Hari Paling Stress.

Tumblr_lo7r8434px1qbz8s8o1_500_large

Assalamualaikum warahmatullah :) Alhamdulillah dapat lagi aku menghapdet blog aku yang entah apa-apa ni. Dah kosong pun aku rasa. Biarlah, nanti lepas PMR barulah lebih bermakna dan berisi zzzzz. Apa-apa jelah. Aku update ni pun nak cerita-ceriti masalah aku yang sebenarnya takkan diceritakan secara details. Jadi korang layan jelah penghamburan ayat-ayat yang langsung tidak menyerlah kat blog ni dan masukkan dalam otak. Korang scan, and bila akhirnya korang tak faham korang keluarkan balik okedahjanganlayanakumengarut.

Actually hari ini aku tetiba down gila. Rasa nak nyanyi lagu Baby, are you down down down down down by Jay Sean ft. Lil Wayne pun ada jugak tapi disebabkan terlampau emosi aku dah tak boleh nak menyanyi. Yang dapat aku nyanyi ialah lagu-lagu yang makin buat aku rasa sedih dan emosi. Oh, man. Fortunately, tak ada sesiapa yang sedar aku emosi seorang diri. Padahal semua orang di sekeliling aku tengah berceloteh gembira, bergurau senda, bercerita riang. Kugembira sentiasa, badanku sihat dan cergas...

Bila aku stress, aku tension, aku emo tahap maksima (yep, memang aku stress gilagila tadi), skru aku akan longgar sikit. Mulalah buat perangai yang tak sepatutnya seperti menjawab dengan jawapan yang tak sepatutnya. Tadi teacher tanya ke manakah Afiq dan Syaukani, lalu aku menjawab, "Pergi kem akademi siri ke...400," Mujurlah suara aku slow dan teacher tak dengar. Sofiah dah gelak guling-guling. Dan kata beliau #suara aku dalam kelas memang slow tapi aku rasa suara aku cukup kuat okebai.

Tumblr_lna14zmuig1qg68hio1_500_large
Yes, yes, I'm feeling the same way T_T

Time solat, aku keseorangan lagi. Sebelum tu, Sofiah, Syafiqah, Sakinah dan 'Ainul tengah berbincang/belajar dekat meja belakang. Aku still dekat tempat duduk aku di hadapan. Biasa aku akan join diorang tapi disebabkan emosi aku yang terlampau lampau ni, aku layan perasaan aku je. Sabor jelah. And bila pergi solat, aku jalan laju (macam biasa). Naik atas surau, solat Zohor berjemaah dan aku turun dan balik kelas seorang diri lagi. Pergi lepak sekejap dekat kelas 3A1 kemudian terlalu stress aku pun blahh macam tu je.

Sebelum aku masuk kelas, sempat aku berkata kepada Sabrina dan Kak Ti, "Hai saya sedih okebai," dan meninggalkan mereka yang tertanya-tanya, "Kenapa, Fi?" dan "Apa hal pulak ni Fi?". Tahniah kerana tidak terjawab. Aku duduk diam dan layan perasaan lagi. Layan layan layan.... Sampailah Sir masuk dan belajar Maths - Trigonometry. Sir ajar subtopik yang tengah tengah dah, aku dan budak-budak yang pergi kem ILP dan Seri Malaysia mana faham sebab kiteorang tak ada time Sir ajar subtopik mula-mula.

Setelah mogok beberapa saat, aku pun, "SIR! TAK FAHAM LANGSUNG..." dengan lantang (penangan emosi) dan setelah itu Sir start dari awal. Mujurlah aku bertempik sedemikian rupa, kalau tak, ramailah yang tak dapat nak memahami apa yang Sir ajar. Sofiah pun memuji-muji tindakan aku -____-" After that, Sir ajar sampailah kami faham, then baca doa, sambung belajar sikit lepas tu aku balik. Muka aku tetap masam+stress. Kemudian, punca stress aku mendekati tapi aku buat tak tahu je. SABAR.

Z208905016_large

Yeay dan akhirnya korang pun tak tahu apa punca stress aku. Aku sendiri pun sebenarnya tak pasti apa puncanya, tapi at last aku berjaya merungkai dan aku sangat sengkip kepada diri aku sendiri, tahniah. Dan hanya ada beberapa manusia terpilih yang Allah telah jadikan mereka sebagai anugerah kepada aku untuk berada di samping aku pada waktu-waktu macam ni. Dan manusia-manusia tersebut mengetahui apa yang aku alami. Terima kasih kerana memahami aku, thanks a lot. Ukhuwah never ends :)

Ya Allah, terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih kerana menghantar 'mereka'.


Hmm, mende au Fifi emosi sokmo T_____T Tembok ni haaaa. Tapi sebenarnya aku rasa faktor utama aku jadi macam ni ialah sebab Percubaan PMR 2011 minggu depan. Yep, serious aku stress nak exam untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup. Because aku rasa cikgu-cikgu terlalu mengharapkan kami mendapatkan result cemerlang (A in all subjects). Mereka terlalu berharap dan aku stress sebab aku takut...aku takut aku akan mengecewakan diorang. InsyaAllah tak :)

Qadha' Muallaq - kita mampu mengubahnya 

Wallahualam.
BAII

Atamanna lakum annajah fil imtihaanaat, ya sohaabaatii!

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers