Warna itu Cantik.

2z6ec0y_large

Assalamualaikum.

Tempoh hari saya telah menemani si sahabat, Syazwani, melaksanakan misinya yang diamanahkan oleh seorang guru. Dia harus mengambil tandatangan semua pelajar tingkatan lima untuk persetujuan membeli mesin air bagi ditempatkan di koperasi sekolah.

Memandangkan pelajar tingkatan lima berada di setiap penjuru sekolah kerana sedang rehat selepas kertas Bahasa Melayu, kami harus menjelajah sekolah itu.

Sebenarnya saya banyak lagi tugas yang perlu diselesaikan, tapi saya memilih untuk menemani Syazwani yang bersendirian. Kepala saya sudah serabut dengan kerja-kerja yang tak berkesudahan itu, lantas saya ingin merehatkan minda dengan berjalan-jalan bersama Syazwani.

Lagipun tugas-tugas saya yang lain itu tidak dapat diselesaikan pada waktu terdekat memandangkan ada sedikit masalah.

Alhamdulillah, fikiran saya sedikit tenang apabila bersama Syazwani.
Tapi, dalam diam, saya rindu sebenarnya.



Rindu apa? Rindu kepada sang kekasih? Eh? Saya sudah berpunyakah untuk merindui si dia? Tidak, bukan sang kekasih yang dirindui, malahan tidak pernah wujud seorang lelaki ajnabi pun untuk saya gelar kekasih. Syukur kepada Allah, Dia masih memelihara diri ini. Biarlah Allah yang menjadi Kekasih, dan kekasihNya yang menjadi orang yang paling dirindui.

Saya sebenarnya rindu pada saat saya bergelar 'putih' dahulu. Putih? Kulit yang putih? Maaf, bukan itu maksud saya. Putih bermaksud baju yang putih. Kalau di sekolah, berbaju putih menandakan bukan pengawas atau tidak memegang apa-apa jawatan penting di sekolah. Begitulah maksud saya. Mari saya terangkan sedikit sebanyak tentang warna baju di sekolah saya.
  • Biru - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
  • Oren - Badan Pengawas Disiplin Sekolah (BPDS)
  • Ungu - Badan Pengawas Asrama Sekolah (BPAS)
  • Kuning - Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (BPPSS)
  • Hijau - Badan Pengawas Koperasi Sekolah (BPKS)
  • Pink/merah jambu - Badan Pengawas Siber Sekolah (BPSiS)

Oh, tidak terkata betapa rindunya saya hendak meluangkan masa bersama-sama kawan-kawan saya yang bergelar putih. Terutama kawan baik saya yang seorang itu. Amat jarang sekali saya dapat luangkan masa bersama mereka ketika ini. Dulu, kami sama-sama putih. Kepala tak usah memikirkan hal-hal lain melainkan belajar. Hang out together. Itu sahaja.

Tapi...

Kini saya telah dicoret dengan warna. Warna kegemaran saya, pink. Saya sangka tugas ini mudah, tapi benarlah, amanah sememangnya berat. Pada awalnya saya hanya mencuba-cuba, jika tidak dapat saya tidak berasa apa-apa. Tetapi pada akhirnya, usaha saya yang tidak seberapa itu membuahkan hasil. Saya berjaya memberikan warna kepada baju saya.

Tumblr_md4glxnn7y1rah60to1_500_large

Jika masih anda ingat, waktu tingkatan satu dahulu saya pernah memohon untuk meng'oren'kan baju saya, tetapi tidak berhasil. Mungkin waktu itu saya tidaklah sematang sekarang. Atau memang saya tidak layak. Tak mengapa, saya terima sahaja. Itu lebih baik. Saya kekal putih sehingga saya masuk tingkatan empat.

Saya tak pernah menyesal mewarnakan baju saya ini. Tak pernah sesekali. Malah saya bangga. Saya dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan orang yang selama ini tidak pernah saya cuba dekati. Saya menemui sinar, ya sedikit sinar, tetapi biarlah sinar itu dirahsiakan. Biar Allah sahaja yang tahu. Saya mengenal erti 'usrah' yang biasanya diadakan oleh badan-badan pengawas.

Lebih lagi, saya belajar erti komunikasi dan kerjasama dalam organisasi.
Ya Allah, tak terkira syukur saya apabila saya belajar semua ini. Saya betul-betul tak sangka yang hidup saya akan bertukar 360 darjah. Bermimpikah saya?

Namun, tidaklah saya terlalu obses dengan proses pewarnaan saya ini. Ada naik turunnya. Banyak yang saya belajar. Pada waktu semuanya berjalan lancar, saya bersyukur. Tika mana hari mendung, saya belajar bersabar. Saya belajar menjadi kuat agar saya mampu memberikan inspirasi kepada orang lain.

Suatu hari, saya dilanda ujian hebat. Ya Allah, mampukah saya?

Tumblr_lnvi5kascy1qajjdco1_500_large

Pun begitu, saya tak pernah menyesal. Saya redha dengan semua ini. Pengalaman dan pengetahuan baru saya peroleh. Tidak rugi bagi saya. InsyaAllah saya tak akan menyesal. Saya hanya akan menyesal jika saya melepaskan warna ini. Jika saya menukarkan kembali warna pink ini kepada putih. Saya akan menyesal. Jika tidak sekarang, mungkin suatu ketika nanti.

Warna ini saya genggam erat di hati saya. Cintanya saya pada warna ini, tidak akan sesekali saya melepaskannya pergi. Warna ini telah memberi sesuatu pada kehidupan saya, ibarat hiasan yang menyempurnakan sebuah rumah yang gah nan indah. Biarlah warna ini, warna ini sebati dalam diri saya. Warna yang akan menjadi kenangan untuk saya nanti. Yang akan menghadirkan senyuman di tampang saya ketika saya sedang durja.

Bagi saya, warna ini amanah.
Dan amanah ini benda paling berat kat dunia ni.

Sesungguhnya saya tidak menyesal, hanya merindui saat saya putih dahulu. Saya rindu kawan-kawan putih saya. Sekarang, saya lebih kerap menghabiskan masa dengan kawan-kawan saya yang berwarna-warni. Kalau dulu, saya tidaklah serapat mana dengan mereka yang berwarna-warni kecuali Ainul dan Sabrina. Yang lain itu semuanya kawan saya yang tidak berwarna, sama putihnya seperti saya.


Saya yakin Allah akan kuatkan saya. Saya tahu Allah takkan uji saya lebih dari apa yang saya mampu. Biarlah menanggung rindu pun, tetapi natijahnya nanti pasti lebih baik dan cerah. Saya redha. Allah dah tetapkan segala-galanya buat saya. Yang penting sekarang ini, saya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi.

Jika diamati kembali, ingatkah anda siapakah saya pada November tahun lepas?

Kini...siapakah saya? Seorang yang sangat berbeza dengan diri saya pada tanggal 2 November 2011.

Jarak masa hanya satu tahun mampu mengubah apa-apa sahaja, hanya kerana "Kun faya kun," oleh Allah. Tanpa disedari, kita merancang, tetapi Allah yang menetapkan segala-galanya. Semuanya telah termaktub di luh mahfuz sejak azali lagi.


Itulah cerita saya pada tahun ini. Semuanya telah berubah dengan kuasaNya. Siapa sangka hari ini saya begini? Saya berkongsi rasa yang sama dengan kawan saya, iaitu Syafiqah. Tetapi bajunya oren kini. And she is luckier than me, for some oblivious reasons I cannot tell. And maybe there are two other persons who are going through the same situation.

Saya harap kita kuat. Semoga Allah bagi kekuatan kepada kita.

Bersyukurlah dengan apa yang ada 

Comments

  1. ye ah, fi. kalu sy tk wrne skrg, msti sy lain skrg ni. tp Allah nk sy berubah :D

    ReplyDelete
  2. biarkan warna2 itu sentiasa menerangi dirimu...jgan biarkan ianya mnjadi pnghalang bgi kegembiraanmu =)
    salam cita dariku <3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers