Kisah Seram dan Exam.

551907_277961602291125_100002318622598_609335_2028781125_n_large

Assalamualaikum. Woohoots! Tensen woot woot minggu ni gara-gara rumours exam diawalkan. Asalnya 8 Mei 2012, tapi tetiba 3 Mei 2012, which is on this week! Then ada kawan aku cakap, "Tapi Johor biasanya 2 hari bulan..." WEI ITU JOHOR LA KITA NI KAT TERENGGANU. Malu nak ambik contoh negeri Kelantan or Pahang. Nak jugak ambik yang jauh tu. Lain kali bagitahu sekali England exam bila, bandingkan dengan negeri Terengganu, k?

Minggu ni straight aku balik lewat iaitu pukul 5 petang. Ahad ada meeting wakil badan pengawas untuk bincang Hari Guru. Aku wakil pengawas siber, Auni wakil pengawas pusat sumber. Dan Auni sangat tekun memerah otak sewaktu meeting tu, aku tenang je -_- Isnin pulak aku terrrajin pergi buat perjumpaan untuk badan pengawas siber tingkatan empat bagi membincangkan minggu ICT, so balik pukul 5 petang.

Selasa memang ada kokurikulum jadi memang wajib balik pukul 5 petang. Yang bestnya Persatuan Puteri Islam dilatih cara asas kawad kaki oleh beberapa orang ahli pengakap lelaki (iaitu batch aku jugak, 2/3 ialah classmates aku yang berwibawa cewah :P). Diorang garang tau -_- I dah cakap dah jangan garang-garang sangat dengan para puteri I tu. Para puteri terlalu lembut jiwanya! xD


Yang harunya aku dan Shahiela tak join pun latihan kawad tu sebab kiteorang sibuk sikit sebab AJK Form 5 tiada kerana ada apa entah kat Dewan -_- So, salah seorang pelatih kawad tu tanya-lah, "Yang ni kenapa tak join sekali kawad kaki?" then Ustazah menjawab, "Yang ni takyah join, kerja diorang berat lagi dari orang kawad kaki." Yeay love you ustazah! XD Terima kasih para pelatih kawad yang garang -..-

Rabu ada Mukhayyam Add Maths! Yeahhhh! Semangat wo, dahlah duk tepi Nad Ali. Tak henti mengacau aku -.- Syafiqah duk tepi Nad Ali, yang tu usik menda lain. Zzz. Khamis? Ada perjumpaan Biro Pengurusan Aktiviti bagi minggu ICT, so aku sebagai Timbalan Pengarah diwajibkan hadir oleh Aisyah Aqilah. WAJIB KE?! Baru nak rilek balik rumah -_- Lepas tu tak berapa rilek petang tu sebab aku comel kbai malas cerita.

Tumblr_m2ng7xsdzk1r07xsfo1_1280_large

Tak obses mana pun kalau jawab macam ni exam nanti. Siapa suruh awalkan -_-

Khamis-story
Actually Ummi (pengetua) nak 4 Bukhari pergi menonton Debate di SMK Ibrahim Fikri (SIF) tapi sebab salah seorang pesertanya dari kelas 5 Muslim, jadi kelas tersebut memujuk rayu Ummi untuk pergi. So, pelajar-pelajar 4 Bukhari yang dah maklum nak pergi jalan-jalan ke SIF yang tak bawak buku untuk subjek hari Khamis ni tak jadi pergi lah T_T Nak tambah dendam dengan kelas Muslim lagi, 4 Muslim pun pergi lawatan tengok Forum Bahasa Melayu Antarabangsa di UMT. KFisherman.

So, sepanjang hari tu kami bercerita tentang cerita hantu sambil buat Add Maths. Cikgu Add Maths je masuk, sebab hari Khamis ada subjek Sivik, Add Maths dan Matematik. Sivik dan Add Maths memang cikgu sama, tapi cikgu Matematik kami sedang cuti bersalin, so cikgu Add Maths ganti. Waktu-waktu lain tu cikgu tak masuk sebab ada yang pergi mesyuarat dan lain lain hal.

Jadi nak kongsi cerita hantu oleh Nad Ali. ENJOY!

Tumblr_luu7q2fxiu1r3mx44o1_1280_large
Dua orang pelajar yang baru balik ke asrama setelah seminggu bercuti sedang membuat kerja rumah di bilik prep. Masing-masing duduk menghadap. Sedang mereka rancak berbual, tiba-tiba...pensel salah seorangnya terjatuh. Dia tunduk untuk mengambil pensel tersebut, dan melihat bahawa kawannya tiada kaki.

Apabila bangun dari mengambil pensel, dia berkata kepada kawannya, "Okeylah, saya dah mengantuk ni nak tidur."

Lalu kawannya membalas, "Mengantuk ke....dah tahu?"



Comments

Popular Posts