The Best Thing 'bout Today is...

13.10.11

Tumblr_lspss6kqhi1qh81keo1_500_large

Assalamualaikum.
The best thing about today is we don't go to school. (we as in me and a bundle of my friends)

Aku rasa pun kehadiran hari ini amat mendukacitakan. Tahun lepas, ustazah cakap kehadiran paling sikit 10/266. Hari ini mungkinlah 1/243 sebabnya Sabrina cakap dia takkan tinggalkan hari sekolah zzzz. Sebab dia tak nak rekod kehadirannya dicemari dengan tanda [O]. Aku kalau sekolah rendah dulu mungkinlah nak kehadiran penuh sebab akhir tahun akan dapat hadiah :D

Tapi sekarang ni, datang hari tak bersekolah pun tak dapat hadiah punya, percayalah.

Lepas PMR ni kalau pergi sekolah, rasa lain bila jumpa classmates. Aku tengok kau, kau tengok aku. Muka pelik, lepas tu blah xD Dalam hati, "Eh, dia ni classmate aku," lepas tu tak ada apa-apa respon. Al maklumlah kelas aku digunakan sebagai Bilik Kuarantin, jadi ada tiga buah meja sahaja -_-" Jadi, budak-budak kelas aku tak lepak dalam kelas itu lagi.

So, makin susahlah aku nak kutip duit kelas zzzzzzzzz.


Hari Sabtu ni ada Hari Graduasi. Erk, tapi aku tak terlibat-lah =.=" Untuk form 5 dan upper 6 sahaja. Kali pertama peringkat sekolah aku ni. Aku pun dijemput hadir. Betul! Tapi ayah aku, bukan aku. Sebab ayah aku 'kan AJK PIBG sekolah tu. Huahuahua. Semalam kaunselor tanyalah aku, "Athirah, ayah awak nak pergi tak hari Sabtu ni?"

Aku pun jawablaa, "Tak tahulah, cikgu. Ayah cakap anak dia tak ada tak payahlah pergi..kot. Tak apalah nanti saya pujuk ayah saya untuk turut serta." #baku eh bahase -,- Cikgu pun, "Haa, macam tulah! Cikgu nak sediakan kerusi, kalau ayah awak tak datang, cikgu nak tarik kerusi." Aku pun angguk jelah takkan nak meraung, sebab rasanya tak perlu kot. HIHI

Actually time tu aku tengah tolong cop-kan sijil graduasi lerrr. Dahlah susah! Sakit tangan aku hari ini. Sendi otot pun lenguh dah -.-" Mujur Nad Ali datang membantu. Fakhira pun ada sama. Makluman; tangan aku masih sakit. Tapak tangan ya, kedua-dua belah T_T Jom nangis.

Tumblr_lljm0jksga1qaobbko1_400_large

Hmm.
:)
Post a Comment