Memori Kem Kepimpinan 2012


Assalamualaikum! Walaohh! Dah berapa minggu aku tak hapdet ni?! Oh baru seminggu lebih *malunya* wahaha. Rasa macam 14 bulan point lima tak update ini punya blog. Takpelah tak update pun sebab takda orang baca sangat pun ---.--- Yang baca pun cuma makcik Syafiqah yang warna oren tuh XD HAI PIQAH! HAI HAI HAI HAI! *tiada motif jelas*

Ok dah sudah.

Aku baru je tengok Facebook. Bukak group yang ditubuhkan untuk peserta-peserta Kem Kepimpinan tahun lepas. Bila aku tengok tengok balik, rasa sangat comel dan shweet gila. Dengan gambar fasilitatornya, dengan komen-komen seperti, "Comelnya.." sungguh menghiburkan sanubari ini *wah ayat xD* And then bila dah terhibur hati tu, terasa lah satu perasaan yang tak berapa aneh, RINDU.

Sebenarnya kem kepimpinan ni best. Bukan sebab nak riya' ke menunjuk-nunjuk ke apa yang kita ni pemimpin (hello please takde kerja lain ke -.-), walaupun setiap daripada kita ni memang pemimpin pun. Khalifah Allah di muka bumi. Kem kepimpinan ni seronok sebab kita dapat pengalaman, yalah mana-mana kem pun memang akan ada pengalaman. Selain pengalaman, kita dapat kenangan.

Dan yang aku rasa paling best, ialah ukhuwah atau persahabatan yang terjalin sepanjang kem tu. First time aku pergi kem kepimpinan ialah time aku darjah lima, di Peladang Setiu Agro Resort. Aku dan Iqbal wakil sekolah rendah aku tu. Time tu pakai baju biru, so bajet MPP lah sikit. Wahahaha. *padahal dulu tak pernah tahu pun kewujudan MPP* But masa tu, kem tu aku rasa tak best sebab aku takde kawan.

Aku memang susah adapt dengan suasana kalau tak ada kenalan rapat.

545285_505689562781857_873082722_n_large

Lagipun dulu sekolah rendah, ilmu pun tak seberapa mana lagi, apatah lagi ilmu agama, so rasa janggal dan tak selesa rasa nak balik rumah tu memang menguasai diri tambah-tambah pulak diri ini anak bongsu kesayangan keluarga -.-" Dan Ummi & Walid tak datang jenguk pun (sebab jauh, okay). Biasanya kalau aku pergi jauh dari keluarga dua tiga hari, parents or siblings aku akan jenguk *muka comel*.

Ya, aku anak bongsu, memanglah macam ni. Semua orang sayang tau. *flips mouse*

Okay kita teruskan dengan kem kepimpinan seterusnya -_- Masa Form 2 aku pergi kem. Tak pasti kem tu diklasifikasikan kepimpinan atau tidak. Kem Remaja Islam SHAMS. Memang khas untuk Form 2 setiap tahun dikendalikan oleh Badan Pengawas Form 4. Kem tarbiyyah kot ni. Ok, aku tak nak cerita panjang tentang kem ni. Kebiasaannya orang akan mengelak dari bercerita mengenai kem ni xD Cuma just nak cakap yang aku sekumpulan dengan Dini (and Dini ketua kumpulan) tapi Dini tak ingat pun aku satu kumpulan dengan dia. DAHLAH SATU DORM JUGAK! Zzzz.

Bila masuk Form 4, aku apply mintak jadi pengawas siber. So dipendekkan cerita aku jadilah pengawas. Awal awal tu aku tak paham lagi tugas pengawas siber ni tapi alhamdulillah, setelah bekerjasama dengan pengawas siber yang lama iaitu Aisyah, Afwan, Fatah dan Syed (diorang ni je yang selalu muncul u.u) barulah aku paham sedikit sebanyak. Lagipun sebagai biro perhimpunan, Kak Jijie, Kak Eqah, Hafiq and Fawwaz sentiasa ada untuk bantu buat kerjaan *tangan ke bawah mata ke bawah*.


Degung degang degung degang, tibalah masanya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Tertinggi (MT) Form 5 untuk meletak jawatan kerana SPM semakin hampir *cewah ayat ;p*. So kena cari pelapis, sebab tulah kem kepimpinan untuk pengawas-pengawas Form 4 digiatkan -___-" So first kem kepimpinan aku ialah Kem Bangkit Bangsa yang diadakan di err err aku tak ingat, tapi yang aku ingat dekat Marang..kot? xD

BESSSST kem ni! Hihihi. Walaupun tak sebilik dengan Auni atau Nadhirah atau Ainul atau Athirah (seriously?! seramai-ramai kawan baik aku tu seorang pun tak sebilik zzzz). Nasib baik...EH?!?! AKU SEBILIK DENGAN PIQAH! HAIIIII PIQAH AGAIN! XD Sebilik lagi dengan Ain Izzati (koperator) dan adik Ainatul Afifah (ganti orang yang tak dapat hadir). Walaupun keadaan bilik agak uzur, kiteorang enjoy je... *walaupun ada orang hidung berdarah esoknya tu -.-*
Kem Bangkit Bangsa tu peserta agak ramai, setiap badan pengawas ada 10 orang. Badan pengawas ada 5, so 50 orang plus dengan MPP tujuh orang dan MPP Form 6 dua orang. Kira ramai-lah tu.
After that, muncullah pulak Kursus Kepimpinan Pelajar 2012 untuk MPP dan empat orang wakil dari setiap badan pengawas. KEM NI SANGAT BEST SANTAI GILA COMEL SANGAT! Hahaha. Kem ni buat kat sekolah je. Ramainya fasilitator yang conduct kem ni alumni yang tengah belajar di Timur Tengah (y) Slot yang ada, best! Slot bersama Hilal Asyraf pun ada (mohon jangan jeles xD). Tapi takyah jeles sangat, aku tak se'eksaited' semua orang apabila nama Hilal Asyraf disebut.

Kemudian ada permainan yang mencuit hati! Yang diambil dari gameshow Running Man. Yang Hunter tu. Aku main dengan penuh semangat #TeamAuni xD And then CF (one of the hunters) kejar aku, aku lari semangat gila last sekali kena tembak pongggg kalah x.x Kesannya dari permainan game itu, seluruh peserta Kursus Kepimpinan menonton rancangan Running Man kecuali aku ._. *and please, korang jangan nak comment plak "FIFIEY! TRY LA TENGOK! BEST LA RANCANGAN TU!"*



Lol, aku memang tak suka Korea. Sorry to say -.- Sebab aku tak paham bahasa diorang. Drama diorang aku tengoklah kadang-kadang, kalau aku berkenan. Ramai kawan aku yang suruh aku tengok, menggalakkan agar aku cuba menonton Running Man. But no. Not in my seventeen years. Not in the future, insyaAllah. Lemme be who I am, I want to stay me, being different from other people ;)

You know, I miss those times when things that I searched and googled had nothing to do with K-pop or Korean.


Hmm k. Memang melencong. Tapi just nak bagitahu onak duri dalam mencari bahan untuk entri ini, sekian.

Baiklah, mari kita kembali ke topik asal.

Jadi, natijah aku cerita pasal kem kepimpinan ni untuk mengenang memori lalu. Kalau diikutkan memang sangat manis sampai semut pun tak berani kacau -.- Aku suka kem-kem macam ni. Actually semakin kita menjangkau usia tua (takdelah tua sangat *ayat penyedap hati*) semakin kita akan appreciate setiap apa yang berlaku ke atas kita. Kalau dulu, kawan dengan orang-orang tertentu je. Sekarang ni pusing kiri sahabat till jannah, pusing kanan pun sahabat till jannah jugak. :)

Sepanjang Kem Bangkit Bangsa, aku berkepit dengan ramai orang jugak. Kalau tak Nadhirah, aku berkepit dengan 'Ainul atau Farah Hanim (this is my sweet little sister, one year younger). Tambahan orang yang aku berkepit ialah Tengku Nadhirah (yang ni senior ai 400 tahun xD just kidding :P), she was one of the facilitators xD Nama glemer dia Kak Didi muahaha --' Dengan Auni pun ada jugak, tapi jarang dapat bersama sebab jadual sangat padat.

Kat Kursus Kepimpinan, yang aku bertempek tak nak berpisah semestinya Auni Baharin! -_- Rasa macam belangkas pulak, ke mana-mana sahaja aku pergi, dia ada. Dia pergi mana-mana, adalah muka Fatin Athirah berdekatan xD Yang secondnya Nadhirah Ali.... Alahh tapi dengan Auni jugak paling rapat gila babengggg! Sampai masa yang kiteorang kena skip slot untuk masuk kelas pun dengan Auni, love youuu :x

Seeeee? Dulu aku tak layan pun si Auni tuh (kejam, bukan?). Nadhirah Ali tu aku jeling sekilas je sepanjang berada di SMKA Sheikh Abdul Malek. WHAT HAPPENED THEN?! And back then I was in 4 Bukhari, together with those two :') Now I'm in 5 Muslim, they're in 5 Bukhari. Walaupun jarak tu taklah sampai 2 meter pun, tapi tak macam dulu. Dulu pusing belakang boleh kacau Nad Ali, tengok seberang boleh buat gaya kat Auni xD

Tumblr_mfc5lquzzz1qb8ig4o1_500_large


Oh the memories back then. Terngiang-ngiang lagi masa kat Kursus Kepimpinan. Memang sempoi gila and best! Rasa macam nak stay kat kem tu sampai bila-bila! :x Happy and enjoy je masa tuh :)) Even tho Kakti dan 'Ainul tak ada untuk aku kacau diorang setiap masa ---.--- Tapi orang lain ramai lagi xD Rindu dengan fasi-fasi yang asyik buat lawak tak kira masa, buat letih aku gelak jeeee -___- Masa sesi debat, pengawas asrama buat lawak dia dengan letak peribahasa sebanyak mungkin xD

Teringat pulak sesi debat sendiri, cyber lawan koperasi.
Ariff (koperator): Jadi pihak pembangkang boleh silakan keluar dari dewan ini.
Fasi (speaker): Baiklah, terima kasih. Tidak dibenarkan sesi halau menghalau dalam dewan ini.
XDDD

And then ada satu part tu, aku suruh Sabrina tanya pasal rantai yang kukuh yang menjadi pertahanan Konstantinopel. Ada ke pengendali slot tu jawab, "Kenapa, awak nak buat barang kemas awak ke?" Terkial-kial Sabrina dekat situ. Aku pulak buat-buat tak nak suka xD K, aku sepanjang masa duduk barisan paling hadapan, sebelah Sabrina dan Adni. Kalau ada gambar diambil dari depan, mustahil aku takda xD

E0a9f55e0012106f50fab1ef_large

Nanti insyaAllah kalau aku jadi alumni, aku ajak kawan-kawan aku buat kem semacam ini untuk adik-adik! Semangat ni tau! :) JOM PIQAH JOM?! *dan kepada orang yang baca ni jugak, saya sebut Piqah sebab hari-hari dia jumpa saya mesti ada je perkataannya tentang blog saya yang comel lagi gorrrrrrrrrrrrrrrrjes ini* Hihihi. InsyaAllah kalau umur masih panjang dan Allah bagi kesempatan. Biiznillah ^_^

Ya Allah...cakap pasal memori ni kan.... Tinggal setahun lagi aku kat SHAMS. SMKA Sheikh Abdul Malek. Tak sangka waktu cepatttt sangat berlalu. Kalau diingatkan, macam baru semalam je aku berkenalan dengan 'Ainul. Macam baru minggu lepas je Alya dan Sabrina kacau aku buat nota Sejarah masa waktu PJ in Form 1. Rasa macam bulan lepas aku dapat tawaran masuk SMKA Sheikh Abdul Malek. Rasa macam hari ni aku tengah prepare untuk exam pertengahan tahun Form 1.

Apa aku nak buat kalau aku dah tak di SHAMS nanti? Ke manakah akanku cari lagi pencerah sinar SHAMS yang ada dalam diri aku ni? Sebulan cuti punnnnlahhh rasa macam zzz.......... Mesti nanti aku rindu cikgu-cikgu semua. Macam aku rindu cikgu-cikgu sekolah rendah aku, tapi tak berkesempatan nak menjenguk kerana tugas sebagai pelajar SMKA.
Macam mana nanti kalau aku dah jadi mahasiswi universiti aku dah tak ada masa nak jenguk SHAMS? Nak jenguk cikgu-cikgu aku? HOW........?!
Setahun. Tak sampai setahun pun. Adalah dekat 10 11 bulan lagi. Tup tup dah SPM. And what about us? The friendship...? Tak semua nanti akan ambik bidang aliran sama. Ada nak jadi engineer, ada nak jadi doktor, nak jadi cikgu nak jadi peguam nak jadi arkitek nak jadi consultant nak jadi petani jaya nak jadi ahli sejarawan nak jadi arkeologis nak jadi usahawan bisnesman berjaya.... Setiap pertemuan akan ada perpisahan. :'(

84465please_large

For A Thousand More 

Comments

Popular Posts