Hari Guru 2012 SMKA Sheikh Abdul Malek


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alhamdulillah, pada 18hb Mei 2012 kita masih lagi dapat menghirup oksigen dan bernafas di bumi Allah ini. Syukur juga kepada Allah kerana masih memanjangkan ukhuwah ternilai yang semakin hari semakin mantap dengan jalinan indah. Jadi, sila jangan memulakan entri hari ini dengan kata-kata yang penuh makna tersirat lagi tersembunyi...

Hari Guru 2012 merupakan sesuatu yang amat bermakna bagi aku, sahabat-sahabat dan mereka yang bersama-sama menjayakan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun. Tak pernah kudengar orang menyambut Hari Guru pada 1 Mei kerana 1 Mei merupakan Hari Buruh a.k.a Hari Pekerja. Lantaran itu, sebagai mengenang jasa guru-guru yang telah banyak berjasa, pelbagai persiapan dan idea yang telah kami lakukan sempena hari tersebut.

Tema Hari Guru tahun ini ialah marine life atau dalam bahasa Melayu bahasa kebangsaannya ialah hidupan laut yang penuh dolfin dan ikan paus yang comel. Persiapan dewan dan segala kerja buat Hari Guru ini diserahkan kepada badan-badan pengawas tingkatan 4 di bawah pemantauan senior-senior tingkatan 5. Dan kiranya yang mengetuai segala-galanya ialah Badan Pengawas Disiplin Sekolah (BPDS) dan dibantu oleh badan-badan pengawas lain.

So, tahun ini persiapan hari guru diketuai oleh Syauqi, Sabrina, Sarah dan Farid. Namun begitu, pengawas-pengawas lain juga masing-masing ada tugas tersendiri. Contohnya aku dalam Biro Backdrop & PIC (person in charge) perlu menyiapkan banner hari guru dan teks ucapan pengerusi majlis sebelum Hari Guru berlangsung, juga membantu Biro Persiapan Dewan.

Gambar di atas merupakan pada hari Sabtu yang lalu iaitu pada 12 Mei 2012

Bersama aku dalam biro yang sama ialah Afwan, Fadhilah dan Azeeb. Tapi yang pergi sekolah tolong BPDS hanya aku dan Afwan, yang lain tu sama ada masalah kenderaan atau memang tak tahu BPDS memerlukan pertolongan --" Actually aku pergi tolong-menolong kerana ahli BPDS yang ada semuanya best friends tercinta akuuuu iaitu Nad Ali, Kakti dan Sabrinaaa :3

Then pada hari Jumaat lepas aku ke sekolah dan sesi mengecat cengkerang telah bermula! YEAH! Aku cat warna oren je -_- Petang tu aku ada tusyen so aku balik rumah, then, pergi sekolah balik untuk ambik Sabrina dan Kakti ke Mydin pada malam hari untuk membeli barang-barang yang berkaitan sehingga budak berdua tu terpaksa tidur rumah aku sebab dah lewat malam.

Sesi mengecat dibantu adik-adik form two BPDS yang comel lagi sweet awww! -_-

Hari Sabtu tu pergi sekolah balik dan macam-macam yang dilakukan Syauqi bagi menyiapkan video gimik pembawa skrol. Last sekali dia stres dan dengar lagu kat laptop dia tuh. Then dia nyanyi sepenuh perasaan -_-" Amir Khair mengikut jejak langkah beliau seketika lepas itu. Afwan tengok Running Man, then bila aku cakap nak ambik gambar sebab gambar The Making Of Hari Guru untuk muslimin tak ada lagi, dia pun cepat-cepat berlakon sibuk buat kerja (???)

Shafiqah Mzm-fc pun ada, dia-lah yang tolong buat video gimik pembawa skrol yang mantop tu. Afwan tolong-tolong jugak tapi ended up tengok Running Man, aku tak pahamlah apa yang best sangat Running Man tu sampai hari Isnin tu semua duk berkerumun duk tengok Running Man kat laptop Shafiqah, aku nak buat teks ucapan pengerusi majlis pun tergendala -.- #AKU TAK TENGOK OK

Syauqi sambil dengar lagu sambil baca Fizik sebab hari Ahad paper Fizik 2 & 3, warlahhh! -.-

Pada hari Khamis (cerita ni tak ikut kronologi, OK) Nad Ali tiba-tiba harus menguruskan persembahan gimik pentomin, jadi beliau buatlah skrip yang agak panjang lebar. Aku tukang taip balik (pada malam lepas aku balik shopping dengan Sab dan Kakti, aku taip pukul 12.30 tengah malam dan typo tersangat banyak) dan akhirnya kiteorang fotostat sebanyak yang mungkin (pada hari Sabtu atas jasa koperasi sekolah yang ditutup tetapi dibuka) -.-

OK, aku memang rapat dengan Nad Ali sekarang so di mana-mana sahaja dia pergi, aku nak ikut. Huahuahua. Then tiba-tiba aku jadi direktor pentomin tu bersama-sama beliau (???) sebab aku sama-sama edit skrip dengan dia masa hari Sabtu tu dengan penambahan muzik supaya pentomin tu jadi muzikal sedikit sebanyak (credits to Maher Zain kerana sumbangan lagu-lagu baru beliau banyak membantu xD).

Setelah edit edit skrip tu, tambah itu ini tambah itu ini. Kiteorang tunggu Syauqi guna adik-adik form 1 asrama untuk habiskan video gimik skrol selama tiga hari last sekali persembahan tu tak jadi. Sarah telah mendapat akal supaya pentomin itu dilakonkan dalam video sahaja sebab waktu untuk berlatih  hanya tinggal 12 jam -_-" So memang kalut ah. Lalu Amiruddin dan Que tiba-tiba menjadi direktor pentomin untuk video. Kiteorang shoot pada saat-saat akhir iaitu pada malam Hari Guru dari pukul 9 malam hingga 1 pagi, sekian.


Yang pakai baju maroon (ke ungu?) tu ialah Que (bukan nama sebenar xD). Kesian adik-adik dah mengantuk sampai tertidur kat kerusi... Uhuks... Saat ini sangat mengharukan, rasa nak nangis tumbuk dinding je -.- Sebelum tu kiteorang shoot dalam kelas tingkatan dua. Scene Cikgu Basri cikgu baru yang mengajar kelas 3 Mu'min. Then ada satu scene tu ada-lah ambik dekat 10 kali sebab Cikgu Basri (dan semua orang yang ada di tempat shooting) tak boleh tahan gelak.


Ada empat watak utama iaitu Cikgu Basri, Ron, Ken dan Alan. Kiranya Ron, Ken dan Alan ni budak-budak nakal dalam kelas 3 Mu'min ni. Yang dialog membuatkan Cikgu Basri asyik nak gelak je ialah, "Betul ke kamu ni kelas 3 Mu'min? Bukan 3 Colgate? 3 Sensodyne, 3 Darlie? Ke kamu ni 3 Fresh and White?" Aku masa tu camera girl, tergelak aku tengok Que yang selama ni sopan ketawa dengan penuh semangat -.-

And first time bekerjasama dengan beliau, Amiruddin dan Nad Ali. OKFINE aku tak tahu kenapa aku sentiasa berada dalam kalangan BPDS walhal aku BPSiS (Badan Pengawas Siber SHAMS). Tapi tak apa, sebab aku BPSiS, aku tukang record semua benda. Nad Ali stres kot, tambah-tambah berdebar bila Ustazah Hanita datang memantau dan salah seorang MPP datang tengok kami tengah shooting --'


Ini time tengah buat prop, oleh Nad Ali dan Ain Hanani. Aku masa ni tengah sibuk buat teks ucapan pengerusi majlis sebab ustazah dah memang nak dengan segera -_-" Dahlah aku ada kelas Biology pada pukul 2 petang! 3/4 dah aku siapkan, aku pergi kelas Bio pukul 2.30 petang setelah Afwan dan Amir Khair datang dan menyambung teks tu. And diorang pun jadi emcee untuk Hari Guru nanti -.- #Aku dah agak sebenarnya

Petang tu, Syauqi masih lagi tengah shoot untuk video gimik skrol dan menggunakan tenaga adik-adik form 1 asrama tu, jadi aku dan Nad Ali sekali lagi menunggu penuh sabar sehinggalah tiba hari Selasa di mana segalanya memang kurasakan agak terlambat -.- Tapi buat jugak apa-apa hal pun. Dan telah meminta jasa baik Amiruddin dan Que untuk menjadi direktor sebab takkan kami perempuan yang jadi direktor. Thanks to Shafiqah yang telah mencari dan mengedit lagu-lagu yang berkenaan xD

Tekunnya adik-adik

Actually adik-adik sangat penat sampai tak bersemangat nak belajar. Yang pakai baju bomba tu, Fahim, tengah demam so moody setiap masa, stres aku tengok -.- Dan lepas sekejap sekejap pergi tukar pelakon. Sekejap Amar jadi Cikgu Basri, then Aziz pulak. Yang Ron tah ke mana, Ken tah ke mana, Alan apatah lagi. Hadoihhh! Yang pakai baju PBSM tu ialah Anail, budak yang suka tambah skrip sendiri xD
Antara skrip sendiri yang tak boleh blah yang direka olehnya;
"Hebat sangat ke korang ni?"
Time tu tengah shoot scene budak bertiga nak buat nakal, then Ken kata, "Serahkan kepada kami!" pastu mulalah si Anail tu pergi tambah skrip sendiri walhal dia bukan Alan ataupun Ron xD Gelak best jugak masa buat video ni walaupun....huhu. Pada hari Selasa, kebanyakan BPDS tidur kat sekolah. BPSiS pun ramai, kiranya kedua ramai dari BPDS.

BPDS yang tidur, perempuan SEMUA, lelaki Syauqi, Amir Khair, Que, Amir Muqri... BPSiS pulak yang lelaki Afwan dan Syahizat, perempuan aku, Aisyah, Ain dan Aina. Koperator yang membantu di Dewan Abu Bakar As-Siddiq hanyalah Syazwani, yang lain tidur kat bilik ustazah lepas mereka balut hadiah. Tapi kiteorang tak tidur pun, asyik hias dewan, aku duk buat video.

Ini pukul 4 pagi aku rasa, masih belum tidur zzz -_-

Hanya beberapa orang insan sahaja yang tidak tidur sepanjang malam iaitu Syauqi, Afwan, Sabrina dan beberapa orang pelajar perempuan. Yang lainnya (lelaki), terlelap atas kerusi cikgu seperti dalam gambar first entri ni pada pukul 3 pagi, then bila diorang bangun, beberapa orang pelajar perempuan terlelap atas meja. So kiteorang tidur sambil duduk jelah. Dalam pukul 4.30 pagi gitu kiteorang tertidur. Bila Subuh, semua bergegas ke surau.

Syauqi memang happy-go-lucky ah, asyik bising dan sengih dan buat lawak. Aku yang tengah stres melayan video sebelum tu pun merungut, "Dia ni tak mengantuk ke apa? Hiper semacam je," dan aku mengerti last sekali bahawasanya dia cuba memeriahkan suasana sebab semua ni bawah tanggungjawab dia dan nak orang tengok dia happy. Itu sebab aku tabik springgg kepada beliau dan Sabrina.

Keesokannya aku dan Nad perlu menyambung shooting sebab ada satu scene tu tak jadi. Lastly setengah jam sebelum majlis bermula siap shooting dan thanks to Shafiqah (again), video dapat disiapkan. At first, dikejutkan dengan pembatalan video gimik pembawa skrol (yang buat berhari-hari), tapi last sekali menjadi jugak. Memang meletuppp! Sila tengok yee kawan-kawan ^_^


Majlis Sambutan Hari Guru berjalan dengan lancar. Then, tiba part video pentomin ditayangkan. Ok....tak menjadi... Video gimik pembawa skrol tu memang superb (cuma ada part yang lagu tak keluar geram betul) tapi video yang di'shoot' last minute memang tak menjadi gila ah. Soundnya entah ke mana. Seluruh dewan senyap sebab tak faham apa yang berlaku. So, aku dan Nad Ali sangat emo (Shafiqah pun) (Syauqi pun) lalu aku dan Nad Ali menitiskan air mata sebab kesian dekat adik-adik yang berlakon sampai tengah malam tu T_T

Dan semua orang pun emosi. Yang membuatkan aku lebih bengang apabila ada orang yang cuba memujuk berkata, "Setiap benda ada kekurangannya. Ke awak menyesal buat semua ni?" Wadahek aku masa tu kan. Memang wadahek gila. Then aku blah je dari situ dan tengok persembahan dengan penuh moody sehinggalah persembahan pantun. Yang 'dinda' tak tahan tuh -.- Geli jugak singgit tapi kelakar, so mood aku okey sikit.

Then, ada orang cakap biro aku tak buat kerja. OKAY I WAS LIKE, YES I WASN'T DOING ANYTHING THAT'S WHY I SLEPT AT SCHOOL FOR THE WHOLE NIGHT DOING NOTHING. I DIDN'T HELP ANYONE SHOOT ANYTHING. YES, I AM A FAILURE. Haaa, kan geram jugak aku. Mujurlah orang yang beritahu aku ada orang complain biro aku tak buat kerja tu, orang yang baik. Itulah manusia, tak nampak kebaikan manusia, nampak yang buruk je.

The fact that orang yang complain tu sendiri tak datang sekolah pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, tidur sekolah, balik lewat membuatkan aku bengang dan menangis untuk kali ketiga pada hari tersebut. Puh-lease. Kalau tak tahu apa-apa, jangan komen...jangan komplen... You know nothing. You know nothing about me. Ada-lah tu sebab kenapa orang lain yang ambik alih kerja aku pada hari tersebut :(

Apabila majlis tu tamat, Syauqi panggil semua orang yang terlibat dalam pembikinan hari guru (badan-badan pengawas form 4) ke atas pentas dan memberi sepatah dua kata yang amatlah mengharukan. Aku baru je nak menangis then Walid aku call -_______-" Aku pun jawab call Walid dulu kat belakang stage, bila aku pergi depan stage, aku pun emosi sebab terharu dengan kata-kata Syauqi dan pengorbanan semua orang menjayakan hari guru ni :')

Teringat kisah perkenalan dengan seorang sahabat,
“Nama awak siapa?” soalnya. Lalu saya menjawab.
“Oh. Ok,” dan dia beredar.
Tidak sedar pula kami persahabatan kian terjalin indah sehingga kini. Best friends forever. -EpalPink-

Hari Guru kali ini sangat bermakna buat kami semua. Kami telah mengenal erti pengorbanan seorang pemimpin, pengorbanan sahabat-sahabat kami demi menjayakan satu peristiwa yang diadakan untuk guru-guru kami yang banyak berjasa. Di mana lagi kami ingin merapatkan ukhuwah jika bukan pada waktu-waktu ini. Kami terasa manisnya ukhuwah. Tersimpan seribu kenangan indah, terharu jika diingat kembali...

Tumpahnya air mata kami kerana terharu di atas sumbangan semua pihak. Tidak tidur malam, cuba menceriakan suasana yang tegang, sabarnya pemimpin-pemimpin kami menghadapi karenah pemimpin mereka... Hubungan yang selama ini renggang menjadi baik. Kami seolah-olah tersedar dari mimpi yang panjang. Kami semua adalah SATU. Bukan 1Malaysia, tetapi kami bersatu hati dan kami bersatu agama.

Kalau semua nak tahu, kami semua sibuk buat persediaan hari guru ni di tengah-tengah exam mid-year kami. Bayangkan Sabrina dan Syauqi dan Sarah berhempas-pulas sampai terpaksa lupakan pelajaran untuk seketika kerana keinginan mereka untuk menjayakan hari guru... Tak lupa jugak dengan orang lain yang asyik stay back, tolong Sabrina dan Syauqi. Syauqi tu dah berapa hari tidur kat sekolah...

Setiap seorang dari orang yang datang membantu mesti kena marah, leter oleh ibu bapa masing-masing sampai ada yang tak benarkan balik lewat lagi, tapi kami semua tetap semangat. Pelajaran entah ke mana, exam ke mana, semuanya komited. HUHUHUHU AKU TAK NAK NANGIS SEKALI LAGI >.< Tapi memang the best ah diorang semua ni. Aku tak boleh nak kata apa-apa lagi. Aku rasa bertuah gila dapat duduk dekat SMKA Sheikh Abdul Malek ni sebab pelajar-pelajarnya memang berdedikasi :)

Jadi, aku kongsikan sekali luahan rasa Syauqi di Facebook.

nk share somethg.. nk bce ley bce, alu xnk suda lee...

1st, ak nk satu dunie tau yg ak ad kawan2 yg sgt setia.. ad mse ak senang, mse galop, mse gelok ketawe.. n mse ak susoh, dorg still ngan ak.. xamik kesoh kekurangan ak.. manis nye persahabatan kami..

2nd,, ak cube mjadi seorang pemimpin yg baik.. ak cube menyatu kan sahabat2 ak.. walaupun ad yg 'cendeng' due tige org, sokey.. nobody perfect..... but im trying.. n arap kawan2 yg cendeng 2 cepat2 la sedo.. jd la kawan yg ad timbang rase, prihatin n memahami.. but, im totally proud of u frenzz..

3rd,, hati ak luluh berkecai tatkala seorang penghuluwati yg amat ak respek mencemuh dgn hasil kerja ak.. trok sgt k keje ak?? ak wt ni utk sape?? utk anda semua wahai guru2 ku.. tp lets think positif.. meby ni akn jadi landasan terbaik utk ak perbaiki klemahan..

4th,, sape ak ni?? pemimpin?? pengawas?? pelajar?? atau anak muda yg bru stahun jagung?? belagak sprti pemimpin yg arif dlm sume bnde.. kdg2 kite mudah hanyut terulik dalam buaian syaitan durjana tanpa sedar.. ak hanye ak.. tidak pernah seperti yg lain..

5th,, ustazah hanita.. umi kedue ak semase hari guru.. sgt membantu.. n ak dpt rase kasih syg beliau sbgai mane anak2 didik beliau dpt.. mcm 2 gop ngan tc shafizah nor.. sesungguh nye naluri seorang guru tdk lari mcm seorg ibu.. terima kasih cikgu..

6th,, ak rase bersalah tatkala sahabat yg sudah lame ku knal tapi mula rapat katika menjelang hari guru.. tdk d nafikan hasil kerja baliau mmg 'xo' n ak pn x pena tpk.. mmg superb.. tp malang, d sbbkn 'seseorg yg blagak pndai', rosak hasil kerja bliau.. wlau mcm mne pn, budi mu ku sanjung.. thanks kawan..

7th,, seorg lagi sahabat lelaki yg sgt baik.. seorg pelajar tanpa 'jawatan' berperanan sbagai seorgber;'jawatan!! opss!! dgr mmg mcm org gile kose p tidak sama sekali.. jujur n ikhlas sgt kerje nye.. baik tutur kate.. sopan.. sggp pnjm kn kamera nye wlaupn pda org yg bliau tdk rapat.. bjage lwt mlm bersama kami.. tdk seperti seseorg yg sering 'DIULIT MIMPI INDAH' , 'xley kena panas n udara mlm lgsg' , 'N MCM AK SORG JE NK PEKSE'.. CM SIAL JE SESEORG TU..!!

8th,, never give up..!! mcm tu la sahabat2 ak mse hari guru.. xpena knal erti penat.. sume nye bersengkang mate.. mkn same2, tdow same2, wt keje same2.. p x campo rr laki puan.. ak rindu mse2 2 sume.. masing berperanan.. one for all and all for one.. OSHEM...

9th,, ak nk ucap bebelion2 terima kasih yg x terhingga kpd sahabat2 yg bekeje keras lam mjayekan ae guru kite.. ak hargai stiap titik peluh and air mata antum sume.. terlalu bernilai.. sangat ber nilai.. dan amat bermakna bagi ak.. hope, cikgu2 pn akn hargai hasil kerja kami yg xsberape ni.. walau pn last minute, tapi ANDA SUME TETAP OSHEM.....

TQ, WASSALAM..

Aku confirm kalau Sabrina dan Nad Ali ada Facebook, diorang akan menitiskan air mata sekali lagi. Aku dah puas nangis masa hari Rabu tu. Actually, gua tahu kenapa orang emosi hari Rabu tu sebab diorang tak cukup tidur. Itulah pasal, aku tahu-lah sebab aku pun rasa yang sama. Dahlah aku ni jenis tidur awal dan tidur cukup sampai Kakti dan 'Ainul perli aku, "Ada orang tu biasa tidur awal, malam ni tak tidur...." -.-

Lagu tema Hari Guru team persiapan hari guru ialah Number One For Me - Maher Zain sebab semua orang suka nyanyi lagu tu, Bawa Aku Pergi (Syauqi nyanyi dengan penuh emosi -.-), Sesal Mendua (PAHCEROH). Apa-apa pun, team Hari Guru sangat best dan I like working with all of them! May Allah bless us all here and hereafter. SPM '13 Straight A+'s! #Tiba-tiba lari topik, tapi kena-mengena jugaklah --"

Time hari Khamis tu tiba-tiba dikejutkan dengan camera Sony hijau yang disangka kepunyaan Syauqi HILANG! Jejennggg.... Rupa-rupanya ada dengan pak guard -.- Dan pak guard tu sangatlah garang tak nak bagi balik kamera Jibril tu (aku tak kenal siapa Jibril ni tetiba Syauqi sebut nama dia ~_~ dan mengapakah mengapakah kameranya yang dipinjam). Last sekali mintak jugak dengan pak guard tu dan bersaksi apa semua. Macam kat mahkamah pun ada jugak aku rasa -_-


See? InsyaAllah... :D Lama gila kan aku tak update blog? Huahua. Tahniah sebab aku dah update. Boom power! Exam tak habis lagi ni. Tinggal one week lagi. Papers yang penting ialah Biologi Kertas 3, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Sejarah Kertas 3 (NEW!) dan Bahasa Arab Kertas 1. All the best to all of us! HIYARKKHHH :D

Last,
Hebat sangat ke korang ni?
XD

Ukhuwah mantap terjalin indah 

Comments

  1. Comellnye blog pink awk niii.. Rugi rase x sempat nok rase kemanisan ukhwah yg awk sume crite ni..:(
    anyway i'm happy for all of you and congrats for the 'marine' teacher's day and for hving the chance to embrace ukhwah. :D

    *Meme 'marine' sungguh r hari guru kali ni.. Banjir dh rse dgn air mata korg sume..xD
    ~gadismisteri

    ReplyDelete
  2. I'm so touched reading this post.

    Btw, akak sekolah SHAMS eh? Bestnya :) Kalau kat sekolah saya, form 5 yang conduct. All the best :)))

    ReplyDelete
  3. tolong jawab.. nk tnye stu soklan
    CENDENG tu ape.. aku blurr je bile org sebut cendeng

    ReplyDelete
  4. JAWAB AH.. tolongg.. dlm loghat ganu, pe maksud cendeng

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers