Salam Eid Ul Fitr 1434H! :D

16.8.13

Assalamualaikum!

Taqabbalallahu minna wa minkum :3

Setelah seminggu berlalu, hari ini baru berkesempatan nak apdet blog. Ampun dan maaf diminta sempena Syawal ini. Bukan sengaja tak nak apdet, ada dua reasons. Reason yang utama lagi diberi priority ialah...internet kat rumah ni dah berperangai serupa biskut, sekejap ada, sekejap lagi tak ada. Amboih biskut engko! xD Jadi maaflah bebanyak, internet buat hal. Reason kedua: nak kumpul semua event dan sumbat dalam satu entri. Wahaha.

1 Syawal
Selesai bersolat hari raya dan bersalam salaman dengan orang-orang masjid, terus bertolak ke rumah Ayah Long di Teluk Pasu, Manir. Rutin hari raya, memang akan ke rumah Ayah Long dulu macam mana pun. Tahun ni raya pertama hanya ada aku, Amuh, Kakngah, Ummi, Walid dan Irfan (keluarga terbaru -_-). Jadi marilah menjamu mata dengan gambar di rumah Ayah Long.



Leeeerrrrrr tu je ke gambornye! Wakakaka ingatkan ada beribu. Wahaha. Tu Irpan dengan Walid. Masa ni Walid tengah borak ngan Ayah Long. Awat aku tak ambik gambaq Ayah Long dan Mak Long? *terjun gaung* Ekceli time ni test je ambik gambar, sebab aku banyak ambik bidio. Ingatkan ada masa nak buat bidio hari raya, tapi haremmmmmm.

Irpan tutup mata sebab gambo yang belakang tu mata dia seram sejuk =.=

Lepaih ke rumah Ayah Long, terus bertolak ke Kampung Raja, Besut. Memang macam ni lah tetiap tahun, lepas rumah Ayah Long, terus ke Besut. Ayah Long tu abang tiri Walid. Besut tu tempat keluarga Ummi berkumpul. Alhamdulillah semua pak sedara and mak sedara balik tahun ni. Rumah mak-mak sedara aku, sekeliling rumah nenek aku je. Empat orang duk sekeliling rumah nenek.

Jadi marilah ikuti aku gi beraya rumah mak-mak sedara aku tuh.


Kakngah, Fikri dan Irfan

Ni dekat rumah Ming, mak sedara aku yang sulung, kakak kepada Ummi. Sebelum ke rumah Ming, pergi rumah Wan Cik, tapi tak ambik gambar sebab sebok ambik bidio and tengah dengar Wan Cik bercerita. Makan soto Wan Cik yang memang trademark dia lerr setiap tahun. Soto dia memang perghhhhhhhhhh! Kat meja makan tu ada Aiman anak Pak Tam, Irfan & Fikri anak-anak Mak Lang, Auni anak Cuani (rhyming xD), Fifi & Julie anak-anak Mak Ngah (that's me xD) dan....Irfan anak angkat Ummi or whatever jelah jenis hubungan dia dengan kiteorang xD


Gambar Irfaini. Kerana kedua-duanya nama Irfan. Cuma yang seorang itu ada WAN, tetapi yang seorang lagi enggak punya WAN. Entah apa ada pada WAN. Wakakaka. Dekat rumah Ming ada mee goreng dan kek. Aku tak makan pun, minum air je sebab kat rumah Wan Cik dah makan soto pedas dia tuh -_- Irfan cousin suruh tambah, aku tak berdaya nak tambah sebab pedas. Dan dia gelak, cis.


Auni ajak bergambar, so posing jelah kan. Ops harap maklum Auni ini lelaki, bukan perempuan. Payah jugak orang nama Auni ni. Auni best friend, perempuan. Auni sepupu pulak, lelaki. OK perasan tak semua cousins lelaki dah buang baju Melayu, pakai T-shirt je semua. Al maklumlah dah pukul 1 tengah hari. Aku memang biasa sampai area tengah hari lah kat Besut tu. Kriik kriik.

Harap maklum tiada gambar bersama Acik Farha kerana kami sibuk bersembang braderrr sampai lupa nak ambik gambar. Bila aku on the way balik Kuala Terengganu baru aku meses dia tak hengat bergambar. Sad me iz sad T_T


Kakngah dan Aiman. Teringat di rumah Wan Cik, Wan Cik tanya Aiman dia ambik course apa, Aiman jawab komunikasi apa entah lepastu Wan Cik cakap macam sama je dengan Abang Isyraf cuma lain sikit. Lepas tu Wan Cik bersoal jawab dengan Aiman tentang course yang Aiman ambik tu.
Wan Cik: Doh Aiman, mu tahun berapo doh?
Aiman: Tahun satu...
Wan Cik: Doh bakpo setiap kali aku tanyo mu tahun satu sokmo? Mu tukar course ko?
Aiman: Dok eh...
Begitulah Aiman, tidak cuba menerangkan langsung kemusykilan di hati Wan Cik xD Aku rasa Wan Cik konfius tuh. Entah lah, tak pernah ambik tahu pulak tentang Aiman sebab jauh di mata jauh di hati juga xD And then gi rumah Ming, Walid pun tengah menziarah Ming and husband. Sekali lagi Aiman ditanya soalan sama oleh Walid, ambik course apa. Dan sekali lagi Aiman menerangkannya kepada Walid.

Aku duk tergelak kat situ sambil cakap, "Tadi terang doh..." wakakakaka gelak -_-

Masa dekat rumah Wan Cik, Kakngah sampai ke sudah duk provok Irfan cousin (alahai susahnya ada dua orang Irfan -_-) pasal hisap rokok. Irfan surrender je last sekali. Last sekali semasa pembahagian duit raya oleh Wan Cik, Wan Cik berkata, "Nah ambik ni duit buat beli rokok. RM1 sebatang!" kata beliau dan menyerahkan RM2 kepada Auni, Irfan cousin dan Fikri, Aiman.

Aku dapat RM5 sebab aku tak merokok wakakakkkkkkkkaaaaaaaaa xD Err Wan Irfan pun dapat RM5 sebab tak merokok -.- Kesimpulan: Jangan hisap rokok kerana duit raya akan berkurangan xD

Then aku balik rumah nenek aku dan solat jamak Zohor Asar. Lepas tu balik Kuala Terengganu sebabnya nak kena ambik Abcik and family di airport. Byebye cuzzies! Sedih kot sepanjang perjalanan tak sempat beraya banyak-banyak. Tak sempat beraya kat rumah Yong sebab Yong takde kat rumah. Even rumah Kholati pun tak sempat singgah. Huuuuuuu.


On the way balik tu kena berhentikan kereta sebab hujan. Lampu kereta ada masalah sikit kalau kena hujan. So lihatlah parentsku berbual tentang lampu kereta. Lol.

Pastu gi airport ambik Abcik, Kakcik, Muhammad and Khadeeeeeejaaaaaaa! Aaaaaaaaaaaaarrrrrrr Muhammad sangat chomelllll DON'T WANT is his trademark :3 Ankafuuuu -_- Whatever that is kan. Heee heee Khadeejah tu punyalah bambam sampai Bareera pun duk main cubit-cubit pipi budak bambam tuh :3 Weeee.


HOHO! Cufi and Khadeeja :3

2 Syawal
Abang, Kak Asnie and Bareera balik. Pelik rasanya tak ada sangat orang datang beraya. Biasanya raya kedua memang rumah ni ibarat opengg house. Kehkeh.

3 Syawal
Ablong and family balik yayyy! Kakak & Abang Pe'i pulang dari Pekan. Abcik melawat nenek di Besut. Anak-anak murid Kakngah berumbu rumbu lemen (wakakaka) datang. Seorang pun aku tak kenal. Ada lah pernah jumpa dua tiga kali. Ummi masak nasi Arab, Kakngah masak spaghetti.


Ni aku ler yang tolong rebus spaghetti xD

4 Syawal
Abang balik Besut pulak -_- Lalala. Ramaiiii orang datang beraya. Abcik masak nasi mandy. Ngeeee. Malam tu pulak ada BBQ setelah Abang pulang dari Besut. Mariiiii kita terjah!


Keadaannya... Lobster nyumms!


Ablong sewel -_-


Persiapan. Ada ayam, ikan, sotong, udang, daging lembu, lobster, kentang dll -_-


Aku mintak maap bagi pihak Abang sebab suka buat muka -_-


The kids playing bunga api :3


Kaklong wrapping fish with aluminium foil


Me and Kak Asnie in charge ayam dan sotong, and Abang Pe'i misteri =="


Kriiik kriiik Kak Asnie -.-


Abang and his wife, Kak Asnie, sweet lettew <3


Ablong and his wife :D


Yummmmmms sedapnyeeerrr terliur pulak -__-"


Semangat tuuuuuuuuuuuu si KOKO xD


Ablong and Kaklong again ;3


Kakcik the babysitter, aummm Khadeeejaaa :B


Ablong and Amuh, so sorry for the circle thing-y those aren't bokeh or something, habuk arang yang terbang terbang tuh xD


Kak Asnie buat kiyyut ol de taim :3


Our parents (AND abang iparku tetap misteri zzz)


Lalalala~ Parents rehat jer, biar anak-anak handle, ketua chef: Amuh xD


Ni dukun import nih, datang spesyel. Hihihi haha


Toddlers weren't allowed outside. Dipisahkan oleh jaring... Asma' and Muhammad <3


Yeeyaaa!


Muhammad my love :3


Finally the eating part. Sedap woh. Kakak buat cocktail. Woooooo. Berselera lah semua orang makan. Lobster sangat superbbbbb! Kalaulah boleh kuputarkan masa, and freeze that moment. Biar semua ada di sini. Huhuhuihihi nak buat macamana inilah hidup berkeluarga nanti aku bila besar nanti macam ni jugak terpaksa berjauhan dengan famili tapi takpe ah aku ajak suami aku duk rumah Ummi je eh tetiba kuikuikui

5 Syawal
Photoshoot family! Come on! :3


Free style everyone! Our whole family :3
Amuh tak tahu nak buat gaya apa free style, so jadi lah macam tu -_-"

Adik-beradik with Ummi and Walid


All the single siblings ohyeahhh ohyeahhh xD


All the menantus!
Ablong the photographer was like: Senyumlaaa Liyana! (referring to Kakcik) Lol

Ummi and Walid with their grandchildren. Muhammaaaaad y u so cute xD Bareera nampak pampers (aku gelak gila babeng first time tengok ni) Asma' tu baru bangun tidur, bangun bangun je orang tengah ambik gambar "Apakah yang berlaku ni" xD


Ummi, Walid and Abcik's family


Ummi & Walid with Abang's family (Bang, nak duit raya dalam poket tu sikit wkwkwkw)


Ummi, Walid, Kakak and Abang Pe'i :D


Ummi & Walid with Ablong's family *lempang muka Riaz -_-


All the girlsssss (please exclude Walid if you will ahhahaa)


All the boysssss *sekali lagi lempang Riaz* and exclude Ummi jugeee xD (awat sikit je yang laki nih, kehkeh)


We're not princesses...we're just us, sisters! :D #ForeverLove


Harap maklom my bros usually suka buat muka, if you noticed la gambar kat atas atas sana tu *lempang diri sendiri*


This is Amuh, perasan dia tu adik paling ringan kat dunia =_________=

Selesai photoshoot tu, Ablong dan Kakak balik Besut dengan family diorang. Amuh keluar beraya. Aku pulak...tunggu Syafiqah my Bonda and Piah datang ambik naik kereta y'alls! Nak gi beraya rumah Dini. Tapi first kena gi ambik Shafiqah Mzm, Fieq and Tommy. Awkward gila Syafiqah bawak kereta. Asyik duk gelak je sepanjang masa dalam kereta. Syafiqah fobia U-turn, so bila dia kena U-turn, kiteorang akan jadi cheerleaders tak bertauliah. Lol

Susah jugak cari rumah Dini. Tapi takpe, Piah ada sebagai penunjuk arah xD


Me buat-buat berbisik kat Piah dengan kuat, "Tengok aa kawan kite tu, Yah. Besor doh ow buleh bawok kete." Piah gelak je as usual xD


Sampai je rumah Dini, terus ambik gambar, tak malu -_- xD


Makan kueh kueh sikit, Piqah mesej ngan adik tercinta wahahaha xD


Tuan rumah and Piah, hihihi


Aku tak paham kenapa bila sampai rumah Dini, Dini yang kena ambik gambar xD


Dini dan Aslam, adik bongsunya :3


Kipas rumah Dini yang unik sangat sampai darat ke diri gi ambik gambar XD


Makan mee kari yang enak

Sampai rumah Dini pukul 1 petang, lepas makan bergolek golek atas katil Dini dan solat Zohor. Then aku tidur (sempat lagi tu! XD) kat bilik Dini dan yang lain tengok tivi. Parents dan adik-adik Dini pergi beraya tinggal Dini sorang sorang so mak dia suruh kiteorang temankan Dini. Pukul 3 lebih aku bangun dan join diorang tengok tivi. Hihi. Tetiba pulak tengok episod 1 BOF -_- *tumbuk Lee Minho ke sape entah nama hero cite tu*


Sebelum balik bergambar bersama ibu Dini :3


Sekali lagi bergambar di kawasan halaman rumah Diniii


Dini testing bawak kereta padahal takde lesen. Eksyen je tuh xD


Beransur-ansur pulang hihi

Mencabar jugaklah. Syafiqah turun dari rumah dia pukul 11 pagi, ambik Piah then singgah rumah aku, pukul 12 gerak pergi ambik Shafiqah, Fieq and Tommy. Al maklomlah Syafiqah second time bawak kereta lepas dapat lesen. So sangatlah menggambarkan ke"P"an beliau. Okay je pemanduan even though ada dua tiga kali enjin mati sebab tersalah masuk gear -.- Kat traffic light pulak tu. Kriiiik xD

Next stop! Rumah Sofiah, kiteorang gi salam dengan mak Piah and then ambik gambar kat cermin pffffffffft ini semua Fieq punya idea =.= Asal jumpa cermin je ambik gambar. Tskkk.


Yay dapat duit raya dan orang baru jumpa tangga! --"

Lepas tu gi beraya dekat rumah aku pulak xD Sekaligus solat Asar dan bergambar di mini library rumah aku. After that aku tunjuk kat diorang bilik aku..........yang sedikit bersepah. Sikit je tak banyak wahahaha xD


Diorang sempat jugak ambik gambar guna cermin bilik aku yang besar -_-


And then ke rumah Tommy yang besarrr dan gorgeous! Ikut jalan kampung jer supaya Piqah tak payah U-turn xD (perasan tak muka Piqah dah letih al maklomlah chauffeur tak terlatih hahaha)


After that ke rumah Fieq untuk hantar Fieq balik sambil beraya sekali lah. Abang ipar Fieq tu jiran aku. Kriiik kriiik xD

Lepas tu Piqah hantar aku balik dan lepas peluk cium aku pun dengan gembiranya masuk ke dalam rumah. Tamatlah cerita untuk hari itu. Hahahaha. Suka sangat dapat beraya. Homework entah ke mana. Kriik. xD

6 Syawal
Takde cerita. Duk rumah je baca novel Jauh Dari Cinta. Pinjam dengan Aishah Munirah. Dah pernah baca dah tahun lepas, so nak baca lagi sebab best. Hekhek.

NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.


FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!

7 Syawal
Beraya ke rumah Kakti! Pada sebelah petangnya lah. Pagi hingga ke tengah hari menghabiskan novel Jauh Dari Cinta. Heheeee. Tak sampai 24 jam pun aku habiskan novel tuh. Kehhhkehhh :D


Rumah Kakti yang serba OREN MUAHAHAHAHA XD


Gi beraya dengan Ummi je, Walid hantar, then dia pergi lawat kawan sakit kat hospital

Bercerita ceriti dengan Kakti di tangga. Biasalah gosip girlsss xD Pastu cerita pasal cerita Jauh Dari Cinta. *ada orang berminat nampaknya hahaha nanti lepas trial ye sayang :p* Lepas tu berjiwang jiwang sedikit dan suruh adik Kakti yang comel lagi anggun serba pink iaitu Ayuni, untuk ambil gambar kiteorang.


Abih cute ah tu Kakti horrr :P

8 Syawal
Tengah hari ikut Kakngah ke Manir dan Gong Badak rumah kawan dia. Makan banyak =.=" Dahlah jauhhhh, susah pulak nak cari rumah mereka! Kriiik! Pukul 6.15 petang tu baru sampai rumah Nadddd! Heheheeee. At least sampai lah kan. Hehe. Rumah Nad dekat je, tak lah sejauh Gong Badak --" Bila jumpa je Nad, aku suruh dia langsaikan hutang yang tak berbayar.

Aku suruh dia cerita. Sebab sebelum ni aku tak berkesempatan nak tanya! Akhirnya! Akhirnya! Aku tahu. Dan blushing. Hewhew xD


I said to Nad, "Nad takdok baju raye ke, tudung and baju ni je awok paka kalu sepanjang tahun!" Lol

Hahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Fuhhh! Habis 8 hari! Dah dah ini last aku apdet. Entah bila pulak aku akan apdet. Letih weh main kumpul event macam ni. Woohooo. Eh sekolah dah nak buka. Aku baru siapkan Mathmod kertas 1 je. Biologi aku ulangkaji sebelum raya hari tu je -_- Begitu juga AddMaths, yang lain tak sentuh lagi. Allahuuuu tolongggggggg! Trial next week hangpa tauuuu? Tak tauu! Okay shoot me already T_T

Di hari rayaaa terkenang daku kepada si dia eh sapa pulak