Oh nikmat!

30.11.12

Tumblr_mdav11kptq1qed3v1o1_500_large

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Assalamualaikum. Mesti korang pernah terserempak dengan lirik di atas kat mana-mana kan? Alah, takkan korang tak dengar lagu Najwa Latif. Siapa tak kenal Najwa Latif maknanya dia orang Singapura *eh* atau Thailand *eh jugak* atau Laos *sekali lagi eh*. Hahahaha. Okay back to Najwa, nanti kang menyempang jauh pulak, tersebut pulak nombor 3-0 marah peminat-peminat Harimau Malaya. Aummm! Ngehngeh.

Ceit, aku bukan peminat Harimau Malaya. Aku tak minat bola Malaysia. Too much stupidity. Banyak sangat politiknya. Tak pasal-pasal prestasi merudum. Pffft. Um, cik kak? Awak nak cakap pasal Harimau Malaya ke nak cakap pasal apa ni? Uh uh. Okay okay, sorry. #Ini dinamakan monolog luaran, study literature please

Baiklah, usah kita berbicara tentang Harimau Malaya kerana tak lari harimau dikejar *peribahasa fail*. Sila korang tenung dan hayati bait-bait lirik lagu Najwa Latih tu. Tajuk dia AdaMu kan? Okay wait. Kalau korang nak tahu, aku ni jenis manusia yang dengar lagu not based on music, tapi lirik. First time pun, aku mesti hayati lirik. Aku amati lirik. Kalau lirik aku tak suka, confirm aku buang jauh ke dalam semak berhampiran Singapura *eh*. Hahahaha.

Tumblr_m6t4hsfqrp1r1z303o1_500_large

Nikmat.
Tahukah anda? Sebenarnya hari-hari kita dapat nikmat daripada Allah. Ya ya, saya tahu anda sudah menyedari tentang hakikat ini. Nikmat kehidupan, nikmat harta, rezeki dan macam-macam lagi. Saya tahu ramai yang menyedari, tetapi tak ambil kisah. Hah, teringat pulak kisah program tautan hati bersama-sama adik-adik di sekolah tempoh hari. Akh fasilitator merangkap sahabat saya yang mengendalikan program itu bertanya;

"Sekarang pukul 9.30 pagi. Siapa di sini yakin yang dia akan masih bernyawa pada jam 9.32 pagi nanti?"

Diam. Tiada jawapan. Malah akhowat fasilitator (termasuk saya) pun diam. No one put their hands up. Terfikir sejenak kata-kata akh tersebut. Alhamdulillah tiada yang berani angkat tangan. Tiada yang dapat bagi jaminan bahawa dia akan hidup dua minit kemudian. Dan alhamdulillah juga, setelah dua minit berlalu, semua yang berada dalam program masih bernafas biidzinillah.

Nikmat nikmat...
Hari ini kita dapat bernafas tanpa sesak kan? Dapat berjalan tanpa terhincut-hincut, bukan? Tak sakit pinggang, tak sakit belakang, tak sakit kepala kan? Alhamdulillah hari ini kita masih dikurniakan kesihatan. Bayangkan mereka yang sedang bertarung dengan penyakit mereka? Anak-anak kecil yang seawal usia sebulan sudah ditimpa penyakit? Allah... Besar ujian Allah untukNya. Tetapi kita? Masih boleh berada di depan laptop untuk baca entri lagi, kan...?

420990_438419799550190_271919584_n_large

Adalah satu kisah ni. Budak perempuan ni kaki dia macam terlipat gitu masa tengah main dengan kawan-kawan dia. Then seminggu jugaklah tak boleh berjalan. Mula mula panggil tukang urut, dia cakap sebulan jugak ambik masa untuk sembuh. But last sekali pergi kat doktor, doktor bagi painkiller dan beberapa lagi ubat. Alhamdulillah lepas seminggu dah boleh berjalan seperti biasa. Sakit ngilu sikit je. Tapi nak cerita masa seminggu dia tak boleh jalan tu;

  • Terpaksa solat atas kerusi, memang tak boleh duduk antara dua sujud T_T
  • Tak dapat pergi sekolah dan mengalami kebosanan melampau di rumah -.-
  • Toilet rumah dia tinggi dari lantai sebelum pintu masuk toilet (macam ada tangga), so satu hari ni dia nak masuk toilet, tak tahu nak buat macamana, dia try guna dua-dua kaki lepas tu dia terjatuh depan pintu toilet tu HUWAAAA KESIAN DIA! Tak ada orang pulak tu di sekeliling dia, last sekali dia bangkit dengan linangan air mata (ini betul tak tipu) sebab kaki yang sakit, dan melompat sebelah kaki masuk toilet :')
  • Kalau nak jalan ke mana-mana kena guna satu kaki sahaja dan melompat-lompat ala-ala kanggaru (bukan Kang Gary eh?)

Oh sungguh tak best perasaan sakit itu. Masa tulah budak perempuan tu baru terfikir tentang orang yang lumpuh, ada penyakit berkaitan kaki yang tak boleh jalan. Sobs sobs. Allah...masa tu baru nak terfikir kan...? Selama ada nikmat boleh berjalan tak pernah terfikir, kan? Identitas budak ni dirahsiakan kerana takut Aditas akan mengamuk. Eh pulak.

Baiklah. Allah dah bagi kita segala macam nikmat (yang kalau saya list kat sini jenuh la awak semua baca entri saya ni sampai pengsan), apa yang kita perlu lakukan?

"Ucaplah alhamdulillah, syukur kita kepada Allah." Haaa, gitu Raihan nyanyi. Tak susah pun, kita hanya perlu melahirkan rasa syukur kepada Allah atas segala kurniaannya ini. Ketahuilah setiap kurniaNya hanyalah pinjaman semata-mata. Kelak nanti akan kembali kepada Pencipta semuanya. Kalau Allah nak tarik bila-bila masa sahaja kerana Allah itu Maha Kuasa...faham kawan-kawan comel sekalian? Perasan lettew -.-

Tapi kebanyakan manusia sekarang ni tak reti nak bersyukur. Tak reti ke buat-buat tak reti saya pun kurang arif -.- So kita janganlah jadi 'kebanyakan manusia' ya. Kita tukarkan 'kebanyakan' tu jadi 'hanya segelintir'. After that kita boleh achieve stable octet electron arrangement kepada 'tiada', so ayat dia jadi macam ni, "Tiada manusia sekarang ni tak reti bersyukur." Jeng jeng jeng. Jadikan itu satu realiti! OHYEAH. #SemangatItuPerlu

Jadilah umat Islam yang cemerlang. SHRINGG!~ *bunyi pedang*


Nikmat paling besar ialah nikmat Islam 

Wahishna Ya Rasulullah :3

10.11.12

75248_350982968284495_2137531622_n_large

Ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan para pemimpin?
"Membela yang lemah dan membantu yang miskin," jawab Nabi.

Ya Rasulullah, apa yang harus dilakukan ulama?
"Memberi contoh yang baik dan mendukung pemimpin yang membela orang - arang lemah," jawabnya.

Ya Rasulullah ... apa yang harus dilakukan orang-orang lemah dan miskin?
"Bersabarlah, dan tetaplah bersabar.
Jangan kau lihat pemimpinmu yang suka harta
Jangan kau ikuti ulamamu yang mendekati mereka
Jangan kau temani orang-orang yang menjilat mereka
Jangan kau lepaskan pandanganmu dari para pemimpin dan ulama yang hidupnya juhud dari harta."

Ya Rasulullah...
Pemimpin seperti itu sudah tidak ada
Ulama seperti itu sudah menghilang entah kemana
Yang tersisa adalah pemimpin serakah
Yang tertinggal adalah ulama-ulama yang tamak
Banyak rakyat yang mengikuti keserakahan mereka
Ummat banyak yang meneladani ketamakan mereka!

Apa yang harus aku lakukan, Ya Rasulullah?

Ya Rasulullah!
Siapa yang harus aku angkat jadi pemimpin?
Siapa yang harus aku ikuti fatwa-fatwanya?
Siapa yang harus aku jadikan teman setia ?

"Wahai ummatku...
Tinggalkan mereka semua
Dunia tidak akan bertambah baik sebab mereka
Bertemanlah dengan anak dan istrimu saja
Kerana Allah menganjurkan,
"Wa 'asiruhunna bil ma'ruf"
Ikutilah fatwa hatimu
Kerana hadis mengatakan,
"Istafti qalbaka, wa in aftaukan nas waftauka waftauka"
Dan angkatlah dirimu menjadi pemimpin
Bukankah, "Kullulkum Ra'in, ea kullukum masulun 'an ra'iyyatihi?"

(Bayang-bayang Nabi, Kang Jaz)

Warna itu Cantik.

7.11.12

2z6ec0y_large

Assalamualaikum.

Tempoh hari saya telah menemani si sahabat, Syazwani, melaksanakan misinya yang diamanahkan oleh seorang guru. Dia harus mengambil tandatangan semua pelajar tingkatan lima untuk persetujuan membeli mesin air bagi ditempatkan di koperasi sekolah.

Memandangkan pelajar tingkatan lima berada di setiap penjuru sekolah kerana sedang rehat selepas kertas Bahasa Melayu, kami harus menjelajah sekolah itu.

Sebenarnya saya banyak lagi tugas yang perlu diselesaikan, tapi saya memilih untuk menemani Syazwani yang bersendirian. Kepala saya sudah serabut dengan kerja-kerja yang tak berkesudahan itu, lantas saya ingin merehatkan minda dengan berjalan-jalan bersama Syazwani.

Lagipun tugas-tugas saya yang lain itu tidak dapat diselesaikan pada waktu terdekat memandangkan ada sedikit masalah.

Alhamdulillah, fikiran saya sedikit tenang apabila bersama Syazwani.
Tapi, dalam diam, saya rindu sebenarnya.



Rindu apa? Rindu kepada sang kekasih? Eh? Saya sudah berpunyakah untuk merindui si dia? Tidak, bukan sang kekasih yang dirindui, malahan tidak pernah wujud seorang lelaki ajnabi pun untuk saya gelar kekasih. Syukur kepada Allah, Dia masih memelihara diri ini. Biarlah Allah yang menjadi Kekasih, dan kekasihNya yang menjadi orang yang paling dirindui.

Saya sebenarnya rindu pada saat saya bergelar 'putih' dahulu. Putih? Kulit yang putih? Maaf, bukan itu maksud saya. Putih bermaksud baju yang putih. Kalau di sekolah, berbaju putih menandakan bukan pengawas atau tidak memegang apa-apa jawatan penting di sekolah. Begitulah maksud saya. Mari saya terangkan sedikit sebanyak tentang warna baju di sekolah saya.
  • Biru - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
  • Oren - Badan Pengawas Disiplin Sekolah (BPDS)
  • Ungu - Badan Pengawas Asrama Sekolah (BPAS)
  • Kuning - Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (BPPSS)
  • Hijau - Badan Pengawas Koperasi Sekolah (BPKS)
  • Pink/merah jambu - Badan Pengawas Siber Sekolah (BPSiS)

Oh, tidak terkata betapa rindunya saya hendak meluangkan masa bersama-sama kawan-kawan saya yang bergelar putih. Terutama kawan baik saya yang seorang itu. Amat jarang sekali saya dapat luangkan masa bersama mereka ketika ini. Dulu, kami sama-sama putih. Kepala tak usah memikirkan hal-hal lain melainkan belajar. Hang out together. Itu sahaja.

Tapi...

Kini saya telah dicoret dengan warna. Warna kegemaran saya, pink. Saya sangka tugas ini mudah, tapi benarlah, amanah sememangnya berat. Pada awalnya saya hanya mencuba-cuba, jika tidak dapat saya tidak berasa apa-apa. Tetapi pada akhirnya, usaha saya yang tidak seberapa itu membuahkan hasil. Saya berjaya memberikan warna kepada baju saya.

Tumblr_md4glxnn7y1rah60to1_500_large

Jika masih anda ingat, waktu tingkatan satu dahulu saya pernah memohon untuk meng'oren'kan baju saya, tetapi tidak berhasil. Mungkin waktu itu saya tidaklah sematang sekarang. Atau memang saya tidak layak. Tak mengapa, saya terima sahaja. Itu lebih baik. Saya kekal putih sehingga saya masuk tingkatan empat.

Saya tak pernah menyesal mewarnakan baju saya ini. Tak pernah sesekali. Malah saya bangga. Saya dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan orang yang selama ini tidak pernah saya cuba dekati. Saya menemui sinar, ya sedikit sinar, tetapi biarlah sinar itu dirahsiakan. Biar Allah sahaja yang tahu. Saya mengenal erti 'usrah' yang biasanya diadakan oleh badan-badan pengawas.

Lebih lagi, saya belajar erti komunikasi dan kerjasama dalam organisasi.
Ya Allah, tak terkira syukur saya apabila saya belajar semua ini. Saya betul-betul tak sangka yang hidup saya akan bertukar 360 darjah. Bermimpikah saya?

Namun, tidaklah saya terlalu obses dengan proses pewarnaan saya ini. Ada naik turunnya. Banyak yang saya belajar. Pada waktu semuanya berjalan lancar, saya bersyukur. Tika mana hari mendung, saya belajar bersabar. Saya belajar menjadi kuat agar saya mampu memberikan inspirasi kepada orang lain.

Suatu hari, saya dilanda ujian hebat. Ya Allah, mampukah saya?

Tumblr_lnvi5kascy1qajjdco1_500_large

Pun begitu, saya tak pernah menyesal. Saya redha dengan semua ini. Pengalaman dan pengetahuan baru saya peroleh. Tidak rugi bagi saya. InsyaAllah saya tak akan menyesal. Saya hanya akan menyesal jika saya melepaskan warna ini. Jika saya menukarkan kembali warna pink ini kepada putih. Saya akan menyesal. Jika tidak sekarang, mungkin suatu ketika nanti.

Warna ini saya genggam erat di hati saya. Cintanya saya pada warna ini, tidak akan sesekali saya melepaskannya pergi. Warna ini telah memberi sesuatu pada kehidupan saya, ibarat hiasan yang menyempurnakan sebuah rumah yang gah nan indah. Biarlah warna ini, warna ini sebati dalam diri saya. Warna yang akan menjadi kenangan untuk saya nanti. Yang akan menghadirkan senyuman di tampang saya ketika saya sedang durja.

Bagi saya, warna ini amanah.
Dan amanah ini benda paling berat kat dunia ni.

Sesungguhnya saya tidak menyesal, hanya merindui saat saya putih dahulu. Saya rindu kawan-kawan putih saya. Sekarang, saya lebih kerap menghabiskan masa dengan kawan-kawan saya yang berwarna-warni. Kalau dulu, saya tidaklah serapat mana dengan mereka yang berwarna-warni kecuali Ainul dan Sabrina. Yang lain itu semuanya kawan saya yang tidak berwarna, sama putihnya seperti saya.


Saya yakin Allah akan kuatkan saya. Saya tahu Allah takkan uji saya lebih dari apa yang saya mampu. Biarlah menanggung rindu pun, tetapi natijahnya nanti pasti lebih baik dan cerah. Saya redha. Allah dah tetapkan segala-galanya buat saya. Yang penting sekarang ini, saya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi.

Jika diamati kembali, ingatkah anda siapakah saya pada November tahun lepas?

Kini...siapakah saya? Seorang yang sangat berbeza dengan diri saya pada tanggal 2 November 2011.

Jarak masa hanya satu tahun mampu mengubah apa-apa sahaja, hanya kerana "Kun faya kun," oleh Allah. Tanpa disedari, kita merancang, tetapi Allah yang menetapkan segala-galanya. Semuanya telah termaktub di luh mahfuz sejak azali lagi.


Itulah cerita saya pada tahun ini. Semuanya telah berubah dengan kuasaNya. Siapa sangka hari ini saya begini? Saya berkongsi rasa yang sama dengan kawan saya, iaitu Syafiqah. Tetapi bajunya oren kini. And she is luckier than me, for some oblivious reasons I cannot tell. And maybe there are two other persons who are going through the same situation.

Saya harap kita kuat. Semoga Allah bagi kekuatan kepada kita.

Bersyukurlah dengan apa yang ada 

Makna Sebuah Ibtisam.

3.11.12

Petang itu, aku masih di sekolah. Aktiviti yang kami anjurkan masih berjalan. Sebagai pemantau, aku harus memastikan aktiviti berjalan lancar. Lalu aku meninjau-ninjau kawasan yang berkenaan.

Aktiviti yang kami anjurkan, sebuah permainan yang punya tempat permulaan atau 'Starting Point' dan penamat, 'End Point'.

Rasanya sudah tiba waktu untuk aku pulang. Lagipun, telah aku khabarkan kepada sepupuku untuk mengambilku pada jam 5.00 petang. Jam telah menunjukkan pukul 4.45 petang. Selebihnya boleh diuruskan oleh ketuaku, yang tidak tahu aku dia memantau ke mana-mana.

Laluan yang kuambil kebetulan harus melalui 'Starting Point' (juga 'End Point'nya), yang aku terlihat seseorang sedang bertungkus-lumus menunggu para peserta tiba. Sibuk nampaknya. Wajah seriusnya aku amati dari sudut tepi.

'Bagus, komited dengan kerja.' ujarku dalam hati.

Sememangnya aku sangat suka dengan anak-anak buah yang komited sebegini. Kerana, untuk mencari seseorang yang setia dan rajin seperti itu amatlah payah. Bangga aku, ketuanya.

Aku berhenti 4 meter darinya, memandangkan jarak harus dijaga dengan ajnabi. Teragak-agak untuk menegur, berasa mengganggu tugasnya. Dan setahu aku, dia ini sangat menjaga ikhtilatnya dengan ajnabi. Tapi memandangkan aku bertanggungjawab terhadap aktiviti ini, kuberanikan diri menyapa. Suaraku sedikit serius dan wajahku tidak mempamerkan sebarang senyuman kerana aku menghormatinya.

"Semua dah beres?" soalku dengan wajah biasa-biasa.

Lantas dia yang kesibukan menguruskan itu ini, mendongak dan memandangku. Tanpa semena-mena, senyuman terukir di wajahnya yang sebelumnya serius semacam. Terserlah sinar yang aku tidak tahu hendak tafsir. Betul-betul...shining brightly.

Aku terkejut. Benar-benar terkejut. Kaku di situ. 'Mengapa dia tiba-tiba senyum sebegini?' dup dap dup dap jantungku.

Ops, jantungku! Mohon bersabar.

"Ya, sedikit je lagi," ujarnya. Wajahnya kemudian tertunduk malu, tangan lincah membuat tugasan. Senyuman masih setia di tampangnya. Pipinya terserlah merah pada kulitnya yang cerah.

OH.

Cerita di atas tiada kena-mengena dengan yang telah hidup atau meninggal dunia.

Tumblr_mcv7s4xss01rkn7q2o1_500_large

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Eh eh oh oh ops? Apa khabar semua? Saya harap anda sihat walafiat plus plus. Finally final exam dah melabuhkan tirainya. Sedih rasanya *eh Sedih sebab lain sebenarnya ni. Kwakwakwa. Oh, by the way (or BTW), hari ini saya update atas gesaan fanatik blog saya iaitu... Jeng jeng jeng... Tunggu aaa tunggu *guna suara Jarjit*....
Haha. Dari semalam lagi kot. Eh ke pagi tadi? Entah ah. Aku janji dengan dia by tonight aku akan update. But tadi aku kena teman Kakak aku ambik Abang, Kak Asnie and Bareera dekat airport. Wee, Bareera balik :3 Tengok dia teringat Nyan Cat. Serius -_-" Dahlah baju dia pakai tu comell. Kat bottom tu ada ekor beruang. Hood dia ada telinga beruang. Miaow. Super comell. Ahahaha.

Dan tetiba jumpa Wani dekat airport. Ngahaha. The Red Wani. #maintain macho all the time ;P

So amacam nukilan aku kat ataaas sekali tuh? Di malam yang hening lagi melentokkan kelopak mata ni (tiga hari akhir final exam, aku langsung tak boleh lelap), aku nak tulis something berkaitan dengan senyuman. In English, the word is SMILE. In Arabic, it is called IBTISAM.

Wait, I know you guys are thinking like, "Whaaaaaaaaaaat? That story up there is NOT mainly describing about SMILE!" kan? Hmmm. Memang pun. Hahahahaha. Crystal clear yang story kat atas tu tentang someone yang terkejut dengan senyuman yang diberikan kepadanya sehingga Mr Jantung berdegup kencang dan Mrs Hati tak keruan. Oh, baiklah.

Tapi, cuba bayangkan diri anda berada di tempat 'aku' itu. Tengah-tengah orang tu buat tugasan *dengan wajah serius, kemudian bila korang tegur, wajah dia 'cheer up' macam...macam...macam....nampak sesuatu yang amatlah disayangi dan dirindui. Berbunga tak hati? Of course la kan. Nak nak kalau senyuman tu memang nampak ikhlas dari sudut hati yang paling dalam dan of all people yang akan senyum kat kita, tak sangka lah pulak orang tersebut yang akan senyum sampai sebegitu rupa.


Ohh, jangan perlekehkan senyuman ni tau. Even though it's just an upward curve of the mouth lines, it can mean a lot to many people. Nampak je remeh senyuman ni, tapi....who knows?

Imagine you're in the time of dire and blackness. Full of raging emotions. Walking past people and buildings without really noticing them. And then your eyes wander around for nothing and.....

You meet a person's face.

The person is smiling with great tenderness. Filled with love and passion. And maybe some gratitude.

Your heart, which was formerly beating furiously, slows down to its normal beat. Because, without you noticing it, the person's smile flew through the air, dissolved itself into you. Into every little part of you. Yes, you can imagine that.

In the end, you smile back.


Walaupun seseorang itu hanyalah stranger, tapi senyumannya yang ikhlas tu mampu menyejukkan hati-hati yang sedang bergelora, memberontak. Hanya sebuah pergerakan di bahagian muka, dapat mengubah keadaan hati seseorang itu! Alangkah hebaatttnya! Rasa macam ohhh ada orang senyum dekat akulah, hihi, thanks kepada orang itu, lega sikit hati ini! Ahaks! *takdela sampai gedik macam ni ohoiii hoi!*

So, senyumlah selalu yer. Elakkan senyum sinis, senyum penuh kejahatan *eh dan senyuman menggoda. Bak kata orang Terengganu, SENYUM SOKMO! Kalau tak senyum, nanti cepat tua! #Rekaan semata-mata oleh penulis blog ini jadi sila jangan percaya uhuk

Holiday is on its way. SPM is definitely next year, no doubt on that. And a big task ahead of me. InsyaAllah I'll do my best. Istiqomah is needed desperately. 2013 will go well, if Allah wills it. Barakallah, nafsi! ;3

Senyum itu S.E.D.E.K.A.H.