Al Hijab The Movie

Tumblr_luranangwv1r5x45ro1_500_large

Assalamualaikum semua! Rasa macam limabelas minit bulan tak hapdet blog. Sungguh sadis! Al maklumlaaa, ada orang menginap kat rumah aku dua tiga hari ni, so macam tak terupdate lah sebab terlalu berebut nak main laptop (padahal tak pun sebab masing-masing bawak xD). Tak update sebab sibuk tengok cerita, baca novel and so on. Lepas tu gelak tak henti -.-"

Ahad

Alya datang lepas Asar. Masa tuh aku tengah tengok Malaysia lawan Kemboja. Macam sawan je -_-" Sejak bila aku minat bola pun aku tak tahu. Semangat aku tengok Baddrul (ke Baddrol? xD) buat gol. Gol yang dari jauh tu semua orang tak expect ouh. Lepas tu jurulatih yang mula-mula down gila muka terus ambik air botol untuk bagi minum kepada goalkeeper Khairul Fahmi (apakah??). Entah ah, rekaan aku je tu kot. Kwangkwangkwang

Tapi akhirnya menang 4-1. And then Alya sampai bersama Ayah, Ibu, Abang dan Adik. Kakak beliau sedang sibuk study sebab tengah SPM.

EH BIAR BETUL DAH SPM?!
#wat lolok dok cayye

Rasa sekejap je. PMR pun dah lepas, UPSR punya result dah nak dapat esok. Moga-moga adik 'Ainul dapat 5A, amiin. Lepas ni boleh pergi SHAMS jugak, tak pun SMAASZA. #aiseyh tak ada sekolah lain dah ke dalam dunia ni asyik duk sebut dua ni je? Okla okla, sorry. Saya tak tahu sekolah lain nama apa * lol tipu *

Malam tu, chat dengan 'Ainul. Dia suruh cari cerita hantu nak tengok hari Isnin pukul 12 malam (tambahan oleh aku sendiri jer ni haha). Aku pun terfikir satu je, Al Hijab LOLLLLLLLLLLLLL Sebab recently aku ada buka blog sapa entah ada review filem tersebut. So, macam semangat lah. Tapi tak reti nak download kat mana. Aku bab-bab download movie ni memang takbleh harap langsung.

Even abang aku ajar patplohdua kali pun belum tentu aku reti. So call Kakti suruh download xD Tanya cerita apa, aku jawab Al Hijab yang Pierre Andre arahkan tu (dan berlakon skali). Punyalah duk pikir cerita hantu apa yang menyeramkan. Hantu Bonceng ada komedi, tak syiokk. Khiyokk. Lepas tu takde cerita lain, Al Hijab jugak akhirnya pffffft.

Alya tak puas hati aku asyik dengar Stereo Hearts. Lepas tu aku paksa dia buat Twitter LOL

Isnin

Tengah hari tu, Kakti sampai. Dia cakap taktauu nak download movie apa. Kakti taknak cerita Hantu Bonceng. Aku cakap, Al Hijab jelah. Alya pulak dah mula tunjuk belang. "Fifi pahceroh Al Hijab!" After that budak berdua (Alya dan Kakti) main laptop. Aku baca novel Kakti bawak, Jawapan Yang Pasti. Tapi takde kesungguhan sangat pun.

Sekejap sekejap tanya Kakti adakah orang ini akan bersama dengan orang itu akhirnya? Tak saspens langsung baca cerita sebab bila ada part saspens, aku akan tanya Kakti, "Kakti! Mende rahsie ye ea?" dan Kakti akan jawab. Alya membebel kata aku bising baca novel, selain dari membebel aku duk sebut Al Hijab Al Hijab je. Kakti tengah download masa tu.

Last sekali, sebut Al Hijab je gelak sampai ke sudah. Kakti pulak slamber dek je ambik henpon aku tanpa sepatah kata pun cakap nak pinjam ke hape ke dengan aku, lalu telefon 'Ainul. Aku pun konfius dah masa tu, tu henpon aku ke Kakti sebab warna biruuu. Bila sedar tu henpon aku, "KAKTI!!!!!!!!!!!!" lepas tu gelak tapi tak sempat habis gelak 'Ainul telefon balik.

"Nu, kiteorang download cite Al Hijab!"

Aku, Alya dan Kakti guling-guling gelak sebab masa tu aku atas katil, Kakti tepi aku. Alya duk kat bawah meniarap. Memang berguling ah. 'Ainul tak tau la plak. Cuba tanya kat Formspring dia.

Tentatif program hari Isnin


Sebelah petang tu, budak-budak ni try cari cerita seram Thailand. Aku baca novel still. Lepas tu takut-takut pulak tengok cerita/trailer dekat Youtube diorang semua tuh. Aku yang syok (taklah syok mana) baca novel ni join sekejap sekejap je tengok trailer. Urusan cari movie semua aku serah kat diorang. Aku melepak baca novel, main balas status kat Facebook -_-"

Diorang asyik tanya aku lagi dan lagi nak tengok cerita apa. Aku jawab dengan penuh emosi, "HARRY POTTER!!!!!!!" diorang pun buat tak layan -..-


Lepas Isya', get ready laa ni nak tengok Al Hijab, tapi diorang tengok cerita Phobia cerita Thailand. Bebudak tu duk menyorok lerr bawah bantal, selimut dan mana yang boleh dicapai. Aku masih lagi baca novel -,- tengok gitu-gitu je dari jauh. Tapi last sekali aku pulak yang paham cerita tu, budak-budak tu bila dah tamat baru tersedar, "Ohlaa...gitu upenye."

Aku cakap, "Awok dok faham ke? Lame doh saye faham." =.=

Cerita tu banyak gila sebut "sh*t". Mula-mula macam, eh apa ni mencarut. Lepas tu bila asyik duk sebut je, tergelak laa plak. Ngok betul cerita.

Then, diorang ajak tengok Al Hijab. Starting cerita memang pelik sikit ah -_-" Menari-nari pabenda semua tuh. Aku pulak pergi jerit kat para lelaki yang ada sebab tinggal bini sorang-sorang dalam kereta. And then start-lah pasal si Rafael dengan girlfriend dia siapa entah nama tapi pelakon dia Nur Fathia yang berlakon Stanza Cinta tu.

'Ainul setiap 10 minit akan bising tak puas hati, "Sapelah pengarah cite ni!" walhal scene yang tengah tengok tu Pierre Andre tengah berlakon -..-

Habis tengok Al Hijab, proceed buat benda lain plak. On Facebook rasanya, ada statuses berbisa yang menyentuh sanubari, boleh buat orang kecik hati. Pehalla mereng sangat. Tolonglah jadi dewasa sikit. Kalau kau benci dia, sapa lagi nak kawan dengan kau? Lepas tu mulalaa nak cakap kau takde kawan ramai, hmm...Maybe sebab perangai kau kot :\

Alya, Kakti dan 'Ainul tanya aku nak tengok cerita apa. "Fi, nak tengok cerita apa?" aku baru je bukak mulut nak jawab, diorang pun tambah, "Kecuali Harry Potter." Aku pun fikir punya fikir, last sekali aku cakap....

"HARRY POTTER!"

And diorang buat tak layan lepas tu kiteorang gelak.

Lepas pada tu, kiteorang nyanyi nyanyi lagu Stereo Hearts. Oh Adam Levine

Adam-levine_large
kami empat empat orang bersetuju suara dia best, dan dia hensem! xD

Pukul 2 pagi kiteorang malas dah nak layan novel, ajak main Saidina. Last sekali Alya menang BOO! Ada orang tu orang 'sekkeng'. Biasalah kitaorang suka provok Alya, even though dia menang. Masa tengah main tu pun aku asyik buli dia sebab aku bertugas jadi 'bank' part-time. Orang yang jatuh miskin ialah 'Ainul Munirah. MUAHAHA! Aku tempat kedua-lah kiranya. Kakti ketiga -_-"

Main Saidina sambil dengar lagu tema 1Malaysia yang satu bangsa satu negara kitaaa satu Malaysiaaa. Kes 'Ainul lerr fanatik sangat dengan seseorang. Last skali Alya, aku dan Kakti cakap, "Doh aaa tu Nu! Jadi ah pasang." xD

Aku sambung baca novel, masa tu dah nak dekat pukul 4 pagi lepas habis main Saidina. Budak-budak tu nak tengok cerita Barbie, aku malas layan -,- Baik habiskan novel sebab Kakti dan 'Ainul asyik membebel aku baca novel tak habis-habis. After some time, aku emo emo ngan Kakti mengenai hero kedua novel tuh. Huehue.

'Ainul, Kakti dan Alya decide taknak tido for the rest of the night. Aku tak kesah, tapi diorang cakap tidolah nak tido pun aku ni diorang tak kesah. Aku memang nak tido, tapi duk baca novel, main Saidina, tido pun tah ke mana. Huhu. Pukul 4 lebih sket 'Ainul dah lelap, Kakti pun dah. Aku try laa nak tido tapi takbleh. Aku dengar Alya tutup laptop pukul 5 pagi dan tido kroh kroh.

Finally, aku sorang je tak tido. Pejam mata gitu je. At last, Kakti bangun. Dia sejuk gila campur selsema. Aku suruh dia mandi air panas kat bilik aku. Aku mandi air sejuk beku bilik Kakngah. Brrr! Akhirnya semua bangun, aku kejutkan Alya dengan gaya ibu tiri -_-"

Selasa

Siap-siap nak pergi sekolah sebab hari ini dapat duit RM100 seorang, bajet 2012 tu. Bab-bab duit laju je semua orang. Tetiba semua orang ada kat sekolah. Haha. Kiteorang empat orang tengah emosi sebab pujuk Alya tak berjaya, so aku mogok, 'Ainul dan Kakti putus asa dan harapan, Alya dihantui rasa bersalah. Last sekali berempat bersatu jugak sebab takde orang nak berkawan dengan kiteorang sob sob.

Keempat-empat orang semua loya dan sakit kepala. Effect tak tido ler ni. Cari-cari tempat melepak untuk empat orang tak jumpa, semua dah ada orang kebas. Nak lepak dekat bangunan form three, digunakan oleh pelajar SPM. Cari punya cari, last sekali cadang kantin. Bila pergi kantin, ternampak tiada orang di pulau (tempat yang dikelilingi kolam). Duk jelah kat situ.


Aku baca novel (holoh hok ni pun dok breti bace novel patut kakti nge ainul blebe!). Semua tengah emo sebab kehadiran kiteorang kat sekolah tu macam takde orang nak tegur. Tapi takpe, kiteorang ada masing-masing. So, gosip girls la kejap. Haha. Aku asyik buat keluar snek dan ajak, "Jom makan?" lepas tu tak makan-makan sampai laa pukol sebelas.

Akhirnya, bila dah dapat RM100, aku, 'Ainul dan Kakti pun balik. Alya dah tak join, tu ler pasal duk pujuk dia pepagi buta. Kakti beli ayam, lepas tu makan dengan 'Ainul, tak kasi aku sikit xD On the way balik, Kakti dapat meses dari kakak dia, yang akan ambik dia pukul 6 petang pada hari tersebut. Ingat nak pergi hospital melawat seseorang tapi tak jadi, Walid cakap lawat kat rumah dia jelah.


Balik tu, makan nasi dengan lemah gara-gara berita dari kakak Kakti. Pujuk punya pujuk, Kakti balik pada hari itu juga T^T Sedihlaa ni semua orang. Kiteorang pun tertido sebab letih. Kakti kejutkan aku sebab dia dah nak balik. 'Ainul pun baru bangun. Baii Kakti :'( Tinggallah aku berdua dengan 'Ainul. Kiteorang pun nyanyi lagu Berdua Bersatu xD #tipu je -,-

Aku ngan 'Ainul memang sunyi berdua malam tu. Boring sangat, aku suruh 'Ainul main game kat Cartoon Network. Best gak game Toonix tuh. Then main game SPOT THE DIFFERENCE yang sangat mendebarkan! After that, main Photoshoot Barbie -_-" Aku ambik buku Scary Ever After dan baca. 'Ainul main games yang ada kat website Barbie tu. Sangatlah 'susah'.

Dan kami tak puas hati dengan game Barbie & Ken tuh, tanpa motif cite tu.

Then tengok vlog. Mula-mula Rustin Hieber. Yang Aman ngan Tijah tu. Gedik betul si Tijah. Kenapa awak tak 'haha'???

Aku dan 'Ainul tengok trailer Ombak Rindu. Aku pun beritahu 'Ainul sinopsis cerita tu dengan penuh semangat dan aku cakap nak beli novel dia! 'Ainul gelak dan gelar aku Ombak Rindu -_-" Memang takbleh sebut Ombak Rindu dah lepas tu, mesti akan terguling-guling. Dahlah memang tengah meniarap. Buruknyaa perangai anak-anak dara ni.

After that, 'Ainul slowly dozed off. Aku bukak channel Anwar Hadi, tengok video lepas-lepas yang aku tak nengok lagi. Takbleh tido. Terbiasa tido lambat. Grrr.

Pukul 2 aku pun tertido. Subuh, 'Ainul kejutkan.
Tido balik T^T

Then, 'Ainul bangun pukul 10.30 pagi dan mandi. Mak dia dah nak datang ambik. Kiteorang pun gi makan kat dapur. Besttt! Nyam nyam. 'Ainul makan ayam banyaaaaaaaaak sangatttt. Ingat orang dok napok ah tu ye cedok ayam untuk kali kedue LOLLLL

Bye 'Ainul :')


Entri ini didedikasikan untuk 'Ainul Munirah, Nur Athirah dan Alya Aqilah. Terima kasih sudi tido umah saya. Sorry kalau layanan yang saya berikan sangatlah buruk. Tapi saya pasti, perut anda pasti kenyang! Ngahaha. Sekarang barulah awok semua tahu kenape saya gemok -..-


Oh ye! Jangan sedih-sedih. Dakyoh care ngat laa ke orang lain tu. Kite berempat masih ade masing-masing. Empat orang gadis yang dipulaukan di pulau (ayat bellit haha). Next time, meh aa tido agi. Boleh bersuke rie tengok cerita seram agi, dok pun cite Harry Potter xDDDDDDD Kalau CD Ombak Rindu keluor doh, bleh tengok gop LOLLLL

Beastly ke Pink Red Riding Hood ke. HAHAHAHHAHAHAHAHAHHAAHAHHAHHAHA * biar Tijah suke

Semalam sempat tengok cerita Penghibur Terbuang kat Youtube bersama 'Ainul Munirah. Sedih gila cerita wok wok. Trylaa tengok. Sobsssssssss nak nangesssssssssssssssss

Konklusi,
'Ainul suka main Barbie,
Alya gemar tengok movie,
Kakti amatlah emosi.

LEPAS TU SEME ORANG EMOSI TENGOK CITE FIRST LOVE!!!!!!!!!!!!
Saye bace novel xDDDD
#kemengarutan yang melampau


You know where my heart is. Say anything, I don't care. Even though you say my heart's a stereo, I still don't mind! 'Cause it beats for you so listen close, hear my thoughts in every note :D

Remember me. If I'm gone, remember, remember, I'm not wholly gone. I'm still with you.


'Ainul | Alya | Athirah
my secret-keepers

Comments

Post a Comment

Popular Posts