudah diketahui, tapi Maths je aku belum fully tahu markah. Alhamdulillah, A. Kelas aku seorang je dapat 9A (tahu-tahu jelah siapa -,-). And the rest, nanti aku update. Kelas 3A1 ada 12 orang kot dapat 9A, ataupun 13 orang, entah aku lupa. But, Arif dapat ranking nombor 3 :D

At least ada jugaklah budak kelas aku yang top 5.

Aku dan Sofiah result sama = 7A2B. Thanks to my Science and KH. Sofiah pun Science, dan English. Alhamdulillah, result aku menunjukkan peningkatan. Hari tu dapat 6A3B. Awww ~ Dan yang exam lepas tu Science aku A, oke bai.


Haippp! Comellah si Tessa ni. Hihi. Oh Will Herondale, I miss you a lot. I thought you were going to meet me this August, but it likely seems that I will have to see you in January next year. Or if I get lucky, in December. Gommo gommo! Arrrr. Gerammm! Extend pulok sapa ke December. Beci!

Hmmm, aku dah habiskan keempat-empat buku awal siri Vampire Academy. Tinggal lagi Spirit Bound and Last Sacrifice. Zzzzz, Kakngah dah order melalui MPHonline. In three to five days or more nanti sampailah kot dan bolehlah aku baca sampai tengah malam. Guangzhou.

Best tak best siri tu, baca sendirilah. Currently the WHOLE world tengah obses dengan jalan cerita vampires and werewolves. Incoming; angels and demons. Tengok jelah novels yang aku baca. Haiyyaaa. Dahlah pelbagai versi; vampires glitter in the sun (the worst fact ever XD). Sorry, Meyer :P

Novels yang aku baca, all imaginary creatures and myths:
Twilight
Vampire Academy
The Mortal Instruments (unfinished)
The Infernal Devices (unfinished)
Hush Hush (unfinished)
Fallen (unfinished)
Angel (unfinished)
The Demon Trappers (unfinished)
Red Riding Hood

Others:
I Am Number Four (unfinished)
The Hunger Games

Buh-bye everyone. Doakan Terengganu cuti esok. HAHHA

Wassalam
BAI

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers