Mereka yang aku ada.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Tahun 2009, aku jejakkan kaki ke SMK Agama Sheikh Abdul Malek. Waktu tu, aku form 1, masih mentah masih muda, perasaan bila masuk ke sekolah agama sangatlah overwhelming, tak sabar nak menimba ilmu dan mencari sahabat, betul.

Ilmu aku dapat.
Dan sahabat juga aku peroleh.

Form 1: Raihanah, 'Ainul, Sabrina, aku, Ain dan Sofiah

Masih aku ingat lagi, tatkala itu, sewaktu di tingkatan satu, aku suka benar menulis dan mengarang. Dan aku kekalkan kenangan aku bersama lima orang ini dalam sebuah novel aku sendiri yang bertajuk Friendship Never Ends (yang aku buat sampai BAB 20+ je dan dah malas nak sambung dan dulu pernah publish tapi blog tu dah private).

Kelas 1 Ibnu Arabi, saksi persahabatan kami.

Tapi, akrabnya kami tak lama mungkin. Masuk tingkatan dua, Raihanah terpisah dari kami. Dan keenam-enam orang kami terbubar dengan sendirinya, melainkan aku, 'Ainul, Sofiah dan Sabrina. Kami dapat pengganti iaitu Alya, kami gelar diri kami SS501 (sebab 'Ainul dan Sofiah minat Korea dan Alya minat Park Jung Min).

Ingat lagi aku yang dulu, Alya seorang yang amat payah diajak bergambar sampai kekadang aku naik fed-up. Dan akhirnya sebab telah bosan dengan perangainya yang ibarat alerjik dengan kamera itu, setiap kali nak bergambar, aku suruh dia je ambik gambar, dah dia tak nak masuk -_-

Form 2: Sabrina, Alya, aku, 'Ainul dan Sofiah

Kenapa aku selalu duduk tengah? -_-

Di tingkatan dua, ada seorang kakak senior yang terlalu baik, mengajak kami berusrah. Kali pertama aku kenal erti usrah. Kakak tu, kak Shahirah Amalina, sekarang sedang menjadi perantau mencari ilmu di Jordan. Dan kadang-kadang Kak Shahirah bawak teman, Kak Fasyiha, Kak Ang dan Kak Ji'ah.

Bila dah masuk tingkatan tiga, terpisah lagi kami SS501. Alya dan Sabrina kelas 3A1, namun aku, Sofiah dan 'Ainul kekal di 3A2. Hanya enam orang sahaja pelajar perempuan dari 2A2 yang masuk 3A2 (yang lain masuk 3A1) iaitu aku, Sofiah, 'Ainul, Syafiqah, Sakinah dan Aina.

Dan kami berenam sentiasa bersama, terutama aku, Sofiah dan 'Ainul. Semua benda nak sama. Tak bosan ke? Jawapannya, tak. xD

Sofiah, Syafiqah, aku dan Kakti

Tahun 2011 ni reda sikit ketegangan jika nak dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Kami lebih banyak bergaul dengan kelas-kelas lain (kelas 3A1 je sebenarnya sebab masa kat 2A2 kiteorang rapat semacam). Dan....tahun berkenalan dengan lebih terperinci dengan seorang insan berpipi kembung bermata kurang sepet dan emosi bernama Nur Athirah *bunyi cheers*.

HAI KAKTI! XD

Didi, aku, 'Ainul, Kakti, Sab, Piqah, Alya, Ain

MANA SOFIAH?! Pantang insan bernama Sofiah tak masuk gambar! xD

Di akhir tingkatan tiga, wujudlah grup Epal Pink; aku, 'Ainul, Alya dan Kakti.

Bila dah masuk Form 4, keputusan trial PMR dan PMR mengasingkan kami sekali lagi. Akhirnya aku, Sofiah dan 'Ainul terpisah jauh.

Sedih.

Tak percaya betapa sedihnya aku, tanya Alya. Kan PINKA?
Hari apa tu? Sabtu, ya. xD

Aku, 'Ainul yang pejam mata, Sofiah, dan Syafiqah yang selfie

Birthday aku ni, 14 Januari 2013.

Tingkatan empat. Seingat aku, waktu di tingkatan empat aku taklah serapat mana dengan Sofiah, 'Ainul, Alya dan Sabrina. Awal tahunnya lah, sendiri saja. Bila dah jadi pengawas, mula rapat dengan Auni dan Nadhirah Ali.

Dan setelah itu, mula rapat dengan Kakti. Kerana hal pengawas.
Sebab itu Alya dan Sofiah ditinggalkan T____T Nasib baik kelas 4 Bukhari tu geng semuanya, kalau aku tinggalkan mereka pun, mereka masih punya teman.

Dan aku, leka di persada kepimpinan. Betapa, telah dirampas masa dengan sahabat untuk hal-hal pengawas.

Naik ke tingkatan lima, awal tahunnya tu...urm, masih lagi leka tapi sikit je. Bila dah lepas semua jawatan, barulah ada ruang untuk ber'bonding' dengan sahabat-sahabat yang ditinggalkan melalui study groups apa semua. Tapi...Epal Pink masih tetap utuh.


Graduate pun sama-sama, sebok nak bergambar sini sana. Dan akhirnya muncul wajah matang menggambarkan dewasa. Dah bergelar graduan rupanya. Sekejapnya masa berlalu...


Dungdangdungdang, boom, dah habis SPM.

Masa ni birthday 'Ainul kat Secret Recipe

Ni birthday aku kat kedai nasi arab Ustaz Ismail

Ni birthday Kakti kat Pizzahut

Despite my sins and wrongs, Allah has given me these great people to become my companions and guardians. I love them endlessly. Indeed, He is the Most Loving and Most Generous :') Alhamdulillah and thank you Allah for everything, everyone I have today.

Sayang diorang sesangat.

Syafiqah yang sangat berjasa selama-lamanya sebagai driver setiap masa. (I've made a promise to her that once I get my license, I'm gonna do the driving job, well maybe I will take turns with 'Ainul hahaha)

Sofiah si periang dan the talker and the mother of gossips dalam kalangan kiteorang hahahaha. Seriously kalau bergosip dengan Piah memang takkan habissss dan gelak guling-guling.

Kakti tempat gua ber'joke' dalaman yang melampau. Setiap lirikan mata aku, dia faham. Kenapa aku pandang dia, setiap kata-kata aku, semua dia faham. Dan akhirnya? Kiteorang gelak dan orang lain pun clueless yang amat, maaf ye x))

'Ainul yang optimis dan bersemangat serta rajin (the opposite of Kakti wkwkwkwkwk), yang setuju je kalau nak buat apa-apa yang mendatangkan hasil (seperti menjahit, tapi entah mengapa terkubur begitu sahaja huh).

Alya yang gelak melampau dan seringkali menjadi bahan ketawa sebab aku suka buli dia, terima kasih sebab tak terasa walaupun dulu awak pernah terasa masa kita Form Two ennnnnnnnn? Wakakakakakakaka xD

Terima kasih.


Kalau tak masuk SHAMS, tak mungkin jumpa mereka ni. Kecuali Piah. Piah dah lama kenal, cuma lost contact gitu.

Kakti pulak.... Kenapa?! Kenapa?! Dia sesekolah dengan kawan Zwinky aku masa derejah lima, iaitu Syafiqa Hisyamudin, kenapa aku tak kenal Kakti, tapi aku kenal Azrin?! -_-

'Ainul? Dulu pergi kem pengawas sama-sama masa darjah lima, tapi kenapa tak jumpa?! Dahlah aku femes masa tu! (ok gurau je) xD

Nanti camane lah keadaan bila dah semua masuk universiti, lepas tu bila dah grad nanti, then kerja pastu berumahtangga... Agak-agak bila jumpa balik, bergosip lagi tak, gedik gedik lagi tak (yang gedik ni sorang je masalahnya huahuahuahua), pastu kalau bawak anak dan anak tu sama umur, agaknya diorang gossipgirls macam kami tak wakakakaka

Mesti rindu semua nanti. Awak awak semua, jangan rindu saya ye bila saya dah fly ke Ireland x))) Dan jika kita reunion sesama kita lagi pada masa hadapan, mohon jangan sebut Pb lagi kot kot saya dah berjaya lupakan dia dan bertemu orang baru di universiti kehkehkeh kbaiiiiii

Asalnya nak buat entri ni sedih meroyan, tapi tak kesampaian *eh rhyming la!

Byeeee p/s: kita enam orang ni nok wi name mende? gossipgirls? eheks!

Comments

  1. Aaaaaaaaaaa, sweetnya awak :D

    Untung dapat kawan-kawan yang teguh hubungannya ni.

    Moga persahabatannya kekal la hendaknya :)

    ReplyDelete
  2. eipp eipp pb pe tuuu :P hihihihihi

    bestnyaaaa hmm :/

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada kawan2 gini. Kekal dari form 1 sampailah graduate. Moga2 kekal hingga ke jannah! :D Bila baca entry akak ni rasa sekejapnya lah waktu berlalu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers