Extraordinary feelings overflowing.

11.8.11

589cc7a3b9105620f325829ad56e5410_large
Comel pulak kambing dan biri-biri ni -,-

Assalamualaikum! Yuuhuuu. Haaa, actually semalam tu aku emosi bukan sebab MrCrush -_-" Tapi disebabkan oleh result trial aku yang boleh dikatakan 'bagai nak kena pelempang dengan diri sendiri'. Serious aku down dan telah menumpahkan air mata aku yang berharga ini semata-mata kerana result exam yang sebegitu rupa. Oh hei aku takkan menangis kerana perkara yang remeh.

Dan kenapa aku kaitkan result exam dengan MrCrush? Sebab di ambang peperiksaan trial itu-lah ada sesuatu yang berlaku. Tak sangka time itu jugak perkara itu berlaku. HAHA tak kelakar pun, ingat tak post yang Hari Paling Stress tuh? Ya, ya. Unfortunately, pada hari Rabu minggu berikutnya aku turut down. Tapi taklah se'down' hari yang aku tulis post tuh.

Tapi aku rasa aku dah singkirkan MrCrush dari hidup aku apabila mengenangkan result yang tak seberapa.
Yayyy!

So, antara langkah yang aku buat bagi memastikan aku kurang beronline termasuklah (macam karangan ringkasan ada jugak aku rasa -,-) men'deactivate'kan Facebook aku. Langkah seterusnya, err err, entah, tak start lagi. Oh oh, aku mengurangkan kadar penghantaran SMS kepada kawan-kawan aku kerana kalau aku hantar pun diorang confirm tak balas jadi buat apalah aku membazirkan kredit aku.

Tumblr_lnoduk6ygp1qcgwmwo1_500_large
I would run to MPH to buy the latest sequel :'(

Aku jugak telah korbankan keinginan aku untuk beli sambungan Torment, iaitu Passion semata-mata untuk aku fokus dalam pelajaran. Dah lama aku nak beli. Aku mintak dengan Kakngah, Kakngah cakap boleh tapi kalau dapat 9A trial PMR. So, pada hakikatnya aku tak dapat 9A trial PMR, jadi aku tak dapatlah. Aku suruh Amuh beli, tapi entahlah, aku rasa tak kot.

Tapi tak apa ah, dua tiga bulan ni je aku tahan keinginan aku nih. PMR datang sekali je seumur hidup. Laptop, internet, Facebook, blog boleh dibuka/update hari-hari. Novel boleh beli kemudian. Kalau habis boleh beli online. Biarlah aku sedih tak dapat novel pun, asalkan aku gembira dapat result PMR akhir tahun ini nanti :') Oh oh Fifi, jangan emosiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Okey sekarang rasa nak nangis.
Macam mana tak nangis, kalau Walid dan Ummi sentiasa bagi support dan sokongan. Terharu dan rasa bersalah sebab dah mengecewakan beliau dan Ummi. Teacher pulak masa tengah crying crying semalam duk pujuk pujuk cakap, "Tak apalah Fifi..Alaa, janganlah nangis! Ini bukan pengakhirannya!" lepas tu masa balik naik kereta tu Walid cakap, "Habis tu dah tahu semua result. Dapat B jugaklah Science selain Sejarah? Tak apalah, cuba lagi. PMR nanti buat bersungguh-sungguh."

Hmm, aku taknaklah emo emo. Kalau emo saja pun, usaha tak ada, macam kambing mengembek tepi jalan je, tak ada apa-apa yang terjadi. Menangis air mata darah sekali pun, result trial aku tetap aku begitu. You cannot escape destiny. Maybe lepas ni aku dah jarang update blog. Lepas PMR barulah aku buat doodle sebanyak mungkin dan update blog ni setiap jam. Okebai.

Wassalam.
Post a Comment