A commonly asked question.


Assalamualaikum  Apa khabar semua? Tengah buat apa? Ohhh, hari ini aku nak membebel pasal soalan yang biasa ditanya iaitu soalan yang aku tanya sebelum ni (?) Alaaa, soalan "Tengah buat apa?" tu. Majoriti manusia yang aku try bertanya soalan tu memang diorang tu takkan jawab. Tanya empat kali pun belum tentu jawab apatah lagi enam kali. Kuikuikui. Biasanya orang yang takkan jawab soalan tu ialah; Alya Hassan, Munirah Mohamad.

Yang rajin jawab ialah Athirah Mat Isa a.k.a Kakti HOTTiE the POTTiE.
#kehkehkeh

Tapi aku lagi sengkiplah kalau aku tanya tengah buat apa dia pergi jawab, "Rahsiaa..." Contohnya macam budak ni,

Cubaan pertama -,-

Itu cubaan pertama. Sengkip Piqah -..- Eh jap! Profile picture Piqah tu gambar pergi iftor dekat meja makan ramai-ramai tu ke? Ouh baru perasan -.-"

Second try

Oke oke, apakah perasaan anda?? Aku bukan nak tahu sangat diorang buat apa, cuma takde topik nak tanya. Kuang kuang kuang. Tapi bila dah dijawab rahsia cenggitu, memang sungguh-sungguhlaa aku nak tau. Tapi takpe, buat tak kesah je. Sama ada baca novel kat penulisan2u or blog seseorang XD, tengok video kat Youtube, chatting dengan Piah (Piah online ke? Dok ase -.-), or main game kat Facebook (ini aku ye sile ambik perhatian, eh takyah).

Baru-baru ni 'Ainul ada pergi kem kat SUMAI. Adalah beberapa orang lagi pergi. Siri ke-13 sudeee. I wonder maybe siri ke-15 buat masa 1 Syawal ke camana. Haha. Memang mak ayah tak kasi pergi mana-mana kem dah lepas tu. 'Ainul cakap faci sama dengan aku kat ILP dulu, Cikgu Ku dan Cikgu Naimah. Cikgu Suhaimi takda, tapi ada faci perempuan lain. Eh eh rindu Cikgu Ku dan Cikgu Naimah T_T
#oh sebab diorang suka usik aku masa kat kem haritu, ouch terasa -,-

Cakap pasal kem akademi PMR ni, ada-lah dua tiga blog aku jumpa tulis entri pasal kem tu.
  • Aisyah - ILP dengan aku (siri kedua)
  • Zakira Afina - ILP sama dengan aku jugak (siri kedua) #tapi aku tak kenal beliau yang mana satu -,-
  • Sofia Aizura - Hotel Permai Inn KT sama dengan Ain Hanani dan Syaukani #oke dua orang ni je aku ingat pergi dekat Permai Inn tuh (siri ke-9)
  • NorishMuss.com (versi 1) (versi 2) - Hotel Midtown KT, kalau korang tengok satu gambar tu bolehlaaa nampak Faisal, Syakir, Nasruddin (classmates aku -,-) and ada satu lagi gambar tu nampak Fudla, Fakhamah, Syafiqah Nasir, Aisyah Syahirah and Fatin Nadhirah. (siri ke-12)
  • 'Ainul - SUMAI Suite Hotel KT sama dengan geng-geng dia lerr yang pergi (siri ke-13)

Yang siri pertama, ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh, kelapan, kesepuluh, ke-11 aku tak jumpa cari lagi (or memang takkan jumpa kot HAHA). Eh jap? Siri ke-14 pun takde lagi x] Siri ke -15?? Lagilahh takde. Oh oh oh, siapa nak tengok kuih raya yang sekolah kasi? Manyaaaak mangettt. Cikgu dah janjikan banyak lagi kuih raya lepas cuti raya ni #pening aku baca ayat sendiri -.-" Ni kat bawah ni je kuih raya.


Ayat Kak Shahirah;
Adik-adik tak boleh raya nanti, kak-kak boleh lagiiii.

#ada kebenaran di sebalik kata-kata beliau -..-

Buka sekolah nanti sambutan hari raya (aku pun naik hairan, perlu ke form three sambut sekali? baik belajar, ecehhh) and then after that jadual anjal mengikut groups selama tiga hari. And then belajar seperti biasa. Teacher Norziana telah mengatakan sesuatu, "Nanti awak lepas raya pagi petang malam ada kelas. Teacher takde malam kalau dah ada petang." diikuti keluhan berat pelajar 3A2 =.=

Ramadhan Terakhir :)

Ops, jangan salahkan pembuat cerita ni dengan mengeja 'ramadan' sebab tu memang ejaan yang betul. 'Ramadhan' (ya, ejaan ini) salah sebenarnya. Tapi tak apalah, aku guna jugak sebab nak sebut dengan betul 'cause in Arabic dieja dengan dho' kan, so Ramadhaaaan. #ni just info tambahan sebelum aku meleret ke jalan cerita XD
  • Esma Daniel - Md Nor Hashim ( aku tak ingat Hashim ke Hisham sebab kat internet tulis Hisham, aku rasa tengok cerita dia semalam nama Hashim -,-)
  • Fazlina Ahmad Daud - Mazni
  • Tasha Shilla - Sakinah
  • Aeril Zafrel - Daniel
  • Eyka Farhana - Anna
  • Jaslin Puasa =.= - Akhie
  • Anzalna - Rossa

Cerita ni best ouh! Jalan cerita dia lain dari yang lain, cuma ada-lah macam keluarga 69 sikit -,- Yang aku suka cerita ni sebab pelakon dia sikit dan senang nak ingat nama. Biarpun aku sangat sengkip kepada Mazni yang suka jerit macam orang gila tuh dan Daniel yang suka marah si Rossa #selepas 'berubah' Aku pun dalam hati, berubah apa duk bertempik dekat orang bukannya nak tolong bimbing dia ke jalan yang benar =.=

Watak Daniel tak best
Sebab? I tau la uols suka dia sebab dia hensem, I pun suka tak suka. Kan dia berkenan dengan kakak tiri sendiri -.-" si Sakinah tu, bila Sakinah dah meninggal, nak balik dekat Rossa. "Give me another chance! Please?" Lepas tu padan muka si Rossa tak nak sebab Rossa tu bijak, we girls are not rubbish. Haiyoo. Hari tu bukan main lagi marah si Daniel tu dekat Rossa, siap halau agi. Cis.

Watak Rossa pun tak best
HAHA. Sebab terlalu gedik, seksi dan err err kaku sikit-lah I rasa. Uols tak rasa cenggitu kew? #eww fifi gedik -,- Serious, ekspresi muka takde langsung. Ke memang pengarah suruh dia buat muka macam tu je setiap masa? Nak tiru Kristen Stewart ke...? Haiyaaa yaaaiii.


Watak Akhie best gila
Yeahhh! Comellah Jaslin Puasa ni (ambik dia berlakon semata-mata kerana nama ke ni?) Aku tengok  jugaklah semalam senarai cast masa awal-awal cerita. Duk fikir siapalah nama Jaslin ni... Dahler Akhie cute gila dalam cerita ni! Awww, comelllll! Terutama masa nangis #walaupun dia agak kaku jugak berlakon, BTW, orang baru-lah katakan :D

K tiga orang tu je aku nak comment, yang lain perfect kot except for Anna. Pakaian inappropriate gila. Oh, aku tak ingat girls zaman sekarang memang trend pakai macam tu, tak cukup kain segala bagai. Aku pun terfikir jugak, orang-orangan yang pakai pakaian semacam itu tak rasa pelik ke? Takde ke rasa berdosa walau sedikit pun? Dahlah tudung pun tak pakai, baju ketat semacam and...seluar? Heh.
#malas lerr I nak membebel panjang pasal baju pakaian semua nih, semua dah besar, tahu nilai mana baik mana buruk

Yep, aku tahu tak semestinya semua orang yang tutup aurat tu lebih baik dari yang tak tutup aurat. Tak semestinya orang tak tutup aurat tak solat. But, maybe there is something wrong with their solat yang menyebabkan diorang tak tutup aurat.

Aku sebut 'tak tutup aurat' instead of 'tak pakai tudung' sebab modern girls nowadays pakai tudung, tapi baju singkat lengan singkat ketat, seluar ketat...

So sekarang kena guna 'tutup aurat' instead of 'pakai tudung' sebab nowadays things are different.

HurinAlthafunnisaBakingLifeLOL

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers