Pelayaran yang penuh peristiwa.

Tumblr_lys3wvehmj1qfyj9co1_500_large

Assalamualaikum dan salam sejahtera (tambahlah sket, salam 1Malaysia lol). Wow, nampaknya aku akan di'condemn' hari ini sebab terlewat menunaikan janji. Jangan marah haaa... Al maklumlah adik-beradik aku semua pulang ke kampung halaman sekarang ni (except Abang, hari tu dia dah balik dan he's now in Sabah). Agak busy dan meriahlah rumah ni. Rasa macam hari raya puasa pulak, yang bezanya siang hari boleh makan xD

So this week started...with dilema kehidupan. Aku arrange dengan Izzati dari kelas 4 Bukhari untuk exchange kelas. Dia nak duduk bersama-sama dengan Form 4 lain iaitu di blok tingkat 4 tu. Well, who cares, right, how many blocks you have to climb, as long as you're around your friends, kan?! 4 Bukhari duduk kat bawah nun jauh di sana, memang jarang jumpa dengan budak-budak 4 Bukhari, dan 4 Bukhari in return sangat lambat mengetahui latest news tentang Form 4.

Geram tak geram jugak, kalau kelas 4 Bukhari duduk satu tingkat dengan kelas aku, tak adalah aku dilema nak tukar kelas ke tak. Tapi akhirnya setelah berhari-hari aku berfikir dan bermuhasabah, aku dah mula sayang dekat 4 Muslim (nanti akan terbit entry pasal budak-budak 4 Muslim, aku tau -.-). So, aku stay sahajalah. Izzati pulak dalam proses nak mintak tukar ke kelas 4 Muslim atau 4 Nasaa'i. Aku taknak diri ini menyesal sekiranya berpindah ke kelas 4 Bukhari biarpun budak-budak perempuan kelas tu suruh aku masuk kelas tu -.-

Lagipun dekat kelas 4 Muslim, bekas 3A2 lebih ramaiii! Plus plus ada Aina, pink sekali dengan diriku ini HIHIHI ♥ Aisyah Aqilah pun pink jugak, tapi dia dah lama pengawas siber, aku dan Aina pengawas pink yang baru. Dekat tuisyen aku selalu je kacau Aina (kalau duduk dekat-dekat ah). And kat tuisyen aku SENANTIASA duduk di sebelah Sofiah, so tak perlulah aku pindah ke kelas 4 Bukhari :3 Masih boleh mengacau Sofiah setiap masa di kelas tuisyen xD

Tumblr_lp4i89rdeh1qcrwxuo1_500_large

Sekarang ni kan Dasar Pelajaran Malaysia (ye ke nama dia macam ni, taktau aku -.-) kalau hari yang ada waktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, para pelajar boleh pakai baju sukan sehari suntuk sampai ke malam tidur bangun esoknya baru tukar pun boleh xD And sekolah aku dah wajibkan semua pelajar beli dua helai T-shirt berwarna koko (peristiwa rasmi) dan krim (untuk sukan). So, sekelas 4 Muslim pakai baju krim tu tau! Hee!

Eh eh jap, pelajar perempuan je, lelaki seorang je yang pakai --" Sebab dah berjanji sesama perempuan sahaja, budak lelaki biasanya ikut dioranglah, sebab diorang suka pakai baju random dan main bola kat padang. Pelajar perempuan biasanya main dekat court yang kawasannya tertutup. Actually nak sambung cat kelas (yang warna turquoise tuh) tapi entah mengapa tergendala. Last sekali beberapa orang pelajar lelaki yang biasa balik lewat yang cat kelas pada petang itu ^_^

Hari Selasa, ada perjumpaan kelab/persatuan. Biasalah ko-kurikulum sekolah diadakan pada hari Selasa di Terengganu ni. Kelab aku ialah Kelab Bimbingan dan Kaunseling (BINGKAS) tapi telah ditukar namanya ke Unit Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). But masih lagi Kelab BINGKAS di bawah Unit PRS. And cuba teka aku dapat jawatan apa?! CEPATLAH TEKAAA!!! >.< Lu pikirlah sendiri. #Anda boleh rujuk entri-entri sebelum ini untuk memastikan jawatan apa yang aku dapat --'

Minggu ni jugak, Wajihah asyik bawak buku Pendidikan Al-Quran dan Sunnah (PQS) pada hari yang ada waktu Pendidikan Syariah Islamiyyah (PSI) dan membawa buku PSI pada hari yang ada PQS. Aku gelak guling-guling jugaklah -.- Tapi last sekali aku sharing is caring lah dengan dia. Dan masa PSI sangat best sebab ustaz sentiasa buat lawak. Sakit perut aku gelak teruk sangat lol. Sampai dah tak larat nak gelak dah.

Tumblr_lnl6ggjkft1qm58blo1_400_large

Khamis pulak aku pergi jalan-jalan cari langsir dengan Wajihah dan Fakhira. Sebelum tu kiteorang gelak sampai sakit perut dulu --" Wajihah buat lawak tak hengat dunia. Fakhira dengan fomorroh nya. Alaa! Takkan tak ingat fomorroh dalam cerita Merlin tu?! Hisy korang ni, kata minat sangat dengan Merlin! Benda-benda macam tu pun tak kenal, macamana nak jadi hardcore macam aku?! #Amboi marahnya Cik Pink xD Nanti cepat tua ^3^

Kiteorang cari kat KAMDAR je. Duk membebel sini sana, last sekali Wajihah memberikan penerangan lebar tentang langsir (nanti lepas SPM bolehlah kerja kat situ, Waji -.-) Fakhira pulak pergi buat lawak dengan menjatuhkan duit syiling yang banyak. Time tu ada pekerja lelaki tengah potong langsir tu dan muka dia serious gila wok tapi aku dapat baca di sebalik ke'serius'an itu dia tengah tahan nak gelak/senyum melihatkan kanak-kanak riang pakai baju sekolah ni buat jatuh duit syiling xD

After that, aku pergi cari buku Biologi dekat Pustaka Seri Intan (PSI). Nampak pulak jam warna turquoise! Apa lagi, dah memang tema kelas warna turquoise, terus jelah beli. Fifi sponsor tau! xD Wajihah beli bateri. Duit kelas sangat kesengkekan sekarang ni gara-gara beli langsir tu. Kebetulan pekerja kat situ ex-SHAMS jugak lolll Mujurlah kakak tu ada bolehlah bertanya pendapat tentang ukuran langsir yang betul untuk kelas. Then Wajihah komen tentang suatu tempat yang seolah-olah seperti sauna -.-

Jumaat pergi tuisyen, dan buat homework YEAYYYYYY And buat pertama kalinya aku siap homework awal *terharu* Cuma nota-nota dan Add Maths tak siap lagi. Add Maths memang sangkut terus la satu soalan tu. Dahlah dah habis bab Fungsi. Zzzz. Nota Pendidikan Syariah Islamiyyah banyakk gilaaa woots >.< Nota Biologi dan Sejarah memangggg kena tunggu queue dulu ah. Hihihi. Inilah rutin hidup Form 4, terpaksa berkorban online untuk homework yang comell. Uh, aku boleh online guna Android je sebenarnya lol


My new book serie! Lebih kurang Harry Potter je cuma buku dia lebih sedikit dan mengisahkan dua beradik iaitu Wisteria 'Wisty' Allgood and Whitford 'Whit' Allgood (sarcastic family name, eh? -_-) dalam usaha menyelamatkan kids yang telah ditangkap dan di'torture' oleh New Order atau N.O.. And sangat banyak betrayal sebab characters ramai. Sacrifices and so on... Love story plot cuma datang beberapa muka surat sahaja tapi sangat @#$%^&*()! :'(

Sekarang ni tengah baca The Gift. Cover dia lawa-lawa oh. Berapi dan perasan tak ada gambar muka orang dekat setiap api tu? Cool stuff. Siri ni siap ada Manga lagi tau, ada excerpt Manga dekat page belakang The Gift. #Don't make me start reading Manga T_T Novel pun dah cukup, okay! Nanti nak beli Manga apalah kena marah dengan ibu bapakuuuuu -_-' So I'll stick onto novels jelah. Boleh tingkatkan 'perbendaharaan kata' seperti kata ustaz xD

Tapi tak boleh compare dengan Harry Potter-laa. Itu pemula segala generasi buku witchcraft and wizardry! Yang aku boleh tandingi Harry Potter (bagi aku) ialah The Infernal Devices dan Percy Jackson je. Wahaha! BTW, buku Passion, Silence dan The Power of Six baru je sampai beberapa hari yang lalu setelah order dari Amazon pada bulan 10 T_T Memang tak baca lagilah. Ini senarai novel yang sudah dibeli tetapi belum dibaca;

  • Heroes of Olympus #1 The Lost Hero
  • Heroes of Olympus #2 The Son of Neptune
  • The Power of Six (sequel to I Am Number Four)
  • Passion (Fallen series)
  • Silence (Hush Hush series)
  • The Fire (sequel to The Gift)

Banyak jugak tu o.O Bilalah aku nak habiskan semua tuh. Sibuk study ni. Okay, aku rasa dalam bulan empat habis-lah kot, which is good, cuti pertengahan tahun boleh borong lagi dekat MPH. Atau, boleh order dari Amazon. Aku nak sangat beli The Iron Fey series! Lepas tu, Invincible and Infamous (sequels to Infinity: Chronicles of Nick). AAAAAAAAAAA I really need those!
Bad news, Clockwork Princess is coming out in September 2013. 2013, I tell you. Hate her not --> Cassandra Clare
Oh, di tengah kegembiraan adik-beradikku pulang ke rumah ni, ada orang buat onar di Facebook. Who cares? TELL SOMEBODY WHO CARES, OKAY? #Quoting Whit xD Disebabkan orang tu tersangatlah aku ignore selama aku di SHAMS jadi apabila dia tulis ayat-ayat power dia tuh, aku taklah sakit hati sangat lol. Memanglah burning inside sikit *ok lol* but I don't care, because dia tu bukan siapa-siapa dalam hidup aku.

Buat apalah sakit hati dekat orang yang sengkip macam tu apabila orang yang kita sayangi ada di sekeliling kita? Itu dipanggil buang masa kalau pergi emo tak pasal-pasal dengan mereka yang tak ada kena-mengena dengan kita. Dan sekarang ni pun aku tengah buang masa pergi tulis pasal orang tu, buat semak blog ni je xD Sampai orang pergi pantai pun tak sempat nak catch up gara-gara sibuk tulis pasal orang yang sengkip ni lah. -.-

Tumblr_lwu3huwrsw1qlm7sro1_500_large
THE HUNGER GAMES, MARCH 2012

Comments

  1. Dlm The Hunger Games ada OST from Taylor haa~ :)

    ReplyDelete
  2. takde lah.Movie kan keluar bulan March.Taylor ada bagitahu kat Twitter dia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers