setelah sekian lama... ahaks.




Yo! Lamanya tak update ini blog. Tak ada idea maaa... Hush, korang tak tahu betapa penat dan letih serta lenguhnya aku menghadapi minggu ni. Serious letih. Everyone was playing their role in The World Most Emotional Day on 29th June 2011 (Wednesday). Memang superb dan lengkap. Pada hari tersebut jugak aku nak update pasal apa yang terjadi dalam slang negeri aku, tapi aku batalkan niat tu.

Korang ingat aku pernah berapi lepas tu tulis entry masa Hari Guru tu? Ouh, tak hengat tak hape. Huahua. Aku hampir sahaja buat entry sebegitu tapi sebenarnya tak pun. Lately ni aku dah boleh kawal emosi, no more entry menggunakan loghat negeri aku yang kurang difahami oleh orang negeri lain. Terutama kalau aku guna bahasa negeri aku yang terlalu mendalam tu, dengan aku aku sendiri tak paham -,-

Kisahnya ada orang cuba menegakkan benang yang basah. Cewah, nak guna peribahasa laaa ni. Dan tiba-tiba lepas semua yang berlaku aku pulak rasa bodoh sebab membesar-besarkan perkara. Actually bukanlah niat aku untuk membesar-besarkan perkara, tapi terjadi semacam itu. Lain yang aku plan, lain yang jadik. Aku just ingin ingatkan 'budak itu', tegur dengan berhemah, tapi dah dia pergi bidas...

Means there's something yang dia tak puas hati.
Bermakna memang dia nak menang. Kalau dia fikirkan apa yang dia buat tu 'salah', mesti dia tak bidas.


Oh, part jadi orang bodoh tu memang. Dah lama jugak aku rasa kadang-kadang tu aku ni suka bertindak bodoh. Sepatutnya aku tak masuk campur hal orang lain, tapi dah kes ini berkaitan dengan kawan aku, so mestilah aku buat something. Walaupun at last hubungan aku dengan 'orang itu' semakin hari semakin renggang. Dan manusia-manusia di sekeliling. Tapi frust jugaklah >.<

Aku paling tak suka kalau kena gaduh/cari pasal dengan orang lain, tapi ada segelintir pihak yang aku sangat percaya menyebelahi individu tersebut. Jadi, situasi ni sangatlah membuatkan aku tidak selesa. Aku taknak sokong 'individu' tersebut, dan aku tidak sama sekali menyokong kawan aku. Aku orang tengah. Orang tengah yang rela hubungannya terjejas dengan semua orang semata-mata nak tolong kawan.

But sometimes aku rasa macam orang bodoh (yeah) sebab...
pertolongan aku tu seolah-olah dikenang pada hari itu sahaja.

Hari-hari lain? Hmmph. Diorang tak tahu betapa rasa bersalahnya aku dekat semua orang yang aku 'tegur' hari itu. Dan hubungan aku jadi renggang, tak ok macam dulu-dulu. Dah dua kali perkara berlaku dan of course makin terjejas. Tak ke diorang fikir perasaan aku ni? Diorang fikir diorang je yang sakit hati. Habis tu??? Aku ni? Tunggul je yang kalau korang nak mintak tolong korang mintak, lepas tu buang?

Great. I'm flattered.

Aku bukan nak mengungkit, tidak sama sekali. Tapi, kadang-kadang tu hati aku ni sensitif jugak. Terasa jugak. Aku ni bukan jenis manusia yang tak ada hati dan perasaan. Dahlah pada hari itu aku seakan-akan membuat/mencari musuh, tiba-tiba korang nak emo seorang diri. Nak aku je faham perasaan korang, habis tu perasaan aku ni korang nak campak celah mana?
Korang, aku bukan nak emosi tapi begitulah. Hati aku ni memang sensitif. Tak boleh ke tunjukkan korang berterima kasih dengan aku? Tak boleh? Aku tak nak mengungkit dan sekarang ni aku amat terkilan dengan perangai korang. Aku hari ini memang mood tak okay, tapi tolonglah buat aku rasa ok sikit. Mintak maaflah kalau hari ni aku kurang layan korang dengan baik. Aku betul-betul terasa hati.
Ops, adakah I sedang beremosi? XD
Sepatutnya aku patut dengar cakap Kakngah aku hari tu to not interfere. Tapi dah tu tak sedap jugak kalau tak dapat nak tolong kawan. Haii, last last aku jugak yang suffer. Suffer sakit hati.



Dahlah hari ni semua orang kat rumah ni nak beremosi jugak! Maybe sebab tulah aku emosi ni. Habis tu, semua orang dekat sekolah emosi, di rumah pun emosi, mana tak effect aku yang tenang ni? Aku cuba tenangkan diri, last sekali aku marah-marah dan membebel seorang diri jugak tadi. Adohai. Semoga Allah menjauhkan aku dari perkara-perkara yang tak baik.

Siapa nak tahu masa hari Rabu hari Emosi sedunia tu, aku sangat terganggu kat rumah. Sampai main game Mahjong Titans yang senang tu kalah? Ada ke...? Aku sangat letih pada hari tu. Sabar jelah kan. Dah dugaan. Lepas tu pada petang tu aku tergerak nak melakukan satu perkara yang akan mendatangkan keburukan kepada diri aku. Serious, aku nekad masa tu! Dah bangun nak capai handphone...

Tapi aku tersenyum lepas tu, sambil hati berkata, "Haiii...Inilah bahana emosi terganggu. Nak buat perkara pelik-pelik," dan aku pun membatalkan niat tuh. Fuh. Mujur mujur! Alhamdulillah. Masih ada kesedaran :') Thank you, Allah!

Alya merupakan orang yang paling memahami dan menghiburkan aku di saat orang sedang emosi. Oh, untuk pengetahuan semua Alya ni dia tak ada perasaan sangat sebab tu susah emosi -,- Ops, kecuali satu perkara. Jangan tanpa semena-mena pergi buang segala isi pencil case dia, kalau tak dia akan emosi. Tak percaya? Anda boleh tanya Sabrina dan Sarah. Aku buat tak bersalah je ;P


Ahhh, I have to go! Esok kan ada larian 1Murid1Sukan1Malaysia? So aku kena tidur awal. Dahlah lepas tu kena lawan volleyball a.k.a bola tampar. Mujurlah aku dah ada basic. Aku reti-lah jugak serve. Erk erk? Spike? Entah entah entah! Thank you dear coaches, Adni and Anis Azuma (kembar seiras yang mengatakan mereka tidak seiras -__-"). Siti Sarah, Sarah Nasuha, Aida Shafiqa and..... Sakinah!

Walaupun Sakinah rumah Merah, takpelah, beliau turut membantu sambil bergosip soal SARN dengan SarahN. Ke SarahN SARN tu ? -,- Ain Hanani pun datang tapi beliau masuk bola jaring, tetapi hanya practice seorang diri kerana tak ada orang datang. Cish! Kesian Nanikuuu!

Okbaibailoveyouhihi.




Erkkk??

Comments

  1. Alya merupakan orang yang paling memahami dan menghiburkan aku di saat orang sedang emosi. Oh, untuk pengetahuan semua Alya ni dia tak ada perasaan sangat sebab tu susah emosi -,- Ops, kecuali satu perkara. Jangan tanpa semena-mena pergi buang segala isi pencil case dia, kalau tak dia akan emosi. Tak percaya? Anda boleh tanya Sabrina dan Sarah. Aku buat tak bersalah je ;P


    mende?! XD

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers