Huwooo balik kampunggg! Wo wo wo balik kampung!


Assalamualaikum comel comel sekalian! Hee. Aku baru balik dari Besut ni. Aku teman Kakngah aku, dia pi tanda kertas exam dekat rumah kawan dia. Aku of course duduk rumah nenek aku, apa kejadah aku ikut sekali pi tanda kertas aku bukan cikgu -_-" Aku duduk kat sana aku online je pun ngahaha. Nasib baik rumah mak sedara aku ada wifi :D

Nenek aku masak bubur lambuk seperiuk besar! Aku tak sempat laa nak ambik gambar sebab dah habis, nenek aku kasi dekat orang yang datang, siapa entah, mana aku kenal aku bukan orang kampung tu xD Oh, masa aku tengah sibuk bertweet, berFB, tetiba telefon rumah nenek aku berdering. Jakun jugaklah rasa sebab rumah aku takda telefon rumah #sebab rosak terlampau amat sangat selama beberapa tahun jadi putus asa dahlah nak pasang -.-

Aku pun jawab,

Aku: Helo?
Pemanggil: Helo, ni sapo? (Ini siapa?)
Aku: Fifi.
Pemanggil: Hah? Fifi? Ni bukey rumoh Mok Cik Nab ko? (Ini bukan rumah Mak Cik Nab ke? #nenek aku nama Zainab)
Aku: Ho. Ni cucu dio. (Ya. Ini cucu dia.)
Pemanggil: * gelak habis * Julie ko? (Julie ke?)
Aku: Dok eh. Ni Fifilaa. (Bukan, ni Fifi laa.)
Pemanggil: * gelak lagi *
Aku: Kholati ko ni? (Kholati ke ni?)
Pemanggil: Doklah heh, ni Maklang. (Bukanlah, ni Maklanglah.)
Aku: Oh... * gelak nervous *
Pemanggil: Mok mano? (Mok mana? #kiteorang semua panggil nenek dengan panggilan "Mok")
Aku: Ado..kejap. (Ada. Sekejap.)

* berlari-lari mencari nendaku, "Mokkk!!! Maklang telefon!"

Lepas tu malu seribu kali malu sebab tak kenal Maklang. Terngiang-ngiang jawapan aku, "Ini cucu dia." Okey lol. Rasa macam tak nak jumpa Maklang dah lepas ni hahahaha. Sorry Maklang. Itulah pasal, suara adik-beradik Ummi aku ni sama serupa je. Ummi aku suara sama dengan dia Yong, Ming and Wancik. Maklang dengan Kholati. Tetiba dekat Besut aku terdengar suara Ummi, memanglah pelik -_-

After a few moments, telefon berdering lagi. Yong pulak telefon. Tanya resipi apa entah dengan Mok. Masa tu Mok tengah menyapu halaman rumah kat bawah. Aku pun ulang alik dari tempat letak telefon dengan pintu rumah Mok tu. Both of them were like using 'bahasa kod' je. Aku tak paham pun. "Tanya Mok, goreng dulu ke tumbuk dulu?" soal Yong. -_-


That was the day before yesterday. Yesterday pulak anak-anak lelaki Maklang iaitu Along, Irfan dan Fikri sampai rumah Mok. Kiteorang pun makan tengah hari sama-sama. Aku makan dengan penuh tertib dan kesenyapan -.- Then Kakngah suruh Fikri buat air kopi jenama Kopi Dewa (-.-") untuk Kakngahlaa. Masa Fikri letak air dekat machine air tu, terlebih pulak air tu lepas tu melimpah ruah.

Irfan pun berbunyi, "Hmmmpphhhh!" dan Kakngah berkata, "Alahaiii anak bongsu ni... Memang begini ke," lepas tu aku pun pergi ambik air kat machine tu and then melimpah jugak -___________________-" Irfan pun gelak serta merta. Aku pun gelak malu-malu lah, Kakngah pun, "Ish ish ish..." tidak terkata akhirnya lol. Aku pun teruskan minum air aku tu. Then aku pi basuh cawan gelas.

Aku alihkan bekas yang tertiarap kat tempat pinggan tu untuk letak gelas yang dah dibasuh tu. Bila aku letak balik bekas tu, tiba-tiba dia jatuh sendiri #ok tipu Irfan pun gelak lagi sebab Kakngah berbunyi, "Hmmhh hmmmhh hmmmhhh!" aku pun cepat-cepat lari dari dapur ok sekian sahaja xD

Pagi semalam kat Besut hujan lebat dari pukul 4 pagi sampai petang. Kasut aku pulak ada tengah hujan, so memang basah sekali dengan jeruklah -_- Aku pun mengadu kat Kakngah cakap kasut aku basah. Then terus ke Jerteh untuk beli footwear untuk aku. Sementara tu aku pinjam selipar Irfan, ok fine nasib baik Irfan baik tenkiuuu. Aku beli selipar jugak, warna ungu strip kuning. Darat kan? -_-


Yang belah kanan tu selipar Irfan. Ok, yang tak bestnye pakai selipar ni, bila lalu dekat tempat berair, basah stokin aku. Sebab tu aku lebih prefer pakai kasut. Tapi takpelah, daripada pakai kasut basah, baik pakai selipar je. Walaupun warna dia agak...darat. Hahalol.

Balik dari Jerteh tu, angkat barang letak dalam kereta dan terus pulang. On the way balik tu, aku meroyan nak ambik gambar setiap lembu yang ada kat tepi jalan. Sadly tak ada seekor pun! Ada, tapi aku terlepas @_@ Kakngah pun masuk kampung mana entah, ada laaa beberapa ekor lembu. Ngeehee. Aku malas nak letak kat sini, tapi letak jugaklah satu.

Comel gila lembu ni. HIHI. Aku dengar lagu Nice Guys sangat -_- Part Ryan Higa rap yang, "Cows go moooooooo!!!!!!" itulah yang terbawak bawak tu.


Lembu yang koko tu comel. Yang hitam tu kurengg. Tapi gambar ni cantik. Well, tengoklah siapa ambik. Hehe.

Acik Farha suka lembu, so maybe she likes Ryan kan kan? TEEHEE.
Aku baru je belajar buat effects kat gambar guna Photoshop. Gambar first dalam entry ni aku buat sendiri tauuu. Hihi. Result PMR 22 Disember 2011. Doakan kami semua dapat straight A's, insyaAllah. :)

Comments

  1. fifi , gmbar merlin tu k awk edit sndiri ?? siyes r , perfect kot . ingat memang gtu dh . daebak !!
    #sy bnci ah gne photoshop oh

    ReplyDelete
  2. mcm tahu je gane kakngah mase afi wat pecoh gelas.amuh yakin muke ye gane!

    ReplyDelete
  3. mane ade wat pecoh gelasss!
    bekas tu jatuh je, bekas plastik pulok tu -_-

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers