Perihal Friendster dan Perpustakaan Awam.

13.8.11

Assalamualaikum Hari ini kita bercakap soal Friendster. Aku baru je dengar cerita dari Alya yang Friendster bukan lagi laman sosial macam Facebook. Dah jadi tempat untuk bermain game. Gamaknya pengguna semua lari ke Facebook kot? Kuikui. Kasihan Friendster. Macam-macam dah cuba dibuat untuk tarik kembali perhatian semua orang, tapi Mark Zuckerberg dah berjaya glu gam kuat-kuat hati para penggunanya. 

Yep, aku rasa most of us kita-kita ni dulu ada Friendster. Zaman kegemilangan Friendster dulu, main letak-letak gambar lepas tu suruh kawan tengok. Lepas tu kalau ada yang private, kawan request nak tengok, and then kita approve kawan bolehlah tengok =.=" Dulu aku aktif dekat group sekolah aku yang senior buat. Lepas tu mulalah melalut dekat situ tak macam budak sekolah agama langsung.

Itu dululah, sekarang ni dah tahu batasan agama dan lebih mature daripada masa form one. Aku start buat Friendster masa darjah empat -..- Awal-awal friends aku cuma family dan main approve jelah siapa siapa pun. And then after that aku main Zwinky, ramailah jugak orang Malaysia dan luar negara yang aku kenal kenal. Barulah ramai sikit friends aku.


Nah, sekarang Friendster dah jadi tempat bermain game. Kalau nak login siap boleh login dengan Facebook, hebatt! Mana ada social network yang boleh login guna social network lain, ya tak? Err, entahlah setakat yang aku tahu ni tak pernah ada -__-" Tapi kalau bab-bab Facebook ni, aku rasa semua boleh kut. All in one access, ada Facebook, gerenti boleh login mana-mana applications kat Internet nih.

Yang paling best, nak login Facebook pun boleh guna akaun Facebook!
#oh

Tetiba rasa sedih je dekat Friendster. Bukan apa, aku pun salah seorang pengguna FS ni dulu. Wahh, lama tak tulis FS! Dulu selalu je singkatan Friendster, FS. Senang je dulu, macam sekaranglah, Facebook panggil FB je. Tak pun orang Melayu biasa eja fesbuk (macam aku). Biasalah orang kita suka tukar ejaan lepas tu masuk exam dalam kertas peperiksaan pergi eja macam tu, salah, tettt, kena potong markah -,-

Semua ini penangan Facebook kan, habis hancur Myspace, Friendster dll. Mujurlah Blogger tak ter'effect', dan sekarang ni muncul pula Tumblr dan Twitter, tapi still Facebook bagai King of Kings. Aku tak tahulah apa nasib Hi5 yang kurang famous tuh tapi aku pernah ada account dulu. Aku ingat nama aku Farah Aquilla, HAHA Biul sikit otak masa tu kot. Lepas tu pergi letak gambar anak orang Arablaa kununn -..-

21017_540_large

Aku bukan nak kutuk, tapi aku rasa Facebook better dari yang lain-lain tu sebab Facebook ini simple je cara penggunaannya. Tak perlu-lah bergaya letak background, layout segala bagai macam Myspace, Friendster dan Hi5. Dan account semua orang sama sahaja. Yang menarik sikit pun gambarlah, itu pun yang suka bergaya. But memang penggunaan Facebook sangat simple.

Kalau nak dibandingkan dengan Blogger, tak usahlah ya. Sebab Blogger ini merupakan blog, lain dari laman sosial. Blog ni untuk kita share pengalaman, pendapat kita, ilmu, information secara karangan yang panjang x] Kat Facebook, biasanya orang akan suka berbincang di groups yang ditubuhkan oleh sesetengah pihak yang rasa nak buat groups tuh.

Lain pulak dengan Tumblr, Tumblr ni memang blog, tapi boleh reblog. Alaah, blog pun sama je boleh reblog. Cuma tak ada aplikasi button di sekitar blog (Blogger) ni yang bertulis [Reblog this]. Tak ada, 'kan? See? Itu sahaja nak membezakan kedua-dua ni. Orang guna Tumblr sebab suka pictures and quotes dan malas nak menaip entry panjang-panjang. Kalau blog? Tak kiralah sama ada Blogger or Wordpress, entries mesti ada perenggan.

Kalau tak ada pun maybe orang tu terlalu malas dan lebih baik pergi buat Tumblr =.=

3254631185_abf5622622_large

Tumblr? Forget? Never. Sebab semua pasal Merlin aku rasa ada kat situ kot. Hehe B-) Aku boleh reblog anything about Twilight sampailah kepada Narnia. Eh, korang ingat aku tak minat Narnia? Aku minat okei, tapi aku minat buku dia je dan cerita The Lion, The Witch and The Wardrobe je, yang Prince Caspian aku tak minat langsung sebab aku tak suka Prince Caspian dan perempuan yang kakak kepada Lucy tu =..=

Dah habis bab Friendster, Tumblr etc etc. Tadi aku pergi library, ada beberapa perkara yang aku nak share dengan korang. Aku tak boleh blah gila masa tu. Pergi dengan Alya biasanya akan gelak terlampau banyak -___-"" Perkara-perkara yang terjadi;

  • Cuba buat Geometrical Sketchpad (GSP) tetapi tak menjadi sebab tak reti, nak buat image 'terbang' tak boleh. Cadangan 'Ainul, "Ce Google tutorial terbang." tidak diterima
  • Makcik meja sebelah yang wajahnya macam familiar, dan Alya berasa sangat misteri dengan makcik itu kerana sewaktu Alya ber'doodle' dalam buku The City of FaAzmi, makcik tu tengok dengan mata bulat x]
  • Ada di kalangan pengguna perpustakaan tidak men'silent'kan handphone mereka dan seringkali kedengaran ringtone lagu Ayat-Ayat Cinta -..-
  • Tengok blog seseorang.
  • Alya pergi doodle perkara yang tak sepatutnya diketahui umum dalam buku The City of FaAzmi. Nasib baik aku nampak dan sedar. Kalau tak, adakah dendamku akan terus membara?

#tetiba tengah tulis entry ni jiran sebelah rumah main mercun bawang dan jerit, "Adohh!"

Apaa? Tak ada mercun lain kaa nak main? Try-lah meriam buloh sekali, lepas tu kita tengok jari kau ada ka tak lagi. Kalau ada, pergi asah bakat buat bom sendiri pulak dan bomlah sesuka hati kau. Aku mau tengok kau survive ka tak dengan Mr Police. Wahaha. Aku masih tak puas hati dengan senior kat sekolah yang lempar mercun bawang kat aku and da geng hari tu tanpa motif. Dahla tak kenal pun.

Buat khianat kat orang ini tak baik tau tak. Dahlah bawak mercun pergi sekolah. Main senyap-senyap kat rumah sudahlah, pasang meriam buloh bawah rumah kau best jugak. #holoh holoh hok ni pun ddendam tehhh >.< Holawei, aku pun main mercun jugak, tapi aku berani main mercun bawang je. Tapi aku tak lempar kat orang doe. Apalah kau ni, bhai, aku report kat Guru Disiplin kang.

Logo Software GSP

Bai.
Post a Comment