PMR #sambil-sambil tu main sukan -_-"

11.10.11

293567_1807402243904_1805370615_1212198_2083578953_n_large

Tadaaaaaa!

Assalamualaikum ^_^ Fuhhh! Memang sekejap je masa berlalu wa cakap lu! Tup tap tup tap, aku dah lepas PMR! Penilaian Menengah Rendah. Rasa macam baru je semalam UPSR. Kfine sangat tipu -.-" Sebab semalam masih lagi PMR.  Oke, semua calon yang ambik 8 subjek, semalam dah free sambil berkata, "Wahhh! Aku bebas!!!!!!!! BEBAS!!!!!!!!!!!!!!"

Well, bebas tu bukan bermakna kau boleh pergi sedap-sedap main mercun bawang kat tepi sekolah (ces, setakat mercun bawang, baik main bunga api je, takbleh ah sebab nanti orang cakap sia-sia sebab hari dah siang takyah ah main, membazir). Walhal pada hakikatnya main mercun bawang ke bola ke ubi kayu ke terung ke memang membazir. Pfft.

Bebas di sini bukan bermaksud kau boleh sesuka hati pergi dating dengan makwe pakwe, weh ingat skit diri tu banyak dosa takyah duk tambah dengan pergi bercintan cintun lagi. Kecik-kecik dah nak ada pakwe makwe, besar nanti jadi playboy or playgirl. Erm, tapi masalahnya kecik-kecik ni pun dah ada yang jadi playboy dan playgirl??? Maybe diorang akan berubah one day.

Freedom sekarang ni boleh happy, tapi bukan maknanya kau boleh terus enjoy. Weh, ingat-ingat laa sikit Allah boleh buat apa sahaja. Kalau Dia nak kita berjaya, berjayalah. Kalau sebaliknya? Kun faya kun. Ehekkk, so teruskan solat hajat untuk berdoa kepadaNya. Tawakkal jelah sekarang ni. Nak pergi ambik kertas periksa nak baiki jawapan pun nampaknya usaha yang sia-sia.

Tumblr_kz2npnwv261qztufmo1_500_large

Alkisah, dengan bangganya semalam aku tengah sesedap kacau orang dengan miskol, tetiba aku dapat meses. Ingatkan ada orang marah aku kacau dia, rupanya;

Ehem2... Dgn ini diumumkan bhwa kucing sy slmt melahirkan baby nye yg cute mute.

Syafiqah ler tu siapa lagi. Ummi hurairah leni name -_-"

Sekarang ni musim anai-anai. Banyak anai-anai yang sedang merempat di almari kayu, dinding kayu dan semua yang berkayu. Kecuali kayu keras terlampau amat sangat. Dalam bilik aku ada sarang T_T Dan bilik tetamu almari bahagian bawah hampir habis dimakan. I hate you anai-anai. And you make my head gatal. Godoitsss. Biasalah binatang kecik-kecik cenggitu memang akan buat kepala aku gatal.

Just a feeling. Kuikui.

Merlin Season 4! YEAYYYY.
Tapi emosilah. Siapa sangka Merlin akan mati???!!!
Post a Comment