Pernahkah kita?

27.2.13

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


Sihat ke? Alhamdulillah kalau sihat. Kalau tak sihat, Allah nak kurangkan dosa kitalah tu. Don't worry be happy kay? Allah is always with us. Jangan lupakan Allah tau. Selalu ingat Allah. Jangan sesekali membelakangkan Allah dalam urusan kita setiap hari. Sebab Allah tu suka sangat kalau kita harapkan Dia selalu. Allah suka...kita mengadu kat Dia. Allah suka...kita mintak kat Dia.

Pernah tak terfikir? Kita selalu mintak macam-macam dengan Allah. Allah tak pernah tak bagi. Bagi bagi bagi bagi dan terus bagi... Lambat atau cepat, Allah tetap akan bagi kat kita. Kita mintak dengan Allah nak berjaya dalam UPSR, Allah bagi... Ingat lagi tak dulu kita selalu solat hajat kat sekolah dengan ustaz ustazah kawan-kawan semua setiap pagi baca Yassin semata-mata untuk 5 butir A tu?

Kita mintak nak dapat 8A/9A dalam PMR, kita dapat kan? Allah bagi jugak kan? Setiap pagi kumpul ramai-ramai solat hajat, sekali bawak mak ayah. Masa hari exam, mak ayah ada sekali baca Yassin dengan kita, kita mintak dengan Allah supaya kurniakan kita kecemerlangan dalam PMR. Allah bagi ke tak? Bagi kan...? Allah...

Tumblr_mh9qj09drg1qbah6ko1_500_large

Hari-hari dalam doa kita, kita mintak dimudahkan urusan, dimurahkan rezeki... Allah bagi jugak kan? Hari-hari rezeki kita murah. Dapat itu ini. Semua Allah bagi. Urusan kita berjalan lancar. Semua atas kehendak Allah, sebab Allah nak bagi kita semua tu. Kita pohon lagi, kita nak berjaya dalam pelajaran... Allah bagi. Kita mintak kawan-kawan, sahabat-sahabat yang baik, Allah bagi jugak...

Kita doakan mak ayah kita sentiasa sihat, diberkati... Allah beri... Allah beri... Mak ayah kita sihat, hari-hari boleh bekerja untuk sara kita, besarkan kita, didik kita. Semua Allah yang bagi kekuatan dan kesihatan untuk mereka. Lepas tu kita mintak handphone, laptop, kamera, dengan mak ayah kita, diorang bagi, semuanya sebab Allah nak bagi kat kita. Kalau Allah tak nak bagi, Allah tak bagi kan...

Lagi... Kita mintak dengan Allah supaya kita sihat sentiasa... Allah beri jugak. Bagi lagi bagi lagi. Kita pun sihat. Sihat cergas boleh bermain-main dengan kawan-kawan di padang. Kita mintak menang dalam pertandingan... ALLAH BAGI! Kita gembira ya amat. Allah gembiranya menang pertandingan bahas...pertandingan pidato...pertandingan itu, pertandingan ini...

Tumblr_mic6pmmsmz1r4cc7ao1_500_large_large

Banyaknya Allah bagi kat kita... Kita sedar tak betapa banyaknya kurnia Allah kat kita ni?

Sedar, tapi? Kalau Allah tak bagi, kita buat apa? Kita terus meminta ke? Nak berhenti mintak? Nak putus asa dah? Kita pernah fikir tak kenapa Allah tak nak bagi lagi kat kita apa yang kita mintak tu? Kita nak salahkan Allah ke sebab Dia tak bagi? Tak nak fikir ke apa yang buat doa kita ada hijab dengan Allah?

Kita berusaha tak untuk dapatkan apa yang kita minta tu? Usaha sungguh-sungguh tak? Kalau betul usaha sungguh-sungguh, Allah tak bagi jugak...adakah kita nak putus asa? Mungkin Allah nak uji kita. Mungkin jugak Allah tak nak kita riya'. Dan banyak lagi mungkin...sebab tu rahsia Allah. Ikut suka Allah-lah nak bagi ke tak nak kat kita... Tapi, Allah tetap tengok usaha kita. Jangan putus asa!

45060_386967031391344_1317957297_n_large

Kita bersyukur tak selama ni kalau Allah bagi apa-apa kat kita? Kalau gembira kita ingat Allah tak? Ke kita ingatkan kawan-kawan, keluarga je? Allah yang bagi kita kegembiraan tu kita tak hirau langsung? Allah tunggu kita... Nak kita ingat Dia waktu susah...waktu senang... Bukan ingat Dia waktu susah je, waktu kita nak something je... Allah standby je, tunggu kita datang kat Dia...

Kita sedih, kita mengadu tak kat Allah? Ke mengadu kat boyfriend? Mak? Ayah? Kakak? Abang? Kawan-kawan? Kita pernah tak solat, dalam sujud terakhir tu kita mengadu sungguh-sungguh kat Allah...? Dalam doa kita sungguh-sungguh kita mengadu.... Allah standby je, tunggu dan dengar kita mengadu kat Dia... Akan ada kebahagiaan yang Dia kirim nanti, tunggu kita mintak je...

Pernah tak kita mintak ampun atas dosa-dosa kita dengan Allah? Allah tunggu kita tau... Minta ampun dengan Dia. Dia tunggu.... Setia menunggu... Pernah tak kita duduk sorang-sorang, termenung...ingatkan dosa-dosa kita dengan Allah? Banyak sangat kan? Tak terkira. Hari-hari buat dosa. Kita mintak dengan Allah supaya diampunkan dosa kita tu... Allah ampun tak? InsyaAllah, Allah ampunkan... Allah bagi peluang untuk kita berubah.

Tumblr_mhg1rbgnz61rjup7yo1_500_large

Sedangkan kita, kalau orang buat salah hari-hari dengan kita, mampu ke kita maafkan? Tak kan?

Tapi ALLAH! Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Pengampun.... Ampunkan jugak dosa kita walaupun bertimbun-timbun ni hah... Apa lagi yang Allah tak bagi kat kita... Nak Allah bagi apa lagi kat kita supaya kita sedar...supaya kita bersyukur yang Allah dah bagi banyak benda dekat kita...

Allah bagi mak ayah kita. Allah bagi sahabat-sahabat kita. Bagi pinjam. Kalau Allah tak bagi pinjam? Kita nak survive sorang-sorang ke? Allah bagi teknologi. Allah bagi AKAL untuk teknologi. Allah bagi pancaindera. Kalau tak, boleh ke anda membaca sekarang ni? Boleh ke saya menaip entri ni? Allah bagi... Allah bagi lagi... Cuba kalau Allah tak bagi, merungut kan kita... Memang manusia kan suka merungut...

Allah bagi kita hidup lagi hari ni. Bagi nyawa. Bagi oksigen untuk kita. Tanpa izin Allah, kita boleh hidup ke hari ni? Allah bagi...! ALLAH BAGI!

Tumblr_mikcp8ur0b1rrpnhgo1_400_large

Tapi kalau Allah tak bagi...kita merungut. Kata Allah tak adil, itu dan ini... Padahal selama ni Allah bagi macam-macam kita tak sedar.... Kita buat-buat tak sedar.... Kita buat-buat lupa.... Sebab kita tak cuba nak kenal Allah... Kita cuba kenal artis-artis je... Artis omputeh... Artis Korea... Penyanyi pelakon kita kenal... Kita tak nak kenal dengan alim ulama' yang akan kenalkan kita dengan Allah... Kita tak nak, kita kata kita tak ada masa untuk itu semua...

Allah bagi musibah, kita merungut lagi T_T Kenapa jadi begini kenapa... Sekali sekala Allah nak uji hamba-hambaNya, nak express sayang Dia kat kita... Tapi kita? Merungut, menyumpah seranah... Entahlah apa yang kita nak sebenarnya... Semua Allah dah bagi, tapi tetap tak bersyukur, tak sedar... Tetap tak nak buat apa yang Allah suruh... Allah suruh dua benda je; taat perintah Allah dan jauhi larangan Allah. Dua tu je, pun tak boleh buat... Hai manusia manusia...

Allah suruh kita belajar agama, sibuk duk utamakan pelajaran lain. Agama last sekali. Kan?! KAN? Dah habis, tamat Biologi, Kimia, Fizik sampai grad dah jadi dokter, masa tu baru nak cari agama kan? Tak pun tunggu tua nanti, baru nak cari agama? Rendahnya tahap ingatan kita kepada Allah... Dunia first, Allah last... Padahal dunia tak bagi apa-apa pun kat kita, yang MEMBERI semuanya Allah... Tapi dunia jugak yang jadi perkara nombor satu.

550807_10151251130866163_140753422_n_large

Mesti korang semua rasa macam mendadak je entri ni kan... Memang mendadak pun. Aku terpikir tadi kenapa Allah tak bagi kat aku satu benda ni walhal dah lama aku mintak, Allah tetap tak beri kat aku. Aku memang jauh dari Allah selama ni, buat dosa banyak sangat (of course). Jarang jarang je cuba merapatkan diri dengan Allah. Usaha untuk mendapatkan benda tu pun aku tak buat sangat. Habis tu macamana Allah nak bagi...ye dak? Aku nak berputus asa, geram kenapa Allah tak bagi bagi lagi ni, tapi aku pikir balik... Aku yang tak mintak betul-betul, usaha pun tak...

Aku merungut sebab tak dapat. Lepas tu aku sedih sebab ada-lah beberapa perkara lain. Aku ingat Allah... See? Masa sedih baru nak ingat Allah... Aku sedih sangat sangat, stress, down... Aku tak mengadu kat sesiapa pun, sebab aku rasa tak ada sesiapa pun yang akan paham. Tapi, sebab aku jauh dari Dia, aku jadi malu nak express kesedihan aku ni kat Dia... Aku pun macam pendam sampai bengkak... Aku move on. Tapi hati aku masih tak tenang. Aku nak mengadu kat Dia, tapi aku malu...

Aku beranikan diri jugak...walaupun malu sangat T_T InsyaAllah.......

So korang...jangan jadi macam aku, k... Kita sama-sama berubah lepas ni. Sebelum kita mintak lagi dengan Allah, kita bersyukur... Alhamdulillah atas semuanya, tubuh badan, ibu bapa, adik-beradik, keluarga, sahabat-sahabat... Walaupun rasa syukur kita tu taklah seberapa, tapi at least kita mesti bersyukur... Kalau tak ada ibu bapa, siapa nak jaga kita... Siapa nak gurau gurau dengan kita kalau bukan abang kakak adik kita... Siapa nak bersama kita sepagi sepetang kalau bukan sahabat-sahabat kita... Terima kasih Allah sebab hantar 'seseorang' untuk menyedarkan... Someone special.

Tumblr_mi93gmpgnw1rpd9x8o1_400_large

Ingatlah, walaupun diorang takde sekalipun, kita orang Islam, ada Allah.... Mengadu kat Dia... Bagitau Dia apa je. Dia dah tahu sebenarnya, tapi Dia nak jugak dengar kita luahkan... Nak jugak kita bermanja dengan Dia... Allah tu Maha Mendengar... Dia suka dengar kita mengadu kat Dia, cerita macam-macam kat Dia. Ingatlah ketika orang lain dah takde untuk kuatkan kita, Allah ada. Allah sentiasa ada. Innallaha ma'ana... Allah bersama kita :)

Sama-sama kita merapatkan diri dengan Allah. Doakan aku. InsyaAllah. Jom sama-sama. JOM! ^_^ Jangan lemah, bangkitlah, umat Islamku, umat Islam harus cemerlang! Hari ini mesti lebih baik dari semalam! AYUH! BANGKIT! Jangan lemah. Be strong. Kembali kepada Allah. Ingat perjuangan Rasulullah untuk kita hari ini. Peganglah Al-Quran dan As-Sunnah. Ingatlah Rasulullah, kekasih teragung kita... Allah...

Tangisan dan Ketawa

25.2.13

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


Long time no see eh? Hehehe. I'm busy as a bee (kalah bee sebenarnya -_-). Semua orang duk kata, "Busy kalahkan PM." Memanglah, semuanya bercita-cita nak jadi PM, ye dak? Wahaha. Minggu lepas kami (me and my friends) sibuk membuat persediaan Kem Bangkit Bangsa Pemimpin Pelajar untuk adik-adik kami dari Form 2 hingga Form 4. Kamilah fasilitator, kamilah komiti, semua bawah Pengarah kami; Amir Khair.

Fasilitator merupakan barisan MPP & sekufunya *amboi xD* iaitu muslimin; Amir Khair, Fadlan, Afwan, Fatih, Que, Razin, Adib, Izzat, Ariff, Alif, Fakhruddin, Syed Badriz, Imran, Syahizat, Syed Halim, Syakir, Amir Asyraf & Lokmanul. Muslimat pulak; Nadhirah, Adni, Sabrina, Syafiqah (bonda xD), Haslyna, Afiqah, Auni, Wajihah, Anis, Afiffah, Athirah (bukan Kakti xD) dan aku. Peserta pulak terdiri daripada 18 orang dari setiap badan pengawas.

Kem dibuat di Marang Village Resort & Spa. Kem ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar SMKA Sheikh Abdul Malek bersama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT). Jumlah peserta dan fasilitator ialah 120 orang.


Ni fasi muslimat. Garang teh muke Waji -_-"


Game pertama untuk Riadah 1. Dipanggil ulat bulu. Eww. xD


Peserta kem mendengar taklimat daripada fasilitator. (the hands --')


Ni kumpulan askar nak gi berperang -___-" Yang depan tu raja dikepit hulubalang. K, yang depan tu fasi muslimin, Imran, Fatih & Syahizat. Belakang tu peserta. Masa ni diorang nak gi pantai.


Ni fasi muslimat yang koya -_- (from left) Nadhirah, Afiffah, Sabrina, Auni, Haslyna & Athirah. (see the campfire? sedih je tengok kan xD)

Yang ni peserta baru lepas main Running Man. Sebenarnya tengah main lagi, tetapi telah ditangkap oleh Hunters -_- Kesian. Yang kuning kuning tu ialah tali yang perlu Hunted tangkap untuk menang. Last sekali Hunter menang pfffffffft.

Syafiqah dan Haslyna (Disiplin) bawah biro persediaan tempat dan penginapan. Afiqah dan Auni (Pusat Sumber) pulak biro katering dan dokumentasi. Wajihah dan Anis (Koperasi) bawah biro keselamatan. Afiffah & Athirah (Asrama) biro kebajikan. Aku (Siber), and me ALONE bawah biro teknikal, but I've done half of the work before the camp, so I gave the rest to Syahizat & Syed Halim. Tapi tukang ambik gambar untuk aktiviti muslimat ialah aku (sebab tu ada gambar muslimat je atas sana tuh -_-).

Slot yang ada semua best best, terutama slot yang malam *sebab kalau siang aku mengantuk -_-*. And makanan kat tempat tu semua NYUMMMMMMMMMMMMY BESTNYAAAA! XD And then bilik-bilik dia, perghhhhhh, memang selesa dan nyaman (mana tak nyaman, terasa bagai on top of the world bak kata Sabrina xD). Aku sebilik dengan Nadhirah, Sabrina and Syafiqah. Malam terakhir kami di sana, kami tidur 12 orang sebilik (semua fasilitator muslimat) sebagai kenangan kami di tahun terakhir.... *terharu*


Made by Syahizat, Syed & Afwan *kot*. Tak pasti. Muslimin sempat ambik gambar ramai-ramai, aku pulak tak teringat dan tak sempat -_- Sedih tau! But over all, kem ni osem! - Adni -

To adik-adik: Semoga usaha kami tak sia-sia, ya adik-adik! Teruskan berdakwah dan berqudwah hasanah di SHAMS yang tercinta. Segala yang dipelajari dan didapati dari kem ni make sure lekat dalam hati k. Kami (fasilitator) memberi kepercayaan yang penuh kat korang untuk pimpin SHAMS bila kami dah keluar sekolah tu nanti T_T Moga moga kita semua sentiasa berada dalam keberkatanNya, insyaAllah. SHAMS takkan luput di ingatan...
To my facilitator friends: Thank you so much for this memory :') Thank you for your kindnesses! I won't forget this, I promise. Working with all of you, amazing people... It makes me see the good in all of you. Making me realize that we are all in this together, after all. For SHAMS. You taught me courage, you taught me the right thing to do. You showed me the true meaning of sacrifice... You showed me that no matter who you were in the past, it doesn't mean you can't be different now. You are the true meaning of friendship. Thank you thank you thank you. -sahabat0913forever-

kau ada di kala ku suka | di kala ku duka | setiap tangisan dan juga ketawa | kau ada dikala ku perlu | setia menemaniku | pegang erat tanganku bila aku jatuh | kau lah yang selalu menemaniku | mendengar kisah pahit manis hidupku | kau lah yang di situ | setia menunggu ku | kau lah yang satu | menjadi sahabatku

WE'RE ONE BIG FAMILY 

Angel.

17.2.13

Assalamualaikum peopleee!
ATTENTION: Mohon sediakan baldi atau gayung atau mangkuk sebelum meneruskan pembacaan entri ini. Saya tidak bertanggungjawab ke atas perkara yang tidak diingini. Heeee.

Angel. It's a name (secret name or secret code) to address 'someone'. Let's just use Angel as A. Well, A is not someone special, but I don't know muahaha -_- I feel awkward writing this post about him. He won't know, haha, that's for sure because A doesn't have any clue if he's A or B or anything *smiles*. He's the definiton of a person having qualities generally attributed to an angel, as beauty, purity, or kindliness. Is he? Really? Can I say that to him? GIRLS, do you think so?

I would probably get mocked at school anytime soon, surely x.x Don't worry I won't be writing mainly about A. It's just a warm up. Wahaha. And something to piss everyone off xD HELLO KAKTI 'AINUL ALYA PIAH PIQAH BAYYIN! YOU READING THIS? I NEVER THOUGHT I WOULD EVER WRITE A POST ABOUT ANGEL BUT DON'T BLAME ME, SO ALL EYES ON KAKTIIIIII XD #serious, hari tu kakti mesej suh saye tulis pasal angel buweekkkk

So I started having a crush on this 'Angel' guy maybe a year ago. Before that I never knew he existed (you know, it's always like that, no one notices anyone). Well actually I did know him as a different him ._. But then he changed, yeah something liddat. And after that, time flies so fast. I like-hate him. He's so annoying with that stupid grin -..- But my besties just call that grin a SMILE, and then 'Ainul created him a name --- SMILING ANGEL. ARE YOU SERIOUS, PPL?! #Okay actually he does smile -_-

We (as in me and my best friends) decided the name Smiling Angel is too mainstream (and making everyone vomits), we call him Angel. Before that, he was called with several names *lol*. No need to mention that other names. Okay done about Angel. Is this real or just another crush? That's a question. I don't want to think about it right now 'cause I have tons of important things to do rather than thinking about him. I hope it's just a crush wahaha --"

Tumblr_mhfgb1neuq1rs8tjno1_500_large

Right, he's my Angel! HAHAHA SCREWED! XD

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA I'm so lazy I don't wanna write anymore. Bye! 

Annyeong Haseyo!

11.2.13


Assalamualaikum and annyeong!

Now I'm very sure you're thinking if I have gone nuts with all these annyeongs and haseyos! Please don't get it wrong ;^; Since it's Chinese New Year, I had gone through a marathon of Playful Kiss series. Finished all sixteen episodes in three days. Omo! 16 hours wasted on THAT? I thought maybe while watching PK, I could jot down my notes (Biology and History) at once, but I was totally wrong. #It's hard to concentrate on two things at a time, I know, right? -_-

So! I'm totally not going to mention anything about Korea and its people or its dramas or songs, OBVIOUSLY *whistles*. Meh, I don't know what to blog about. People keep bragging for me to update this blog aaaaaaa they're freaking clueless on how difficult it is for a blogger to find something useful for his/her blog! Someone asked me to write about ANGEL , and I was like, "Um hey? Are you nuts? Or are you making me nuts? Bring me some nuts."

You know on 3rd February, a programme called My Beautiful Malaysia was held all around the country, right? 400 students from my school went there. We were needed to clean up the already hygienic beach, so yeah. Some pictures.


4 Bukhari 2012 with additions --- Kakti, 'Ainul and Ruzennn (Auni and Alya were holding something Auni printed out, "Kami EJEN CINTA. Nak join?" something like that)


Not sure if it's just me or... Kakti was too excited -.-" AND WHAT HAPPENED TO ME?! SO AYU AND PFFT! -_-


Since it was 1 Malaysia For Youth themed, everyone wasted their efforts to show that number one sign. *sighs* Before 1 Malaysia, I saw that on Imam Muda programme, 'one finger upwards' meaning Lailahaillallah, there's only one God. Screw 1Malaysia ;^;


Me and the gang! OMO! Do you see it?! My SM thereeee! Do you see her? *love*


My cute lil sister, Piqa. Adik cyber gua. Excitedly asking me to snap her pictures on that lil pony. Oh I really have no idea why the others were joining in the picture. I was trying to take Piqa & pony's picture only (._.)

Oh, and 4th February! 'Ainul's birthdayyyyyyyyyyyyyyy! Sengil chuka hamnida, unnie! xD *biar ah tue dari 'Ainul gi pom wahahaa* So me and my few other friends (who are close to 'Ainul) made a video for her! Actually I was the director, and they were all actors wishing HAPPY BIRTHDAY AINUL SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI -__-" I'm posting it here, can I? :) Please enjoy this for a while and don't laugh x.x


This is the early version of the video. The full video (complete one) cannot be saved. Well, I'm using the Windows Live Movie Maker so yeah it kinda suck a bit 'cause it's not VEGAS y'alls! I had to give 'Ainul two videos, the other a stand-alone video of Bayyin ;P Oh, while filming Bayyin, she was nervous and I was like, "You nervous?!" and laughed -___-' Okay sorry Bayyin. Secret spilled xD



So today I'm choosing this topic. Mencarut. Meaning? Swearing. Bad words coming out of your freaking mouths. Okay baiklah aku akan gunakan Bahasa Melayu kerana...kerana...aku merupakan keturunan Melayu, so mestilah kena guna BM. Nanti korang cop aku sebagai minah salleh celup pulat, bajet cakap orang puteh segala walhal muka macam Cina *hei mana adaaaaa* Hehe. Melalut pulak saya. Maafkan hamba ;3

Lately ni aku tengok ramai sangat suka guna perkataan English yang ekstrem, mencarut marut. Especially fuck and shit (maaf berkasar, tetapi perlu). Do you think you are so cool and mighty using that words? Come on la, it's showing how immature you are. INGAT HEBAT SANGAT KE MENCARUT? Puh-lease. Come to your senses. I don't care if the kafir laknatullah wants to use these bad words, but our so-called ISLAMIC MALAY people! NO!

Aku ada Twitter, yeah. Aku follow jugaklah accounts yang tweet funny and all that stuff. Tapi sebab banyak sangat mencarut dan mengarut, aku unfollow sampai sekarang satu je account macam tu yang aku follow, Google Images apa entah. Tapi even though aku tak follow account omputeh dah, korang ingat takde ah yang mencarut bagai? Oh puhlease. Yang aku geram dan rasa nak lempar bom, my own SCHOOLMATES?!

Sakit mata baca tahu tak?! Kalau unfollow kang nanti diorang ingat aku berdendam ke apa sebab diorang tu semua sensitif -_- Bukan sekali dua, kerap woi. Aku pun macam dah tak terkata :|

A8v9xsvcaaehofv_large

They think swearing is so awesome....I guess. Huh. What's so great about swearing? People will hate you even more! AND WHY IN THE WORLD KAU PERGI IKUT OMPUTEH KAFIR TU BUAT?! Diorang mencarut, korang nak mencarut, habis tu diorang masuk neraka, kau nak ikut jugak ah?! Ergh what's wrong with my people? Suka sangat meniru. Aku tak kesah kalau nak tiru yang baik, ni yang buruk jugak yang ditirunya. Uhukk.

Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya' ulum al- Din menyebut: "Antara dosa lidah ialah: Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan)".

Memulakan perbincangannya beliau menyebut: "Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela." Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu. Antaranya hadis berikut yang bermaksud:

  • "Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian." (al-Hakim dan Ibnu Hibban);
  • "Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata-kata yang keji dan orang yang lucah percakapannya." (al-Hakim dan al-Darqutni);
  • "Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya." (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim); 
  • "Wahai Aisyah! Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat." (Ibnu Abi al-Dunya);
  • "Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munafik." (al-Tirmizi);
  • Beliau seterusnya memetik kata-kata Ibrahim Bin Maisarah: "Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing."

Dalam surah Al-Baqarah ayat 197 Allah berfirman (maksudnya): "Barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan-bulan tersebut untuk mengerjakan haji, maka janganlah ia bercakap lucah (rafath), melakukan kerja fasik (fusuk), dan berbantah-bantah dalam masa mengerjakan haji".
Harapan saya, moga-moga kita semua dapat ambik iktibar dari semua yang saya tulis hari ni. Entri ini peringatan buat kita semua, untuk aku jugak. Tak ada insan yang sempurna. So takyah perasan perfect sangatlah kan --" Bukan mencarut je, perkataan yang tak baik maksudnya pun kurang kurangkan lah penggunaannya. Lepas kurang, tak ada terus. Lama lama tak sebut dahlah. Sikit sikit bukit ditarah, lama-lama tak adalah bukit tu lagi kan? #Eh ni perli ke apa ni xD

Jadi tak payahlah kita mencarut bagai. Kalau ya pun nak bagi maksud terlampau sangat untuk ayat anda itu, takyah guna the 'f' word or 's' word tu pun takpe. Banyak lagi perkataan lain. Takde perkataan Melayu? Guna lah perkataan Inggeris. FREAKING AWESOME! That's not swearing. Freaking tu boleh diganti dengan 'f' word. Alah, berjuta-juta perkataan di dunia ini, perkataan mencarut jugak yang berkenan kan? Oh my Melayu! :O

21b3cee0f01717eb5827e8988127f4be_large

Aku tekankan perkataan English dua tu je kan? 'F' dan 's' tu. Kenapa? Sebab perkataan tu yang sangat berleluasa digunakan *ayat keling tambi*. Kalau bahasa Melayu pulak...haaa bermacam-macamlah. Aku malas nak tulis kat sini kang korang kata aku pulak yang mencarut lebih lebih. Lagipun aku tak nak kotorkan blog aku ni dengan perkataan sebegitu rupa. Kalau korang tak tahan sangat nak sebut khinzir, sebutlah binatang lain seperti kambing ke lembu ke arnab ke. Contoh; "Kucing ah kau ni!" Sopan sikit -_-

And one more thing, penggunaan perkataan yang melambangkan kita ni tersangatlah addicted dengan something. Seperti kita suka bergambar, kita akan guna CAMWHORE. Kalau suka doodle, DOODLEWHORE (ada ke? haha reka je). Dan whore whore yang lainlah. Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan whore? Baik, sini saya beritahu anda supaya anda mengetahui.
WHORE = PROSTITUTE = pelacur
Inginkah anda menjadi sedemikian rupa? Jangan main guna je. Sila search dulu meaning semua benda tuh. And FYI whore can also be HOE. Hoe, a long-handled implement having a thin, flat blade usually set transversely, used to break up the surface of the ground, destroy weeds, can also mean whore. Understand? Kalau anda tidak mempercayai saya, bolehlah search di reference.dictionary.com. Saya selalu ke situ u.u

Gong Xi Fa Cai to all Chinese! Thank you for the holidays HAHA 

Hola Februaariinggo! ANGEL!

1.2.13

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh :D


Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kemenangan yang dijangkakan ini! HAHAHA lol. Yeehaa, semalam merupakan hari Kejohanan Merentas Desa 2013 sekolah aku yang terchennnnnta. Aku tak merentas pun desa -_- Forever tukang ambik gambar, to be exact, record video. Ambik gambar ialah insan-insan terpilih sahaja iaitu Aisyah Aqilah, Shafiqah Mzm, Afwan dan Yeng. Kerana 3/4 daripada mereka mempunyai lesen motor! =_=

Aku ikut cikgu, naik kereta. Tunggu kat checkpoint nombor 3, iaitu pemisah antara laluan (route) pelajar lelaki dan perempuan. Yayyyy Syafiqah ditugaskan menjadi paramedik di checkpoint tersebut hoyeahh baby! Dengan aku aku sekali jadi paramedik. Yalah, bukan kena record video sepanjang pelajar merentas lalu tu pun -_- Ambik dalam sepuluh doploh saat jer.

Ada jugak yang cedera. Terpijak paku. Berkarat woi T_______T Forever aku tak nak kawan dengan paku tu! Huda (penjaga checkpoint bersama Syafiqah) telah membuang paku itu ke dalam semak, and I was like -_______- Kalau orang masuk semak tu dan terpijak pulak paku tu acanerrrr! Hadoyaii. Takpelah aku redha je sebab takkan aku nak gi cari pulak, dengan aku aku pulak cedera nanti -.-

Tumblr_mghuu7qoxm1qg78qwo1_500_large

Nak dijadikan lawak, Cikgu Az (bukan nama sebenar xD) merupakan guru lelaki yang jaga checkpoint (kawal lalu lintas sikit) kat aku tu jugak. Aku pun macam berlari-lari arah bertentangan, sedikit jauh dari checkpoint untuk record video. Lepas tu, aku sudah ambik video tu, aku jalan lah balik ke arah checkpoint. Tetiba Cikgu Az senyum manis lagi osemm kat aku. Aku pun pelik ah kan kat situ. Aku senyum balik *sambil pegang handicam*.

Cikgu Az tanya, "Awak berlari jugak ke?"

Aku pun macam, "Cikgu biar betul -_-" Dahlah takde lagi pelajar perempuan yang sampai checkpoint tu. Hanya para pelajar lelaki sahaja yang dah melepasi checkpoint tersebut. Pelajar perempuan memang takde yang sampai lagi. Cikgu tak nampak ke aku awal awal tadi? Dan kalau ya pun aku ikut sama merentas desa, takkanlah aku orang first yang sampai checkpoint 3 tu T__T Forever takkanlah kan! Memang menang basikal ah aku kan! XD

Lepas semua dah habis, selesai, pelajar-pelajar gi rehat, makan dll. Aku pulak gi buat kerja dekat Makmal Bestari, sebab kena rujuk cikgu cyber aku tuh :D Lepas siap tu (tak siap mana pun), aku kena gi tolong cikgu lain pulak, sebab hari Rabu tu aku dah janji nak tolong, aku kan pelajar cemerlang XD Tolong tengok printer beliau. OK je, takde pape. Boleh print leklok jerrr.

Sebelum tu, aku berulang alik dari bilik PK HEM ke bilik guru sebab cikgu-cikgu mintak tolong ambik barang. Hampir berlari jugaklah dan ketawa sengsorang dalam hati, "Kalah orang merentas desa," dengan beg duk galas sepanjang hari --" Cikgu siap tanya lagi, "Awak nak balik dah ke?!" Aku cakap, "Takdelah, cikgu. Saya dah lama galas beg ni. Hehe." Comell tak aku? =___=


After that, dalam pukul 10.30 pagi, acara penyampaian hadiah diadakan di Dewan Abu Bakar As-Siddiq. Setelah round tengok anak-anak buah cyber aku melakukan kerja-kerja mengambil gambar untuk dokumentasi sekolah, aku ajak Kakti duduk dekat geng kiteorang. So hasilnya, gambar-gambar kat atas tu. Oh yang pink dua orang duk minum air tu ialah Ross Qistina and Ain Hanini, my adik-adik buah comelll :3 Yang lain tu sesaja je ambik, boring -_-

Untuk kategori Lelaki Bawah 15, kebanyakan pemenang nombor 1 hingga 25 merupakan ahli rumah Kuning, Thoriq, so I didn't have to waste my energy clapping my hands for them xD Kategori Lelaki Bawah 18, foreverrrrrrrrrrr Hijauuuuuu Khalid, kebanyakannya! Energy not wasted! I clapped but more energy came in! Hahaha koya. Go Hijau go!

Kategori Perempuan Bawah 15, tak pasti sangat ah. Kuning dan Merah banyak yang menang. Hijau pun banyaak juga. Juara kategori P15 ni, of course Hijau xD Untuk Perempuan Bawah 18, ramai jugak Hijau :D Juaranya rumah Kuning iaitu batch aku sendiri, Afifah! Bolehlah main basikal dalam dorm asrama lepas ni hihihihi.  After that....tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua sekalian makhluk pelajar SHAMS di dewan tersebut....

Juara keseluruhan perempuan, HIJAUUUUUUUUUUUUU! Lelaki pulak, juara keseluruhan ialah.... Rumah Biruuuuuuu! *claps hands* Tahniah tahniah! Dan....juara keseluruhan semuanya...kita serahkan kepadaaaa rumah........

HIJAU!!!!!!!!!!!

#Tak saspen langsung sebab gambar first dah bagitau yang Hijau juara --"

So, our chairman, Arif Yassin (he's one of the cyber brigade team, too yay!) went up the stage with his fellow runners holding our house flags and waved them in front of everyone! My hands went very reddish and pinkish due to abundant amount of clapping... for my own House! Slytherin! EH?! Hahahahahahahaha. Hey, it's true okay -_-" Gryffindor is RED, Hufflepuff is YELLOW and Ravenclaw is BLUE! It's okay, the bravest Headmaster of Hogwarts, Severus Snape, was from Slytherin. And he never stopped loving. *OUTAA*

After that, I continued my work at Makmal Bestari with 'Ainul and Kakti. 'Ainul slept soundlessly while Kakti kept on being a secretary alone *she claimed so* forever xD Lepas siap kerja aku, aku ajak budak berdua tu gi surau untuk solat and ada usrah dengan Timbalan Presiden MPP, Nadhirah Ali. Waktu tak kena betoi -_- Lewat petang, pukul dua, semua manusia di sekolah itu telah pupus, balik ke rumah masing-masing.


So, kiteorang kumpul dekat tempat terbuka (just like Nad's likings). Tak ramai pun. Dari 23 orang, adalah 10 kerat je datang. Tu pun tak sampai 10 orang -_-" Aku forever galas beg x.x Then Nad demonstrated on something about being leaders. How SHAMS had gone all these years and what are we to do in the future for SHAMS. Terbuka je usrah ni, just untuk santai santai. Nad said so, then came to the part where she stressed us out, Sakinah screamed, "KATE USRAH NI SANTAI RELAKS RELAKS JE!" and we laughed -_-

Then secara berjemaah kita pulang... Takdelah naik kereta sama-sama. Just jalan sampai depan sekolah je. Aku pun pulaaang dengan selamat, alhamdulillah. Then check phone ada two missed calls from unknown numbers. Masa tengah makan, aku mesej, "Siapa ni?" then ada pulak dia gi jawab, "Mr. Riey... Ada kat mana?" Aku pun rasa memang Mr. Riey lah kan (Mr Riey is pronounced as Misterri) -_-' Aku mesej lagi maybe salah hantar mesej kot kbye.

Rupa-rupanya Irfan, iaitu adik angkat aku, yang berusia dua tahun lebih tua dariku xD Dia anak murid Kakngah aku yang dijadikan keluarga angkat secara tiba-tiba sebab dia serasi sangat dengan orang rumah ni -___-" Baru terasa ada abang yang umur dekat. Maklumlah, ai takde abang atau kakak yang umur setahun dua lebih tua. Semuanya lebih 9 tahun lebih tua -_- Ada ke masa pergi makan dekat kedai, aku naik kereta dah siap masuk seat belakang, dia gi buka pintu kereta tu balik. Bila dia duduk depan, aku tanya, "Kenapa bukak?" Dia boleh gi jawab selamba, "Sajeee..." Pffffffft.

Tapi takpe, dia baik je xD STAM dapat semua Jayyid Jiddan -__- InsyaAllah nak pergi Mesir nanti. Sekarang tengah menetap dekat pondok mana entah, tengah cuti Maulidur Rasul dua minggu. He knows survival skills tau XD Dia macam style anak sedara aku si Riaz tu siket so zzzzzzzzzzzzzzz. Rindu Riaz T_T Lama tak jumpa, hari tu gi KL dia duk rumah Cuani. Huuuukkk.... Btw,

Tumblr_mhjqvycdrh1rbbwv5o1_500_large

Second month of the year! 8 months till SPM! Lol