Those who cannot remember the past...

"THOSE WHO CANNOT REMEMBER THE PAST ARE CONDEMNED TO REPEAT IT."
- George Santayana -

Oh hai assalamualaikum kepada semua :) Err err korang tahu tak quote di atas ni? Kenal ke George Santayana? Bukan pak sedara aku-lah yang pasti -..- Entahlah, aku sendiri pun tak kenal. Aku dapat quote ni pun dari buku teks Sejarah yang aku dapat B tuh. Alamak, terbocor pulak rahsia aku tak dapat skor Sejarah sedangkan ada budak kelas aku dapat 98%.

Tumblr_ll7durtzqd1qiqnwno1_500_large
Saja letak gambar ni, sebab pink T_T

Semalam ada suntikan anti tetanus toxoid (terima kasih kepada Munirah sebab tulis kat blog kalau tak sampai bila-bila saya panggil suntikan hypotenuse Maths tuh XD). Diorang buat check-up jantung dan paru-paru dulu. Membebel dulu kat kiteorang sebab datang lambat. Haaa, barulah terkena penangan. Jalan lenggang lagi, haiyaa. Sampai ada nama, "Lenggang SHAMS". Tak faham aku kenapa kita mesti jalan lambat.

Padahal masa takkan tunggu kita. Yang lenggang sangat tu apasal macam? #ayat keling kot haha

Oh, 'Ainul kan baru buat blog baru yang warna biru #hahahaha, jadi aku kenalah promote kat sini supaya trafik blog dia naik walaupun trafik blog ni ciput je sekarang gara-gara kemalasan update dan entries pun sengkek idea. Yelah, entry pasal diri aku, aku dan aku. Tak ada dah usaha nak cakap pasal Hikmah Bulan Ramadhan ke Sunnah Nabi di Bulan Ramadhan ke etc etc. #ouch terasa T_T

#untuk ke blog 'Ainul Munirah, Vita Dolce

#sambung suntikan tetanus tadi

Semalam memang ah tak sakit. Aku paling selamba lepas kena suntik. Semua orang bertanya, "Fiii! Awak kena cocok dok nii?" namun aku dengan tenang menjawab, "Cocok ahh." And then after that potpetpotpet. Yang kena suntik semalam kelas 3A2, 3A3, 3A4, 3A5 dan 3A6. 3A1 tak jumpa cari fail jadi kena buat semula segala macam benda, diorang suntik hari ini.

Translation
"Fiii! Awak kena cocok dok nii?" - Fi! Awak kena suntik tak ni?
"Cocok ahh." - Suntiklah.

Tumblr_l61pbwfdcc1qb1y1wo1_500_large
Injection for anti tetanus toxoid

After that, mulalah sebarkan berita untuk takut-takutkan pelajar 3A1 (yang tak percaya 3A2 dah kena suntik) dengan mengatakan segala macam benda ni;
  • Jarum yang besar
  • Sebelum disuntik, jarum dibakar
  • Disuntik hingga empat kali
  • Menggunakan kekerasan semasa menyuntik
  • Kalau tak menjadi, dia korek-korek tempat suntik sampai menjadi
Okey, mestilah diorang gerun x] Tapi of course-lah tidak benar, kalau diikutkan logik akal -,- Kebanyakannya takut dengan jarum suntikan ni. Aku ialah orang yang tak termasuk dalam golongan tersebut. Huahua. Didi pulak dengan bangganya pergi tepuk bahu aku belah kiri (tempat suntik) lepas tu bila aku cakap aku kena suntik dia tak percaya =.="

Disebabkan semalam tak sakit, malam semalam memang menyeksakan. Tak boleh tindih bahu kiri untuk tidur, tapi in the end aku tidur mengiring ke kiri walhal selama ni mengiring ke kanan -__-" Oh btw dia suntik belah kiri bagi orang yang tak kidal, orang yang kidal suntik belah kanan jadi susahlah sikit nak makan sebab tangan kaku dan lenguh. Ayat Sir best lagi, "Suntik belah kiri ke? Susahlah sikit nak basuh berak."

Erk? Kbai XD

Jontogo6_large
Ryan Wolfe

Hee~ CSI: Miami Season 9! Tapi yang sadisnya tak dapat tengok pukul 10 malam setiap Isnin hingga Jumaat kot. Sebab baru balik terawih dan tak ingat nak tengok -_-" Aku tahu episod pertama bertajuk "Fallen" tapi still tak tengok. Dan baru tahu minggu lepas yang ada tiap-tiap hari! Sempat tengok satu dua episod je. Aku ni jenis tak suka tengok cerita tengah-tengah, kena start dari awal. Huuu, haruuu.

Korang pernah terfikir tak nak jadi detektif/CID ataupun yang sewaktu dengannya? Wohoho. Best pulak kalau fikir-fikirkan balik. Tapi kalau kat Malaysia ni tak boleh jadi yang profesional sangat sebab setiap jenayah tu mesti ada yang diputarbelitkan terutama masa kes perbicaraan. That's why kata Walid golongan yang jadi peguam ni 1/3 je masuk syurga. Okehh?
#means yang masuk syurga apabila kemenangan yang diperoleh itu merupakan suatu kebenaran

Tapi tak apalah, aku teruskan niat aku nak jadi doktor. Mari kita bantu negara kita, mari mari! -,- Cuma aku tak jumpa solusi kepada masalah aku, aku tak boleh tengok darah. Memanglah boleh, tapi bila tengok aku akan rasa kecut perut, kecut hati jantung dll, kemudian akan pening. Mujurlah setakat ni aku tak pernah tengok darah orang accident. Kalau tak...mau aku yang dimasukkan ke hospital T_T

Okey aku tahu tak berapa nak kena mengena XD


Okey okey. Aku nak chow dulu ni. Sebab esok aku bersekolah. Dan aku nak bangun sahur lagi itu lagi ini lagi etc etc. #macamlah banyak sangat kerja Oh btw, header aku sebelum ni agak jiwang. Tapi aku dah tukar dah sikit untuk mengurangkan kejiwangan yang melampaui batas tuh. Hanya 'Ainul, Kakti dan Alya sahaja yang memahami. Huahuahua. Gedikkk ase.

Kepada anda bertiga: Saya sangat sengkip kepada KFC seterusnya berdendam dengannya. Yang seorang lagi tu saya rasa nak berkawan dengan dia dan melupakan segala apa-apa yang terjadi okebabai

Wallahu'alam.



Comments

  1. terkezutttt melihat header xDDD
    eh sabbik nye promot ? xD


    p/s : lawo jarum suntikan -,-

    ReplyDelete
  2. kalu jarum gitu lame doh sy dok gi koloh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers