No title.

Tumblr_lzezqtrqcy1qcmfnio1_500_large

Assalamualaikum! Ehh, lama gila aku tak update blog? Sebenarnya aku ingat tak nak update dah sampailah aku habis SPM nanti #OK Tapi, tau-tau jelah blog ni kan ramai pembaca setia, so kenalah update jugak walaupun jarang-jarang. Ni, dah dua minggu tak update kena provok dan bebel oleh mereka yang bernama Syafiqah, Sofiah, Aisyah Aqilah dan beberapa orang lagi batch aku --"
#dahlah yang suruh update tu tak ada blog pun xD

So, latest news ialah... Amuh telah selamat kembali ke Jordan. Hu hu huwaaa! Missyou bebeh! -.- Entah kapan ya beliau akan kembali ke Malaysia dan terus menetap di sini. Tak best ah duduk rumah ni tanpa abang kesayangan xD Walid seorang je lelaki, tu pun Walid dah tak larat nak main kejar-kejar dan bergomol-gomol dengan saya xD Wuwuwuwuutt, Mumus! Tiada orang ingin membawa saye ke PizzaHut T^T

Dua tiga minggu ni aku juga busy dengan kerja Puteri Islam aku neh. Al maklumlah, dah jadi jawatankuasa --" Actually aku tak adalah kerja banyak sangat, sebab aku naib bendahari je, yang banyak kerja si Shahiela tu selaku naib setiausaha. Tapi terpaksalah bahagikan kerja supaya cepat siap. Alhamdulillah, dah siap, tapi ada beberapa lagi yang tak siap. Yang tu sampingan je --" Mujurlah Unit PRS tak ada kerja...lagi. Then kena kutip duit untuk pengawas siber pulak. Memang busy.

Tumblr_ljgf24veow1qbft8uo1_500_large_large
Hmm... Nak cerita apa lagi ek? xD

Aku tetiba dah tukar kelas masuk ke kelas 4 Bukhari. Woots, pehal beb? Izzati nak sangat tukar, so aku bagi jalanlah. :\ Wuuu, aku bakal merindui Ustazah Che Hamidah dan Cikgu Zahidah T^T Both of them panggil aku Fifi tauu, so automatically sesiapa yang panggil aku Fifi merupakan orang yang rapat dengan aku :"> Huhuhu! Dahlah kedua-duanya mengajar best. Rugi tak rugi, tapi kat kelas 4 Bukhari at least ada kengkawan yang gempak gila. Terutama Nad Ali yang gua suka kacau tu xD

Haaa! Lepas tu, ada masa Chemistry kitaorang buat experiment mass/reactivity of magnesium. Semangatlah kumpulan aku (Sofiah, Syafiqah, Syazwani, Dini) buat itu ini, ambil apparatus and materials. Last sekali yang bersihkan/gosokkan magnesium foil tu aku jugak xD Sampai hitam tangan gua, bro --" Then, timbang berat tu orang lain laaa buat. Time nak panaskan dalam mangkuk pijar tu, semua tak nak buat sebab takut jatuhlah apalah xD Last sekali, aku jugak yang buat x]

Best jugak buat experiment. Teringat pulak zaman dolu-dolu. Masa Form 1 hinggalah Form 3, aku, Sofiah dan 'Ainul tak pernah berenggang, kiteorang mesti satu kumpulan dalam makmal, mesti akan duduk bertiga. Tak kiralah dalam kelas 'Ainul duduk dengan Sakinah ke, Sofiah duduk dengan Zahra ke, last sekali dekat dalam makmal memang akan bertiga. Together forever-lah katakan :')

Lepas experiment tu, kiteorang tengok kumpulan lain, magnesium diorang sedang terbakar dengan maraknya. Rupa-rupanya cikgu beri kebenaran untuk bermain. Letak hujung magnesium dengan api kemudian dia akan menyala macam kita tengah main bunga api. * bunga api di hatiii * Tetiba --" Tapi masing-masing takut nak suluh api dekat magnesium tu, jarak diri sendiri dengan meja makmal 2 meter. Aiyooo... Last sekali Wani dengan tenang menyalakan magnesium tersebut.


Last sekali Dini dan Piah pergi ambik magnesium foil banyak-banyak dan diorang pun jadi kanak-kanak riang. Aku gelak je tengok, wasap telah memenuhi ruang makmal yang tingkap langsung tidak dibuka --" Mentang-mentanglah tak nak bagi experiment diganggu gugat oleh encik Angin. Oh nana what's my name betul xD

Sebenarnya ada banyaaak sangat cerita tapi aku tak ingat. Tulah, siapa suruh tak update --" Tapi, aku nak fokus dengan event yang baru je berlaku iaitu Perarakan Maulidur Rasul. Sekolah aku buat lewat sikit sebab minggu Maulidur Rasul tu Form 5 dan Form 3 tengah exam, so tunda ke minggu ni lah. Kali ini berarak mengikut Persatuan Unit Beruniform, so automatically aku masuk Pasukan Puteri Islam.


Persiapan menjelang perarakan. Sehari lima malam buat banners and sepanduk tau xD


Pemegang sepanduk iaitu Amirah dan Aisyah (Afifah duk tengah-tengah tapi dia kabur kerana enggak mau gambarnya diambil -_-)


Gadis-gadis ayu. Amboi xD


Pasukan Renjer dan Pandu Puteri. Cikgu tetiba cakap, "Cepatlah get ready! Ni, orang nak ambik gambar masuk unit dokumentasi!" Apakah? Ini kamera persendirian ya, cikgu. Paling tak pun akan masuk blog FatinAthirah xD


Lepas habis perarakan tu, kiteorang dibenarkan rehat. Bersantai berdekatan padang memanah. Sambil nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai, Ladki Badi Anjani Hai (dengan Nad Ali dan Shahiela dan Syafiqah) kemudian Piah datang, terus masuk lagu Carta Hati. Dan semua orang sing-a-long. Then gelak gila babeng. Wuuutts, lama gila tak lepak macam ni. Release stress gua/kami. #Perhatian, Syafiqah sedang memakai baju Sofiah xD


Tommy, Ain dan Syafiqah.
Ayu teh, Piqah! xD


Boring seyh muka anda, Nul --"


Tengah-tengah nyanyi lagu Carta Hati, tak ingat lirik, kiteorang pun hentamlah, "Nenenenene, tong tong tong tong." Alya terambik gambar Piah buat mulut sebut "tong tong" tapi Piah dah delete -_-" BTW, gambar ni comell xD


Time ni tengah kumpul ramai-ramai kat dewan (muslimat sahaja, sebab tu boleh posing)


Habis kat dewan tu, balik kelas. Aku dan Shahiela berbincang tentang Puteri Islam kami. Sebelum tu aku sempat ambik gambar keadaan kelas baru aku ni. Rajin betullah diorang tampal bintang atas siling tuh. Aiyoyo. Ehem ehem perhatian penolong kelas 4 Bukhari ialah Sofiah dan ketuanya ialah Ariff Luqman (setelah berkonflik selama sebulan siapakah yang akan menjadi ketua xD). Tahun ni kelas 4 Bukhari dan 4 Muslim dilema ketua sikit x]

Kelas 4 Muslim (kelas aku dulu), ketuanya secara undian majoriti ialah Aiman, iaitu schoolmate sekolah rendah aku dulu. Tapi, beliau telah mendapat tawaran ke Institut Al-Quran Terengganu, jadi ma'assalaamah Aiman. Dilema lagiii. Dalam kalangan muslimat, semua duk sebut antara Syaukani dan Nabil Asyraf. Dekat group 4 Muslim di Facebook, Syaukani buat post undi siapa layak jadi ketua. Ada empat nama, Nabil Ashraf, Ahmad Nabil, Afiq Ridhwan, Amir Asyraff.

Setakat aku tengok (erk, aku masih dalam group kelas tu xD), ramai yang vote Nabil Asyraf. Tup tup last sekali beliaulahh yang menjadi ketua kelas 4 Muslim. Time dia dengan tersendirinya menjadi ketua kelas tu, aku dah lama duk di kelas 4 Bukhari di sebelah Aina yang sangat senyap namun sangat nakal sepertimana Alya Aqilah Hassan sewaktu mula-mula mengenali beliau dahulu. Tak apa, Aina! Tunggu, saya akan mentransformasikan awak xD


My new classmates! :) * tetiba CFN posing dekat pintu dengan Afiqah :P


* no caption * xD


Rancak berbincang tentang aktiviti Puteri Islam yang akan kami handle :3



Tommy, Ema, Lya dan Auni * lebor teh sengih Auni pong xD



Promosi koperasi teh hok ni pong xD

Alhamdulillah, sebelum solat, satu pengumuman telah dibuat. Pemenang perarakan Maulidur Rasul ialah Pasukan Puteri Islam! Alhamdulillahhh! Oyeahhh bebeh oyeahhh! xD Tempat kedua pasukan sekolah (aku sendiri taktahu pasukan sekolah yang mana satu, rasa-rasanya semua yang masuk tu pasukan sekolah xD) dan tempat ketiga...jengjengjeng... Pasukan Tingkatan Enam a.k.a PRA-U! Tahniah, tahniah. Hihi, sukalaa tu Puteri Islam yang pink :3 Love you all-lah!

Begitulah sedikit sebanyak coretan minggu ini. Wuuuhuuu. Minggu lepas Abelong, Abecik pulang ke Terengganu. Abang ke Sabah --" Tapi Abang dah balik minggu sebelum tu. Then rumah sunyi sepi dengan keberangkatan Amuh ke Urdun :'( Tapi takpe ah, insyaAllah nanti semua berkumpul kembali. Ngehehe! Lepas ni gua ingat nak tulis pasal 4 Muslim dan ahli-ahlinya, serta 4 Bukhari sekali (eh? nak jugak ke? haha, kenalah, nanti marah pulak diorang tu xD) Aaaa I miss 4 Muslim!

I miss 3A2. kfine. 

Comments

  1. hahaa.. pink nye awak!

    i like blue color in your class =)

    amuh akan balik malaysia lagi 3 bulan dan terus menetap di samping anda meninggalkan kak didi keseorangan di sini :(
    [wah.. sarkastik btol ayat :p]

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers