Farewell Night SHAMS 0913

6.12.13

Assalamualaikum semua.

Finally, selesai sudah semua papers SPM aku, pada 3 Disember 2013, jam 12.30 tengah hari, aku telah bergelar pelajar lepasan SPM, alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah memberikan aku dan sahabat-sahabat kekuatan yang jitu dalam menjalani hari-hari peperiksaan yang penuh mendebarkan. Alhamdulillah juga kerana Allah telah menghadiahkan ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa tak putus bagi semangat kat kiteorang. Hari-hari pergi sekolah baca Yassin tau! :D

So, pada 4 Disember tu, telah diadakan Farewell Night SHAMS 0913 di Hotel Tanjung Vista (or is it Tanjong?), Kuala Terengganu. Tak mandatori pun. Sesiapa yang nak pergi, dialu-alukan. Disebabkan aku dah berpakat nak pergi dengan 'Ainul dan Alya serta Kakti, so aku join lah. Alasan utama aku pergi sebab nak jadikan memori aku bersama-sama batch aku sebagai closure pada malam itu. The second reason; susah-susah pihak penganjur buat majlis, kita tak nak pergi pulak, nanti one day mungkin orang buat benda sama dengan kita, tambah-tambah masa kat institut pengajian tinggi nanti.


Ni masa memula aku sampai, tak ada orang lain. Cantik gila kan? Haha mau tak cantik, RM32 bayar tauuu. 'Ainul pergi dengan aku. Sebab seharian suntuk kiteorang kat BITARA, dengar ceramah nak ambik lesen yang KPP selama 5 jam -_- Lepas tu 'Ainul terus ikut aku balik sebab dah plan dah dari awal. Asalnya Alya dan Kakti nak join jugak ke rumah aku tapi Kakti memang motmot nak tido bagai -_- Alya pulak gi klinik, ulser katanya pfffffft xD

Masa aku sampai dengan 'Ainul tu, Kakti motmot meses suruh tunggu dia kat bawah. Kiteorang pun turun balik dan Kakti sedang menunggu ala-ala princess, ala-ala jelah xD Kiteorang pun naik dan bergambar sakan.


Kakti macam ustazah yang terlalu tawadhu', 'Ainul udah gaya seperti model busana muslimah. Lepas tu ada kanak-kanak riang pakai pakaian tak kena colour buat peace pfffffft xD Alya tak sampai lagi masa ni, alah biasa lah dia tu macam tak tahu, lambatnya setiap masa xDD


Ni receptionist, Aisyah Syahiirah dan Engku Aqilah. Diorang jaga guestbook. Guestbook tu dicapai oleh aku dan 'Ainul first skalehhh, jadiii percontengan melampau comel terjadi. Wahaha. Beberapa minit selepas itu, cikgu-cikgu pun sampai.


Lawaaaaaaaaaa, Aisyah buat. Lama tak main kapur -..-


Kakti gelenyar mengada itik. Dia sebenarnya nak jadi pharmacist tapi dia sengaja ambik pilot sebab dia mengada. 'Ainul nak pergi Russia sebab ikut Kaklong dia, tapi dia cakap Indonesia pun boleyhhhhhh. Aku? Hah. Macam tak biasa. Tapi tak perlu lah tutup mata kan? Ke tak tutup pun, memang mata aku sebegitu? Aherr herr mungkin balasan sebab selama ni selalu mengata Wani, ahakssss


Alya ambik, candid gittew. Ada lagi candid, yang dalam phone aku tapi malas nak upload. Kalau nak tengok bukak la instagram. Ecehhhhh promote xD

Lepas pada tu, makan-makan. Best. Ada kambing pepper nyums. Tapi daging dia agak elastic, habis tergigit pipi setiap masa. Ada jugak yang darat tak makan kambing, contohnya Kakti (walaupun dia motmot, dia tak bedal semua xD). Dan katanya orang-orang kat meja aku duduk tu (Alya, Nad, Auni, Fudla, Aisyah Aqilah, Kakti, 'Ainul, aku) 'bbelle' (aku tak tahu bahasa standarnya apa xD) sebab ambik makanan banyak sangat x)


With all the girls, yang berfesyen rapi. Lawa, lawa semua... Yang tak lawa aku jer uhuks xD Biarlah tak lawa di mata manusia, asal...huhuhu. Sabrina, Wani tak datang pun. Miraculously Nad Ali datang, tu pun sebab mak ayah dia suruh pergi. Semek tu memang jenis anak mithali, ikut je mak ayah cakap apa. Macam aku jugaklah, tapi kekadang aku degil jugak xD

Lepas tu ambik gambar dengan orang lain pulak. [Nota muka: sila abaikan muka berminyak]


With Nuwu and Dowaaaa (Nurul & Dora a.k.a Syakirah)


With Fakhira dan Kakti motmot


With my princess charming, Auni Baharin ♥♥♥


With my Mamaaaaaaaa, "Fifiey, Fifiey nak ambik gambar dengan Mama tak?" caring Mama aku xD
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaaa! Kembar yang terpisah xD This is Raihanah (and I was wearing her spec, so that people will mistaken us as twins lol) dahlah birthday dekat-dekat, aku 14 Januari, dia 10 Januari. Aku gedik sikit ah pada dia xD


Dengan cinta-cinta hati, cewahh ayatt xD

Aku nampak je gembira, tapi sebenarnya kan, tak pun. Aku gembiralah dengan Kakti, Alya, Ainul, Auni... Tapi aku masih terbayang-bayang wajah guru-guru yang datang, riak wajah terkejut mereka...tengok anak-anak didik mereka berpakaian, tak menggambarkan sekolah agama pun. Pada aku, kalau aku ni stranger dan pergi majlis tersebut, first impression aku mestilah "Ni party budak bukan sekolah agama ni". What else do you expect strangers to see?

Lima tahun dididik, disimpan dalam pagar sekolah, teachers never saw our true colours, tapi sehari dah habis SPM...ini ke hadiah buat guru-guru? Lepas aku keluar dari dewan dinner tu, aku terus down dan tak terkata. Nak menangis pun seolah-olah air mata dah habis. Hati aku sakit. Bagai dihiris-hiris. Ustazah kata kat aku, direct tentang pemakaian kawan-kawan aku yang lain. Masa tu aku rasa bersalah sangat. Lantas aku cakap kat ustazah, "Sorry, ustazah..." dan aku rasa mata aku dah berair sikit masa tu.


Aku dah expect benda ni terjadi, tapi...tak salah meletakkan harapan supaya perkara ni tak jadi. I have high hopes for my batch. I'm so glad FADLAN SYAHIDAN didn't come. If he did, he'd be so devastatingly disappointed. Aku rasa macam nak ulang lagi lah ayat ni; aku rasa lega sangat FADLAN SYAHIDAN tak datang. If he did, he'd be a clown made by his own so-called batch friends. Nak tahu kenapa aku cakap macam tu? Hah, sebab Nadhirah Ali juga telah jadi badut di Farewell Night ni.

Thanks korang, sebab buat Nad jadi badut. Dan buat ustazah-ustazah rasa "gulp".

Aku sedih, sebab tertutupnya hubungan kami batch 0913 seperti ini. Aku mengaku, salah aku. Sebab aku tak tolong kawan-kawan aku ni, tak nasihat, tak ambil BERAT, sebab aku seorang je nak jadi baik dan bila diorang buat jahat, aku seorang je nak tunjuk diri aku ni baik. Bodohnya aku. Hipokritnya aku. Entahlah macamana aku boleh jadi seperti hari ini. Selfishnya aku. Sedihnya aku bila yang pakai pakaian ikut syariat betul-betul hanya boleh dikira dengan jari, dan akhirnya aku yang dipersalahkan. Aku bersalah dalam hal ni.

Aku hipokrit.
Sebab aku mintak maaf dekat ustazah lepas tu aku post pulak "berterima kasih pun tak".
Sebab aku mintak maaf dekat ustazah lepas tu aku salahkan orang lain, kerana tak ambil berat.
Sebab aku like status menyokong ustazah, kemudian kata orang nak tunjuk baik.
Dan sebab aku post entri ini.

Kenapa orang yang berusaha untuk menegur (dengan cara berhemah pulak tu) dibalas dengan bertubi-tubi tuduhan dan celaan? Oh, inilah adat amar ma'ruf nahi munkar, untuk menegakkan kebenaran memang banyak halangan. Untuk menegakkan benang yang basah, ramai yang menyokong. Itulah dunia. Dan tweets yang menyentapkan hati, mengapa perlu di'tweet' sebegitu? Serta status di FB yang merenggut rasa, perlukan itu? Sehingga gugur berjuraian air mata sang sahabat.

Aku? Aku tak menangis. Sebab? Aku dah cakap, aku hipokrit.

Aku sayang batch aku ni. Aku tak lupa kenangan manis kami. Tapi apabila pengakhirannya seperti ini, sukar rasanya. Dan apabila kami dibalas bertubi-tubi, aku semakin rasa kesal dan kecewa. Niat baik orang yang nak tunjuk baik ni disalaherti. Tapi tak mengapa. Semoga suatu hari nanti kita sama-sama sedar, orang yang nak tunjuk baik dan orang yang dikecam.

Entah bila kami mengecam penganjur.

Korang tak tahu betapa aku pujuk kawan-kawan aku, dengan dakyah aku, "Saya nak pergi. Kesian dekat penganjur. Sebab nanti kita tak pergi, padahal diorang susah-susah buat program, Allah balas benda sama kat kita. Mungkin bukan sekarang, tapi masa dekat U nanti." Tapi aku tak berjaya ajak Kakti sampai aku tak bertegur sapa dua hari dengan dia sebab dia tak nak pergi. Aku merajuk dengan dia. Sampai macam tu sekali aku ajak dia pergi. But in the end dia pergi jugak. Thank you Ti.

Farewell Night SHAMS 0913 will never be forgotten.

Hati aku sakit sangat, terbayang wajah ustazah-ustazah. Terngiang-ngiang di telinga kata-kata mereka. Biarlah, mungkin orang lain tak rasa apa aku rasa. Aku sanjung guru-guru aku. Bila mereka terasa, aku lagi terasa. Aku pun terfikir...kalau tak melibatkan guru-guru, adakah aku seperti ini? Aku akan seperti ini juga, tapi aku takkan moody sampai ke hari ini. Bolehkah anda bergembira apabila guru anda risau memikirkan anda? Uhuks.

Aku perhati. Aku baca. Di Facebook dan di Twitter. Tapi aku diam.
Aku hanya berbicara panjang di status dan di sini.
Mungkin aku akan dibenci. Atau memang sudah dibenci pun. Tapi mungkin itu perasaan sahaja.

Dan aku terlalu emosi sekarang ini di sini. Walhal tiada siapa pun yang akan baca, melainkan yang memang 'obvious'.

Aku baru sentuh pasal pemakaian ni. Yang lain? Aku tak nak sebut di sini. Cukuplah hanya insan terpilih sahaja yang mengetahui. Dan bukan aku yang pilih mereka itu.

Kepada adik-adik, kalau awak nak buat program luar seperti majlis kami ini, dan anda ingin berpakaian bebas mengikut hasrat hati anda, sila jangan jemput cikgu. Jangan seksa kawan-kawan anda yang mempunyai respek yang tinggi kepada guru-guru. Jangan. Bukan tak nak hargai cikgu, tapi jangan lukakan hati cikgu.

Kepada lepasan SPM, jaga diri, jaga iman.
Dan semoga Allah menetapkan hati kita untuk istiqomah sentiasa.
Post a Comment