A day out with Syafiqah and Kaktoi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


Hari ini sekolah aku (SMKA Sheikh Abdul Malek) cuti, sempena kebitaraan memanah yang diadakan di sekolah aku selama dua hari cuti hujung minggu sebab pemanah-pemanah dari sekolah lain menggunakan kemudahan asrama untuk menginap di sini. So kerana pemanah, kerana asrama, orang yang takde kena-mengena pun cuti jugak. Hoyeah baby! XD

So, aku plan nak keluar dengan Kakti. Ajak jugak orang lain, tapi semua orang macam tak nak pergi so malas ah nak layan or pujuk pujuk ke apa -_- Semalam Kakti teringat suruh ajak Syafiqah. Aku pun ajak lah. Janji pukul 8.30 pagi nak datang rumah aku, 9.30 pagi baru sampai. Dengan penuh kehijauan xD

Actually aku pakai baju kurung, tapi setelah Syafiqah menggesa aku pakai T labuh aku warna pink. Of course, aku #selamanyapink ngahaha. Mesej Kakti tanya pakai baju apa, dia jawab "Pepel."

Dalam pukul 11 pagi, kiteorang pergi ke Terengganu Trade Centre or TTC (kat Terengganu ni dah takde tempat lain dah kalau buat karnival ke pesta buku ke hape, memang kat TTC tu ah). TTC tu macam ada dua buah gedung. Gedung sebelah kiri tempat jual buku ah. Yang sebelah kanan tu, aku ingat jual buku jugak, rupanya barang pengantin. -_-


Pastu shopping la buku sebijik dua. Aku beli dalam empat buah, gambar kat atas tu dua je sebab yang lagi dua tu.....satu untuk Kakak punya birthday.....satu lagi....umm....ummm....takyah tahu lah ek? HAHAHAHAHA biarlah hanya Syafiqah dan Kakti yang tahu. Wkwkwkwkwkwk *gelak paling saiko aku pernah jumpa psssfftt*.

Then I remembered I had to buy my beauty products *lol* so we went to Mydin. Jalan kaki penuh liku. Syafiqah jalan lambat gila x.x Kakti mempersalahkan Syafiqah, padahal dia jalan sama lambat je. Saborrrrrrrr jelah aku ni pun. *oyt kalau korang baca ni, padan muka* Lepas tu, jalan balik ke Giant, nak gi makan pizza kat Pizza Hut sebab ada orang kebuluq nama dia Athirah Nur. #Athiwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa xD


Tak paham kenapa wajah Syafiqah terlalu eksaited. Never mind that. Kat Giant tu, jumpa Auni, Bahiyah (her younger sister) and their mother at Rasamas! So comelllll plus plus! Family diorang memang comel sangaaaaaat :3 Lepas salam ala-ala gadis melayu terakhir, aku pun mintak diri nak gi makan kat Pizza Hut. Aku baru perasan yang sebenarnya aku suka sangat makan pizza, terutama yang ada cheesy lava tu :D Memang pebelet op olll taimm!

Kiteorang order satu chicken chop yang Italian Herb ke apa entah, seafood lasagna, two soup-of-the-day (for Kakti and Syafiqah, I just tompang makan sikit sikit jewww), dua pizza yang personal/el punya, Island Supreme and Masala Supreme. Kakti beriya-iya nak makan yang Island Supreme tu last last pergi kebas aku punya Masala Supreme. *dendam* GANTI BALIK!


Muka Kakti masa tengah nak order. Bajet chomels lettew. Wahaha. Kiteorang makan saaaaaaampai kenyang. Oh air Twister Tropicana Apple empat gelas ye kawan-kawan. Gelas yang keempat tu aku order sebabnya makanan semua dah habis, tapi jam belum menunjukkan pukul dua, so nak kena lepak lagi ah dekat situ. Cakap pasal macam-macam. Ada cakap pasal kawen. Kahwin awal. Ahem.

Aku: Semalam saye tengok diri saye dalam cermin. Lepas tu saye terpikir ah... Selame ni duk gatal sebut pasal kawen awal, bile tengok dalam cermin tu, rase macam "Eh aku nak kawen ke dalam keadaan macam ni? Dengan tak matangnye...keanak-anakannye..." lepas tu bertekad taknak kawen awal! Lol

Kakti: Siapa entah cakap hari tu, tak nak kawen awal sebab tak nak dera laki dia... Yalah, kerja-kerja rumah, surirumah tak reti...tak matang..blabla..

Aku: Kawen awal, kalau suami tu umur lime tahun ke atas tua dari kite, takpe... At least laki tu dah matang, kite tak matang takpe. Ni kalau dah dua-dua kawen lepas SPM, memang tak lama ah... BERPISAH! Hu!

Syafiqah: Amboiiiii

Aku: Pastu jadi macam novel, bertemu pulak di Abu Dhabi!

Gelak semuanya. Lol! Dialog seterusnya menjunam ke cerita di slot TV3 tengah-tengah Maghrib ganti cerita Setia Hujung Nyawa tu. Aku tak hengat tajuk dia apa. Lewlz.

485338_544874612210956_1058582450_n_large

Wait, aku di sini bukan nak menentang kawen awal ke apa. Cuma yalah kan, kalau lepas SPM tu masing-masing dah matang, dan ready betul-betul ready untuk ke alam perkahwinan, apa salahnya. Hukum nikah kan terbahagai kepada empat, wajib, sunat, haram, harus. Tengok keadaan lah. Kalau korang ready, sunat or harus lah jawabnya. Kalau belum ready, takde ilmu lagi, haram lerrr... *macam tulah ai belajar tajuk Syariah Islamiyyah tajuk munakahat baru-baru ini wahaha*

Gataiii sangat ke aku cakap pasal kawen kawen ni? Alaa rileksla, remaja memang macam ni --" But seriously, benda ni bukan main-main. Ini benda serious. Tak bermaksud seseorang cakap pasal kawen tu dia gatai. Kalau macam tu, semua pelajar Form 5 sekolah aku gatal sebab belajar tajuk munakahat...kfine. Sepatutnya benda ni kita dah belajar seawal remaja lagi. Form 1 dulu dah patut didedahkan.

Didedahkan tu bukan maksud suruh kawen lepas final paper SPM -_____-" Maksudnya ilmu tentang munakahat ni didedahkan lebih awal. So para remaja ni lebih faham bila diorang dah dewasa. Dan insyaAllah bila diorang belajar, diorang takkan buat perkara di luar batas nikah tu sendiri. So zina, pembuangan bayi comel yang tak berdosa T_T takkan berlaku melampaui batas macam sekarang ni....

Nenek moyang kita dulu, kawen umur berapa korang ingat? Umur 24, 30 tahun macam mak ayah kita? Tak kan?
Umur 13 tahun dah kawen. Umur 14 tahun dapat anak.
Ya, bagi kita, sangatlah ngeri dapat anak di usia 14 tahun *taktau ah korang, tapi bagi aku agak ngeri T_T* yelah, 14 tahun tu baru Form 2...baru merangkak di alam sekolah menengah...nak kena jaga anak pulak oh tidaaaaaaaaaaaak! XD

Moreover, this is the time to LEARN about this. Nanti bila dah keluar sekolah menengah, dah tak sempat nak belajar, menelaah pasal munakahat ni. Orang yang memang ambik aliran Syariah tu lain cerita. Tapi kalau yang ambik medik, engineering, or anything else, and menuntut di oversea (bukan Timur Tengah) but in UK or US etc., aku rasa sukaaar untuk luangkan waktu just untuk belajar pasal ilmu munakahat ni. Ini, bila dah habis belajar, sibuk duk cari kerja, pastu bila dah kerja jumpa 'someone' then terus kawen.

Of course laa ada kursus kawen apa semua. Tapi cukup ke hanya sekadar kursus kawen tu? Tu je ai nak tanya. Hiks. *lempang sikit*

64130_497258036976068_1883693292_n_large

Apa hal aku melalut panjang sangat pasal nikah kawen ni?! Okay, don't get me wrong, but entah tetiba tahun terakhir ni baru ada orang nak sedarkan budak-budak Form 5 ni bahawasanya bab kahwin ni tidak boleh dipandang enteng, whyyyyyy batch whyyyyyyy -_- And duk melalut banyak sangat ni hari Selasa ni mesti kena bash dengan my girlsssssss erghhhhh oi korang diam dah ah Selasa ni k!

Kbye assalamualaikum 

Comments

Popular Posts