Happy Birthday to me!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


Harini birthday Abang. Hehehe. Happy birthday Abang. Semoga diberkati Allah selalu, dilimpahi rezeki yang tak putus-putus, menjadi lebih baik daripada anda yang berumur 29 tahun. Dan...semoga dapat anak lagi. Wahahahahahahaha. K dah melebih aku ni. Ahaks. In my family, hanya aku dan Abang sahaja yang lahir bulan Januari. Dekat-dekat pulak tu. Kalau Abang balik Terengganu, sambut sesama ler jawabnya. 14 Januari dibiarkan begitu sahaja.....sambut tetap 16 Januari. Huuu.

So, pada 14 Januari, aku tidur lepas Subuh -.- Tetiba Ummi aku kejut pukul 10 lebih camtu, katanya ada orang datang nak bawak aku keluar so sila mandi dan siap-siap dengan segera! Keluar keluar dengan keadaan mamainya, nampak Piah. Piah pun, "Hai Fiiiii!" dengan eksaited and I was like, "Err...hai Piah." dengan muka baru bangun tidurnya. Then I saw some more kelibat outside my house, and it was them! - Piqah, KAKTI, ALYA dan 'Ainul. Sorry tercapslock ;p


Lihatlah penipuan oleh Alya Aqilah Hassan yang dipercayai oleh aku bulat-bulat -.- Bukan apa, haritu Piah cakap hari Jumaat BITARA bukak, so aku expect cuti am pun dia bukak la. Pastu....woi! Baru aku sedar Kakngah aku pun dusta sebenarnya!!! Aku cakap dekat dia pasal Alya nak pergi BITARA blablabla sedangkan hari tu hari cuti am, dia boleh selamba dek jawab, "Bukalah. Masa tu lah orang nak pergi, pun, kan cuti?" Puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! (aku baru tersedar dan teringat haktuih -.-)

Kakti pun berdusta. Katanya nak gi keluar dengan mak dia, beli baju pengantin ke apa entah. Ha'ah, Kakti nak kawen lagi dua bulan -..- Dahlah siap call pepagi buta (masa hari birthday) sebab nak beritahu sesuatu.............................. K. Siap appear offline lagi kat aku on Facebook sebab malas nak mereka-reka penipuan dengan lebih lanjut. Tahu pun! XD

Aku pun mandi segala bagai, dan pergi kat mini-library (diorang tengah berkumpul di sana, serta berselfie) join diorang tengah letak kek untuk aku. Terharuuuu :')

Oreo Cheese Cake

Tapi tak makan pun. Simpan dalam peti. Sebab Ummi nak ajak makan kat kedai ayah Fatih, Ustaz Ismail, makan nasi arab tengah hari tu. So kiteorang lepak dulu, tengok cerita hantu. Banglo Seksyen Dua. Dengan kemudahan Astro Beyond yang boleh Record programmes (aku dah lama gila record cerita tu), so kiteorang layannnnnnn sampai pukul 12 tengah hari, pi kedai yang dikatakan sebelum ini.

Mama and Daddy

Sesampainya di sana.....aku seakan-akan melihat seseorang yang dikenali! Lalu aku berbisik kepada Sofiah, "Piah........tu Faisal ke tu?" Memandangkan Faisal tu jiran Sofiah. Oh, Faisal ni classmate aku masa Form 3, batch kiteorang semua dekat SHAMS. Lalu Piah dengan beraninya (Piah memang sentiasa berani xD) memanggil, "Pesallll!" dan Faisal pun tengok kiteorang semua yang ramai ni, dan gelak malu-malu kucennn xD Maybe tak sangka jumpa ramai sangat dalam satu masa xD Ke blushing sebab...................... XD

Faisal seorang pekerja yang berdedikasi... xD

Ustaz Ismail dan isterinya pun beramah mesra dengan parents aku dan bertanya, "Ni birthday sape ni?" uhukssssssss malu titewwww dah besar pun sambut birthday lagi! u.u Dan Ummi aku tanya Fatih mana, ustaz cakap Fatih balik rumah ambik apa entah. Bawak kereta youuuuuuuuuuuuuuuu! Lesen L aku ni mana tak siap-siap lagii!!!! Huh. OK jangan stres -.- (sekarang tak boleh tengok orang sebaya ada lesen kereta bawak kereta sesuka hati, perasaan jeles tu agak membuak-buak rasa nak serang BITARA)

Dahlah, layan gambar lah pulak. Aku takde mood sangat nak menaip ni.

Nak jugak letak lilin tu.... -_-

Muka Kakti gila nakal. Kbye

Olololo shweetnye Bonda tat titeww!

Ummi suruh Faisal and Fatih masuk sekali -_-

1 Malaysiaaaaaaaaaaaaaaa! Zzzzt. Hanya Allah yang Satu :)

Awwww shomelll beteiii :3 #SelfieAlert

Kakti nak manjeww nan titewww xD

Fresh Orange yang best... Yums

Muka aku cam cakap, "Whatever lah nak minum air jap." xD

Best nasi arab kedai Ustaz Ismail ni. Nama kedai dia Amanza Catering. Silalah pergi beramai-ramai. Khamis dan Jumaat tutup. Kedai bukak dari pukul 10 pagi hingga 4 petang sahaja.

Business Carto

So, ini hadiah daripada Alya, Ainul, Kakti, Piqah dan Piah.

Bantal Angel dan beg pink shomelll! And a birthday card.

Ucapan from them :)

From Kakti and Piqah (sejak bila Kakti Pb entah bluweeekkk -.-)

Sopiiiiiiiiiiiiii ;3

From Elly - no more Pb ;p insyaAllah!

Love you toooooooo

Tulisan pakat senget sebab tulis dalam kereta. Alya selaku pembuat kartu ini, jadi dia dah tulis awal-awal lah gamaknya.

Sekali imbas dah tau dah Alya buat...thanks korang!
Woi apesal tengah-tengah tulis entri ni ada motor lalu depan rumah dan terdengar jeritan, "Kangkung! Kangkung!" Lawak Ke, Der? Wahahaha.

Selfie guna kamera orang -.-
Setinggi tinggi penghargaan buat temen-temen gue (dah aku jadi orang Indon sekarang) kerna sudi menyepraiskan (men'surprise'kan) saya walaupun saya takde perasaan sangat pada hari berkenaan. Pada 14 Januari 2014 aku telah diserang selesema yang melampau sampai bersin tak henti sampai malam. Memang aku emotionless sangat hari tu, dan esoknya aku demam. Yakni, semalam lah aku demam. Hari ni dah kebah sikit, lepas tu baru pi klinik -_____- Batuk dan selesema masih ada lagi. Uhukkk.

Haru jugak sambut birthday pastu demam. Tapi aku gumbira! Sebab Google... xD Benci betol I dengan Encik Google ni. Pandai ngorat I tau! xD

Happy Birthday Fifiey!

Aku acah je memula, tengah bertanda tanya dengan kawan-kawan aku, "Kenapa ada gambar cake, memang dia tahu ke harini birthday awak, Fiey?" pastu aku pun hover mouse dekat cake tu...dan tadaaaaaaa! Hehehehe. Tapi untuk pemilik account Google je aku rasa. Orang lain tak nampak pun benda tuh, akan nampak bila tiba birthday dia lah. Hhihihi.

From Kakngah. Hadiah - an English novel

Thanks anda semua. Ehehehe. Oh, minggu lepas hari Khamis aku kan pergi KL. Masa hari Sabtu tu, aku pergi Kuala Kubu Bharu untuk ke Darul Quran JAKIM, bagi melawat sahabatku terchennnnnnta di sana, Auni Baharin! Bajet macam sebulan dah tak jumpa. Hehehe. Nah gambar.

With Auni at DQ

Ni kumpul events ke apa ni? Hahaha. Aku tak sihat lagi ni, so mood menulis menaip dan sebagainya telah terbang. Semalam nak bukak internet kat phone pun tak larat (hyperbola, padahal malas nak caj phone, takde mood). So aku tengok tivi tengok tivi, marathon Merlin (record record!). Aku cakap dengan Ainul aku dah nak sihat sebab gembira dapat tengok Merlin semalam pastu dia membebel xD

Ok bubuiiii!

Comments

Post a Comment

Popular Posts