Pink is obviously NOT my favourite colour.

28.1.12

423797_279668525428973_100001574822621_796583_1051651222_n_large

Assalamualaikum! Wee, dapat update blog! Seriously sangat busy lately ni. Aku on je Facebook dan Twitter tapi nak update blog ni ada kekangan masa sikit (padahal on Facebook dan Twitter berejam-jam). Tak ada cerita sangatlah. Actually ada, tapi malas nak cerita -.- Macam-macam cerita lately ni sebab...err..sebab, sebab aku kan dah start pakai baju pink.
#Sebab tu blog ni terlalu pink semacam je kfine -,-

Hari Khamis, aku start pakai baju uniform pink aku iaitu tudung dan baju sekolah pink, serta kain hitam (jangan buang tebiat pakai kain pink jugak -.-). Then semua orang kaget melihatku begitu pink! Wahaha! Aku seorang sahaja pengawas siber Form 4 perempuan yang baru dilantik memakai uniform pengawas siber lengkap. So, famouslah sikit lol. Ditambah pulak dengan aku yang memang suka warna pink nii.

Mana taknya, beg sekolah aku warna pink, kotak pensel warna pink, pensel mekanikal tu warna pink jugak. Then kebetulan pulak fail Biologi aku warna pink jugaaaaak! Memang matching ah -.- Aku malu-malu je dengan semua orang pada awalnya sebab terlalu menyerlah gitu xD Terutama dengan geng-geng aku dan classmates aku. Aku tak berani nak bertentang mata dengan semua orang, nanti pipi aku jadi pink jugak -.-

So, aku teruskanlah hidup seperti biasa. Tapi aku rasa aku sangat famous pada hari itu kerana aku sangat pink xD Alya cakap, rasanya semua orang menyedari transformasi yang aku lakukan pada hari itu xD Kak Alia (kakak yang temuduga aku hari tu :3) pun asyik sengih je tengok aku, aku sengihlah sekali x] Kerap kali jugak jumpa dengan Kak Alia. Haaaa, ku tidak mengetahui bahawasanya Kak Alia tu kakak kepada adikku Amiraaaaa xD

Tumblr_ly3ztryb031rngdcyo1_500_large

Hari Khamis tu jugak ada Usrah Perdana Pengawas Siber SHAMS. So, aku, Aina, Naddy dan Ain ni berdebar tahap gaban-lah sebab tak tahu bagaimanakah rupa usrah (kiteorang dah lama jadi pelajar biasa kan, so memang awkward xD). Adalah sesi tazkirah at first, then ta'aruf daripada pengawas-pengawas yang baru dilantik. Aww malu aku xD Dahlah seorang diri je pink dalam line aku tu --"
#Tapi taklah malu sangat, dah jadi pengawas takyah nak awkward awkward lah, kalau nak awkward, pergi tulis kat Twitter -_-

Kemudian, pengenalan dari bendahari, setiausaha, timbalan ketua pengawas dan ketua pengawas. Yeay dah kenal (kfine, darat -.-)! After that, lantik-lah Amir dan Amirah untuk setiap Form. Amir - ketua, Amirah -ketua perempuan. Untuk Form 4, majoriti memilih Afwan sebagai Amir walaupun Afwan langsung tidak ada di tempat kejadian sebab ada hal lain -.- Pelantikan Amirah tak payah ceritalah, ok? Zzzz.

Kiteorang dibahagikan kepada biro/lajnah yang berlainan. Aku selajnah dengan Farah Hanim T^T Oh my sistaaa! I love youuu! xD So, aku harap aku dapat menjalankan tugas dengan baiklah sebagai pengawas siber yang serba pink ni. Ayat KP, "Harapannya, tak adalah yang jadi pengawas siber ni semata-mata nak pakai baju pink..." OK FINE TERASA xD

Hei, aku bukan jadi pengawas siber sebab nak pakai pink lah -.- Niatku ikhlasss ingin mendalami ilmu ICT dan membantu para pengawas lain menaikkan kembali bi'ah Islamiyyah di SMK(A) Sheikh Abdul Malek yang telah banyak berjasa kepada kami, jadi kiranya kami ingin membalasnya dengan mengembalikan suasana penuh penghayatan terhadap Islam seperti ikhwan akhowat dahulu!

Tumblr_lxpq9rhzfi1r0cjklo1_500_large

Dulu aku pernah mintak jadi Pengawas Disiplin, tapi temuduga pertama pun tak pass. But I moved on, aku tak meroyan sebab tak dapat jawatan tu. Aku ingat lagi senior aku masa Form 1 pernah berkata, "Biasanya kalau orang yang dapat jadi pengawas disiplin, kemungkinan individu tersebut akan jadi pelajar sekolah agama yang tak macam sekolah agama langsung." And it turns out it was wrong. Aku tengok semua kawan aku yang tak dapat pengawas disiplin semua akhlak mulia je.

Maybe sebab kakak tu cakap macam tu kot, so semua orang rasa tercabar, jadi semua orang berperangai baik. Alhamdulillah So, ada hikmah jugak mengapa aku tak dipilih sebagai pengawas disiplin tu, sebab sekarang aku dah jadi pengawas siber. Aku pun boleh tahan jugak bab-bab komputer/internet/ICT ni dan warna pink tu memang favourite aku walaupun tajuk entry ni sangatlah bertentangan dengan statement aku ni xD

Erk, jangan marah ye header blog aku ni terlalu besar perkataan 'PINK' tuh xD Aiii, aku cuba sedaya upaya edit blog ni supaya sama-lah sket dengan template blogskins. Aku malas gila nak pakai blogskins, cerewet. Nak edit blog ni pun terpaksa curi waktu buat homework, study apa semua. Huhu.

Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka yang pesan-memesan dengan kebenaran, pesan-memesan dengan kesabaran. [Surah Al-Asr]

Homework tidak pernah lupa namakuuu! Padahal aku tak pernah pun nyanyi lagu "Jangan Lupa Namaku" dekat homework aku tu -.- K nak pergi menyambut seruan Mr Homework. Awww, my new boyfriend! Mr Homework, don't worry, nanti saya datang kejap lagi date dengan anda yaaa, Mr Homework! Zzzzzzzz -.-

Akhirnya blog ini tidak usang lagi......

24.1.12


Assalamualaikum, wiwittt wiwiittt. Wah wah wah, lamanya gua tak hapdet blog. Gua hapdet pun sebab birthday Mr Handsome gua iaitu Logan Lerman. Hahaha. Apasal gua bergua-gua ni? Okay, tukarlah. Serabut je guna 'gua-gua' ni. Kata nak jadi gadis Melayu terakhir. Derrrr, kalau semua nak jadi gadis Melayu terakhir, tak panggil dah gadis Melayu terakhir, akan dipanggil gadis-gadis Melayu terakhir.

So far, sekolah takdelah best mana pun. Hoyeah, really? Fifi cakap camni? Ngahaha. Seriously, rasa macam kosong je hidup ni. Kalau dulu semangat nak pergi sekolah tu 8/10, sekarang 4/10 sahaja. Yang 4/10 tu pun sebab masih lagi sesekolah dengan 'Ainul, Sofiah, Alya, Kakti dan Syafiqah. Huuu.... Inilah nasib diriku yang keseorangan. #ForeverAlone Start lepas ni, aku seorang jelah yang akan forever alone. Sebab Kakti pun dah berhijrah -.-

Aku update ni pun setelah mendapat kesedaran melalui kakak ipar aku iaitu Kak Asnie xD Ayat beliau, "Ada orang tu tak update blog, sibuk sangat main Galaxy S II." aku ingatkan sapalah (padahal dalam rumah ni aku seorang je ada blog pffffft), lalu aku bertanya siapa dan Kak Asnie jawab, "Adalah orang pink tu..." Okay fine, akulah tu -_- Semua nak pink je dua tiga menjak ni. ARRRRRRRRRRRRR.

Bestnya cuti Chinese New Year ni. Tadi dapat tengok tarian singa dekat Ri-Yaz Heritage xD Makan hi-tea kat sana sebab sambung belated birthday Abang. Birthday aku sambut dengan Primula Beach Resort. Makan macam gajah semua orang -..- Lepas tu, tengah-tengah singa tu duk menari, Bareera dapat buah limau dari mulut singa tu. Dan Kak Asnie mogok dengan Abang sebab tak ambik gambar Bareera dapat limau tu -.-

Tapi seriously aku takut tengok singa tu, sebab macam resemble hantu/setan sikit. Yelaaa kan. Bukan Islam punya tu. Nama pun Chinese New Year punya tarian.

Masa birthday aku hari tu, aku invite 'Ainul, Sofiah dan Syafiqah. Kiteorang makan makan makan, dan bermain di pantai. Feeling Ombak Rindu jugaklah kejap PFFFFT Lepas tu aku duk menjerit nyanyi lagu, "UNTUKMUUUUUU!!!!" dengan penuh perasaan lepas tu gelak. And then main pahlawan-pahlawan -.- Semua orang dapat batang kayu, aku dapat buluh panjang xD 'Ainul tak puas hati, "Mana aci, awak buluh, saya kayu!" LOL


Actually aku masih lagi nak tulis betapa aku tak puas hati dengan kedudukan aku sekarang ni. Huuu. Aku sangatlah kesunyian dan kesenyapan serta ke'hilang-arah'an di dalam kelas 4 Muslim tu. Mana nak sama kan kawan baik dengan kawan biasa yang baik. Kawan baik yang sengkip (seperti Alya) tak sama dengan kawan biasa yang baik dan friendly. Kawan baik yang jelly sentiasa seperti Kakti tak sama dengan dengan kawan biasa yang suka berkawan dengan kita.

Kawan baik yang comel dan funny dan otak sama mereng dengan aku ('Ainul, Alya, Sofiah, Kakti dan Syafiqah) memang tak sama dengan kawan biasa yang tahu buat funny jokes dengan kita. Huuu. Haruuu tau, haruuuu. Duk kelas tu macam tak wujud je, kadang-kadang tu aku sendiri rasa aku tak wujud. SERIUS, OK. Sebab biasa aku bising, aku boleh dengar suara sendiri, sekarang ni hmmmm.... Toink toink. Fifi's gone.

Kalau nak bertanya dekat cikgu pun aku dah berapa nak berani sebab tak ada sokongan moral dari kawan baik aku. Bukannya aku perlukan, "Go Fifi! Ask the teachers! YEAHHH! You got it, girl!" bukan macam tu. Kawan yang join aku sekali bertanya. Contoh bila aku tanya, "Cikgu, soalan 2(a-b) ni macam mana?" lepas tu cikgu akan jawab dan kawan aku pulak akan menyampuk, "Jadi jawapan dia 2a-2b lah cikgu?" Yep.

Tapi, nak buat macam mana kan. Aku tak naklah jadi seorang yang lemah dengan meminta cikgu tukarkan aku ke kelas sekian sekian. Aku bukan jenis orang yang suka mengalah. Aku sebenarnya nak buktikan kepada diri aku sendiri bahawa aku boleh berdikari walaupun kawan-kawan baik aku tak ada. Aku nak buktikan kat orang lain jugak, kalau diorang tak nak cuba berkawan baik dengan aku, aku takkan mudah-mudah putus harapan.

Actually aku dah arrange dengan budak kelas 4 Bukhari aku nak exchange dengan dia, but in the end, aku fikir-fikir balik, aku rasa tak jadi-lah. Aku relakan hati aku bertahan. Walaupun perit dugaan ni, kenalah hadapi kan. Tak lama pun, setahun je, tak setahun (kalau aku tak berusaha untuk sekelas dengan Sofiah dan Alya dan Syafiqah), dua tahun. Lepas tu aku akan bersendirian lagi, ke matrik ke universiti ke. Kan kan?

So, kesimpulannya, aku seorang je forever alone sekarang ni. HAHA, taklah forever kan. InsyaAllah adalah tu hikmah di sebalik kejadian ini semua. Special thanks to budak-budak asrama kelas aku iaitu Adni, Afifah, Sarah, Sakinah dan Fatin kerana sentiasa bersamakuuuu di saat budak-budak luar tak sudi berteman denganku T^T Oh sedihnyaaa ayat. Serious wey, aku sentiasa tersesat dalam kalangan budak enam orang tu -.-

Hidup hendaklah sentiasa ceria! :) InsyaAllah, Allah akan berikan aku kekuatan. Alhamdulillah, ada diselit kegembiraan ketika dalam kedukaan ini. Aku berjaya jadi Pengawas Siber SHAMS. Wahaha, baju pink tuhhh! Susah dapat peluang kemerahjambuan ni xD Lagi lagi, aku dilantik oleh majoriti ahli Puteri Islam menjadi Naib Bendahari Persatuan Puteri Islam -_-" Seriously, princesses, tak ada jawatan lain ke nak bagi dekat aku ni?

Dahlah jadi bendahari kelas jugak. Nasiblah, Fi, nak sangat kutip duit. Rasa nak dancing dancing je bila dapat pakai baju pink setiap hari lepas ni! Okey, tak jugak, baju ada dua pasang sahaja -.- Dan hari wajib pakai Ahad dan Khamis sahaja. Aaaaaaaa! Pink pink pink! Ok, tahniah, lepas ni aku akan menyakitkan mata kawan-kawan aku dengan memakai baju pink seterang-terangnya xD


Dua tiga hari ni duk jaga Bareera jelah. Si comel yang sentiasa buas -_- Letihla jaga dia, tak reti duduk diam (!!!) Biasa letak dia dalam walker je, lepas tu dia akan merayau rayau. Then, tariklah balik dia, lepas tu dia akan merayau lagi. Hehhhhh, kalau letak atas tilam dia, memang dia akan bergolek dari utara hingga selatan. Zzzzzz. Training jadi parent ke apa aku tak tahulah. Baru 16 tahun -..-

Semalam Farhana datang rumah aku. Dengan Aida. Farhana cuti seminggu wokkkk T^T Aku cuti sampai hari ni je, esok sekolah balik xD  Cakap-cakap banyaklah jugak dengan diorang. Farhana buat kek coklat yang best untuk aku. Terharuuuuuu T^T Nak lagi! Nak lagi! Topping banyak sket eh -_-" Coklat cair tu banyaaaaaaaaaaak sket letak lol. Ingat nak pergi sekolah rendah esok atau lusa, tapi dah aku sekolah...hmm, tak tau ah tu macamana.

Sekolah rendah aku tak cuti pun Ahad baru ni zzzzzzzzzzzz. Kalaulah Farhana bagitau lebih awal, boleh pergi hari Ahad baru ni. Takpelah, tak ada rezeki lagi kot.

Percy Jackson is a year older!

19.1.12


Happy Birthday to my sweetheart, Logan Lerman! I prefer to call him Percy because he looks just like Percy (pfffft?) No, if I call him Logan, it will remind me of Wolverine -..- Anyway, happy birthday Percy Jackson a.k.a Logan Lerman! You're 20 years old now! 4 years older than me Y.Y Colin Morgan is 10 years older than me. Aww aww! Why are we all so old -_-

Sebenarnya ramai birthday orang hari ni. Antaranya ialah;

  • Kak Didi
  • Amir Hamdan
  • Gunawan Mahmood


So happy birthday to all (walaupun pada hakikatnya hanya seorang sahaja yang akan baca ni iaitu Kak Didi, manakala Amir Hamdan tak pernah tahu aku ada blog, dan Gunawan Mahmood memang jauh sekali nak mengenali diriku insan yang kerdil ini T^T)! Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan menjadi lebih matang dengan bertambahnya umur kalian :')

Amir Hamdan ialah kawan sekolah rendah aku. Sekarang dah tak contact, aku ke dia yang sombong, entahlah -_- Gunawan Mahmood pulak ialah penulis novel Renyah, iaitu novel KOMSAS yang dikaji oleh pelajar-pelajar tingkatan empat di negeri aku dan beberapa buah negeri lain. Novel tu best lah jugak tapi aku tak suka sangat bahasa dia sebab macam berulang-ulang. #Cis, macamlah aku ni penulis yang baik o.O

AAAAAAAAAAAAAA. Bestnyaaaa Colin Morgan dan Logan Lerman dua-dua lahir bulan Januari sama dengan aku! Mungkin sebab tu aku minat diorang! Perangai sama kot. lolololol
Birthday aku 14 Januari, aku tak cerita lagi. Nanti aku cerita. Sebab nanti Abang balik nak sambut birthday Abang pulak, biarlah lambat pun. Birthday Abang 16 Januari. Heee Bareera balik yeay! Love youuuu!

Nanti aku cerita. Hari ni tak sempat. Tunggu cuti Raya Cina okay!

I am a teenager.

12.1.12

Tumblr_lx1lbwamuh1qk55zyo1_500_large

As a teenager, I am glad to be alive. Sometimes my life is so exciting but at other times it can be boring. I often think a lot about myself, and often wonder who I am or where I am going. Sometimes I feel I cannot control my emotions but I need to go somewhere private to think quietly by myself. #Things are starting to go 'not great' in my life right now :|

Teenage years are years of change: a movement from childhood to adolescence, from the familiar to the unfamiliar. Even though it is a time for exploring, experimenting and adapting to new experiences, it can be quiet frightening. Yet I sometimes feel immature, but other times, well... I have to be mature. I'm not a kid anymore. Not a 10-year-old kiddo.

As I grow, I want to feel free to exercise rational thought and free will. If I show kindness to someone less fortunate than myself or help my mother with housework, it is because I really want to do it and not because I am forced to do it.

As a teenager I sometimes wish that I knew everything and had the answer to every question. In reality, I know it will never happen. The truth is, every day of my life, there is something more to learn, something more to understand and to explore something that will motivate and inspire me to be a better human being. This makes life exciting and worthwhile and I look forward to the breaking of the new dawn.


Sometimes I feel hurt, awkward and embarrassed when I make a remark that is not meant to be funny, yet people laugh. I am extremely conscious of the opinions and others and have rather strong likes and dislikes. I believe other teenagers also think like me.

As a teenager, I am sometimes moody. Sometimes it is not easy to explain why I am miserable because I am not sure myself. At other times I am eager to talk about serious things to my parents and teachers, but I feel awkward and do not know where to begin. I feel confused and in doubt. I feel that some days my parents control me as if I were still a child and yet, on other days, they seem to expect me to be more grown-up than I really am.

I know my parents show their love for me in different ways. Sometimes they are friendly and listen well. They also make a lot of sacrifices to give me better education, holidays and outings. At times when my parents show their love in ways I do not recognize easily.

They often seem annoyed, disappointed and dissatisfied with my performance in school. They are always urging me to make more acceptable friends and to seek more out of life. I despair sometimes when I see my parents' determination to make sure that I make more of my life than they have done. It is not easy to understand their attitude but I guess if I try to look deeper, I may begin to see the reasons for their behaviour. When my parents ask a lot of questions and even seem to be checking up on me, perhaps it is a sign that they care?

661374_large

Meanwhile, I am still exploring and experimenting, still learning about life and about myself. I believe right now the most important thing to remember is that I am unique and I am only young once. So, I am going to enjoy my teenage years and make choices that will ensure a happy future for myself.

My life as a...IDK

10.1.12

Tumblr_lxfxwc84fz1qbeqcyo1_500_large

Assalamualaikum. Hari ini aku tak ada apa-apa pun nak cakap. Saja je rasa nak tulis entry. Sebab dah lama sangat aku tak tulis kan. Tengah busy bersekolah. Belajar belajar belajar. Minggu ni tak berat-berat lagi. Tak ada nota banyak lagi and all that. Biasa je. Dalam kelas pun aku dah makin diam. Kadang-kadang tu aku rasa macam aku sendiri tak wujud dalam kelas tu.

Boring seyh tak ada geng. Duduk blok atas tu pun tak ada geng. Semua geng aku duk kat bawah kelas 4 Bukhari. Ramai jugak kawan-kawan perempuan aku kelas tu suruh aku masuk 4 Bukhari. Tapi malulah beb, kita ni layak masuk kelas 4 Muslim je, takkan tetiba nak mencelah dekat kelas depan kan. Huhu. Keadaan kelas sangat awkward tanpa Sofiah. Dan rasa pelik bila tak nampak muka Sofiah dan Syafiqah T^T

Musim Mengadu -.-
Duk tingkat atas tu memang forever alone. Ada kawan, tapi tak se'best' Sofiah dan Syafiqah and all that lah. Waaaaaaa, aku nak nangis je tadi masa diorang beria-ria sekali dengan Dini, Wani, Didi suruh aku masuk kelas diorang. Tapi...apakan daya, takkan sesedap hati nak tukar kelas. Biarlah, aku duduk jelah kelas 4 Muslim tu, lama-lama okaylah.

Sekali lagi aku jadi bendahari. At first aku macam nak jadi je bendahari, terlepas cakap pulak dekat Wajihah. Lepas tu bila aku fikir-fikir balik aku tak nak jadi bendahari sebab sekarang aku kelas 4 Muslim, bukan 3 Ibnu Qudamah. 3A2 dulu keadaan tak awkward. Dahlah aku seorang je bendahari. Payah jugak aku nak kutip duit dengan budak-budak lelaki.

Aku sedih gila bila aku mintak duit dengan budak lelaki, diorang buat endah tak endah je. Aku sedih sebab aku teringat masa 3A2 dulu, aku mintak sekali diorang akan terus bayar. Diorang tak banyak songeh. Gila touching aku rasa bila hari ini dah hampir empat kali aku mintak tak ada pun yang bayar. Bila aku tulis dekat papan putih barulah ada dua orang yang bayar.

23sezys_large

Yang perempuan dah settle, of course. Orang perempuan tak adalah nak buat aku sedih sampai teringat-ingat 3A2. Dahlah aku dah memang sedih terpisah dengan kawan-kawan baik aku. Azrin lah paling baik dengan aku setakat ni, selalu tegur aku bila aku keseorangan :') Terharuuuu! Ok sekarang rasa macam nak nangis tapi aku tak nak nangis, eww -_-

Mujur cikgu-cikgu yang mengajar suka buat lawak, taklah muram je aku dalam kelas tu. Yelah, biasa ada Sofiah dan 'Ainul nak dikacau secara jarak jauh mahupun dekat, buat lawak rahsia dan gelak secara rahsia. Sekarang ni, siapa lah aku ada? SIAPA? SIAPA? Tak ada sesiapa. Everyone's so serious, jeling kiri tak senyum mata dekat depan, tengok kanan semua muka masam so serious. Huuu...

Kelas 4 Muslim dahlah kipas rosak asdfghjkl. Yang berfungsi hanya satu iaitu kipas hadapan. Lampu pun rosak kecuali yang hadapan menjadikan kelas tu sangat romantik di kala hari mendung. Panas tu tak sangatlah sebab angin kuat, kan duduk tingkat tiga. Tapi setakat pukul 11 pagi jelah. Bila dah masuk tengah hari tu tak ada mana dah angin, panas terik mentari jelah. Tapi adalah angin sikit.

HUWAA, kenapa aku sedih sangat rasa sekarang ni? Ya Allah, baru je tiga hari aku dah rasa macam ni. Aku memang akan jadi pendiam tahun ni. Aku kalau ada rezeki dan kalau boleh dan diizinkan aku nak jugak join 4 Bukhari. Malu tolak ke tepi asal aku dapat tengok muka Sofiah dan Syafiqah masa belajar. Seriously aku rinduuuu sangat nak tengok muka diorang masa belajar, muka yang ceria je kalau aku tengok diorang :')

Tapi apa-apa pun aku bersyukur dengan adanya Wajihah, Sakinah, Sarah, Azrin, Adni dan Afifah. Diorang selalu je usik mengusik aku terutama Adni -.- Actually aku dah lama berangan nak sekelas dengan Adni ni tapi tahun ni baru ada rezeki sekelas. Hehe :3 Azrin pulak memang baik, dia orang first tanya pasal aku adik beradik aku etc. Bagi aku biskut dia yang best tu :')

B0ae5265a19bfb1f090dd706a49b4ffc_large

I miss 3A2 so much. Bila lalu depan kelas 3A2 (yang sekarang dah jadi 1 Biruni), aku rasa sangat sayu dan rindu menerpa ke dalam hati. Entahlah, aku rasa kelas 3A2 paling best dalam hidup aku ni. Tak tahulah macam mana form 5 nanti, tapi 3A2...tetap di hatiku. Entahlah, maybe sebab hero ada dalam kelas tu kot. Cis. Bukanlah. Aku rasa sebab aura budak-budak 3A2 ni sangat ceria dan cerah. #Aku boleh tengok aura tau macam dalam cerita Angel -..-

Kan best kalau aku stay fififteen forever. HEHE. Nampak tak? FiFifteen! That's why I like being fifteen so much. Happy memories, happy names -.- Such great memories and love. I don't think it will happen again... Tsk tsk. 'M so sad! I'm sure this sadness will pass. But the question is...when? I hope it's sooner rather than later. Because being sad because you're in your own class makes you even sadder.

Terlintas jugak dalam fikiran aku ni nak tukar sekolah. Tapi ayah aku cakap tak payah duduk asrama. Kakngah aku pun tak kasi. Ummi aku pun tidak berapa setuju dengan idea aku duduk asrama penuh. So, kat Terengganu ni mana lagi sekolah agama yang cemerlang dan tak berasrama penuh? Kat manaaaa? Tak ada kan... Nak pergi Kolej Islam Kelang...tapi SBP jugak.

Aku boleh je nak pergi sekolah asrama penuh, tapi nanti aku 10 kali ganda lagi sedih daripada sekarang ni. Tambahan pulak tak boleh update blog T^T #Adakah ini alasan sebenar tak nak masuk asrama penuh, wahai Fifi?

Aku ingat kalau aku terus-terusan sedih bila kutip duit kelas, aku ingat nak resign jelah. Suruh orang lain pulak. Dah diorang tak nak bayar duit kelas kat aku, buat apa jadi bendahari?

Untitled.

7.1.12

Friendship



Life. As. We. Know. It. Full. Stop. Get it?


Assalamualaikum. Hari ini hari Jumaat, dah sehari aku ber'weekend' untuk minggu ni. Esok sehari lagi. Tiba-tiba aku rasa tak bersemangat, seriously, biarpun selama ini aku seorang yang sangat semangat nak ke sekolah. Memang aku ni school-lover a.k.a school-a-holic. Tapi kini tidak lagi. Aku tak tahu masalah ini memang sangat common masa umur 16 atau aku je yang rasa macam tu.

Geng aku semua kelas separated. Aku sekarang kelas 4 Muslim atau 4A2, tapi dah tak boleh panggil kelas pertama atau kedua atau so so on lagi dah....but still kenapa kelas paling hadapan semua budak bijak dan kelas paling belakang budak kurang bijak? It doesn't matter anymore. 'Ainul duduk kelas 4A5 iaitu 4 ArRazi, Sofiah dan Syafiqah kelas 4 Bukhari iaitu 4A1.

Yang sekelas dengan aku cuma Sakinah. Itu pun walaupun dia geng 2A2 3A2 aku, tanpa 'Ainul, Sofiah dan Syafiqah, memang SANGAT AWKWARD. Sakinah memanglah tak awkward, kawan baik dia iaitu Sarah Nasuha berada dalam kelas yang sama. Tapi aku?! Tapi 'Ainul?! Kakti pulak kelas 4A3 atau 4 Nasa'ie. And now.....everything's a mess, complete mess.

Tambah tambah lagi kelas 4 Bukhari a.k.a kelas 4A1 tak duduk blok yang sama dengan semua kelas form 4 yang lain. Kiteorang duduk tingkat tiga blok Form 4 & Form 5. Kelas 4A1 duduk blok Form 3 dalam kelas kosong yang memang khas untuk mana-mana kelas yang sekolah rasa nak letak kat situ. Huh......Memang tak bergaul mana dengan budak kelas 4A1. Hubungan jarak jauh.

Aku tak pernah rasa sekecewa ini dan putus harapan macam ni. But still, aku buat apa-apa pun, mogok lapar ke mogok dahaga ke, tetap tak mengubah apa-apa, so aku hanya mampu men'stress'kan diri jelah untuk dua tiga hari ni. Yang sakit hati aku jugak, bukan orang lain so why bother kan. Segala nasihat dan kata-kata perangsang yang diberikan untuk aku tak membawa kesan jugak sebab....
Aku, 'Ainul, Sofiah dan Syafiqah tetap akan terpisah. Dan Kakti. Tak berkesempatan nak sekelas T^T

Don't start telling me advice when we're not in the same shoes. Sebab aku akan start membuat perbandingan and it will get really bad. You don't know how it feels. You don't know what other feels. You won't be feeling the same even if you said you understood. YOU JUST WON'T GET IT, IS IT SO HARD TO UNDERSTAND?!

Lemme be alone for a while, I'll cool down. Jangan buat aku lagi marah, lagi annoyed, lagi rasa 'you don't have the right to say that to me because you're not the one bearing this pain'. Just don't make me say something hurtful to you or whatever that could tear this friendship apart. Shut up for a while and let me think about sense, after that, bother me 24/7 and I'll kill you. * kidding -_- * #Le effects after gagging on 9gag for two days non-stop
Sometimes you just have to play the part where you really can't understand people. Sometimes just stop making people feel even worse when they already feel like idiots. Sometimes you just need to be quiet so that people can think on their own.

Aku memang sentiasa stay cool. Tapi kali ini aku tak boleh stay cool. Tak apa, kali ini je. I am strong. I have my family. Ujian je semua ni. FIFIEY CAN DO IT. This year won't be the worst year of my life... #Oh man, this sucks, because if the fourth year in my secondary school sucks, it wouldn't be any better with my fourth year in primary school o.O IS NUMBER FOUR CURSED OR WHAT?!
#Just kidding, John Smith ;D

  • 4A2 2012 3A2 2011 - Adam, Adib, Izuddin, Alif, Afiq
  • 4A2 2012 3A2 2011 2A2 2010 - Sakinah
  • 4A2 2012 3A2 2011 2A2 2010 1A7 2009 - Aina, Syaukani
* FOREVER ALONE *
Worst: I've lost my hero. No one can make me feel like I'm protected anymore. Life must go on.

Exhausting Day. YOU HEAR ME? Exhausting!

3.1.12

24230046_large

Assalamualaikum. Aaarghh, hari ni first day sekolah for 2012. Eksaited jumpa kawan-kawan. But then, sebagai pelajar form 4 kiteorang ada minggu orientasi. Perghhh, mujurlah tiga hari sahaja. Cikgu cakap batch yang lepas-lepas dua minggu buat. Derrrr, no way kalau two weeks. Hari ini sahaja pun dah cukup meletihkan. Duduk terdiam (aik, macam lirik lagu je? whatever) macam patung dan mengantuk.

There are two major factors of why aku mengantuk.The fact that semalam aku tidur lewat. Aku biasa tidur lewat masa cuti, alaaa macamlah orang lain tak -.- Lepas tuh, aku baru je habiskan Clockwork Prince petang semalam dan endingnya sangat............asdfghjkl. Boleh tak aku bunuh je semua characters dalam cerita tu? Senang cerita, tak payah aku nak tensen segala bagai.

Everyone deserves a happy ending. Tapi pheww, nasiblaa Clockwork Prince (CP1) tu ada sambungan, iaitu Clockwork Princess (CP2). Setahu aku, release date CP2 belum tetap lagi. Ada terbaca dekat internet pada 6 September 2013. My, what?! 2013?! Tahun SPM tu woi, janganlah buat naya kat aku, Cassandra Clare T^T Kenapa laa nak tahun depan. Biasanya setiap tahun dua novel dia yang keluar.

Ok, aku tak nak cakap pasal CP1 and CP2. It's torture INSIDE. Aku tahulah characters tu hanya fiction belaka, non-existent. Tapi kalau dah buat cerita, mestilah feeling feeling gitu kan. Lepas tu aku tahu lah tak semua cerita happy ending. But, bila orang dah terbiasa dengan happy ending, tak payahlah buat sad ending, nanti orang tak terima kenyataan (akulah tu kfine) orang stop baca novel kau T^T

CLOCKWORK PRINCESS MUST NOT END WITH UNHAPPINESS. I REALLY DON'T WANT TO DESPISE THE AUTHOR.

kbye
* stress terus yang ni pun -,- *

Happy Birthday to My Special Someone!

1.1.12

Assalamualaikum readers and a very pleasant evening to all! * sila baca tajuk entri ini before proceed to the next sentence/picture/whatever -.- *


Ngaaaaaaa~ He's 26 years old! And I'm going to be 16 (sixteen) in two weeks time o.O Birthday Colin aku paling ingat sebab 1st January, otherwise kalau bulan Februari, Mac, April, Mei (sampailah Disember) memang aku tak ingat ah. Usually aku akan ingat manusia-manusia yang aku kenal yang lahir pada bulan Januari, aku akan ingat tarikh lahir diorang. So, please be glad if korang lahir bulan Januari dan aku tahu xD

Ramai jugak kawan baik aku lahir bulan Januari, but kat sekolah rendah lah. Sekolah menengah ni takde sorang pun -.- Semua nak muda dari aku je, so terpaksalah aku jadi tua xD Family aku pun siapa je lahir bulan Januari, aku dan Abang. Tarikh dah nak dekat dah, kalau aku lahir sama tarikh dengan Abang pun best jugak, tapi nanti pening mak ayah aku sebab perangai sebiji Abang aku.
#Padahal memang perangai aku memang macam Abang pun sekarang ni -_-

Farhana Nabilah, best friend aku sekolah rendah dan sampai bila-bilalah, lahir 5 Januari. Mungkin sebab tu aku kawan dengan dia, dia lebih matang/mature dari aku atau kita sama-sama matang. Every year kiteorang akan exchange hadiah hari jadi :3 Tahun ni tak lagi sebab belum sampai lagi 5 Januari dan 14 Januari xD Kiteorang memang couple ah -_-"

Lagi kawan-kawan baik sekolah rendah yang lahir bulan Januari ialah Annisha (hari jadi dia sama dengan Abang :3), Farid, Amir Hamdan dan Ayub. Farid seingat-ingat aku 23 Januari (atau 25 Januari), Ayub pulak sama ada 9 Januari atau 25 Januari (apahal semua nak lahir 25hb ni -.-) dan Amir Hamdan 19 Januari. Derr, dia tipu aku mula-mula bahawasanya hari jadi dia sama dengan aku. Aku benci kau! xD

Tumblr_lx467pevxi1qktjcjo1_500_large

Abang aku lahir 16 Januari, aku pulak 14 Januari. Ummi, Walid dan adik-beradik aku yang lain semua kata aku memang perangai macam aku, save for the fact that I'm a girl and he's a boy -_- Isteri Abang pun cakap perangai aku macam Abang, so aku memang adik Abang. Kiteorang suka lepak dengan kawan, tak cakap banyak dalam kalangan keluarga. Kiteorang sangatlah pendiam O.o

Dan kiteorang jarang kena marah dengan ibu bapa kerana kiteorang sangat pendiam dan mysterious -.-

Abang tua 12 tahun dari aku, dan Abang anak nombor lima. Abang aku yang ketiga. Abang sangat baik and funny dan penyabar. Dulu dia kalau balik cuti dari sekolah menengah/kolej/universiti, aku memang rapatlah dengan dia sebab dalam family ni dia je ada komputer dulu -.- Dan komputer dia dipenuhi dengan pelbagai program yang menarik seperti games dan membuatkan adik bongsunya addicted xD

Tapi masa tu tak guna internet, main je games kat komputer Abang. Favourite game ialah game Worm tu, yang lawan tembak-tembak dengan Bazooka tu :3 Tapi aku ingat lagi kalau main game tu, mesti komputer tu jadi lambat -_- Dan masa Kakak kahwin (aku darjah tiga masatu), aku sesedap hati je main game tu walhal kat luar bilik Abang tu orang tengah kenduri lollll xD

Then after that Ummi dapat laptop dari sekolah yang Ummi mengajar, lepas pada tu dah start guna internet. Mula-mula main yang game kat Nickelodeon nama apa entah tak ingat. Then start main Zwinky bila Walid beli laptop baruuuu. After that aku dapat laptop sendiri sebab dapat 5A UPSR, start-lah blogging sikit demi sedikit. Itulah sejarah permulaan penggunaan komputer bagi aku HAHAHAHHAALOLLL

106303643_large
My mysterious man xD

Sejak bila lah aku jadi jiwang karat romantik ni? Ini semua sebab Clockwork Angel & Clockwork Prince. Story gila romantik, and funny, and so CUTE love triangle :3 Seriously I'm liking Jem more and more (and if you're reading the books, you will feel the same thing, as if YOU ARE TESSA). The Infernal Devices ni mostly inspired by A Tale of Two Cities which is bad, since the second guy got the girl -_-

Walaupun aku tak baca A Tale of Two Cities, tapi ada banyak mention dalam Clockwork Angel & Prince, so aku tahu lah sikit sikit how the story goes. Sad ending, but I hope Clare will not make Clockwork Princess as sad as A Tale of Two Cities. In spite of how much I might like Jem more, I still want Tessa to be with Will - every reader wants the same thing to happen, I guess - and Jem can be with Sophie.

I guess I'll have to wait for Clockwork Princess to be released (which the release date is not set yet). Ngaaaa~ Dear self, please finish Clockwork Prince before you demand for the sequel -.- Reading Clockwork Prince is heart-breaking, it gets even worse in the next pages T^T Klaa nangis jugaklah aku, ke'sensitif'an aku semakin meningkat dekat-dekat buka sekolah ni xD