Terengganu dan T-Team.

40_large

Assalamualaikum semuaaa! TEEHEE Hari ini nak cakap pasal bola bola bola. Piala Malaysia 2011 yang bakal dimenangi Terengganu! #confident tuh xD Semalam aku tengok Terengganu lawan Selangor aww aww di Stadium Nasiruddin Shah, Terengganu. T-Team lawan Negeri Sembilan dekat stadium kat Negeri Sembilan-lah #kfineee aku tak tauu nama stadium dia apa xD

Aku tengok dah nak akhir-akhir pun. Itu pun sebab Ummi dengan tiba-tiba berteriak, "Eh adik ehh! Bola malam ni! Channel 801, cepattt!" aku pun tukar jelah yang sebelum tu tengah membebel pasal cerita kat TV tak menarik hati langsung. Masa tengok tu, keputusan 2-0. Mestilah Terengganu kitee yang dah sumbat dua gol. YEAYYY ♥

Lepas tu aku tengok pulak TV1, T-Team lawan Negeri Sembilan. Masa tu tengah 1-1. Tengah syok-syok tengok dengan penuh semangat, tetiba pengulas sukan cakap, "Ada perubahan di Kuala Terengganu!" aku pun tuned channel 801 balik and tengok-tengok dah 2-1 -_-" Lepas tu kena marah dengan Ummi sebab tukar channel kfine bai xD

Beberapa saat lepas tu, Negeri Sembilan buat gol pulaaak. 2-1. Frust jugak ah, tapi kalau difikir-fikirkan balik, kalau seri pun tetap Negeri Sembilan menang sebab hari itu kat Kuala Terengganu diorang dah menang 4-2 ke atas T-Team. So agregad jauh tu, 6-3. Aku pun redha jelah, Terengganu akan bertemu dengan Negeri Sembilan ~.~


Tapi difikir-fikir balik, 'kan, memang tak best-lah kalau tengok Terengganu lawan T-Team untul final nanti. Memang rakyat Terengganu je akan tengok sebab tournament buat kat Stadium Nasiruddin Shah je dan seluruh rakyat Malaysia yang lain mogok dah tak nak tengok Piala Malaysia lagi lepas ni x] Lagi satu, kalau T-Team lawan Terengganu, kiteorang orang Terengganu nanti berbelah bahagi nak sokong pasukan mana -_-"

Jugak nanti, players T-Team dan Terengganu rasa macam awkward pulak nak lawan sesama sendiri. Nanti ada pulak aksi tengah padang (bergaduh), "Woi! Aku suruh mung wat gol, cepatt ah!" lepas tu yang sorang lagi pulak balas, "Mane buleh mung wi gitu je! Kekgi kaloh ah pasukan mung!" Haaa.... Lebih baik takpayah lawan macam tu. Terus declair pasukan rakyat Terengganu menang. Kan dua-dua rakyat Terengganu? xD

PETEH TERANUNG PETEH #seriously dude, what is the meaning of 'peteh?'

But apa-apa pun aku harap T-Team boleh dapatkan tempat ketiga! YEAHH  Tapi err, err, semalam ada player T-Team dapat kad merah T^T Dia gaduh dengan player Negeri Sembilan, macam mana entah boleh gaduh #padahal aku duk depan tivi tengok pergaduhan tu tapi aku tak tauu macam mana pergaduhan tu terjadi pffft And then aku nampak player yang dapat kad merah tu membebel dalam bahasa Terengganu -,-

All the best Terengganu and T-Team. Loveyou 
#Kakngah aku tak puas hati dengan nama T-Team, sebab nama tu sengkip xD

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers