Snow White & The Huntsman

46798976d79b4ade9852062491b14bd9_large

Assalamualaikum semua orang yang baik hati lagi sangat lapang ketika ini dan sekali lagi aku update blog untuk kali ketiga sebab ini juga dalam draft yang telah berapa tahun aku tak sentuh lolololol. Enjoy jelah post aku yang mendadak ni. K. So hari ini aku nak review movie Snow White and The Huntsman yang aku tengok dengan Kakngah tahun lepas xD


Pelakon: Kristen Stewart, Chris Hemsworth, Charlize Theron, Sam Claflin
In a twist to the fairy tale, the Huntsman (Chris Hemsworth) ordered to take Snow White (Kristen Stewart) into the woods to be killed winds up becoming her protector and mentor in a quest to vanquish the Evil Queen (Charlize Theron).

Awal-awal cerita ni aku suka sangat gila babeng sebab Snow White masih lagi comel dan menawan. Pelakon dia si Raffey Cassidy sangat lah comel dan memang sesuai jadi watak Snow White. Comel gila kot. Dan Evil Queen tu pun awal-awal baiklah jugak dengan Snow White. Masalahnya semua orang dalam cerita ini sangat suka dengan Snow White, like always.

Raffey Cassidy as Young Snow White

Al kisahnya mak Snow White ni dapat baby, alah macam cerita biasa je mula-mula tu. Then, Snow White ada kawan baik nama William anak Duke Hammond. Bila mak Snow White mati, seluruh negara tu sedih yang amat terutama King Magnus (ayah Snow White) and Snow White. Satu hari ni, ada mysterious army tetiba nak serang kingdom tuh. King Magnus pun lawan ah dengan tentera dia.

Yang peliknya mysterious army tu bukan manusia pun, bila kena slash dengan pedang, army tu berkecai to million pieces. Kalau korang tengok Merlin, korang boleh samakan dengan immortal army yang hanya boleh dibunuh dengan Excalibur tuh. Then, lepas semua mysterious army tu dah tak ada, tetiba ternampak ada satu wagon (aku tak tahu Melayu panggil apa xD) dan kat dalam tu ada seorang perempuan nama Ravenna.

Nahhhh, tetiba je King Magnus terus jatuh cinta dengan perempuan tu, and bila balik istana, esoknya terus kahwin -_-" Malam tu, Ravenna dah berikan racun kepada King Magnus, then bila dah nak mati tu, Ravenna tikam pulak dengan pisau. Adik Ravenna, Finn, dah pun bawak masuk army ke dalam kingdom tu nak serang hendap dari dalam ah. After that, tetiba masuklah dua orang suruhan Ravenna bawak cermin besar. Ravenna pun startlah, "Mirror mirror on the wall, who's the fairest of them all?"

Snow White nampaklah ayah dia kena tikam, dan Ravenna ni nampak yang Snow White nampak xD Snow White lari di tengah kekalutan soldiers Finn serang kingdom tu, then dia panggil William. Masa tu Duke Hammond dah naik kuda dan nak bawak William pergi. Snow White kejar, tapi pagar istana dah ditutup. Snow White pun jerit, "WILLIAM..............!" William muka sedih gila masa tu. :3

Sam Claflin as William

Snow White pun kena penjara sampailah umur dia 17 tahun, tapi dia dapat lepaskan diri dan lari ke Dark Forest. Ravenna perlukan dia bagi mengekalkan kecantikan Ravenna ni. Ravenna ni rupanya selama ni guna sihir untuk kecantikan dia, yang dibuat oleh mak dia. "By fairest blood it is done, and by fairest blood it is undone." So maknanya kat sini, hanya Snow White yang boleh undo kan spell tu sebab Snow White ni kan paling cantiklah konon.

Ravenna ni pun balas dendam terhadap banyak raja sebab telah keturunan diraja lah yang dah serang kampung dia dulu dan bunuh mak dia dan orang-orang kampung dengan kejam. So, kira dendam yang tak berkesudahanlah ni.

Bila Snow White lari masuk ke Dark Forest tu, Ravenna ni cari seseorang yang tahu dan pernah pergi Dark Forest. Terjumpalah Encik The Huntsman ni, lakonan Chris Hemsworth. Mula-mula Huntsman ni tak nak tapi, dipaksa jugak sebab Ravenna janji akan hidupkan isteri Huntsman yang dah mati. So dia pergilah. Bila jumpa Snow White, Snow White merayu la jangan bunuh dia dan cakap Ravenna tu jahat.

Tapi Finn dan beberapa orang tentera dia datang dan nak bunuh dua-dua orang sambil cakap, "Mana ada orang boleh hidupkan orang yang dah mati! HAHAHAHA!" kat Huntsman so, Huntsman pun tolonglah Snow White -.- Diorang lari lari lari sampailah ke sebuah perkampungan ni. Sebelum tu, ada troll serang diorang, hampir je bunuh si Huntsman mengada tu, tapi Snow White selamba dek je jerit, "NO!!!" dan troll tu tengok Snow White, then blah -.-

I43yk4t32_large

Okay, sampai situ je aku cerita. Nak tahu cerita selanjutnya silalah beli CD or download ke apa. Tengok sendiri ya. Overall, rating aku boleh bagi untuk jalan cerita 4.5/5 sebab cerita dia best and memang layan jugak ah. Tapi untuk casting aku bagi 3/5 sahaja, 2/5 tu hilang sebab Kristen Stewart dan Chris Hemsworth. HAHAHAHHAA. Aku rasa tak sesuai kot diorang jadi hero dan heroine.

Maybe sebab aku dah terrrrrbiasa dengan Bella Swan, so bila tengok dia jadi watak lain yang supposedly kind-hearted and all that, aku rasa tak sesuai. Bella Swan kan agak reckless dan suka buat keputusan terburu-buru. Desperate, even. Chris Hemsworth pulak, maybe dia tua sangat kot -_-" And aku memang tak suka sangat dia, kalau Liam aku okay sikit kot.

Tapi jalan cerita superb jugak ah. Ending je aku tak suka sangat. Time Snow White bangun lepas makan epal tu, aku dah start tak suka cerita dia. But aku suka sangat bila Huntsman tu jerit nama, "WILLIAM!!!" masa tengah-tengah perang tu untuk ajak William ikut dia pergi dekat Snow White yang tengah cari Ravenna. Okay, aku memang Team William xD

Animation cerita pun cantik. Aku admit, Kristen nampak gorgeous jugak sebenarnya tapi most of the time I saw her as Bella Swan, so I kept waiting for Edward Cullen or Jacob Black to show up. Kristen Stewart plus Chris Hemsworth is a no-no. Kristen memang dengan Robert. Dah sinonim dah, kalau dengan orang lain tak menjadi.
#Tapi aku rasa kalau Robert jadi Huntsman lagi haru ah, kalau Taylor Lautner jadi Huntsman okay sikit kot, Robert jadi William dahlah ye


Nama pun Evil Queen, memang evil ah. Tapi sejahat-jahat Queen ni, at least dia sayang gila kat adik dia, si Finn tuh. Finn tu pun sayang kakak dia nih. Diorang sangat sweet dan saling melindungi each other. Time Finn cedera kat muka then kena marah dengan kakak dia, Finn nangis cakap dia dah buat macam-macam untuk kakak dia, lepas tu kakak dia pun berlembut dan sembuhkan luka dia :')

Masa Finn kena bunuh dengan Huntsman pun, kakak dia cakap, "Brother, I'm sorry. I cannot save you." then Finn pun mati T_T So, orang jahat dalam cerita ini ialah Huntsman xDDD So what if I hate the hero? I also hate Dimitri Belikov whaattt ;P

Ok that's all!

Comments

  1. ambe ad cter nie,tpi mls nk tgk..so thanks for da sinopsis of the story..xyoh ah tgk cter nim..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts