KL Trip with the best of besties

Assalamualaikum.

Yoooooooo! People! So the day before yesterday aku pergi KL bersama geng Wasep aku -- Sofiah, Syafiqah, 'Ainul, Kakti dan Alya. Naik bas Transnasional. As assumed, Alya was the last to arrive mwahahaha xD Bila time naik bas tu, tetiba seats jadi tunggang langgang sebab seat yang tertulis dekat tiket tu takde -_- But in the end, we ended up sitting close to each other jugaklah. I sat next to Piqah.

The power of selfie

Dalam bas tu punyalah gelap. So I used my phone flash light, and Syafiqah guna Lenovo dia untuk selfie. Satu je kay selfie dalam bas. Riuh bas kami duk gelak buat lawak -_- Last sekali semua orang tido jugak even tho tak nyenyak mana (terutama Alya). Kami tiba di Stesen Putrajaya. (sengaja landing kat situ sebab tak ramai orang and ada tempat mandi ahaks)

Selfie starting

Aku, 'Ainul dan Piqah dah siap mandi masa ni. Tunggu tiga orang lagi, lalu kami pun selfie secara overdose sikit. Sorry.

What

Don't look so happy, Fifiey -_-

Testing selfie

Hai
Apa kes tah yang tu sorang eksaited nak selfie

Muka macam orang berduka je (padahal muka ngantok xD)

Fifiey...... buat muka

Troll faces :3

Gediknya aii -_-


Piah takdek sebab tengah mekap xD
Ni semua selfie kat surau neh. Teruknya la perangai nak-nak dara ni semua -_- Okay, last selfies!!

Mekasih kepada Lenovo girl

Then, kiteorang beli breakfast dekat satu gerai ni, and naik KLIA Transit untuk ke KL Sentral untuk naik monorail ke Berjaya Times Square. Because BTS tak buka selagi tak pukul 10 pagi, kiteorang melepak dulu kat NU Sentral. Dan selfie. OK.

Badummm-tss

Abih omey lettew

Lepas 9.30 pagi sikit, kami pun gerak ke stesen monorel. Beli tiket dan terus ke Imbi. Terus pergi cari Theme Park di tingkat 5, tapi....................theme park bukak pukul 12 tengah hari! Soooo, we decided to go watch movies! Aku dan Piah tengok Captain America: The Winter Soldier (aku tak tahu kenapa tetiba dapat cinema yang Premiere punya huahuahua kerusi empuk dan ada lima orang je dalam tu xD). The others tengok cerita hantu Thailand, Still 2. Captain America start pukul 11.40am and Still 2 pukul 11.30am.

Kat kedai kasut

Sebelum movies tu ada banyak lagi masa, so aku dan Piah melepak kat Borders (OKAY AKU BELI BUKU UNITE ME YEAHHHHHHHHH BABYYYYY). Yang lain pergi mana entah. Lepas tu pergi beli kasut (semua orang beli kasut kecuali Alya).

Then gi tengok movie.... Huwaaaaaa sedih k Captain America :'((( Dah berair dah mata masa scene Steve tengok Winter Soldier tu, "Bucky?" HUWAAAAAAA HUWAAAAAAAA pastu masa nak ending time;

Steve Rogers: You know me...
The Winter Soldier: No, I don't! [attacks Steve]
Steve Rogers: I'm not going to fight you... [drops his shield]
Steve Rogers: Your name is James Barnes...
The Winter Soldier: SHUT UP! [hits Steve]
Steve Rogers: You're my friend...
The Winter Soldier: You're my MISSION! [repeatedly pummels Steve]
Steve Rogers: [brusied and bloodied] Then finish it... because I'm with you til the end of the line...

BYE SAYA NANGES DULU K! :'''(

Lepas dah recover emo tengok Captain America, terus pergi solat. Dalam pukul 2pm gitu masuk Theme Park. Yayyy!


Yang lawaknya kamera henfon semua tinggal dalam locker, so takleh la ambik gambar masa naik rides semua -_- Sedih k. Tapi sempatla bergambar bersama-sama, mintak tolong seorang uncle ni.


Eksaited sangat

Memula sekali kami naik Space Attack. Gila kau. At first aku tak tahu apa benda alah tu buat. So I was sooooooooo damn excited to ride it on. Takde sorang pun bagitau aku what that thing was supposed to do! Arghhh Kakti tak naik pun because she KNEW! So dia stay kat bawah. Geram I geram xD Nah ride dia punya video. Aku tak tahu ah sapa ambik video ni tapi memang gila ah -_-


Ya Allah, masa kat mid-air tu...............semua benda dah bermain kat kepala ni. Dengan seatnya yang dah tergerak ke depan sikit, memang rasa nak jatuh and satu je dalam otak aku, "Ya Allah apa lah aku dah buat sepanjang hidup aku, dosa-dosa aku banyaknyaa..." sebab seriously rasa macam nak mati je, sebab rasa macam nak jatuh dah asdfgjkl. Perghhhh memang ah aku tak sangka ah. Yang aku tak puas hati, dia berhenti mid-air tu semua badan dah upside down oh my God.... HUUUUU!

Alya sampai kena culture shock. Sofiah yang semangat pun macam diam je. Aku muka ketat gila kot sebab terkejut. Yang lain memang rasa sama je dengan aku, eeee kalau korang naik.... IDK k IDK! Tapi nasib baiklah aku ni bukan lemah semangat. Tapi rasa macam bodoh sikit lah kan pergi naik benda tu pffffffft huahuahuahua tapi takpe experience x")

Perasan pulak mamat hantu ni

Lepas tu, masuk Haunted House. Yang ni gila tak gila. Mula-mula masuk tu, tetiba akak yang kat luar tu panggil, "Hey! It's not ready yet," Wakakakaka semangat tuh xD Bila masuk tu, aku duk belakang sekali, Piah and 'Ainul leading. And ada satu part tu, masa tu dekat jail, hantu tu pergi terjengul kepala ikut palang besi tu and apa lagi, menjeritlah bebudak depan aku tu (aku tak jerit, not yet anyway xD). Lama jugaklah nak recover dari hantu penjara tu.

Habis terkeluar bahasa Terengganu, aku tak tahu ah hantu tu faham ke tak.

Piah & 'Ainul: Takmbohhh! Takmbohh!

Piah pun jerit jugak, "Mokkk!" and I added, "Baru nak ingat kat mak..." xD Pastu ada lagi hantu kacau. Masa dah dekat nak keluar tu, ada hantu macam kejar aku (sebab aku duk belakang sekali), aku pun jerit! dan tolak Kakti (kat depan aku)! Dahlah aku sorang je jerit masa tu, orang kat depan tak sedar pun ada hantu kejar aku lololol Tu jelah aku jerit lepas tu dah habis dah. Time dah keluar tu semua duk jerit (except me sebab aku tengah gelak sampai tersekat kat kerongkong xD) sebab dah selamat xD

Hey there

Happy nyeeee

Fifiey should stop making faces xD

And then after that, someone said, "Jom ah naik Dizzy Izzy, RINGAN sikit. Lepas naik Space Attack and masuk rumah hantu, kena naik yang ringan je," and it turned out to be -_________- Not quite ringanlah ye anak-anak semua.


Ada couple ni, duduk cart belakang aku, yang boy tu mula-mula macam nak buat berani lah for the sake of his girlfriend, tapi bila dah habis tu..........pucat lesi habis muka dia xD Lama gila ride ni. Mula-mula rasa jugak la macam rasa naik Space Attack, pastu sebab lama sangat jadi bosan. Aku pun berbual jelah ngan Piah wakakakaka. Bila dah habis tu berehat kejap sebab semua orang pening. Memang dizzy sungguh -_-

Lepas tu kiteorang naik kat tempat yang kanak-kanak punya. Memang ringan betul ah xD Naik kereta kat Taman Botani apa entah. Main hon hon je, tak ada apa-apa pun. Tak ekstrem langsung macam yang sebelumnya (walaupun Alya berdebar tak tentu pasal xD). After that, 'Ainul dan Piqah main yang kereta elektrik langgar langgar tu. Dia duorang je pun main. Yang lain pening lagi.

Then, diorang semua naik Merry-Go-Round. Aku macam tak sanggup sikit naik walaupun slow je, tapi aku berehat sikit sebab pening xD Lepaih tu, main yang macam lempar barang tu pastu dapat hadiah (tak dapat pun sebab tak mengena, k)

Dan.....muncullah saat yang ditunggu-tunggu! Naik roller coaster! At first Kakti dan Alya tak nak naik. Lepas pujuk pujuk pujuk, naik jugak lah. Sampai ada pakcik tu (pakcik ni la tolong ambik gambar kiteorang) lalu depan kami dan cakap, "Alaa dik, naik je!" yeahh xD Tapi.... Alya panik sangat, sampai berjuraian air mata, lalu dia pun turun. Si Syafiqah (yang duduk sebelah aku), tersangkut pulak kepala dekat penghadang keselamatan tempat duduk tu. Tak boleh angkat dah sebab dah automatically locked. Penjaga RC tu pun bila nampak Piqah, "Ya Allah, dah ni kenapa pulak?" -_____- Lepas tu orang tu suruh kawan dia unlock kan. Huh.


RC was more bearable than Space Attack. Time pusing upside down tu aku pejam mata kejap. Memang rasa nak jatuh ah, k. Aku tak jerit pun. Pastu aku nampak macam ada flash camera. Aku pun jerit, "Piqahhh!!!!!! Ada orang ambik gambar kita!" Wahahaha. Kejap je ride nya. 2 minit. Rasa nak naik lagi (dengan Alya) tapi Kakti dah tak nak dah. So Alya tak merasa lah naik RC.

Laaaaaaaaast sekali, kiteorang naik Spinning Orbit Ooort's Express.. Yang ni paling best. Walaupun laju jugak, tapi sangat osemmmm.

Credit to Google

Kiteorang pun ambik barang, dan ambik gambar.



Depan Galaxy Space

The end :3

Kiteorang pun keluar dari Theme Park tu, dan ambik gambar di luar.

Merenung
Cantik kan gambar ni? :3

Happy girls

Masa kat luar tu, Alya nampak roller coaster sedang berrolling lepas tu dia tengok aku sambil gelak nerves, "Alhamdulillah, Allah telah selamatkan saya..." sebab dia tak jadi naik roller coaster sebelum. Aku gelak guling guling dah masa tu xD

Bye, till we meet again :')

Then, naik monorel balik KL Sentral dan naik KTM ke MidValley (ada orang nak gi MPH). Makan kat Kenny Rogers. Aku pergi cari buku kat MPH tapi takde! HUUU!!!! SEDIH! Lepas dah makan apa semua, kiteorang balik ke KL Sentral untuk naik KLIA Transit ke Putrajaya. Bila dah solat kat KL Sentral, kiteorang terus naik tren. We reached Putrajaya just in time! 5 minutes to 10pm! Fuhhhh, alhamdulillah.

Safely loaded in the bus

We then buat conclusion pasal trip the whole day (especially about those extreme ride-ons) and gelak gelak. Bila sampai Stesen Putra, kiteorang dah start diam dan slowly dozing off to sleep. Kalau masa on the way ke KL kiteorang tidur dua tiga jam je, tapi kali ni we slept for the whole ride. Penat sangat kot. Sampai Terengganu pukul 6 pagi dan terus balik sebab Kakngah dah sampai. 'Ainul, Piah and Piqah tumpang rumah aku dulu. Alya dan Kakti balik sendiri dengan mak ayah diorang.

Akhirnya, sebelum masuk U, masing-masing dapat enjoy time together. Terima kasih semua for the memorable experience. Kalau Piah tak ajak pergi theme park tu, tak tahu ah aku nak gi ngan sapa. Nanti dah masuk U, payah dah. Nak struggle untuk asasi >.<  Thanks semua. Next time kalau cuti sem or dah habis asasi, kita boleh pergi lagi (Kakti dah tak nak ikut, k). xD Weet weet :3

Bye!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers