The Hunger Games (Jom Makan! AUM!)

6.4.12

214132157252728972_crquymmr_f_large

Assalamualaikum peeps! Haiyaa, lama woo tak update. Busy sangat meh sekarang. Homework adalah dekat segunung, itu tak termasuk lagi segala kerja persatuan, kelab, badan pengawas tu. Tapi takpelah, bukan selalu pun dapat kerja sebanyak macam ni. Cuma timing tak tepat. Minggu ini nak kena siapkan kertas kerja, minggu ini jugak cikgu bagi semua subjek mintak nota xD #hiperbola semata

So ni nak cerita ah, pada 30 Mac 2012, aku dan 'Ainul beserta Kakngah telah pergi menonton The Hunger Games secara eksklusif bersama Josh Hutcherson, Jennifer Lawrence, Wes Bentley, Woody Harrelson dan Alexander Ludwig. Okey, tipu je, takkanlah diorang nak datang Malaysia ni, lebih-lebih lagi ke Kemaman di negeri Terengganu ni. Wahaha. So, alkisahnya ajak 'Ainul, Kakti dan Alya untuk ease our tension #ayat essay aku

Sebab dua tiga minggu ni kiteorang ada masalah mental dalaman jiwa raga yang menyayat sanubari #hiperbola hiperbola (taukid - pengukuhan) so jadi macam nak release stress-lah. So aku ni semangat gila nak tengok The Hunger Games, aku pun ajak diorang ke Kemaman (lagipun aku sebenarnya nak pi cari buku kat Popular, MPH memang tak wujud kat Terengganu, sekian terima kasih). Tapi last last 'Ainul je dapat pergi. Miracle apa entah yang terjadi xD

Tumblr_m1yj19l5xu1qaa7vko1_500_large

Kiteorang pun pergi ke Kemaman untuk ke Mesra Mall (mesra sangat-lah mall ni -_-). Aku dan 'Ainul berdua je, Kakngah buat hal sendiri. So aku ngan 'Ainul pergi merayau sekitar Mesra Mall tuh sementara pukul 3.30 petang untuk premiere THG aku tuh #ecehhh 'aku' tuh xD Dan pergi ke Popular. Pusing pusing pusing buku yang aku nak beli takde (biasalah tu --"). 'Ainul tengah cari buku untuk hadiah program kat sekolah. Aku menyibuk sekali-lah xD

Then, kami ke tempat makan dan singgah kedai jus tu. Kami order dua gelas air jus epal. Tup tup, gelas gila bapak besar woihhhh! Nak jual balik dah tak boleh, so kami pun minum segelas, yang segelas lagi tu kiteorang bungkus untuk dibawa selama-lamanya sepanjang hari -_- Nasiblah air epal tu sedaplah jugak. Tapi coverline malu jugaklah masa tengah minum air kongsi gelas tu, sebab gelas satu lagi tu terbiar sepi....xD

Tepat jam 3.15 petang kami masuk dalam panggung * orang first okay *. Aku semangat gila kot -_- Sebelum tu beli popcorn saiz REGULAR tetapi tak berapa nak regular sebab dua kali ganda besar pada gelas air jus epal tadi -_- Aku tak boleh bayang yang large camana. Dahlah beli dua regular tu. Nasib lah tak cakap nak LARGE TIGA. Memang kenyang makan popcorn je.

Tumblr_m1fz88l4x11rnzpnzo1_500_large

Wuhhuuu! 'Ainuuuuuul! Team Gale who got jealous, Team Cato! AAAA Cato! Teke name ye mende Nu? Alexander Ludwig! Awok kenal dok Hedwig? Mungkin diorang adik-beradik. Tapi saya tak tahu-lah pulak Cato ni keturunan burung hantu #Fifi ngarut Tapi op.... Macam pernah tengok je muka Alexander Ludwig ni, maybe sebab muka dia iras Lucas Gabriel kot? Tak pun yang berlakon dalam cerita Wizards of Waverly Place yang jadi abang Selena Gomez tuh. Kan?

Aaaaaaaaaaaaaaaa Cato hensem! :3

Tapi aku tetap Team Seneca Crane! #erk, nu! name ye Seneca Crane, bukan Senata Crane lol Meh sini blueberry tu sikit aku nak makan. Okay, blueberry itu simbol rebellion for Katniss. Catnip. Gale. Jealous. K. Wahaha * kejam * Tak, Gale suka panggil Katniss dengan nama 'catnip', kalau dalam buku-lah. Dan Gale sangat menjealouskan dirinya apabila.........................Katniss suka kat Peeta * ayat cover *.

Bagi aku movie dia taklah seteruk yang aku expect x] Memang enjoy pun tengok, casting pun overall not bad-lah (all thanks to Alexander Ludwig ALONE xD). Walaupun ekspresi wajah si Katniss tu tak berapa nak ada, tapi okay-lah dia berlakon. Dengan psikonya. Fuhhh, smart ah JL. Josh Hutcherson memang aku suka, although muka dia sangat baby-face! Comel tu taklah sangat, comel lagi si Cato aku tu. Ngihihi.

Thehungergames_800d_large

Strained-relationship between Katniss and Peeta pun best je tengok! Katniss tu memang stone je, tapi si Peeta tu laaa, alahaiiii, comelll! Masa dia cakap dia crush dekat someone back at District Twelve. Then Caesar told him he must win the game and good luck, then suddenly Peeta said it was not as easy as it seemed because..."She came here with me." Lepas tu kena confront dengan Katniss, dahlah Katniss macam singa. -_-

Dahlah ada budak dekat sekolah tu muka dia macam Peeta seringgit dua. Ni nak crush ni -_-" TAKPE, TEAM CATO! xD #Sebab aku rasa ada 'seseorang' tu macam Cato sket, okbai

Aku ingatkan nak cerita full-story THG ni sebab kawan-kawan aku nak tahu (padahal Alya seorang je --") tapi tak best ah nanti ada yang terbaca kang spoiler pulak. But overall aku boleh bagi rating 4.5/5 sebab cacat cela cerita tu banyak. Tak mungkin movie yang berdasarkan buku akan dapat 5/5 sebab diorang akan tinggal/buang banyak part yang best best dan penting. Seriously, benci jugaklah. #Mestilah orang nak tahu kenapa Haymitch tu jadi kaki minum haiyyaaa

Yelah, aku tahu kalau nak masukkan semua elemen yang berlaku dalam buku cerita dia, memang akan mengambil masa 6-10 jam untuk menghabiskan cerita. Tu pun movie THG ni dua jam lebih. Aku tepuk-tepuk tangan segala bila * some text missing *. Memang kemuncak cerita dia best ah #although aku dah tahu sebenarnya tapi saja nak menghidupkan kembali semangat THG -_- Team Cato Who Got Killed In The End xD

OK, sebenarnya aku taip ni minggu lepas, 11/4/2012 baru aku post. Tapi takpe, aku buat tarikh dia pada 6 April, OK? Tata.

RoyalWinter 
Post a Comment