Kem Akademi PMR 2011 Siri 2

20.7.11



Readers sekalian!!! I miss you! Wahhhh, lamanya tak update blog. Rasa macam berkurun-kurun, biarlah baru seminggu pun -,- Ada banyak sebab kenapa aku tak update tapi sebab utamanya nanti aku cerita. Kita kena fahami cerita mengikut kronologi yang betul. Aii, macam Sejarah je aku dengar x]

1. Surat mengejut dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT)

Rabu, 13 Julai 2011, lebih kurang jam 12:30 tengah hari, Ustazah Wan Suriati memaklumkan kepada kami bahawa beberapa orang pelajar tingkatan tiga (24 orang) akan ke Kem Akademi PMR Siri 2 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Parit, Marang, Terengganu pada petang itu juga.


Empat hari tuuu! Aku pun kaget-lah sekejap sebab Ummi dan Walid dah booked tiket kapal terbang untuk ke Kuala Lumpur bagi menziarahi anak saudara aku yang comel baru lahir tuh. Ehekk. Dengan sepantas kilat, aku berlari-lari nak pergi telefon. Time tu public phone adalah dua tiga orang lagi tengah telefon mak ayah, maklumlah last minute case.

Aku pun terlompat-lompat sebab tak tahu excited ke nervous ke -_-" Lalu telefonlah Ummi dan cakap dengan nada yang kuat sebab nervous. Ummi, adik kena pergi kem ni! Macamana pergi Kuala Lumpur? Adik nak pergi dua-dua! Arghhhh tidaak! Ummi rasa macamana? Huhuuu. Ummi suruh Walid datang ambik dululah nanti kat rumah kita cakap. Lebih kurang tulah macam.

Last sekali aku pun balik. And in the end, my Walid suruh pergi kem. So, saya sebagai anak yang baik ikutlah nasihat ayah tercinta walaupun sangat teringin ke Kuala Lumpur untuk beli novel tengok anak saudara baru! Keinginan nak beli novel terpaksa ditahan kerana Percubaan PMR akan memunculkan diri dalam masa seminggu lebih.

Tapi masih update blog zzzzz.

2. Perjalanan ke Institut Latihan Perindustrian Bukit Parit, Marang, Terengganu.


Kami pergi dengan ibu bapa. Sempat jugak tersesat jauh -__-" Tapi last sekali bertemu jua. Tempat dia macam dalam hutan lah sikit, tapi taklah terlalu kehutanan. Lepas daftar dapat bilik dengan budak SMK Wataniah, Besut. Nama beliau Fatin Nur Aina, panggil Aina je. Hihi. Sangat baik dan comell. Yang pasti pendiam.

Semua peserta kem dari sekolah-sekolah lain sangatlah tidak bising melainkan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek yakni seramai 18 orang (perempuan). Maybe disebabkan kuantiti kami yang lebih dari sekolah lain ni yang menjadi faktor utama kebisingan. Sekolah lain average 5, 6 orang je. Ada jugak yang 10+ tapi tak ada yang sampai 20+ macam SHAMS.

3. SMK(A) Sheikh Abdul Malek Pewaris Pendidikan Terbilang

Tak ada dalam gambar : Fakhira dan Amira


Gambar first
Aku tak tahu dua budak tu pergi mana. Wajihah, Fakhira, Amira, Nadhirah, Ain Suraya, Zahra, Nadhirah Didi, Aisyah Aqilah, Adni, Sofiah, Sakinah, Liani, Fifi - kami jadi kawan baik serapat yang mungkin -,- Wan Sakinah, Maria, Syafika, Aina, Amirah - rapat dengan cara diorang. Aishah Munirah? Naib penghuluwati rapat dengan penghuluwati kot -,- Eh tak tak, maybe sekali dengan Aina kot sebab diorang roommates.

Gambar second
Kami berada di dalam dewan kuliah utama. First day air-cond di pasang pada tahap maksima kot. Memang sejuk ah, tambah-tambah MALAM. Semua dah duduk dalam peti sejuk, sejuk beku dah semua. Aku yang lemak lebih pada orang ni pun sejuk tak terkata. Yang peliknya Zahra-si-suka-mogok-dan-merajuk tu tak pulak sejuk tangan dia, malah warm. Sebab 'seseorang' kot, Za? :P

4. Kem Akademi PMR 2011 Siri 2

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum Kem Akademi
Penghulu: Amir Khair SMK(A) Sheikh Abdul Malek
Naib penghulu: Faiz Najmuddin SMK(A) Tok Jiring
Penghuluwati: Indahayu SMK(A) Nurul Ittifaq, Besut
Naib penghuluwati: Aishah Munirah SMK(A) Sheikh Abdul Malek



Inilah situasi di Dewan Kuliah Utama. Luas dan selesa. Kerusi macam di panggung wayang -,- Bila orang bangun, mulalah kerusi tu gedebang gedebung balik ke tempat asal. Fasilitator terkejut hari first day bila bunyi kerusi bising sangat x] Tapi unik ah dewan ni. Kumpulan kami merupakan kumpulan pelajar pertama yang merasmikan tempat ini. Maklumlah, masih baru ~


Belajar Mathematics. And yang tudung belang-belang tu Afifah dari Ittifaq Besut. She's so genius -,- Soalan yang aku tak paham dan tak reti nak buat semua dia terangkan. Tetiba jadi baik dengan dia. Dia yang friendly sebab masa tu Aisyah suruh hulurkan barang dekat Fifi, lepas tu Afifah ni kept calling me Fifi Fifi =.= Aku pun suspicious, Ke orang panggil dia Fifi jugak sebab nama dia AFIFah?

Rupa-rupanya tak pun. Hehe.

Kami tidur di hostel. Sebilik dua orang, dapat almari setiap seorang. Selesalah bilik tu, biarlah tak ada air-cond pun. Cukuplah air-cond di dewan kuliah membuatkan kami jadi sejuk beku =,= Dan untuk pengetahuan semua, jarak hostel dan dewan kuliah ialah lebih kurang hampir setengah jam perjalanan KAKI. Bayangkan setiap hari dalam 6, 7 kali kami terpaksa berulang-alik.

Fatin Nur Aina wa Fatin Athirah

My roommate, Aina. Hihi. Comel, 'kan? Orang Jerteh. Sepanjang masa aku cakap Besut lah dengan dia, dah aku pun tahu slang Besut. Penghuluwati orang Besut jugak, jadi aku sampai terbawa-bawa cakap Besut dengan semua orang kat kem (except SHAMS students). Dengan budak SMK(A) Durian Guling, Marang tu pun cakap Besut. Lepas tu aku gelakkan diri sendiri -,-

Sewaktu di surau


Ini name tag yang diberikan. Cantik tak tulisan cantik tak cantik tak? * gedik * Aku suka pen warna tuh, sesuai dengan warna hitam. Hehehe. Oh, yang 20 10 5 2 tu ialah 20% straight A's UPSR, 10% straight A's PMR, 5% straight A's SPM and 2% straight principle A's STPM - untuk negeri Terengganu lah, tahun 2011 :D Semoga tercapai cita-cita tersebut. SHAMS PMR Straight A's 85% 2011!

Belajar belajar belajar belajar Maths hee hee :D

Melalui kem ini, kami dapat banyak perkara (ayat biasa). Yang bestnya dapat kawan baru (pun ayat biasa). Dan mujurlah aku tak pergi Kuala Lumpur sebab aku dapat banyak perkara baru dan berguna kat kem ini, terutama subjek Matematik. Peserta-peserta kem dekat Seri Malaysia Marang (Kem Akademi Siri 1) tak payahlah nak menunjuk-nunjuk, kami belajar semua yang anda belajar -,-

5. Kenangan kami di ILP Bukit Parit


Antara sekolah yang terlibat:
SMKA Sheikh Abdul Malek(K.Terengganu), SMKA Nurul Ittifaq (Besut), SMA Maarif (Besut), SMKA Wataniah (Jerteh), SMK Renek (Jerteh),SMA Ittifaqiah (Jerteh), IMTIAZ Besut, IMTIAZ Dungun, IMTIAZ Kuala Terengganu, SMK Chukai (Kemaman), SMK Lembah Bidong (Setiu), SMK Mak Lagam (Kemaman), SMAASZA, SMKA Tok Jiring (K.Terengganu), SMA Sultan Ismail (Dungun), SMKA Kuala Abang (Dungun), IMTIAZ Kuala Berang, SMK Tengku Ampuan Intan (Kuala Berang)



Time ambik gambar ni, tiga orang fasilitator ada bersebelahan je. And then Cikgu Naimah (fasi) pun usik, Hahhh! Ambik gambar? Ish ish ish and then Cikgu Ku dan Cikgu Suhaimi provok jugak kot -_-" Lepas tu kami keluar dewan cepat-cepat sebab malu. Huahuahua.

Bersama-sama dengan Indahayu and dua orang pelajar Ittifaq, Aishah dan err, tak tahu nama -,-

Nak kata semua, ada beberapa kerat je tak masuk. Contohnya, roommate aku sendiri tak ada -,-

Budak-budak aku nih memang suka ambik gambar -.-

Tension aku setiap masa ambik gambar. Dahlah aku tak ada, tak apa aku tak ada sebab aku nanti nampak hitam dalam kamera x] * padahal memang dah hitam * . Maklumlah, atlet negara sekolah... Setakat main bola tampar pada hari pertandingan buat apa, pooorah -___-"



Kami berempat ni jiran. Aien Najihah sama sekolah dengan Aina. Ain Suraya sama sekolah dengan aku. Aien dan Ain roommates, sebelah bilik aku. Hehe. Aina suka suruh aku makan -_-" Entah dari mana dia dapat sumber makanan tuh. Dahlah sedap >.< Ada ke pelawa aku makan junk food lepas aku gosok gigi? Dia pun merayu-rayu, aku pun, Yalah yalah nanti saya makan lepas tu saya kena gosok gigi baliklah -,-

Me and Afifah :D

6. Bas SMK(A) Sheikh Abdul Malek - perjalanan pulang meninggalkan kem tercinta :')


Fifi terlalu sedih ingin meninggalkan ILP. Syazwani di sebelah terkenang-kenang Hotel Seri Malaysia tempat beliau dan rakan-rakan berkem. Eh chop, aku pelik wa hairan, kenapa setiap bas sekolah yang dinaiki pelajar, budak-budak lelaki duduk belakang, perempuan duduk depan? Dalam kelas lelaki pulak duduk kat depan -_-" Macam-macamlah.


Yang belakang tu pun nak masuk gambar ke? -,- Lain kali jerit-lah sikit, Heiii nak masuk gambar jugakk! barulah Fakhira (si snapper) ambik gambar korang dengan jelas. Hahaha. Oh, time naik bas, bising bagai nak rak. Aku rasa pakcik driver bas tu agak 'mogok' dengan kiteorang sebab tu buat tak layan. Ada hal yang terjadi sebelum kami menaiki bas -__-"

Sampai kat sekolah, aku telefon Kakak. Bila Kakngah dan Kakak sampai, aku ajak pergi McDonald. Mengidam makan McD sebab berhari-hari duduk kat sana. Dahlah makan enam kali sehari. Ayat Cikgu Ku masa majlis penutup, Saya rasa balik nanti berat badan awak makin naik. Sebab makan banyak. Saya tengok awak makan petang tu, macam makan tengah hari! T______T

Kira seimbanglah dengan exercise yang dilakukan setiap hari, letih tau nggak.

Tumblr_lol43lwnjw1qgk97uo1_500_large

Tajuk baru, tajuk baru x] Lepas balik kem kat ILP, ada kem kat sekolah, balik pukul 4.30 sampailah hari Selasa (semalam). Hari ini cuti, hari keputeraan Yang DiPertuan Agong, kot? Aku tak pasti-lah. Setelah berkampung di hulu pedalaman ILP selama berhari-hari, dah tak tahu perkembangan dunia. Aisehhhmann. Lepas tu kena duduk sebilik (bilik mesyuarat) dengan hampir 100 pelajar STAR (5A ke atas).

Okeylah aku rasa post ni dah berjela. Nanti update lagi kalau rajin. Mouse laptop ni buat kacau, geram aku.

Okebaiiiii
Wassalam :P

p/s: aku malas nak sakit hati dengan orang. so takyah ah cuba-cuba nak bangkitkan rasa marah aku. EMOSI KE AKU NI BAI
Post a Comment