Karnival 1Murid 1Sukan 2013 - Hijau!

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


*pasang lagu Alhamdulillah by Maher Zain, part chorus je k* Alhamdulillaah... Our praises to Allah... :D Semalam, 16 Jun 2013, SMKA Sheikh Abdul Malek telah mengadakan Karnival 1Murid 1Sukan atau 1M1S kali kedua (kot, hahaha). Karnival kali ni hanya ada game yang memerlukan team jer. Bola baling, bola jaring, bola tampar, ping pong, futsal, badminton dan.... catur, the only indoor game.

Aku isi nama untuk acara bola tampar, tapi awal-awal lagi aku dah cakap I probably cannot play because semalam ada lawatan dari SMK Muadzam Shah, Pahang and Sekolah Agama Menengah Bestari, Selangor. Para MPP & KP dah tahu kedatangan SMK Muadzam Shah tu, tapi yang SAMBEST tu...kriiik kriiiik, very very very late notice. Sebab most of MPP & KP pergi layan SMK Muadzam Shah, tinggallah aku, Wajihah, Anis dan Fadlan yang menemani SAMBEST dalam bilik mesyuarat zzzz *tido*

Seksa juga terpaksa dengar benda sama dua kali xD Setelah segala-galanya berlalu, pukul 12.30 tengah hari macam tu, aku salin pakaian sukan dan terus gi dekat pusat perkumpulan ahli Rumah Hijau iaitu bilik Bahasa Arab xD Tapi aku tido sebab aku sakit kepala sangat-sangat. Sebab hari Sabtu tu, seharian aku berada di sekolah, pukul 11.30 malam baru sampai rumah, just untuk preparation khemah and all that.

Bebudak tu tengah bincang apa entah -.- Semangat Syaukani tuuu xD
Aisyah sedang melukis semula Shrek, maskot rumah Hijau ialah Shrek (sebab temanya Fairytale)
Si pengecat-pengecat yang setia, Aida and Mai :3
Click to enlarge. Inilah tingkap yang aku buat :') Terharu rasa sebab comel! XD
Rabi (naib pengerusi rumah Hijau) and Qilah Azmi, orang kuat rumah Hijau tengah buat kerja :D
Alya dan Mai bergambar dengan Shrek and family xD *menjadi kot lukisan Shrek, Fiona & Donkey ni*
Preparation room
The making of telinga Shrek, but 'Ainul and da geng kata macam yang untuk jampi jampi tu, voodoo kot xD
Our Pengerusi rumah Hijau muslimat, Sarah Nasuha! With my windows xD
Hiasan khemah ala-ala rumah Shrek. Siriyes aku rasa tenang duk dalam hutan ni xD
Some of the Perbarisan Muslimat team, Maisarah, Farah F2, two kids, Aina, Aida (ewww xD) and Aqilah
Alhamdulillah kemenangan milik rumah Hijau lagi. Hari tu kejohanan merentas desa pun dapat juara jugak okay! Sweet memories in my last year in school. I posted a long post on Facebook about 1M1S and ustazah said, "Panjangnye..." and I was like, "Last year ustazah, tahun depan tak merasa dah.." and she replied back, "Ayat bila masuk form 5..." Aaaaaaaaaaaaa! Ustazah knows me so well! XD

Time perbarisan masuk semua rumah sukan tu, kami team Hijau duduk depan khemah rumah kami. Bila rumah Hijau lalu, punyalah kuat sorakan kiteorang! Then tetiba macamana entah, bila pasukan rumah Merah muslimin lalu depan kiteorang, team Hijau muslimin macam boo boo kat diorang, aku terbuat thumbs down and aku "boo" jugak, dan tetiba kami semua boo diorang dengan kuat sekali. Arghhhh I'm so sorry rumah Merah I didn't mean to! Aku rasa sangat jahat -_-

Maaf yer rumah Merah T_T Kakti ampun.... Piah, ampun... XD Tak sengaja, terbawa-bawa dengan semangat kesukanan untuk rumah Hijau u.u

But seriously, aku tak jangkakan pun kemenangan rumah Hijau ni, sorry to say -__- Aku predicted yang Biru akan menang, sebab untuk permainan sukan tu rumah Biru banyak jugak dapat tempat, perbarisan pun dia menang untuk kategori Muslimat. Tapi akhirnya rumah Hijau jugak yang juara, yayyyy! Masa cikgu pengerusi majlis tu nak umum, "Dan juara keseluruhan Karnival 1M1S dimenangi oleh....."

*cengkerik berlari riang*

"HIJAU!"

Gambar disonglap dari Facebook Yein, diedit oleh diri ini, hahaha

*semua rumah Hijau melompat* {DUSTA} xD

Mungkin advantage kiteorang sebab banyak dapat juara untuk kategori sukan permainan tuh. Hoyeahh hoyeahhh. Khemah tercantik, rumah Kuning yang dapat, juga perbarisan Muslimin. Aaaaa kesian rumah Hijau tak menang pun yang perbarisan padahal diorang comel sangat walaupun pakai plastik ke apa ke tapi diorang sangat comel dan aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Shrek dan anak-anaknya comel plusplus xD

Dan aku nak pengsan gelakkan Izuddin sebab pakaian dia mengingatkan aku kepada seorang magician, style vest labuh tu, dengan topi bagai. Nasib tak bawak arnab je, keluarkan dari topi tuh xD Tapi, yang lain, yang kena pakai plastik tu aku kesian kotttt -_____-" Juga Shrek with his sons, yang terpaksa cat hijau kat muka, then kena duduk bawah matahari pulak, mujurlah cuaca tak terik sangat semalam. :')

Our Green team :D Alhamdulillah, dapat johan keseluruhan! The guy in yellow, he's our pengerusi (I know it's chairman but it doesn't sound right, though -_-)
Yang aku takkan lupa sekali untuk karnival ni, ialah teamwork para ahli rumah Hijau Form 5. Hari Sabtu tu...ya Allah, terharunya T_T Yang perempuan duk buat preparation macam hiasan dan mewarna gitu, lelaki pulak gi cari kotak dan buluh dan kayu, ulang alik ke Mydin dan kedai, untuk mendapatkan segala jenis peralatan yang tak cukup dan yang tak ada. Mana lagi nak dapat teamwork yang macam ni. Lepas tu bebudak lelaki pergi beli makanan untuk semua orang :') Rabi pun, siap beli Rotiboy berplastik-plastik dan air oren untuk kiteorang. Waaaaaaaaaaaaa terharu!

Time kiteorang tengah kemas balik khemah lepas habis acara semua pun, semua orang masih ada lagi untuk kemas-kemas. Sekejap je kiteorang kemas sebab banyak tangan yang tolong. Rumah Biru sikit je orang yang kemas, dalam tiga orang macam tu je, iaitu Alya, Aisyah and Tommy. Aku pun pergi tolong sikit. Sarah Nasuha, pengerusi rumah Hijau, bagi GREEN light je aku duduk tolong rumah Biru sambil berkata, "Takpe ah Fiey, dah ramai orang kat sini," gesturing to khemah rumah Hijau :3

This is rumah Biru punya team tengah kemas khemah. Aku tolong tengok jer. Wahaha
Bagi aku, semua rumah sukan menang. Ini bukan ayat seorang ahli rumah sukan yang menang, tapi... Did we do all this just TO WIN? Adakah buat segala benda hiasan ni hanya untuk menang? Kalau aku, aku tak kisah duduk sekolah seharian, aku buat kerja semua tu kerana aku nak buat, sebab aku enjoy buat. Menang ke kalah ke itu soal nombor dua. Walaupun kuciwa jugak hiasan khemah tak menang, tapi tak apa ah. Menang kalah nombor dua. Asal kita semua bahagia :D

We had fun, kan?

Anyway, jangan ah sakit hati kat rumah yang menang. Kita semua menang. Kita semua membanting tulang tak ingat rumah (rumah sendiri yang kita tinggal dengan mak ayah tu yer) duk buat preparation semua. Kepada sesiapa yang tak tolong langsung tu, mereka itulah yang kalah. Kalah mati. Kalah tanpa bertanding kepada mereka yang pemalas tahap badak tuh -_-" Okaylah aku malas nak ulas panjang pasal golongan pemalas ni, nanti entri ni tak habis. (dahlah lama tak update blog hahaha)

Sekian sahaja entri kali ni. Nak gi buat menda lain pulak. Tataaa!

Ada orang ponteng hari ini, ihihihihi 

Comments

Post a Comment

Popular Posts