Kepercayaan khurafat yang melampau.

8.7.11


Tumblr_llndisepse1qc6czfo1_500_large
Domo Mars playing piano, not 'pulling' it

Hey peeps. Lama weh rasanya tak online (walhal baru tiga hari). Yep, in cyber world, sehari sudah memadai untuk dikatakan LAMA. Lately sibuk tapi sebenarnya saja je buat-buat sibuk dan malas nak buka laptop nih. Oh sebenarnya tengah baca novel tajuk The Host by Stephenie Meyer.......................................

Baiklah, saya takkan cerita apa-apa pasal novel tersebut memandangkan Aqilah Nazri dan Vivacious Freak merungut-rungut tak faham jika saya cakap pasal novel-novel yang saya baca. Tapi hendaklah saya katakan di sini bahawa ini blog saya jadi saya boleh tulis anything even though orang tak faham langsung. So, apa kata korang menangis sekarang? XD

So as the title speaks, hari ini aku nak bungkam (ocehh) pasal kepercayaan khurafat yang memang, err, agak melampau bila diingat-ingat balik. Dua hari lepas aku dan kawan-kawan baru selesai kelas tambahan, in the mean time tunggu mak ayah datang, tetiba cakap pasal kahwin dengan sepupu. Lepas tu meleret-leret pasal kepercayaan khurafat semua tuh :P

1. Jangan beralih tempat ketika makan, nanti kahwin banyak


Baby,cute,photography-f59be153c3c282d44ecea8c65c122a03_h_large

Oh yang ini aku baru je jumpa ketika aku darjah empat. Sewaktu tu, kawan aku, Adin makan beralih tempat and then adalah makcik mana entah (kawan akulah), Halimatul rasanya, membebel cakap, "Elok sangatlah tu beralih tempat, nanti kahwin ramai!" At that moment aku rasa macam, Uhhhh? Then gelak. Mati-mati aku 'agak' percaya. Hihi.

Oh yang ni tahap sederhana lagi, taklah terlalu melampau sebab kepercayaan ini nak ajar kita supaya makan setempat je. Janganlah duk beralih tempat makan tu, nampak tak sopan. Lagipun, lelaki kalau dah rezeki kahwin ramai, kahwin ramailah jugak -,- You can't escape destiny. Hahaha. So sama ada Halimatul tu tak nak Adin kahwin ramai ataupun dia sendiri tak nak dimadukan! Okey okey, itu adalah luar daripada topik. Psst, dulu memang diorang tu kena gosip berdua x]

2. Jangan duduk atas bantal, nanti dapat bisul

Owl+pillow_large

Oh, uhh, yang ini aku pernah dengar tapi tak ingatlah bila dan siapa yang cakap. This is to prevent us from sitting atas bantal, yakni benda yang kita letak kepala akhirnya bila kita tidur. And sometimes, kita mengaji pakai bantal jugak kan, atas bantal tu letak Al-Quran supaya lebih tinggi pada punggung kita. Jadi nampak tak baiklah duduk atas tempat yang sama kita letak al-Quran. Betul tak betul tak? Lagi, supaya bantal tak pecah dan koyak rabak jika kita duduk.

Kepercayaan ini aku tak ada story pasal classmates aku. Confirm confirm diorang tak ada bisul disebabkan duduk atas bantal. Even kalau ada pun, takkan nak cakap kat aku, "Fiiii! Kau tahu aku ada bisul!" and then aku pun akan cakap, "Mesti kau duduk atas bantal eh?" HOHO. Great conversation -,-

3. Jangan menyanyi sewaktu di dapur (anak dara), nanti kahwin dengan orang tua

261390_2117219138120_1474989932_2312457_1906817_n_large

Ya ke? Biasa kalau aku dengar, "jangan menyanyi kat dapur nanti kahwin dengan datuk," and then ramailah yang akan jawab, "Best ape kahwin dengan Dato'! Kaya-raya,". So, kena tukarlah perkataan datuk tu kepada orang tua sebab zaman moden ni orang dah tak kisah dah, muda remaja ke, tua ke, semua nak kahwin dengan Dato'. Adehhlaaa. Berat, berat...

Erk, yang ini sebenarnya nak elakkan makanan hangus dek kerana syok menyanyi. Wow, pedas tuh! Tapi bagi aku-lah, nampak tak sesuai pulak orang perempuan (anak dara) menyanyi terlolong-lolong kat dapur masa tengah masak kan... Sopanlah sikit, dah kita ni anak dara * blushing ewww *. Lagipun suara kita ni kan aurat, manalah tahu kot kot tengah menyanyi lalu abang ipar ke, jiran sebelah rumah datang nak hantar kuih bingka ke... Ahaks.

4. Jangan menuding pelangi nanti jari kudung

Tumblr_lni4tpgrgv1qfwg0ho1_500_large

Haaa, yang ini aku tak tahu datang daripada mana dan apa sebabnya. Actually aku terbaca dekat blog ZackZukhairi hari tu, dan beliau tulis dekat situ macam nak elak jari tu tercucuk mata kawan ke -___-" Rasional jugaklah alasan tuh tapi pelik jugaklah seringgit dua macamana boleh sampai tercucuk mata kan. Tunjuk ke arah atas, kawan duduk sebelah, takkanlah tetiba kawan kita terbang kot? * doh bakpe dok terbang XD

But aku rasa yang ini sederhana+melampau jugaklah. Takkanlah tetiba tunjuk pelangi, dan jari terus tak ada! Poof! Hilang terus? Memanglah berdebar. Huahua. So logiknya korang rasa apa ek? Ke nak bagitau yang tak baik main tuding-tuding jari ni sebab bila kita tuding satu jari (telunjuk) kita tuh, empat kembali ke arah kita. So what do ya think?

Jangan cocok mata kawan korang pulak nak tanya pendapat diorang -,-

5. Jangan asah pensel lebih pendek daripada jari kelingking, nanti ibu akan meninggal

Tumblr_ld6tc7vl091qehen8o1_500_large

Okay yang ini paling tak masuk akal! Apa kena mengena asah pensel dengan ibu? Ohmaiii, kesian dekat mak kita tak semena-mena disabitkan -___-" Memang yang ini antara yang melampaui batas pemikiran aku. Dan aku sendiri pun tak tahu apa salah kita menggorek pensel tersebut sampai pendek. I mean, guna jelah sampai habis, nanti membazir pulak. Aiyoyooo. Pening hakuu!

6. Jangan angkat kaki sewaktu meniarap, nanti ibu ayah akan meninggal

Tumblr_ldvvk97ozt1qbsbduo1_500_large

T____________________________T

Yang ini paling terasa sebab kepercayaan ini-lah yang famous sewaktu aku tadika dahulu! Memang waktu kanak-kanak riang dulu tu percaya nih, sampai berdebar-debar! And now bila ingat-ingat balik rasa macam, pffffffffffft why the heck aku percaya dulu macam orang tak betul je. Okay, dulu kanak-kanak lagi okeyhh. Sekarang ini bila dah lebih besar dan memahami serta telah belajar dengan lebih mendalam, barulah rasa kelakar sebab dulu percaya sungguh ti (loghatku :P).

Even kawan-kawan kat school pun tergelak sama bila dengar yang ini. Semua gelak - nampak sangat semua dulu percaya -,- Dan memang femes pun yang ini. Tak tahulah kalau kat Terengganu je. Kuikui.

Ini ditujukan untuk gadis-gadis zaman dahulu yang memakai kain sepanjang waktu. Janganlah angkat kaki sewaktu meniarap nanti terselak habis semua benda woh. Budak-budak sekarang pakai jeans, slack and so on, jadi bila angkat kaki tak ada apa-apa yang berlaku. Of course-lah kita kalau angkat kaki bila meniarap tak ada apa-apa sebab kita ni pakai seluar, yang buat kepercayaan tu orang dahulu kala ;D

Tapi aku still tak puas hati mengapa harus dikaitkan dengan kematian -___-"

Hmmm, aku rasa itu je contoh yang boleh bagi. Aku ada jugak search di internet dan bincang dengan kawan-kawan. Cuma aku nak cakap kat sini, tak payahlah percaya sangat sebab qada' dan qadar di tangan Allah swt. HAHAHA, dulu aku percaya sebab kanak-kanak lagi wehh :P Tak tahu ilmu agama, jahil lagi lerr. Tapi sekarang ni kena teguhkan iman dan percaya terhadap Allah. Ajal, maut, jodoh, takdir semua di tanganNya. Dan orang dulu-dulu tu saja je cakap macam tu sebab nak suruh kita ni bersopan dan santun. Pantang larang tu semua ada hikmah dan maksud tersirat. Kalau kita langgar pantang larang tu samalah ertinya kita ni tak dengar nasihat, degil, stubborn.

Oh jadi aku nak chow dulu sebab nak tidur. Nanti nak baca The Host pulak. Cerita tu lambat-lah -,- Dahlah aku nak tergelak dua-dua orang sekaligus nakkan heroine tu. Nampak comell pula - macam sometwoperfectpeopleatschool. Hihi. Anyway, ada nak dekat 800 pages jadi sebab tulah lambat habis ni. Biasa 600++ je.

Passion.

BAII!
Post a Comment