Raydah Bareera yang comell dan menawan!



Alhamdulillah, tadi tepat jam 11:59 pagi, Kak Asnie telah selamat melahirkan baby yang comell ini ditemani Abang. Wuwuwuuu! Comellah baby ni! Aww aww ~ Geram sihh tengok. Kat Facebook dah merata dah aku heboh -,- Ehem, obviously sebab aku baru mengenal erti rasa happy dapat anak saudara baru. Dulu umur setahun jagung tak rasa apa-apa sangat. Err dan satu lagi semua tu anak Abelong. Yang ini yang first bukan anak Abelong, ini anak Abang. Hehee.

Namun begitu, takdir Allah menentukan bahawa baby ni perempuan. Jadi, bertambahlah cucu Ummi yang perempuan iaitu seramai lima orang, dan angka cucu lelaki Walid masih berada pada nombor satu. Kesian dekat Yas jadi cucu lelaki tunggal! Tak apa nanti harta pusaka Yas boleh banyak -____-" Ok ok, Fifi jangan melencong ke arah harta pusaka. Jangan nak jadi mata duitan. Haiyaa! Takpelah Yas, nanti anak Ayahcik boy...kut. x]
Comments
Alya: Fiii, saya tengok anak sedara awak dari jauh ni ekspresi dia macam cakap, "Ecececece..." Siyes, muka dia macam nak tergelak.
'Ainul: COMELLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL ♥
Kak Ti: Sepetlah mata dia! Cute!

Nanti 14hb nak pergi KL nak tengok niece terbaru aku nihh. Alaa alaa , comellnya >.< ! Nak pergi tengok sekaranggggg! Oh, err, bolehlah aku beli novel lagi nanti ('',) Agak-agak Ummi kasi tak? Please kasi, please, please! Hmm, aku nak beli Passion JER nih. Aik? Tak percaya ke... Hmm, mungkinlah aku beli jugak Beautiful Creatures, Divergent and mana yang nampak kat mata-lah. Tapi tak boleh banyak-banyak, nanti tak terbelajar. Suka sangat beli novel time nak dekat exam. Dahlah trial 24hb nih. Shoot.

Okay, sebelum aku mengakhiri entry gembira hari ini, aku nak ajukan satu soalan;
Kenapa kalau kita tanya seseorang tu tengah buat apa diorang takkan jawab sampai bila-bila? [Facebook, SMS etc]

BAII!

Comments

  1. oghang bukang negeghi teghanung dok pahang staghang kalo saye tulehh gune bahase ninggg.

    ningbaizuralah awak ni XD

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers