Keputusan Penilaian Menengah Rendah 2011

Assalamualaikum and a very good evening/afternoon -_-" Hari ini hari Jumaat, 23 Disember 2011. So, officially semalam, 22 Disember 2011 merupakan tarikh keluarnya result PMR. Aku kan pelajar PMR untuk tahun 2011 ni. Amboi, takkan tak sedar kot sepanjang tahun aku asyik sibuk je memanjang, update blog pun macam taknak update je xD
Lepas tu pulak emosi sebab tak dapat 9A masa trial PMR. Lagipun aku berumur 15 tahun (oh saya rasa sangat muda! -.-) dan semestinya sebagai warganegara Malaysia yang berjati diri, pada umur 15 tahun, kami akan menghadapi satu peperiksaan iaitu PMR. Penilaian Menengah Rendah. Untuk melanjutkan pengajian ke tingkatan 4 (yang aku rasa merupakan detik permulaan segala sesuatu).
Ok, main point aku sebenarnya nak cerita pasal result kelmarin. So here it goes.
Aku sampai sekolah pukul 9:45 pagi. Sebelum tu konflik dulu pakai baju sekolah ke tak. Tapi akhirnya pakai jugak sebab dah lenguh-lenguh gosok (setelah sebulan lebih tak gosok baju sekolah xD). Pergi dengan Walid, Ummi dan Kakngah. Sampai tu, ternampak kereta ayah Fakhruddin baru sampai jugak. Lepas tu ayah dia keluar kereta datang dekat ayah aku dan cakap, "Tahniah." kat aku -_- #Walhal result masih belum diperoleh
"Tak sempat apa-apa lagi dah cakap tahniah. Haha," kata ayah Fakhruddin.
Lepas tu aku jalan dengan Ummi nak ke Dewan Abu Bakar As-Siddiq. Aku cari Kakti. Arghhh, geramnya aku, sebanyak-banyak gambar yang diambil, tak ada pun gambar aku dengan kawan-kawan, so tak adalah gambar aku jumpa Kakti -_-" Aku dan Kakti menjadi orang pertama yang menjejakkan kaki ke dalam dewan bersejarah itu....
Lama jugak tunggu. Aku dah rasa macam nak terbang. Partly because I was nervous, partly because I remembered something in a novel I'd recently read xD Aku borak-borak dulu dengan Syafiqah dan Sofiah. Membebel dulu 'Ainul tak sampai sampai xD After that, 'Ainul sampai kita sama-sama terbang (???) Abaikan -.-
Pukul 11 pagi baru start umum nama pelajar yang dapat 9A. Mengikut kelas. Kelas 3A1 32 orang dapat 9A, ada seorang tak dapat. Kelas aku, 3A2 27 orang 9A. Kelas 3A3 30 orang. See? Ramai lagi kelas 3A3 dari kelas aku -_- Kelas 3A6 ada 4 orang, kelas 3A8 ada 2 orang. Erk, kelas lain tu aku tak ingat.
Mak Sofiah punyalah nervous, beberapa kali cakap dengan aku, "Fifi takpelah! Dah confirm! English okay!" lepas tu mata berair sikit. Aku pun setelah sekian lama, "Piah dapat 9A punye! Trial hari tu 9A, takkan PMR tak dapat..." Err tapi nama aku tak sebut lagi masa tu. Berdebar woots!
Kelas 3A2, nama aku terselit sekali untuk pelajar 9A! Alhamdulillah!
Um, hi? xD
And then, aku turun dan ambik tempat di antara 'Ainul dan Sofiah. Aku peluk 'Ainul belah kiri, Sofiah belah kanan. Kedua-duanya berdebar sebab nama mereka belum disebut. Aku yang dah dapat ni pun dupdapdupdap. Aku rasa macam nak nanges je bila cikgu yang jadi emcee (Cikgu Zainab cikgu BM aku :D) sebut, "Dan yang terakhir...." untuk kelas 3A2.
Dalam fikiran aku, "What if kedua-dua orang kat sebelah aku ni tak dapat 9A?" aku rasa aku akan menangis kat situ jugak walaupun diorang tak nangis. Seriously aku terharu jugak sebelum tu dengan result aku. Sepanjang hidup tak pernah dapat 9A. Sobs sobs. Alhamdulillah ~
And then it happened, "Dan yang terakhir...Nurul Sofiah binti Jamaludin," umum Cikgu Zainab. Aku pun tepuk-tepuk belakang Sofiah, lepas tu mak dia pulak tepuk. Dia terus naik atas pentas. 'Ainul kat tepi aku dah lembik sikit. Aku peluk kuat-kuat, tapi tak cukup kuat untuk 'crash' dia. HOI! Kau ingat aku raksasa ke nak crash crash orang ni -_-

My sweetheart Ami Yumi -_-
'Ainul dapat 8A1B. Tapi dia happy sebab Maths dia A! Yang tak dapat A ialah Bahasa Arab. Aku pun happy jelah sekali untuk dia. Takkan nak koyak slip result dia tu dan buat mogok untuk bagi dia 9A -.- Kelas aku 5 orang tak dapat tu ialah 'Ainul, Irfan, Hasyimah, Amir dan Hikmah. Semua 8A1B, sangkut Bahasa Arab T^T It's okay, SPM nanti buat yang terbaik!
Mungkin saya tidak memahami perasaan anda semua yang tak dapat straight A's, tapi sebagai kawan saya akan tetap sokong anda walau apa pun yang terjadi. Mungkin saya faham sebab sebelum ni pun saya tak pernah dapat straight A's. Tapi percayalah, Allah ada agendaNya tersendiri. Be strong! We all have a long way to go. Love, your friend.
Errr, ini Aisyah Aqilah dan Amirah Liyana. Dua-dua 9A! #Bakpe Syah awok dok paka pink xD

With my parents. Alahaii, macam malas nak pegang je slip tu xD

With my sister, Kakngah.

My two mothers this year. Hehe. Teacher Shafizah, my class teacher.

TV3 datang, Astro Awani pun ada. Sinar Harian ada kut? Gambar kat atas ni untuk masukkan dalam berita lah ni. Cuba check surat khabar hari ni. Semalam sekolah aku ada masuk dekat Buletin Utama. Gambar aku tak ada-lah kot. Sama ada sebab aku lewat masuk dalam gambar ni atau aku sorok muka aku dengan slip PMR aku tuh. Hehehe.

SMK(A) Sheikh Abdul Malek
9A - 130 orang
8A - 68 orang
7A - 15 orang
6A - 16 orang
5A - 8 orang
4A - 4 orang
3A - seorang
2A - seorang
Aku terfikir jugak mungkin nak tukar sekolah tahun depan. Abelong suruh aku ke K.I.K. - Kolej Islam Kelang. Aku ingat kalau nak tukar sekolah biarlah sekolah agama jugak. Farhana ajak aku ke SESMA - Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud.
Stay kat SHAMS-lah lebih baik, kan? Tapi kalau berhijrah lebih baik lagi. - Teacher Norlida Hasan
Tengoklah dulu macam mana. Aku sayang SHAMS. Aku tak boleh tinggalkan sekolah tu macam tu je. Hmm.... Entahlah. Tapi firasat aku rasa macam aku akan duduk lama lagi dekat SHAMS tuh. Em, entah. MUNGKIN. Kemungkinan yang akan berlaku.... Kita tunggu jelah. Mana tahu aku dapat pergi K.I.K. Kaklong dan Abang Shaffie aku belajar kat situ-lah dulu.
Alya, Sofiah, Kakti, Syafiqah, Sakinah, Sabrina, Farhana, Aliuddin - STRAIGHT A's [Farhana dan Aliuddin tak ambik Arab, so 8A] Good job everyone!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers