Pengajaran paling bermakna hari ni

20.12.11


Assalamualaikum. Ohhh haiiii. Sorrylaa aku letak lagi gambar kat atas ni. Sebab ada something aku perlu cerita kat sini. Pasal tajuk entry ni. Maybe pengajaran ni hanya bermakna buat aku, Syafiqah dan 'Ainul sahaja. And maybe Sakinah sekali sebab beliau tergolong dalam situasi ini. So, alkisah la hari ini aku arrange date dengan budak bertiga tu, termasuk Sofiah sekali. Kang kiteorang geng kat 3A2.
Tapi malangnya Sofiah tak boleh pergi, sebab beliau ke MesraMall kat Kemaman sana.

Aku baru je balik dari KL semalam naik AirAsia. Hot seats tau! Dengan Kakngah aku. Tempat duduk paling depannn! Aku duduk 1D, Kakngah 1E. Kakak pulak duduk cold seat je lol. Siapa entah duk tepi Kakngah. So, aku rasa sangat eksaited sebab dapat duduk depan. Lalu aku baca jelah buku Percy Jackson and The Titan's Curse sepanjang flight tu. Kakak tidur, Kakngah baca majalah 3Sixty.

Sampai tu, pergi makan dulu. Pukul 11 jugak baru sampai rumah. Aku terus je online sebab kat KL aku tak dapat online sebab aku tak bawak laptop sebab kalau aku bawak tak boleh online jugak sebab laptop aku tak sebati dengan wifi rumah Kaklong tu. Balas comments dengan 'Ainul kejap. Then pukul 12 aku terpaksa tidur sebab kalau tak nanti aku bangun lewat.

Syafiqah sampai pukul 9 pagi tadi. Aku pun siap-siap, makan dan tunggu 'Ainul. Hari ini pergi dengan mak 'Ainul. Aku caj handphone aku sebab dah dua tiga hari tak bercaj. Masuk je kereta 'Ainul, handphone Syafiqah pun low battery. Sampai dekat Giant, kiteorang turunlah. Then tengok kereta mak 'Ainul pergi. Tup tup 'Ainul cakap handphone dia dalam kereta T_________T

And I was like....

Kiteorang terus ke PizzaHut. Sakinah tak ada lagi. Kiteorang pun order lah dulu. Then bayar, sebab nak keluar dari tempat tu kena bayar dulu. Nak cari Sakinah. Pusing punya pusing Giant tu, try cari public phone, tapi kat Giant tak ada, kat Mydin adalah. Nampaklah kaunter yang tempat simpan barang tu sekaligus yang boleh buat pengumuman.

"Eh, suruh kakak tu buat pengumumanlah! 'Perhatian kepada Nurul Sakinah, sila ke PizzaHut sekarang juga.'" cadang Syafiqah ke 'Ainul entah.

Last sekali kiteorang kembali ke PizzaHut. Sup dan air dah pun sampai, sup dah sejuk pun. Then membebel pasal Sakinah. Last sekali aku nampak Sakinah lalu tepi PizzaHut dan aku lambai-lambai. Fuhhhh! Dah nak habis makan masa tu. Sakinah sampai, kita borak borak lah. Syafiqah sibuk duk pegang novel Ombak Rindu, lepas tu takut nak baca sebab takut emosi -_-

Disebabkan nak duduk dengan lebih lama di PizzaHut tu dan pizza pun dah habis, kiteorang order lagi satu pizza lol. Syafiqah tak habis then kena marah dengan 'Ainul xD After that kiteorang pergi karaoke #ok tipu Kiteorang acah-mengacah je ajak pergi karaoke sebab pakaian kiteorang sangatlah tak menggambarkan kiteorang ni jenis yang suka karaoke. Haha.

Yelah, aku pakai jubah dan jilbab labuh. Syafiqah dan Sakinah pakai baju kurung, tudung bawal labuh. Yang paling boleh diterima mungkin 'Ainul sebab dia pakai baju-T labuh, seluar slack (ye ke? reke -,-) dan tudung bawal labuh gak. Lalu kami terus ke dalam Giant untuk membeli spaghetti Angel's Hair untuk 'Ainul sebab mak dia nak masak untuk sepupu dia kat rumah. Sakinah suruh 'Ainul masak sendiri lol


Then terjumpa dengan Teacher Esah, cikgu masa sekolah rendah dulu. Beliau tak pernah mengajar aku pun, tapi beliau kawan baik Ummi. Hihi. Soon after that, mak 'Ainul datang ambik dan singgah dekat Desa Murni. Kiteorang jumpa Erra Fazira tau! Malangnya tak ada kamera nak ambik gambar. Kakngah pergi bawak kamera ke Besut, orang lain tak terfikir nak bawak T^T

Kemudian jumpa Teacher Azlina, cikgu Sains aku masa darjah dua. Hihiihihiii. Then 'Ainul terserempak dengan cikgu 'Ainul pulak. Okay, Syafiqah je tak jumpa cikgu dia xD

Then mak 'Ainul hantar aku dan Syafiqah balik. Lepak lepak sekejap dua orang then mak Syafiqah datang ambik dia. Lepastu Syafiqah pinjam novel Ombak Rindu setelah lima jam membebel tak nak baca sebab tebal dan semua buku dalam bilik aku tebal-tebal -_- Lepas pada tu aku online jelah. Eh tak, aku baca buku Percy Jackson sampai habis, solat, lepas tu makan nasi. Online dan chat dengan 'Ainul, Alya dan Kakti.

Aku pun update blog xD

THE END.

Aku bad mood sikit ni. There's something :3 Alya dan Kakti sangat berdebar lol //I made the biggest mistake today and I'm keeping that to myself. My ego is too strong that I'd never admit that one thing
Post a Comment