3 Ibnu Qudamah Berbuka Puasa!

20.8.11

Tumblr_lq5c0pdjie1qzec7ho1_500_large

Assalamualaikum loves  Hari ini nak update pasal iftar atau majlis berbuka puasa budak kelas aku, iaitu 3 Ibnu Qudamah, senang panggil 3A2 je. Nak lagi best dengar, 3IQ. Hmm, biasalah, kalau boleh dekat aku mana-mana nama memang akan di'modified' sebanyak mungkin. Kuikuikui. So kat bawah ni details tentang Majlis Iftar 3A2 yang gilang-gemilang ne;
Venue: Warong Norazila, Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Time: 19th Ramadhan 1432/19th August 2011, 6:30pm - 7:45pm
VIPs: Class Teacher, Puan Shafizahnoor and family
Sebenarnya yang mula-mula sekali cadang pasal iftar ni ialah Alif, lepas tu meleret-leret pulak dekat jiran sebelah dia iaitu Izuddin -__-" Aku memang dari awal buat derk dan act seolah-olah aku tak ada kena-mengena dengan 3A2 #dosselah hok ni sorang xD sebab time tu aku ada masalah kewangan jiwa sikit. Memang lately mood aku sering menghilangkan diri. Haihh.

'Ainul pun beritahu dekat aku pasal cadangan Izuddin. Lepas tu Sakinah pulak yang cakap, "Jom buat iftarrrr!" And so so on, semua orang pun agak-agak eksaited. Aku je tak -,- Lalu aku, 'Ainul dan Sakinah pergi ke sebuah restoran di sebelah kedai yang agak famous. Dia pun kasi-lah kertas yang ada pakej-pakej tu. Ada empat pakej. Saksikan pakej-pakej restoran ini;

  • Pakej 1 RM25 seorang
  • Pakej 2 RM30 seorang
  • Pakej 3 RM35 seorang
  • Pakej 4 RM40 seorang

Kalau harga macam ni untuk SEORANG STUDENT, memang bankrup mak ayah. Come on-lah, ni student, kalau orang kerja korporat nak caj RM100 seorang pun tak apa. Bukan tak bargain, tapi diorang ni keras kepala. Ingatkan nak buat-lah 1 pakej tu untuk 3 kepala (kiteorang pilih pakej 2). RM10 cukuplah kan? Mana habis seorang student makan 1 pakej.

Tapi pihak restoran ni tak bagi, kena 1 pakej memang untuk seorang. Lepas tu cadang buat dekat Sri Wangsa, ramai pulak yang tak kenal -.- And then disebabkan ramai jugak classmates aku tu duduk Kuala Ibai dan sekitarnya, diorang pun cadang makan dekat Warong Norazila. Sakinah pulak memang recommend tempat tu harga berpatutan dan makanan boleh tahan sedap!


INI AKU PROMOT NIHHHH!

Tuan kedai sangat baik Y.Y Thank you Nani (Ain Hanani) for handling. And kepada mereka yang hadir terima kasih sebab datanggg! Anda telah membuatkan majlis iftar ini gilang-gemilang. Sebab pada awalnya aku ingat majlis ini akan cancel oleh sebab konflik tak jumpa cari restoran yang sesuai dan memang terlalu last minute.

Fifi: Piah, duit mana?
#Sofiah meminta duit dari Syafiqah dan menghulurkan kepada Fifi
Sofiah: Nak bayar dah ke?
Fifi: Yelah, takkan nak pergi bakar duit ni -,-

#Fifi berjalan memanggil Nani.
Fifi: Nani, bayarlah.
Nani: Taknakk!
Fifi: Jom pergi sama-sama?
Nani: Oke.

#Fifi dan Nani berjalan ke kaunter dan beratur
Fifi: Nani, teacher tengok kite sambil sengih. Malu saye taww!
Nani: HEHEHE
Fifi: ?

#Turn kiteorang untuk bayar
Nani: SMK(A) Sheikh Abdul Malek
Fifi * dalam hati: SMK(A) Sheikh Abdul Malek ke 3A2? Biar ah.
Tuan kedai: Oh, 28 orang..jadi RM10 sekepala, jadi RM280?
#Fifi menyerahkan duit RM280 sambil tersengih
Tuan kedai: Okey, jual. Halal berhalal-lah yang mana tak cukup.
Fifi * dalam hati: Ada ke tak cukup? Rasanya cukup.
Fifi dan Nani: Okey, terima kasih.

#Kedua-duanya beredar ke meja makan, dalam perjalanan;
Fifi: Nani, duit RM10!
Nani: Tak ingat! Nahh! #menyerahkan duit RM10

#Di meja makan kembali
Sofiah: Dah bayar ke?
Fifi: Taklah, dah bakar (oloh hok ni pun)


Kebetulan pulak semalam hari jadi Arif Hasanuddin a.k.a. Yeng a.k.a. Mr Genius. Al maklumlah, dari awal tahun asyik dia je yang dapat nombor 1 dalam kelas. Kiteorang pun suruh teacher wakilkan muslimat ucap Happy Birthday. "Kek tak bawak ke?" soal teacher. Eh bukan ke orang lain yang sepatutnya beli kek? Terasa aku yang tengah main Baking Life kat Facebook ni HUAHUA

After siap makan kiteorang pergi solat dekat Masjid Terapung (aku tak ingat nama saintifik dia x]). Aku, Sofiah, Syafiqah dan 'Ainul beserta Kakngah pergi naik kereta, budak-budak lelaki dan remaining of the girls pergi jalan kaki. Maklumlah, kiteorang ada kemudahan. Lepas tu lalu depan budak-budak lelaki, Kakngah pergi nyalakan lampu kereta dekat diorang -_-"

Lepas solat, 'Ainul ambik gambar (kiteorang turun dulu sebelum Sofiah dan Syafiqah). 'Ainul pakai jubah warna kuning tanah liat #dia cakap warna tu macam tu HAHA dan jilbab kuning. Aku jubah hitam dan jilbab biru feveret aku-lahhh :D And after that tengah snap snap gambar tu nampak Izuddin cakap dengan mak dia -,- Dan tiba-tiba dah bertukar rupa, masa makan pakai baju-T dengan seluar, tiba-tiba pakai jubah.
#dahlah warna sama dengan jubah 'Ainul XD


Aku pun tanya 'Ainul, "Nu, macam mana kalau tiba-tiba saya buat beg awak dan sarung kamera ni jatuh dalam air?" dan dia pun jawab, "Takde punye...Takde, takde," - unsur-unsur cemas kedengaran jugak di situ. Huahuahua. After that, turunlah Syafiqah dan Sofiah. Diorang pun ambik gambar jugak. Kemudian, kiteorang berjemaah kembali ke kereta. Sofiah pulak pergi buang tebiat berdehem dengan kuat setelah lalu di tepi seseorang XDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
#gelak guling-guling

Okay, enjoy some pics B-)

Tunggu orang azan

Yang biru tu aku okeh -.-" * effect tak nampak apa-apa =..=

Tempat di mana Sofiah berdehem dengan kuat HAHA chillax

Click to enlarge

Maafkan kamera ini kerana mata semua orang kelihatan sangat berbahaya T_T Inilah yang paling baik. Ada tu yang SEMUA ORANG mata jadi merah. Takut aku, ingat vampires kaaa? Dahlaa pakai kopiah, tudung, jilbab labuh, jubah, baju melayu, baju kurung, spek segala bagai, takkanlah tiba-tiba vampire kot? Mana ada vampire pakai spekkkk! Oh sila ignore Air Buah Saadam Hussien tu -.- #apahal aku pergi tunduk pulak dalam gambar ni grrrrrrr

Overall, successful! Hanya 10 orang yang tak datang. Alhamdulillah berjalan dengan lancar. At first aku ingat semua ni akan jadi totally a ruin! Tapi berkat kesabaran dan kerjasama semua pihak, akhirnya...Ya Allah, terima kasih! Kat bawah ini senarai orang yang tak hadir ke Majlis Iftar Antarabangsa 3A2 2011. And reasons diorang tak dapat datang -.-
  • Alia dan Nasruddin - budak asrama yang duduk jauh [balik kampung]
  • Afiq - bukan budak asrama [balik kampung]
  • Aiman, Nabihah, Hikmah, Faisal [tidak ada transport dan keizinan ibu bapa]
  • Ezatie dan Ainul Yasmin [masalah transportation]
  • 'Athirah Nadia [birthday ayahnya]
Entah kenapa tiba-tiba aku yang hande...? Aku memang tak nak handle. Tapi last sekali yang handle, aku, 'Ainul, Izuddin dan Alif. But aku awal-awal cakap aku kutip duit je, in the end tempat makan Nani handle. Pening jugaklah pagi semalam. Memang aku dan 'Ainul sempat berbual dengan penuh debaran menerusi telefon bimbit. #serious suara 'Ainul tenang dalam debaran x]

Anyways, berjaya jugaklaa majlis ni. Lepas ni boleh buat lagi tapi orang lain handle. MUAHAHA
Post a Comment